Sunday, December 21, 2008

NYAWA DAN DARAH MELAYU MEMBUKTIKAN CHIN PENG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

Ruhanie Ahmad

Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Partai Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya. Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula.

Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945. Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM. Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri.

Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi. Mereka mati bagaikan katak.

Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang. Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama.

Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair.

Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman. Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam.

Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng. Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim. Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing.

Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.

Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM. Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.

Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.

Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.

Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.

38 comments:

cina said...

Dearest Sir,

I am a Chinese. I know who is Chin Peng. He is a terrorist and a disgrace to all Malaysia Chinese who choose Malaysia as their motherland.

putera bentan said...

Salam Datuk,

Saya anak Johor. Tok nenek saya juga selalu cerita pasal komunis dan Chin Peng. Hanya orang mabuk boleh sifatkan pengganas sebagai juara kemerdekaan kita.

nakhoda said...

Chin Peng pejuang kemerdekaan? Saya cucu cicit polis yang dibunuh komunis di Balai Polis Bukit Kepong kata Chni Peng adalah pengganas macam Bush, Howard dan Blair. Jangan-jangan orang yang kata Ching Peng tu hero dah jadi agen zionis tak?

limado said...

Komunis tetap komunis Pak. Di Indonesia mereka tanam mereka di lubang buaya. Saki baki mereka kita hapuskan. Di Malaysia begitu juga kan?

azam said...

Orang yang kata Chin Peng pejuang kemerdekaan adalah orang gila. Warning dia jangan panaskan orang Melayu yang hari ini memilih untuk hidup aman damai dengan semua kaum di Malaysia.

Berita dari gunung said...

Sering bila negara dalam bencana dan hampir ranap, yang elit akan lari dengan bungkus baju dan emas. Awalnya Melaka bila raja dan gundik lari (atau istilah sopan berundur] menyelamatkan diri.

Kemudiannya Tanah Melayu bila jepun menggempur. Lalu Orang Putih lari (berundur) dan balik kampung.

Ada yang berjuang waktu itu walaupun sejarahnya singkat. Tidak kisah yang berjuang itu Chin Peng atau Rashid atau Fakeh atau Muthusamy.

Bila Jepun kalah, Orang Putih datang semula dengan hidung lebih tinggi. Elit melayu kekal rapat dengan orang putih.

Kemudian perlahan-lahan ramai mahu jadi freedom fighters. Setengahnya harus dikalahkan. Seperti biasa JUARA hanya milik seorang sahaja. Hinggakan Onn Jaafar juga harus ketepi.

Bukan niat saya untuk mengenepikan kesengsaraan rakyat Tanah Melayu di tangan orang Jepun, Kominis, Orang Inggeris, Orang Belanda dan Orang Portugis.

Maaf.

Wallahu'alam. [Only God knows]

Fireroll said...

Salam Datuk,

Saya juga anak Johor. Saya juga mendengar cerita pengganasan oleh Chin Peng oleh rakan kenalan dewasa di sekitar Johor. Beliau seorang komunis yang tidak berperikemanusiaan, pembunuh anggota polis, orang kampung, dan sudah tentu rakyat Malaysia.

Orang yang berkatakan Chin Peng merupakan individu pembebasan negara dalam menuju kepada usaha kemerdekaan adalah buta sejarah, dan sudah tentu beliau tidak layak duduk di Tanah malaysia ini.

akal ask said...

Datuk yang dihormati,

tahniah datuk,bagi saya sekarang ni bukannya masa untuk berlembut.kita kadang2 tu terpaksa biadap demi menghadapi kebiadapan mereka2 yang tak sedar di untung.

namun datuk?
tidakkah kebiadapan ini bercambah akibat kegagalan para pemimpin kita dalam melaksanakan amanah yang di junjung mereka.dimanakah pembelaan hak2 kita sebenarnya datuk?dimana?

inilah akibatnya,bilamana agama tidak lagi jadi pedoman arah tuju,inilah akibatnya jika sebahagian dari pemimpin kita hanya lah menjadikan DUIT sebagai pedoman hidup mengantikan quran
dan hadis.

