Sunday, December 28, 2008

DI AMBANG MAAL HIJRAH UMAT PALESTIN BERMANDI DARAH

Di ambang Maal Hijrah 1430, umat Palestin bermandi darah. Itulah hakikatnya akibat serangan peluru berpandu Israel ke arah Semenanjung Gaza pada Sabtu 28 Disember 2008. Seramai 229 rakyat Palestin terbunuh dan 700 orang lagi cedera parah.

Tragedi ini adalah satu-satunya pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel yang paling terburuk dalam sejarah 60 tahun konflik Palestin-Israel.

Serangan tersebut memang reaksi kepada siri bedilan roket oleh apa yang didakwa sebagai Gaza militants ke arah Israel mingu lalu. Tetapi, bedilan roket itu hanya menyebabkan sedikit kecederan kepada rakyat Israel dan tidak membunuh sesiapa.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel membuat serangan balas secara habis-habisan ke Semenanjung Gaza semata-mata untuk memperkukuhkan kedudukan parti pemerintahnya yang mungkin akan kalah kepada Likud selaku parti pembangkang dalam pilihan raya rejim itu pada 10 Februari 2009.

Soalnya di sini, berapa lama lagikah nyawa dan darah rakyat Palestin akan disifatkan sebagai collateral damage kepada keganasan Rejim Israel?

Saya amat insaf bahawa rakyat Malaysia selaku pencinta kedamaian sejagat tidak termampu berbuat apa-apa dalam keadaan dunia dan PBB yang amat dikuasai oleh zionis.

Tetapi, adalah wajar jika kita semua menjadikan apa yang berlaku di Palestin ini sebagai iktibar untuk kita semua mempertahan serta memelihara kemerdekaan, kedaulatan serta perpaduan di negara tercinta ini pada setiap masa. – Ruhanie Ahmad

8 comments:

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

"Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel," kata pengganas bernama Ofer Shmerling, pegawai pertahanan awam entiti haram Israel.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

Intifadah tersebut akan diadakan Selasa ini, 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.

kudakepang said...

Terima kasih Saudara Bakaq, lama juga saya merindui suara anda.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

GOMO said...

HARAP PIHAK KERAJAAN MALAYSIA MEMBUAT BANTAHAN KERAS DI ATAS KEKEJAMAN REJIM ZIONIS INI PADA RAKYAT PALESTINE.

CINTA suci abadi said...

Ybg Datuk.
Umat Palestin sebenarnya tidak ada pilihan melainkan bermandi darah...mereka mesti terus berjuang tak berhenti. tiada orang boleh menolong mereka (Selain Allah)mereka kena berjuang mati matian berseorangan tanpa bantu Bangsa lain..sepatutnya mereka terus mara ke Israil sehingga tiada seorang pun yang tinggal lagi di bumi Palastin...Biar semuamya terkorban. plan damai plan damai tiada memberi keutungan kepada mereka...Inshaallah mereka akan menang sekiranya mereka berani berbuat demikian..mustahil Tuhan nak biarkan mereka ...syrat mereka mesti berjuang untuk menegak jalan Allah menegakkan keadilan ...
Begitu juga lah di Malaysia ini..kita kena ambil iktibar..Bangsa Melayu kalau tertindas sebegitu rupa jalan keluarnya pun serupa...

azienmat said...

Tak dapat aku nak menolongnya. Tolong tengok boleh.. Pelik juga negara2 disebelah sini sudah lebih 50 tahun merdeka, tapi mereka masih terkial-kial dan mati kutu nak memerdekakan diri sendiri. Adakah mereka tak belajar kemerdekaan yang di capai oleh negara seperti Malaysia, Indinesia, Brunei dan lain-lain? Bagi saya mereka bukan tak mahu merdeka, tetapi mereka mahu merdeka ikut cara mereka sendiri, maka tunggu sajalah..
DEGILL!!!!

tok iskandar said...

Dulu masa dr Mahathir jadi PM dan Malaysia adalah negara anggota majlis keselamatan PBB telah menyokong sekatan ekonomi dikenakan terhadap Iraq.

Itu dah termaktub dalam sejarah.Chinapun ketika itu boleh berkecuali tetapi malaysia mengundi menyokong sekatan itu.sungguh memalukan UMNO.cakap je pasal persaudaraan islam tetapi sokong sekatan ekonomi terhadap Iraq.
beratus ribu termasuk kanak-kanak iraq menjadi korban.
rakyat sekarang bukan bodoh macam dulu..apa umno cakap boleh telan bulat-bulat biarpun apa yang diberikan bara api.
PERKASA ni ditubuh oleh golongan umno terbuang yang tak ada tempat dalam UMNO dan lebih kepada mencari nama

youth attack said...

salam.

setiap kali ada serangan terhadap Palestin,maka setiap kali itu jugaklah seluruh dunia mengecam tindakan rejim Zionis.tapi kecaman hanya tinggal kata-kata apabila tiada tindakan pun yang diambil terhadap Israel.US macam biasa menyokong tindakan sekutunya itu.

negara-negara Arab sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa seolah-olah dunia arab telah diikat kaki dan tangan mereka.

AGR said...

Saya tercari2 ulasan dari OIC diakhbar2 dan berita tv tapi belum jumpa.