Saturday, December 06, 2008

SIRI TIGA: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Azam dan cita-cita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membanteras rasuah memang amat terserlah dalam 130 hari pertama beliau jadi Perdana Menteri. Maka, lanjutan kepada tulisan saya mengenai tajuk di atas dalam siri satu (4 Disember 2008) dan dua (5 Disember 2008), sama-samalah kita ikuti kenyataan Abdullah mengenai rasuah pada 13 Februari 2004, yang dilaporkan oleh media tempatan seperti berikut:

“Kerajaan akan meneruskan perang menentang rasuah dan penyelewengan kewangan yang dilakukan oleh mana-mana firma dan syarikat perniagaan di Malaysia melalui penguatkuasaan undang-undang tanpa mengira siapa mereka. Seperti juga ahli politik, pemimpin korporat perlu mematuhi standard amalan etika yang tinggi dalam menjalankan perniagaan di samping menjaga kepentingan pelabur dan pemegang kepentingan. Langkah itu perlu diambil untuk mengukuhkan amalan tadbir-urus di negara ini sekaligus meneruskan pelaksanaan agenda-agenda penting yang terkandung dalam Dasar Penswastaan Malaysia. Tanpa sebarang rasa takut atau berat sebelah, mereka yang tidak mentadbir syarikat dengan betul akan menerima padahnya kerana penyalahgunaan serta penyelewengan oleh sebuah syarikat mampu merosakkan seluruh ekonomi negara.”

Pada 14 Februari 2004, sama ada secara terancang atau sebaliknya, media tempatan pula mendapatkan komen Tun Mahathir terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Eric Chia dan Kasitah. Secara gentleman, Mahathir menjawab: “usaha membanteras rasuah secara bersungguh oleh kerajaan, termasuk penangkapan tokoh korporat dan Menteri Kabinet, merupakan sesuatu yang baik.”

Pada 15 Februari 2004, seolah-olah untuk menolak persepsi negatif di kalangan rakyat jelata ketika itu, Mingguan Malaysia pula menyiarkan secara panjang lebar, satu wawancara berjodol Lawan Rasuah Bukan Gimik Politik - Kesungguhan Perdana Menteri Cetus Kesan Psikologi Luar Biasa.

Bukti Awal

Mukadimah kepada wawancara dengan Presiden Transparency International Malaysia (TI), Tunku Abdul Aziz Ibrahim, adalah seperti berikut:

Pertuduhan rasuah ke atas dua individu ternama, tokoh perniagaan Tan Sri Eric Chia Eng Hock dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, dalam masa selang sehari menjadi berita paling hangat. Semua pihak umumnya melihat itu bukti awal kesungguhan kerajaan mahu memerangi rasuah.

Antara intisari utama di dalam wawancara tersebut pula adalah seperti berikut:

Tindakan Abdullah membanteras rasuah menunjukkan adanya keazaman politik yang tegas pada kerajaan untuk membanteras rasuah, tidak kira sama ada ia dilakukan oleh pegawai rendah polis, atau orang yang mempunyai pengaruh dan berkuasa. Ini petanda yang baik kerana sejak bertahun-tahun ini (di era Tun Mahathir) kerajaan telah hilang banyak kredibiliti manakala BPR pula dilihat tidak berkesan.

Tetapi, persepsi itu sekarang sedang berubah. Ini bukan hanya kerana sekarang kita melihat ada dua kes melibatkan orang kenamaan, tetapi kerana langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan (pimpinan Abdullah).

Langkah-langkah yang digariskan oleh Abdullah sepatutnya dilakukan sejak lama dulu. Tetapi, apa yang menjadi hambatan ialah kurangnya political will. BPR telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka juga terkekang oleh beberapa keadaan.

Dabik Dada

Negara ini sedang berubah. Rasanya seperti menghirup udara segar, seperti keluar dari Kuala Lumpur dan masuk ke Taman Negara.

Abdullah diingatankan supaya tidak dilihat terlalu banyak membuat janji-janji. Orang sedang memerhatikannya. Orang menunggu-nunggu apakah yang hendak dilakukan melalui Institut Etika Awam dan Pelan Integriti Nasional.

Abdullah belum lagi setahun menjadi Perdana Menteri. Masih terlalu awal untuk menilai apa yang telah dan sedang dilakukan (dalam konteks usaha membanteras rasuah).

