Ruhanie Ahmad
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai antara satu agenda utamanya sejak beliau jadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.
Sebab itulah menurut Bernama 4 Disember 2008, antara agenda terakhir perjuangan Abdullah sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac 2009, ialah “menyelesaikan isu mengenai rasuah.”
Untuk membaca berita sepenuhnya mengenai hal ini sila klik http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm
Abdullah menggembar-gemborkan isu rasuah mulai 31 Oktober 2003. Bagaimanapun, kenyataan serta tindakan Abdullah mengenai pembanterasan rasuah pada era awal kepimpinannya seolah-olah sengaja dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan sesuatu agenda yang cukup rahsia.
Sebab itulah dalam tempoh kira-kira 130 hari - sejak 31 Oktober 2003 sehingga PRU11 pada Mac 2004 - Abdullah kelihatan terlalu obsessed dengan soal rasuah. Sebab itulah juga Abdullah sentiasa membuat kenyataan demi kenyataan mengenai pembanterasan rasuah, bukan sahaja di dalam negara, malahan sewaktu beliau berucap di beberapa persidangan di luar negara.
Propaganda
Mula-mula sekali, kenyataan dan tindakan Abdullah membanteras rasuah dipropagandakan oleh pihak-pihak tertentu kononnya sebagai usaha Abdullah menterjemahkan kata-kata dalam puisinya bahawa yang beliau cari “bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya” atau “wang juta untuk hidup bergaya.”
Menurut beberapa akhbar tempatan, usaha Abdullah membanteras rasuah juga menyebabkan lebih ramai lagi rakyat jelata Malaysia kononnya terpesona dengan kepimpinan Abdullah.
Saya membuat kesimpulan di atas setelah mengkaji hampir seluruh kenyataan Abdullah mengenai tadbir-urus, rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan neopotisme yang dilafazkan sendiri oleh Abdullah sepanjang tempoh beliau mula mewarisi kepimpinan Mahathir sehinggalah beliau mengadakan PRU11.
Saya juga kaji hampir seluruh artikel dan item berita tempatan mengenai tajuk yang sama. Seterusnya, saya kaji pula realiti tahap rasuah di era Abdullah, kecaman rakyat jelata terhadap Abdullah mengenainya, kisah ECM Libra yang membabitkan menantu Abdullah, dan Indeks Persepsi Rasuah (IPR) terbitan Transparency International bagi tahun 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.
Saya lakukan semua ini bukan untuk mencari kesilapan Abdullah. Tetapi, untuk membuat kepastian sama ada gembar-gembor Abdullah mengenai rasuah dan seluruh kemungkaran sejenis dengannya memang benar-benar suatu usaha yang sesungguhnya ikhlas, jujur dan berkesan.
Kajian Ringkas
Saya juga melakukan kajian ringkas ini untuk memastikan sama ada seluruh gembar-gembor Abdullah mengenai hal rasuah hanya suatu helah dan muslihat jangka pendek demi menghalalkan suatu agenda rahsia oleh pihak-pihak tertentu sesudah Abdullah menerima mandat rakyat menerusi PRU11.
Tindakan Abdullah membanteras rasuah di era awal kepimpinannya, dilaporkan buat pertama kalinya oleh Utusan Malaysia pada 7 November 2003. Akhbar tersebut melaporkan bahawa Abdullah mengarahkan pihak polis “mempercepatkan siasatan terhadap kes-kes rasuah, termasuk isu Perwaja, supaya imej kerajaan tidak tercemar.”
Menurut akhbar berkenaan, Abdullah juga mahukan “tindakan segera bagi memerangi gejala rasuah” untuk memastikan imej kerajaan BN tidak terjejas.
Abdullah juga dipetik sebagai berkata bahawa “rasuah adalah penyakit yang perlu diperangi dengan serius dan berkesan dan tindakan-tindakan yang diambil mesti segera dan tepat.”
Menurut akhbar yang sama pada 13 November 2003, Abdullah pula mengeluarkan arahan berikut:
Benci Rasuah
“Semua siasatan kes rasuah diselesaikan bagi mengelakkan timbul tanda tanya mengenai status kes tersebut. Jika perkara (kes rasuah) itu disiasat, harap dapat tamatkan siasatan hingga akhirnya. Kita hendak tahu sama ada benar-benar berlaku rasuah atau tidak.”