orang asing yang dulunya hanyalah menumpang,kini gah mempertikaikan KETUANAN melayu,semuanya silap pada mereka2 yang laparkan duit dan kedudukan,menjual bangsa.

cuba tanyakan mereka yang datang kemalaysia, andainya kita menumpang di rumah beliau buat seketika,dan kita bising itu tak kena,cat tak cantik,longkang tersumbat,rumah kotor,agak2 datuk apa tindakan mereka?
inikan pula pembunuh bangsa nak dijadikan hero kemerdekaan. memang kurang ajar tu,tak pun kurang akal.

relax_jer said...

Salam Datuk,

Saya anak Johor juga, cuma nak tahu dari datuk.... sejarah kita ni sapa yang tulis? Chin Peng?..Orang Putih? atau orang Melayu? mohon penjelasan

Terima Kasih...

Tumpang lalu.....

Terima kasih

Alias Mohd Yusof said...

Samada Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan atau seorang pengganas bergantung kepada daripada kacamata mana dia dilihat.
Malah Tun Mahathir yang dikatakan seorang negarawan yang banyak jasanya dalam memodenkan Malaysia, masih juga ada pihak-pihak yang menggelarkan beliau sebagai maha zalim.
Dalam hal ini kita kena berfikiran terbuka dan tidak terlalu emosional. Semua orang bebas untuk memberi pendapat mereka. Itu hak mereka yang telah dijamin dalam amalan demokrasi.
Kebenaran itu bukanlah disebabkan ada satu juta orang mengatakan benar.

Azman said...

Y.Bhg Datuk,

Ramai orang-orang Melayu pun tidak tahu sejarah perjuangan Selempang Merah Kiyai Salleh tu, terutama generasi muda-mudi.

Adakah salah jika sejarah perjuangan Selempang Merah itu diceritakan di blog, Datuk?

Azman Mohd Isa

Garden said...

Dear Datuk,

History should always be told as honestly as possible.

Bila kita sanggah Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, tidak bermakna orang-orang Cina lain pun patut disanggah sebagai pejuang. Chin Peng bukan sahaja mengganas kepada orang-orang Melayu, malah juga kepada bangsa-bangsa lain juga pada tika itu.

Chin Peng sepatutnya tidak dialu-alukan di bumi Malaysia ini, walauapapun ceritanya. Bukti keganasan Chin Peng ke atas orang-orang yang tidak berdosa sudah cukup sebagai bukti betapa dia bukan lagi pejuang, malah pengkhianat kepada orang Malaysia dan juga orang-orang sebangsa dengannya.

Anak Jati Melayu said...

Salam,

Dato' saya ingin berkongsi mengenai keganasan PKM ini. Datuk saya seorang pegawai polis pada tahun 1945 dan bertugas di seremban. Pada 31/10/45 dia mendapat telegram yg isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu anak sulung mereka. Dengan berita yg mengembirakan itu beliau bersiap sedia untuk pulang ke Taiping dengan keretapi. Tetapi hayat beliau tidak lama dan hasrat untuk melihat anak sulung dan isteri tidak kesampaian kerana, beliau ditikam oleh seorang anggota PKM di Stesen Keretapi Seremban.

Saya harap PRK hayatilah peristiwa ini. Jangan jadi pengkianat kepada bangsa dan agama.

Salam

Pesanan Keramat said...

Isunya bukan kerana emosi atau rasionaliti seperti yang dikatakan oleh Alias Mohd Yusof dan Garden.

Apabila menggunakan perasaan, tidak bermakna rasional sudah tidak ada. Segala apa kita haruskan lakukan dengan perasaan, baru kita lakukan sesuatu dengan perkiraan kemanusiaan. Maka tidak seperti akauntan dan peguam yang dalam keasyikan melihat nombor dan perkataan undang, hilang langsung peri kemanusiaan.