Demikianlah intisari wawancara Mingguan Malaysia dengan Tengku Abdul Aziz. Memang sukar untuk dipastikan sama ada Abdullah membaca kandungan wawancara berkenaan. Tetapi, pada 16 Februari 2004, Abdullah seolah-olah mendabik dada mengenai tindakannya membanteras rasuah. Abdullah dilaporkan oleh Utusan Malaysia dengan jodol Abdullah: Perangi Rasuah Lahir Dari Hasrat Sendiri.

Hasrat Abdullah

Menurut laporan tersebut, Abdullah berkata bahawa tindakan tegas kerajaan dalam usaha memerangi sepenuhnya gejala rasuah adalah lahir daripada hasrat Abdullah sendiri walaupun tahap rasuah di negara ini tidak mencapai peringkat yang terlalu teruk. Akhbar berkenaan juga memetik Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

“Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan berkaitan usaha untuk membasmi rasuah adalah sebenarnya lahir daripada saya kerana saya menganggap bahawa rasuah itu jika dibenarkan, ia akan menjadi semakin parah.”

Pada 18 Februari 2004, Abdullah pula menyatakan di Tehran, Iran, bahawa beliau “komited dalam usaha perangi rasuah.”

Seterusnya, Abdullah memberi amaran berikut:

“Pihak berkuasa akan bertindak jika mempunyai bukti yang cukup serta berkeyakinan tindakan pendakwaan akan berakhir dengan pesalah rasuah menerima hukuman. Saya sentiasa komited dalam usaha memerangi rasuah kerana ia ibarat kanser yang boleh memusnahkan masyarakat.”

Gimik PRU11

Selanjutnya, Abdullah menegaskan bahawa usaha beliau memerangi rasuah bukannya satu gimik politik menjelang PRU11. Usaha itu, tambah beliau, akan berterusan sampai bila-bila. Kenyataan ini dibuat dalam satu wawancara dengan Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) sempena lawatan Abdullah ke Iran untuk menghadiri Sidang Kemuncak D-8.

Setelah mengikuti seluruh kenyataan dan tindakan Abdullah seperti di atas, pastinya kita hairan mengapakah Abdullah membuat kenyataan anti-rasuah di Iran? Pasti kita juga tertanya-tanya, mengapakah Abdullah perlu menafikan bahawa tindakan anti-rasuah yang dilaksanakan di era awal kepimpinannya “bukannya satu gimik politik menjelang PRU11” tetapi satu tindakan “yang akan berterusan sampai bila-bila.”

Mengapakah Abdullah membuat penafian itu? Mungkinkah pemikiran sub-subsconcious Abdullah ketika itu menyedari bahawa tindakan beliau adalah semata-mata demi mencapai matlamat jangka pendek untuk menghalalkan sesuatu agenda rahsia oleh pihak-pihak tertentu, dan pada waktu yang sama, memang benar usaha beliau mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mengenai rasuah adalah satu gimik untuk PRU11?

Bagaimanapun, soal sama ada usaha Abdullah membanteras rasuah seperti dihuraikan di atas hanya satu gimik PRU11 atau sebaliknya, memang sukar untuk dipastikan pada ketika tersebut. Seperti kata Tunku Abdul Aziz dalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia, “Abdullah belum lagi setahun menjadi Perdana Menteri. Masih terlalu awal untuk menilai apa yang telah dan sedang dilakukan (dalam konteks usaha membanteras rasuah).” – [bersambung di siri akhir]

8 comments:

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

tok sheikh besaq kepala bataih
(Tunggung Kuda Ferrari Putih Meghelit)

Kalau berseloroh kita, bunyi nya begini, Kuda Kepang:

dulunya orang kuat rufaqa@arqam melihat dirinya alim wal arif dan mahathir itu maha fasik; abdullah bin ahmad badawi ini rasanya waliullah kecil yang lebih tinggi makamnya dari mahathir wali kosong; dan sedikit maksum, terlalu makbul do'anya bila berdiri di pusara nindanya.

maklumlah salasilahnya terus arab, yang mahathir ini arab india ibunya arab melayu ten times remove.

ingat, mas, kita seloroh -ngobrol-ngobrel- sahaja.

maka abdullah yang tiada tercemar dosa rosh-wah memanglah patut dan kena pada insaninya memikul tanggungjawabnya yang terkini demi kesejahteraan qursani ummahnya.

mahathir pakai porsche cayanne cabok!(cukai pun bukan dia yang bayaq apa)

saya firasatkan sdr beritadarigunung tidak berapa setuju gurau-garau kita. bau-bau bacang itu semacam jenaka Gene study shows Spain's Jewish and Muslim ancestry

Ingat ini hanya senda gurauan, Mas Kuda Kepang. Kalau saya terkasar terlebih, saya mohon halalkan dunia akhirat. amiin.

kerna kedua-dua makhloq allah ini kita hormati, tak begitu Kuda Kepang?