Abdullah juga menggariskan strategi penting untuk mencegah amalan rasuah termasuklah menerusi retorika pendekatan “bekerja secara ikhlas dan menanam niat untuk tidak mahu terlibat dengan gejala tersebut.”
Katanya: “kita mesti berikrar untuk tidak mengamalkan rasuah yang juga dilarang oleh agama.”
Kedua-dua arahan dan kenyataan seperti di atas telah mendorong setetengah media tempatan membuat kesimpulan awal bahawa sejak mengambil alih jawatan daripada Mahathir, Abdullah dikatakan cukup konsisten dengan tekadnya untuk memerangi rasuah, terutama sekali dalam sektor pentadbiran awam.
Contohnya, salah sebuah saluran TV Malaysia yang membuat wawancara sempena 100 hari kepimpinan Abdullah, telah bertanyakan satu soalan mengenai rasuah. Abdullah memberikan jawapan seperti berikut:
Strategi Abdullah
“Rasuah adalah amalan jijik. Pendekatan lebih berkesan menangani rasuah hendaklah diterokai. Pendekatan pencegahan sama penting dengan pendekatan punitif. Pendekatan pencegahan yang lebih berkesan perlu difikirkan, antaranya melalui usaha mempercepatkan proses kerja, mengurangkan red tape, memperbaiki sistem penyampaian, meningkatkan mutu kerja dan melakukan audit kerja yang lebih kerap. Saya menyeru supaya matlamat membina perkhidmatan awam yang sifar rasuah tidak digagalkan oleh amalan kurang sihat di kalangan pihak swasta dan pihak yang tidak berada dalam kerajaan.”
Kepada satu soalan, sama ada rasuah telah mencapai tahap di mana rakyat Malaysia semakin hampir menjadikannya sebagai budaya atau sudah pun menjadi budaya, Abdullah pula menegaskan seperti berikut:
“Hakikat bahawa rasuah wujud di banyak tempat dan kita mendengar orang kena tangkap kerana rasuah, bagi saya ia cukup serius. (Tapi) ia belum sampai ke tahap kronik. Oleh sebab itu, kita kena betul-betul tunjukkan keseriusan dalam memastikannya tidak merebak. Saya mempunyai strategi, mengutamakan seksyen, jabatan yang banyak sekali berurusan dengan rakyat, di barisan hadapan. Yang kedua, jabatan yang mengeluarkan permit dan lesen, ini yang perlu ditangani dengan cepat.” - [bersambung di siri kedua]

13 comments:
Rasuah bukan senang untuk dihapus. Kerangka perlonjakan dalam domain kuasa UMNO memaksa rasuah jadi bertambah real.
Kita boleh kira secara kasar berapa bilion ringgit berlegar waktu pemilihan UMNO. Jangan tanya wang itu dari mana datangnya.
Barangkali itu sebabnya pengukuhan bumiputra dalam ekonomi terus jadi mimpi ngeri. Atas kertas ada, tetapi realitinya, projek dan wang untuk disepahkan.
Dulu Mohamad Hasan selesa bila Isa Samad direhatkan atas nama rasuah. Kali ini tentu ada yang akan direhatkan. Kalau tidak, apa justifikasi berbilion ringgit yang berlegar.
Harus ada "political will".
Merubah, mendorong, mencegah, memperbaiki atau yang seumpamanya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh seseorang pemimpin.
Ianya akan menjadi lebih sukar lagi andainya missi dan visi itu tidak sama didokong oleh barisan kepimpinannya serta lapis-lapisan pimpinan disetiap strata kepimpinan pemerentah dan pentadbir.
Seterusnya ianya menjadi terlalu amat sukar jika apa yang ingin dilakukan itu sesuatu yang bertenetangan dengan perilaku mereka.
Maka seolah-olah ibu dan bapa menyuruh anak-anak solat dan puasa pada hal anak-anak sangsi samada ibu bapanya solat dan puasa. Biasanya ponteng solat dan puasa ini mudah diketahui anak-anak. Apakah kita berkeyakinan tinggi anak-anak akan menurut arahan itu. Sebaliknya besar kemungkinan anak-anak itu menganggap ia satu lesen besar untuk ponteng sama kecuali merek-mereka yang mendapat hidayah.