Kedua-dua kononnya terbuka dan liberal mahu hujah dengan kononnya memberi peluang untuk Chin Peng? Sudut sejarah mana yang harus memahkotakan seorang pengganas dan pembunuh rakyat marhaen sebagai pejuang kemerdekaan?

Saya ada menulis artikel yang mempunyai tajuk yang hampir serupa. Sila mampir. Kesimpulan artikel untuk jelas, Chin Peng tidak boleh langsung dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan. Hanya seorang komunis mabuk atau Cina cauvanis mengatakan Chin Peng pejuang kebebasan.

1. Tanahair mana yang ingin dibebaskan? Ini bukan tanahair Chin Peng. Dia bukan warganegara! Semasa perang China-Jepun, dia mahu pergi ke China membantu Mao Tze Tong.

2. MPAJA adalah caturan British untuk mengambilalih tanah jajahannya. British gunakan orang Cina, semasa itu kaum imigren dan pendatang, dan bukan membantu orang Melayu untuk memenangi kembali tanahairnya.

3. Adakah Jepun itu musuh? Kalau difikran mereka, British, dan MPAJA (proksi untuk Cina) adalah semua musuh kerana semua orang luar! Mereka tak ada hak atas negara ini. Namun, mengikut sejarah, kemasukkan Jepun meniupkan kesedaran dalam jiwa nurani ornag Melayu dan semangat nasionalisma.

4. Jika diterima Chin Peng sebagai seorang yang mahu menyelamatkan kampung halamannya dan kita ketepikan ideologi politik dahulu, kenapa rakyat marhaen diperas, dizalimi dan dibunuh? Adakah ini pejuang kebebasan yang sayangkan tanahair dan rakyat? Tidak ada langsung alasan.

5. Kalau diikuti penulisan Dhamala NS dalam blognya berkenaan pertemuaan dan interviu beliau dengan Shamsiah Fakeh, dia menceritakan keringnya hati PKM Cina yang mencampakkan ke dalma sungai bayinya yang diamanahkan untuk dianak angkatkan kepada orang ke dalam sungai.

MPAJA dan PKM mempunyai perkiraan kaum dan ideologi hanya justifikasi. Seperti juga hari ini MCA yang satu masa dahulu adalah penyelamat kaum Cina yang merupakan mangsa komunis, mereka bersama DAP untuk menyokong tuntutan Batang Kali terhadap British. Apa orang Melayu tak ada collateral damage?

6. PKM ditubuhkan oleh seorang Cina Vietnam yang merupakan agen serampang tiga untuk Jepun, British dan Komunis. Semasa menubuhkan MPAJA, ia mengatur pertemuan antara Cina Kuomintang dan Cina Komunis dengan SPenser, wakil British. MPAJA dibantu British. Kenapa British tidak latih Melayu untuk bebaskan tanhairnya? Jawabnya senang, kesemua mereka tidak mahu orang melayu bersenjata dan melakukan uprising. Manakala, Cina bersatu untuk bekerjasama dapatkan balik Malaya.

Mereka yang sering memuntahkan peringatan supaya rasional sering memuntah pendapat dan pemikiran dari sudut yang dangkal. Pemikiran yang kononnya rasional adalah pemikiran yang tidak ada emosi atau dalam ertikata lain, tidak ada naluri dan tidak malalui.

Dalam kononnya cuba berrasional, ia mendedahkan diri hanya berupaya berfikir di tahap permukaan dan melahirkan kesimpulan mudah tanpa fakta dan analisa yang mendalam.

sang murba said...

Saya maklum kebanyakan orang Melayu tidak boleh menerima Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.

Saya juga maklum kebanyakan "tokoh" atau "pakar" sejarah Malaysia tidak menganggap Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.

Akan tetapi, jika saya boleh berbeza pendapat, saya adalah salah seorang daripada golongan kecil yang berpendapat bahawa Chin Peng boleh dianggap sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan tanah air kita.