Kepada Allah Berserah

wira said...

Datuk Ron,

Saya setuju benar dengan seloroh Sdra kita Mika Angel-0 tu. Didalam apa-apa keadaan pun kita sebagai umat islam kepada Allah kita berserah. Tak kira kita keturunan dari mana, yang terserlah adalah keimanan kita yang tidak dapat diukur secara hakikinya oleh mata kasar kita insani. Yang dapat kita rasakan hanyalah keikhlasan seseorang itu. Diantara kedua-dua pemimpin kita saya nampak keikhlasan mereka berbeza didalam menjalankan kerja-kerja fardhu kifayah mereka terhadap pembinaan ummah dan negara.

Pemimpin Pas pun tidak dapat menatang objektif perjuangan mereka apabila mereka bersekongkol dengan orang-orang yang beriman. Kini sudah nampak jelas.

Dizaman ummah yang berilmu ini, ciri-ciri utama yang perlu ditonjolkan oleh para pemimpin adalah keikhlasan didalam menjalankan tugas farhdu kifayah mereka barulah agenda rasuah dapat di lihat dengan jelas dan ditangani dengan baik.

Berita dari gunung said...

Dato

Wajar kita akui bahawa usaha memerangi rasuah adalah usaha yang sangat murni. Tidak kira sama ada semangat itu datang dari Abdullah sendiri atau sesiapa yang lain.

Dato menyebut tagline "Abdullah dilaporkan oleh Utusan Malaysia dengan jodol Abdullah: Perangi Rasuah Lahir Dari Hasrat Sendiri.". Ini memang menarik, kerana Abdullah lebih dari sekali berkata demikian.

Dalam wawancara TV untuk gagasan besar SJER, dihadapan orang kuat BERNAMA dan berjuta penonton yang lain, Abdullah menyebut "Ini idea saya sendiri".

Apa maksud semua ini? Seperti tajuk kecil dato "Dabik Dada", memanglah, memang itulah yang semua penonton rasai. Seperti zaman remaja, ada kawan yang tidak berapa lawar (istillah chedet}, sanggup keluarkan cerita sensasi bahawa gadis pingitan itu adalah miliknya, girlfriendnya, dan kekasihnya.

Itu adalah misguided reality. A make believe world. Dunia khayalan. Ego Trip. A psychological disease.

Rakyat Malaysia sedar game-plan Abdullah pada suatu peringkat itu, untuk menyindir Tun Mahathir dalam usaha memadam legacy lama. Ramai yakin Abdullah berhasrat melakar roadmap sendiri.

Hari ini Abdullah memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang hanya menggunakan isu Rasuah sebagai kuda tunggangan.

Sebenarnya rahsia kejayaan duduk atas keazaman, iltizam dan kewarasan. Aspek tersebut masih jauh panggang dari api.

terima kasih.

Sukj said...

Salam Datuk,

1. Sorry Datuk, saya terlepas nak beri komen dalam siri-11.

2. Sebab saya pergi hambat dan kepung lembu yang nak dibuat korban.

3. Kebetulan lembu tu pula liar dan licik macam Dr. Mahathir juga.

4. Pada pandangan saya salah satu cara untuk mengawal rasuah ialah dengan 'penguatkuasaaan' oleh undang-undang yang tegas.

5. Undang-undang yang tegas termasuklah para hakim yang telus.

6. Habis kalau para hakim sendiri(klip video lingam) sudah tidak ada nilai dan maruah, bagaimana amalan rasuah dinegara ini hendak dibenters.

7. Nak tanya sikit..para hakim yang terlibat dalam klip video Lingam tu dari keturunan siapa? Dari keturunan pemerintahan Dr.M atau Pak Lah?

8. Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir dan batin daripada saya.

Berita dari gunung said...

Haha... sdr Mika Angel-0. "saya firasatkan sdr beritadarigunung tidak berapa setuju gurau-garau kita."

masa nak seloroh, kita seloroh la, apa nak heran, boleh pakat gelak besaq... haha.