Sejarah manusia membuktikan apabila manusia telah tersempang dari landasan, Allah mengutuskan nabi dan rasulNya. Sejarah juga membuktikan nabi dan rasul itu adalah orang-orang yang mulia pekertinya hatta semenjak kecil lagi. Pun begitu mereka menempuhi laluan yang getir.
Maka sejarah pekerti seseorang itu amat penting bagi seseorang pemimpin.
Alhamdulillah, setakat ini budi pekerti PM kita insyaAllah berada pada tahap yang tidak mencurigakan sebelum mereka menjadi PM.
Begitu juga pencapaian pemimpin yang rendah akhlaknya....tetap mempunya sejarah dalam kehidupan manusia. "Kegemilangan" mereka hanya tercapai apabila mereka betul-betul rakus dalam bentuk zalim, diktator dan seumpamanya....just like firaun or Hitler dan semiripnya.
Kejayaan para anbia' dahulu jika dihalusi adalah kerana berjayanya mereka membina semula nilai diri manusia....may be now called modal insan...dimana sesuatu perkara yang tercela itu terhapus dan terhindar bukan bergantung kepada penguatkuasaan tetapi bergantung kepada nilai-nilai insan-insan itu sendiri. Orang yang takutkan Allah tak perlu sesiapa untuk mengawal mereka dari melakukan yang tak elok. Dia kawal dirinya sendiri. Maka hukuman dan penguatkuasaan lebih bersifat mencegah daripada mengubat.
Andaikata PM kita sekarang ini berjaya mencapai matlamatnya menangani gejala rasuah, maka ianya akan menjadi satu pencapaian yang amat-amat luar biasa kerana sejarah menunjukkan di era lalu, dalam jagkamasa lebih 20 tahun apa yang di katakan bersih dan amanah itu jauh dari tercapai.
Namun kita masih memanjatkan harapan yang tinggi dan mendoakan.
Datuk,
1. Saya tunggu Siri-II, baru saya nak komen panjang sikit.
2. Namun begitu saya nak selit sedikit saja seperti di bawah.
3. Bukankah tok nenek rasuah, bapak rasuah dan asal usul rasuah itu datang dari zaman Dr.M lagi?
http://suarasukj.blogspot.com
Saudara SUKJ
Terima kasih kerana selalu hantar komen kepada tulisan saya. Selama ini saya belum pernah respons kepada komen anda secara direct. Tapi kali ini, jutaan maaf, saya terpaksa berbuat demikian.
Maudhuk tulisan saya bukan pasal datuk, nenek,monyang atau cucu-cicit rasuah yang anda kata bermula di era TDM. Sebaliknya, saya mentelusuri political will atau azam politik Abdullah dalam membanteras rasuah. Mudah dan itu saja.
Saya telusuri maudhuk ini kerana nampaknya usaha Abdullah dalam hal membanteras rasuah ni macam lepas batuk di tangga saja.
Silah anda ikuti tulisan saya di siri-siri berikutnya sebelum anda mengatakan sesuatu yang agak keterlaluan terhadap TDM.
Untuk makluman anda, rasuah sudah wujud sejak zaman berzaman. Hanya bentuk, tahap dan caranya saja yang berbeza ikut edaran masa.
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Nak banteras rasuah bukanlah senang, ini perlukan kesedaran masing2 juga. Jadi usaha ini bukanlah mudah dan untuk mendapatkan hasilnya bukan satu proses yang cepat.
Datuk,
Blog Datuk ni amnya pro TDM dan juga Muhyiddin. Sebab selalunya yang baik2 sahaja di nukilkan. Kalau cakap pasal rasuah, kenapa tak cakap pasal TDM rasuah?
Saya juga tahu komen ini mungkin tidak akan disiarkan.
Salam Datuk,
1. Itu yang amat saya suka sekali, biar kita bersikap terbuka dan terus terang.
2. Ok no problem, Datuk boleh pertahankan Dr.M dan sentiasa 'bedal' Pak Lah sepanjang masa. Malah adakalanya keterlaluan juga.