Sebab saya berpendapat demikian, simple saja. PKM yang ditubuhkan pada tahun 1930 dan Chin Peng yang mengambilalih jawatan Setiausaha Agung PKM mulai tahun 1947 turut berjuang untuk membebaskan Malaya dari penjajahan Inggeris. Oleh itu, tentu ada kewajarannya jika Chin Peng juga dianggap sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.

Kita tidak menafikan perjuangan bersenjata yang dilancarkan oleh PKM mulai 1948 melibatkan apa yang dianggap sebagai "keganasan".

Akan tetapi, memang tidak ada peperangan yang tidak melibatkan "keganasan", dan perang gerila yang dilancarkan oleh PKM tentu tidak terkecuali.

Mengenai "keganasan" yang dilakukan oleh PKM terhadap orang Melayu, saya kira ia berlaku sekurang-kurangnya kerana dua sebab.

Pertama, orang Melayu yang berkenaan tidak membantu perjuangan PKM, malah ada yang memusuhi PKM. Oleh itu, dalam suatu peperangan, orang yang dianggap sebagai musuh tentu tidak boleh diperlakukan sebagai "kawan".

Kedua, di kalangan ahli PKM yang begitu ramai, mungkin ada yang kurang berdisiplin atau tidak mengikut arahan parti. Oleh itu, mungkin ada di kalangan mereka yang melakukan tindakan keganasan atau tindakan yang tidak wajar terhadap orang Melayu, tetapi bukanlah atas arahan parti.

Di sini saya sebut satu contoh, iaitu pembakaran balas polis Bukit Kepong. Ia dilakukan oleh orang-oang PKM di Johor yang diketuai oleh Mat Indera, dan bukan atas arahan parti atau pemimpin tertinggi parti. Ada pemimpin tertinggi PKM yang mengaggap hal itu satu kesilapan, kerana orang PKM yang begitu ramai dikatakan boleh "menawan" balai polis itu tanpa perlu membakarnya.

Mengenai tindakan PKM terhadap polis dan askar Melayu pula, sudah jelas tindakan itu berlaku kerana kedudukan dan peranan mereka yang berkonflik dengan kedudukan dan peranan PKM.

Polis dan askar Melayu bekerja di pihak kerajaan penjajah dan memainkan peranan untuk mempertahankan rejim penjajah.

Apabila PKM berjuang untuk menentang penjajah Inggeris, maka polis dan askar Melayu yang berada di sebelah penjajah itu telah menjadi "musuh' PKM. Maka "peperangan" antara dua pihak yang bermusuhan tentu tidak dapat dielakkan (walaupun banyak cerita yang mengatakan PKM memang cuba mengelakkannya bila bertembung dengan askar Melayu di dalam hutan!).

anak mamak said...

Apakah mereka yang memperjuangkan lahkanattullah CHIN PENG dah lupa tragedi bukit kepong...ni akibatkanya kita org ISLAM..berpecah di negara Malaysia...DAP mmg sejak dulu menyokong Lahnatullah CP tue,tp sy rs secara senyap ada gak yg lain sokong, cume tak berani....

Kamarudin Awang said...

Orang-orang lama di Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor juga masih ingat. Arwah ayah saya sendiri pernah bercerita tentang keganasan PKM di Sedili Besar kepada saya.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

datuk.... hmmm mcam ni lah perkasa iaitu berani berkata benar.

ayah saya s/c polis tok dan tok bini saya askar british di mana anaknya abdul jalil dibunuh komunis ni.

bintang 3...banyak cerita tok. sampai taukeh ikan, sayur, taukeh babi dah pangkat jeneral dan kolonel dalam PKM tu... mengamuk macam datuk cakap.

maka apa kata ronnie liu yb dap yang perjuangkan chin peng tu? nanti lah pas dan anuar brahim ni kena makan panggang babi baru tahu...

brapa org melayu dirogol tok? tentu benih komunis dah dilahirkan oleh gadis tu.... kesian anak dara kita.

azlan said...

hairan bagaimana ada pula sesetengah orang yang menganggap Chin Peng sebagai "pejuang kemerdekaan".ya memang mereka pernah melawan British dan Jepun.tapi itu untuk menyenangkan mereka memperluaskan empayar komunisme.tidak lebih daripada itu.

saya marah dengan Chin Peng dan komunis tapi tidak pernah saya salahkan orang Cina.bukan semua orang Cina menyokong komunisme.

sangat-sangat tidak bersetuju Chin Peng dianggap sebagai "pejuang kemerdekaan".pejuang kemerdekaan untuk negara komunis itu adalah.

amirhamzah64 said...