"Selamat Membantai", kata orang Kg Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.

kudakepang said...

Sahabat-sahabatku sekalian.

Nampaknya kita kian meningkat ke satu premis intelektuil yang kian matang. Kita bergurau dengan halus. Kita menyindir dengan pengetahuan. Kita berseloroh sambil mencari hakikat dan kebenaran.

Saya amat setuju bahawa rasuah adalah soal yang delicate dan sensitive. Segala-galanya membabitkan minda serta perilaku manusia.

Abdullah memang serius dalam usahanya membanteras rasuah. Tetapi, ada sesuatu yang saya khuatiri.

Saya khuatiri kesungguhan dan kemurnian hasrat Abdullah ini telah dimanipulasikan oleh spin doctors serta segelintir para advisors yang punyai ill-intention atau malicious design terhadap insan yang cuba mereka perleceh dan perlekehkan nama baiknya.

Lantaran itulah nampaknya usaha Abdullah membanteras rasuah yang amat ghairah dan murni di peringkat awal era kepimpinannya seolah-olah diarahkan kepada TDM. Dan sebab itulah sesudah itu usaha membanteras rasuah oleh Abdullah tiba-tiba sahaja kematian langkah.

Setelah dua ekor jerung dijerut oleh pukat tunda dan dibawa ke muka pengadilan, tiba-tiba Abdullah seakan-akan sunyi sepi mengenai kerja-kerja memerangi rasuah.

Dan, setelah itu meletup pula skandal ECM Libra. Tercetuslah kisah projek monsoon cup. Keluarlah kisah banglow mewah di Mosmon Park, Western Australia. Kedengaranlah kisah-kisah negotiated tenders projek-projek polis yang dinendalikan oleh BLT Sdn Bhd. Dan, seterusnya, dan seterusnya sehingga dalam manifesto BN untuk PRU12, satu perkataan mengenai pembanterasan rasuah langsung tidak disebut dan tidak disuarakan.

Begitulah hakikatnya yang saya dapati setelah mentelusuri usaha-usaha murni Abullah mengenai memerangi rasuah.

Dan, inilah yang menyebabkan saya jadi sinis. Bukan kerana Abdullah tidak bersungguh-sungguh. Tapi kerana kesian Abdullah dimanipulasikan oleh segelintir manusia yang menggunakan pelantar pembasmian rasuah untuk mencipta satu persepsi sementara tentang betapa murninya perjuangan Abdullah memngenai rasuah, tetapi persepsi itu juga akhirnya yang dijadikan tebeng oleh manipulator Abdullah untuk melakukan rasuah seperti dimanifestasikan oleh ECM Libra serta sekandal sejenisnya.

Semoga SUKJ faham persoalan dan maudhuk ini. Semoga niat tulisan ini tidak disalahanggap sebagai nak merendah-rendahkan Abdullah. Semoga kita semua insaf bahawa manipulator Abdullah yang mesti kita persalahkan sehingga usaha Abdullah membasmi rasuah jadi bahan memperkecilkan Abdullah.

salam takzim - Ruhanie Ahmad

Sukj said...

Datuk,

1. Okok..Datuk. I faham.

2. Datuk siapkan Siri akhir dulu, nanti saya akan kupas bagi elok lagi.

3. Sebelum itu saya nak selitkan sedikit sahaja. Iaitu "Undang-undang dan Mahkamah".

4. Kita boleh bercakap apa saja, kita boleh buat pelbagai tuduhan, kita boleh buat pelbagai andaian.

5. TETAPI perlu ingat yang akan menentukan ia benar atau tidak hanyalah MAHKAMAH. Bukan bekas PM, bukan bekas Ahli Parlimen dan bukan Wartawan/Blogger.

http://suarasukj.blogspot.com

kudakepang said...

SUKJ

Terima kasih atas kefahaman anda. Tapi, kalau undang-undang dan mahkamah tidak bertindak atau dihalang dari buat tindakan, adakah ini ertinya apa yang dikatakan rasuah adalah tidak benar?

Pilihlah mana-mana contoh yang anda mahu dan kajilah kata-kata di atas.

Kepada saya, bila jelas ada penyelewengan dan salah guna kuasa, walau tidak diheret ke muka pengadilan atas sebab-sebab yang istimewa, orang berkenaan dan pihak yang bersubahat dengannya tetap morally rasuah. Bukan begitu?

Salam takzim dan Selamat Hari Raya Qurban - Ruhanie Ahmad