3. Oleh kerana Datuk adalah mentor saya dalam dunia blog, maka saya pun akan 'bedal' Dr.M keterlaluan juga bila tiba masanya.
Saudara melihta ini agenda terakhir Abdullah selaku Presiden UMNO. Saya melihat ini adalah agenda pertama Pak Najib apabila mengambil alih jawatan pertama dalam UMNO itu. Dan saya mengharapkan Najib tanpa menunggu perlantikan mac 2009 depan ini, sudah mula sepatutnya memerangi rasuah ini habis-habisan. Saudara boleh rujuk dalam blog saya chilliriver.blogspot.com
TIDAK ADA seorang manusia yang akil baligh diMalaysia ini yang setuju dengan perlakuan yang hina ini. Kenapa pemimpin kita asyik tarik dan surung jika dikehendaki mengambil tindakan?. Hairan bin Ajaib.
sukj,
Amalan rasuah ni sejak pak mertua bos kau yang mentadbir negara ni yang ketara sangat. Yang kau dok mendokong perjuangan menantu pm tu nape ye,, banyak mana dapat duit hasil bodek@rasuah....
Berilah peluang kepada Pak Lah untuk selesaikan tugas yang beliau janjikan. Biarlah Pak Lah cuba buat yang terbaik bagi menghapuskan gejala rasuah yang semakin teruk sekarang ni...Saya yakin Pak Lah mampun untuk selesaikan tugasnya selagi beliau tidak terus ditekan...
As'kum Dato'
1. Saya tidak tahu sejauh mana Pak Lah ikhlas untuk menangani rasuah.Baik dalam Kerajaan mahu pun dalam Umno.Kerana dari apa yang saya perhatikan keadaan rasuah ini kian bertambah teruk lagi.
2. Saya adalah bekas pegawai kerajaan yang telah bersara lebih kurang 3 tahun lalu.Saya pernah berkhidmat dalam pemerintahan 5Perdana Menteri iaiu sejak Tunku Abd.Rahman hinggalah Pak Lah jadi PM.Mungkin semasa zaman sebelum TDM jadi PM saya tidak banyak terlibat dalam urusan membuat keputusan yang memberi implikasi kewangan.Jadi tidak terdedah kepada rasuah.
3. Tapi mulai awal tahun 2000 saya banyak juga terlibat dalam membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan.Mungkin oleh kerana semasa kepimpinan TDM ia menerapkan nilai2 Islam dan slogan kepimpinan melalui tauladan yang membuat saya tidak terfikir langsung untuk terpengaruh dengan amalan rasuah, walau pun saya akui banyak juga menerima tawaran sogokan dari beberapa pihak.Saya bersyukur sekarang bahawa saya bersara dengan bersih.
4. Namun sekarang apabila saya telah bersara dari Kerajaan dan cuba libatkan dengan perniagaan sendiri,saya dapati senario telah berubah.Apabila melibatkan kelulusan,ia akan diiringi oleh wang sogokan atau 'up front money'.Oleh kerana saya tidak biasa dengan amalan kotor ini maka saya akhirnya berundur diri dari berurusan perniagaan yang melibatkan jabatan Kerajaan.
5. Begitu juga dengan Umno.Dulu sangkaan saya ialah apabila terpilih menjadi perwakilan dalam mesyuarat Bahagian atau di PAU ia menjadi penghormatan.Kita berpeluang masuk dalam arus perjuangan memertabat bangsa.Kerana disitulah berbagai keputusan yang melibatkan kepentingn bangsa dibuat.Sangkaan saya dulu hanya mereka yang benar2 sanggup berkorban untuk kepentingan bangsa sahaja dan negara sahaja yang layak dipilih menjadi perwakilan atau ketua.
5. Tapi sekarang,khususnya semasa pemilihan tahun ini,apabila mula berjinak dengan rakan politik, baru saya sedar bahawa kebanyakan mereka yang selama ini mengejar untuk jadi perwakilan atau ketua2 cawangan/bahagian dan ahli MT hanya berjuang untuk kepentingan diri dan bukan sangat untuk bangsa.Baru saya tahu sekarang bahawa mereka yang berjaya terpilih menjadi perwakilan,kepimpinan cawangan atau bahagian atau ahli MT akan menjadi kaya raya selapas itu.