Chin Peng Berhutang Darah dengan Melayu.


Bagi majoriti orang Melayu Parti Komunis Malaya (PKM)ditolak kerana ideologinya dan hasratnya ingin membentuk sebuah Republik Komunis berkiblatkan China dan Rusia. Secara tidak langsung akan menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak orang Melayu dibuminya sendiri.Di dalam buku 'My side of History'jelas menunjukkan kekecewaan Chin Peng,'Dasar penubuhan Republik Malaya telah ditinggalkan, dan diganti dengan perjuangan berperlembagaan untuk menubuhkan sebuah kerajaan demokratik'.

Berdasarkan ulasan Sejarah dari kacamata Chin Peng oleh Lee Ban Chen, Malaysiakini.com jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan Chin Peng dan PKM adalah kepada British. Selepas PKM dan British bekerjasama mengusir Jepun, PKM berasa kecewa apabila British dapat balik semula menjajah Malaya. Tempoh peralihan kuasa pada tahun 1945 selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah telah digunakan oleh PKM untuk membalas dendam kepada mereka yang menyokong Jepun dan mereka yang tidak menyokong ideologi komunis terutama orang-orang Melayu.

Orang-orang Melayu majoritinya menjadi mangsa 'Bintang Tiga'. Mereka dibunuh, dirogol dan disiksa. Api kemarahan orang Melayu tidak boleh dibendung lagi. Mereka bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama seperti yang berlaku di Batu Pahat dan Sungai Manik, Perak. Panglima Kiyai Salleh mengetuai tentera 'Selempang Merah'di Batu Pahat seperti mana kata Datuk Ron dalam laman blognya Kuda Kepang sebagai panglima yang tidak didendang berjaya mengangkat semula martabat bangsa dan maruah agamanya.

Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin. Negara juga dikecohkan dengan kontroversi artikel setiausaha antarabangsa DAP, Ronnie Liu di laman web parti itu.Terdapat gambaran bahawa perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) menyumbang kepada kemerdekaan negara melalui tekanan mereka kepada penjajah Britain.

Jikalau pejuang kemerdekaan apakah niat mereka membunuh orang-orang Melayu yang tidak mempunyai senjata moden seperti mereka. Orang-orang Melayu Batu Pahat hanya bersenjatakan 'parang panjang' sahaja. Apa tujuan mereka? Mereka pejuang kemerdekaan untuk siapa? Kalau mereka berjuang untuk kemerdekaan Malaya kenapa orang-orang Melayu di bunuh? Kalau marah kepada British kenapa membunuh orang-orang Melayu?Kenapa bakar rumah Melayu? Kenapa rebus orang Melayu hidup-hidup? Marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.

Benar kata Datuk Ron dalam blognya Kuda Kepang 'Nyawa dan Darah Melayu membuktikan Chin Peng bukan Pejuang Kemerdekaan' Anak Batu Pahat tidak akan lupa, anak Sungai Manik pun tidak akan lupa begitu juga dengan orang-orang Melayu di tempat lain yang menerima nasib yang serupa.

Chin Peng tidak layak hendak diletakkan sebaris dengan Datuk Sagor dan Datuk Maharaja Lela di Perak, Tok Janggut di Kelantan, Dol Said di Naning, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Rentap di Sarawak dan Rosli Dhobi di Sabah. Mereka ini menentang British juga tetapi diiktiraf sebagai pejuang awal kemerdekaan dan pencetus semangat nasionalisme. Mereka menentang British. Mereka memang marahkan nyamuk, maka nyamuk lah yang dibunuhnya.