6. Jadi tidak hairanlah calon2 sanggup mengeluar wang yang banyak semata2 untuk dicalon atau menang dalam pemilihan.Dan ahli2 pula bersusah payah untuk jadi wakil dalam persidangan semata-mata untuk jagi orang kaya segera.Perwakilan akan meletak harga untuk mencalon seseorang,manakala calon pula akan sanggup menyogok perwakilan untuk memilihnya.Jika dulu amalan politik wang dibuat secara bersorok2,tapi kini ia dilakukan secara terang2.Budaya Umno sekarang ialah sesiapa yang engan menerima wang sogokan akan dianggap ketinggalan zaman,bodoh dan lebih teruk lagi dibaikot.Bagi si penerima lain,mereka akan berbangga mengisytihar jumlah yang diterima daripada calon tertentu.
7. Jadi saya tidak tahu bagaimana Pak Lah hendak membenteras budaya ini.Sama2 kita tunggu.
Sdr Ruhanie Ahmad,
Media Spin 69
(masokis maserba)
Ada berbaur tidak kena dengan posting anda dan cerita-cerita ini:
1. Overwhelming Support For Three Commissions
KUALA LUMPUR, Dec 4 (Bernama) -- Malaysians across the board are in full support of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's initiative to set up a commission each for anti-corruption, judiciary appointments and enforcement agencies' complaints.
Trade Unions, investors, pensioners, students, welfare organizations and the man in the street have all given the thumbs up for the move.
"These commissions will go in history as Pak Lah's legacy to the country," Malaysian Trades Union Congress (MTUC) Secretary-General, G. Rajasekaran told Bernama, Thursday.
He was commenting on the report that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Bill would be tabled in Parliament on Dec 10. Bills for the two other commissions would be tabled before the Prime Minister steps down in March.
Rajasekaran said the commissions would go a long way to eradicate the negative perception Malaysians and foreigners had about the state of our civil service, judiciary and enforcement agencies.
P. K. Leong, of the Petaling Investors Club, said this move was long overdue because both local and foreign investors were deeply concerned about the state of corruption in the administration.
A government pensioner, A. Ragunathan while welcoming the move said that this should have been done years ago, but it was better late than never.
Ragunathan, who was a former president of Cuepacs and a long-time advocate of anti-corruption especially in the civil service, said for these commissions to be effective, it should be staffed by people of high integrity and they should carry out their work "without fear or favour".
Transport Workers Union (TWU) secretary-general, Datuk Zainal Rampak felt the establishment of the commissions would fit in well with the overall plan of the government to have a one-stop system to cut down red tape and increase efficiency and speed up delivery of services.
Ahmad Zarkasi, 38, a stall owner operating along Jalan Masjid India, was very happy because with the government's seriousness to tackle corruption, he could in future earn a decent living peacefully without being harassed by corrupt enforcement officials.
Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA) president Datuk Marimuthu Nadason said all Malaysians should welcome the initiatives made by the Prime Minister.
Marimuthu, who is also a committee member of the National Consumer Complaints Centre (NCCC), said the people were not complaining about the corruption directly.
"We cannot change the perception of people because nowadays they have negative perceptions especially when dealing with the government sector. For example, the process of approving a tender that takes one month is sometimes delayed to as long as 14 months. The delaying always makes people suspicious," he said.
Zamani Mohd Daud, 22, a college student, said corruption occurred all over the world and Malaysia was no exception.
He said it was certainly time for the government to empower the ACA before corruption became a part of the Malaysian culture.
-- BERNAMA
2. Zaid Not Joining Opposition Parties
PETALING JAYA, Dec 4 (Bernama) -- Former minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim is not joining any political party in the near future following his expulsion from Umno recently.
Zaid told a news conference Thursday that he valued his independence and would rather focus on his work with .my Future Foundation, which he founded recently, to help the youth understand the importance of democracy, the rule of law, the evils of corruption and the importance of racial harmony.
"I will continue to spell out and articulate views on matters that are important for Malaysia. My new-found independence means I am able to attend any forum and speak out on these issues which I feel important are for the country," he said.