Lebih-lebih tidak layak lagi Chin Peng ini hendak disamakan dengan pengorbanan Almarhum Tunku Abd.Rahman dan Dato' Onn b Jaafar. Sepatutnya PKM patut berterima kasih kepada Almarhum Dato' Onn bin Jaafar. Kalau tidak kerana Dato' Onn bin Jaafar yang ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat pada 1945 tidak menahan tentera 'Selendang Merah' di Simpang Lima, mungkin bandar Batu Pahat menjadi padang jarak padang terkukur.

Kalau hendak dikatakan Chin Peng adalah orang pertama yang mengangkat senjata,Bendahari Persatuan Sejarah Negeri Sembilan Mohd Misan Mastor menjawab 'bahawa orang Melayu telah mula berjuang menentang penjajahan sejak kejatuhan empayar kesultanan Melayu Melaka, diikuti pada zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Chin Peng, 82, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bukan pejuang kemerdekaan.Chin Peng telah melakukan jenayah membunuh dan dia berhutang darah dengan orang-orang Melayu. Melayu Parit Sulong, Melayu Kangkar Senanga ,Melayu Semerah dan Melayu tempat-tempat lain yang senasib serta generasi mudanya tidak akan memadamkan sejarah pahit ini. Sejarah pahit ini akan kami dendangkan dari satu generasi ke satu generasi agar mereka faham, sedar, insaf, waspada dan sentiasa beringat-ingat.

Chin Peng sama lah seperti Muhammad (Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin komunis. Dia menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Koris. Dia mengetuai pergerakan komunis d bahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Walau pun bekas guru agama tetapi kerana perjuangannya tidak selari dengan hasrat dan kehendak majoriti orang Melayu, Mat Indera tetap tidak dianggap pejuang malah pada 14 Oktober 1952, Muhammad Indera telah diperangkap oleh anggota Cawangan Khas Batu Pahat dalam satu perjumpaan di Kampung Seri Medan. Orang Kampung dikatakan telah menipuhelahnya dengan memberi makan daun pucuk kecubung sehingga mabuk, beliau ditangkap dan kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Chin Peng tidak akan kami ingati.Kami juga membantah sekeras-kerasnya rancangan pengarah filem bebas, Amir Muhammad yang bercadang membuat sebuah dokumentari berkisar mengenai Chin Peng yang bertajuk 'Lelaki Komunis Terakhir'.Sebarang usaha menerbit bahan mengenai Chin Peng dan PKM yang secara langsung atau secara halus adalah jelas bertujuan meluaskan dakyah komunis dan bermatlamat menggulingkan kerajaan demokrasi Malaysia.

Pejuang tanah air, anggota keselamatan awam dan negara serta ahli keluarga mereka khususnya kami di Batu Pahat dan Sungai Manik pasti berkecil hati apabila ada usaha untuk mempopularkan bekas pemimpin komunis itu.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

azreen said...

Salam datuk,

RPK dan rakannya yang lain menulis hanya berdasarkan kepada ruang dan peluang yang dilihat dapat menghina dan merendahkan keupayaan satu pihak dalam kes ini melayu

dan dalam masa yang sama sengaja mencetus satu idea dan cerita sonsang kepada golongan muda yang rata-ratanya tidak mengetahui sepenuhnya jalan kemerdekaan selain yang diajar kan di sekolah dan ipt

BaitiBadarudin said...

Amir Muhammad juga pernah, secara tidak langsung, mengagungkan Chin Peng dalam filemnya "Lelaki Komunis Terakhir" yang membuatnya 'cult hero' di kalangan seniman keturunan Cina dan pengkritik kulit putih

Apocryphalist said...