"I am thankful to Datuk Seri Anwar (Ibrahim) for inviting me to join him (in Parti Keadilan Rakyat) but I will not join any political parties. I'll help the country in my own way. Even if Umno reinvites me to join the party, I will not join, not the current Umno," he added.
The former de facto law minister also said that his only regret was that he felt misunderstood by his former colleagues on the issue of helping the Malays.
"I believe that Umno and the government must provide the guidance and support to bumiputeras but on the basis of need and merit. This will make Malays competitive and imbued with confidence and be self-reliant.
"It's important that they have the right values to be successful. This, unfortunately, has been construed as betraying the race and abandoning the cause of the party's struggle," said Zaid.
He said Umno should practise pragmatic policies to gain the trust and confidence of other communities.
"This, I believe, is what Umno should be now -- a more inclusive and progressive party. This is what I tried to change while I was in Umno by constantly talking about reform," said Zaid.
He thanked Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for giving him the opportunity to serve and for the leadership that he had provided.
-- BERNAMA
ps Zaid Cannot Appeal Sacking, Says Abdullah, and It also suspended Petaling Jaya Selatan Umno division head Captain (R) Zahar Hashim for making statements criticising Umno
3. Malaysia Will Not Slip Into Full Recession, Says Dr M
KUALA LUMPUR, Dec 4 (Bernama) -- Malaysia will not slip into full recession next year if the country's economy is well managed by the government, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Thursday.
ps ABDULLAH'S MARCH
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at December 4, 2008 5:48 PM | Permalink | Comments (125) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. When Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi announced that he would be stepping down in March 2009 he said he needed the extra three months to complete certain missions he had set out to do.
2. These initiatives, he said, are needed "to regain the country's competitiveness, to face the challenges that the world has in store for us".
3. Among the initiatives are the reform of the judiciary, the setting up of an Anti-Corruption Commission, Special Complaints Commission, equitable distribution of the fruits of growth, strengthening and enlarging the social safety net, development of corridor initiatives etc etc.
4. It is now December 2008. So far we have seen no progress at all in any of these glorious initiatives. Instead the Prime Minister is busy visiting foreign countries with his family in the beatiful, big and new Airbus A320.
5. After announcing that there is no money to build the second Penang Bridge, the contract was signed during the PM's China visit to build the bridge after all. There is a lot of money involved here.
6. In Uzbekistan, Petronas is to invest a few hundred million Ringgit. Trips are also scheduled for Iran and Turkmenistan. No doubt more contracts and more money would be involved. Some contractors will benefit.
7. After failing to implement any of the promises made in the 2004 or 2008 elections, it looks like nothing is being done either with regards to the promise to carry out a variety of so-called reforms as mentioned in the press statement on why the PM would step down in March 2009 - three months after the scheduled UMNO General Assembly.
8. But the visits to foreign countries to sign contracts which were not mentioned in the statement are being assiduously carried out.
9. I wonder why.
10. On the political front Abdullah has been busy campaigning for his chosen candidates for the posts of Deputy President, Wanita chief and Pemuda chief and other posts which will lead to appointments as Ministers.
11. Najib is going to be surrounded by Abdullah's people and through these people Abdullah will control the Government of Najib.
12. Najib has already abandoned Muhyiddin, the fierce critic of Abdullah. He does not want to incur the displeasure of his boss. Would he refuse to appoint Abdullah's nominees? Would he dare go against them?
(dan saya pun nombor 9 - but it is just from one point of view - dan kerana anda mungkin nomber 12, anda tidak akan berada di MT, nomber 13 adalah Abdullah)
usaha utk membanteras rasuah akan sentiasa gagal jika kita hanya menghapuskan tempiasnya dan bukan punca sebenar rasuah itu sendiri. ya betul yg saya maksudkan ialah parti umno yg menjadi tunjang kerajaan kita kini. inilah punca sebenar rasuah kerana rata2 pemimpin dalam umno lahir dari perbuatan rasuah bermula dari dalam pemilihan parti itu sendiri.
bila mendengar ucapan dari aab atau mana2 pemimpin umno utk membanteras rasuah, kita akan ketawa dalam hati atau sedih kerana kita tahu ianya hanyalah retorik semata2. inilah akibatnya bila satu parti sudah terlalu lama memerintah.
Post a Comment