Datuk,

Banyak pengomentar dalam blog dato’ ini terlebih hemah mengatakan sebenarnya mereka-mereka yang mabuk, gila atau buta sejarah saja mengatakan Chin Peng itu pejuang kemerdekaan. Bagi saya pula tidak begitu. Teriak-teriakan mengagungkan Chin Peng ini bukan hasil dari kebutaan, kegilaan atau kemabukan. Sebaliknya ianya semua adalah suatu usaha terancang sesetengah pihak untuk “menguji kedalaman air” dengan mengetengahkan isu-isu yang jorok yang dilihat orang-orang melayu, sebagai satu prelud sebelum dilancarkan serangan-serangan yang lebih menggegarkan kita semua. Kalau hanya setengah generasi dahulu penduduk bukan bumiputra negeri ini mengakui akan keTuanan Melayu umpamanya, dewasa ini isu ini pulak yang digembar-gemburkan, dengan menyama-ratakan kependatangan mereka dengan penghijrahan melayu dari tanah sebarang ratusan tahun dahulu.
Tanpa disadari dirinya sendiri, RPK telah dipilih menjadi penguji-air ini. Adakah idea-idea yang kepicisan ketepatan sejarah seperti Chin Peng ini disadurkan melalui isteri beliau yang bukan bumi? Atau melalui percampuran beliau dengan “Malaysia’s Malaysians” yang lain, diapi-apikan pula oleh tepukan gemuruh kepada beliau setiap kali artikel menghentam melayu-Islamnya diterbitkan? Tak siapa tahu. Yang pasti, ianya BUKAN natijah dari pemikirannya sendiri. Kerana RPK itu bukan ahli sejarah pun, malah kalau diuliti secara mendalam, bukan juga seorang pemikir yg intellektual pun. Dari pembinaan ayat-ayat bahasa Inggerisnya yang simplistik pun sudah boleh seseorang yang halus penilaiannya sampai kepada kesimpulan ini.

Apocryphalist

jeremy adnan said...

ramai orang awam dan pejuang yang terbunuh dan dibunuh dek kekejaman PKM di Malaysia.tak cukup dengan itu ramai yang telah diseksa dan ramai anak gadis dirogol oleh mereka.orang sebegini yang hendak di angkat sebagai hero?

JANGAN HARAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

APPLE PIE said...

salam dato,
saya teringin untuk mendengar sejarah perjuangan kumpulan selempang merah kiyai salleh, semoga posting akan datang ybhg dato kan publish insyaAllah.tok pencalonan MT dato lepas ke?salam takzim dato.

ChengHo said...

Chin Peng adalah persona non grata tidak perlu buang masa untuk bincang.
Issue semasa ternakan babi di kuala Linggi Melaka diperkampungan nelayan melayu adalah mencabar kepimpinan melayu . Ali Rastam senyap tidak ada komen ,Abuseman MP senyap juga tidak ada komen ? ,undang 2 alam sekitar jelas undang2 PBT juga jelas mana dia kebijaksanan pemimpin melayu...

tok iskandar said...

Tok setuju dengan komen tentang Chin Peng itu.

Bagaimana pula tentang perkara ini?
Filem Histeria yang baru ditayangkan di pawagam telah mencabar sensitiviti rakyat beragama Islam apabila dua aktres beragama Islam telah melakonkan adegan bercium seperti yang dilaporkan oleh New Strait Times Online semalam.Aktres tersebut ialah nurliana samsudin dan sharifah norazean.Bagaimana adegan ini boleh melepasi LPF(Lembaga Penapisan Filem)

Filem ini patut diharamkan serta-merta kerana mencemar kesucian Islam dan menggalakkan gejala lesbian

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

1. China Ucap 'Terima Kasih' Malaysia Bantu Tumpas Lanun
Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 22 Dis (Bernama) – Kerajaan China mengucapkan "terima kasih" kepada Malaysia selepas sebuah helikopter tentera dan sebuah kapal tentera laut Malaysia membantu menumpaskan serangan lanun ke atas sebuah kapal kargo China di perairan Somalia minggu lepas.

Naib Menteri Pengangkutan China Weng Meng Yong menyampaikan penghargaan kerajaan itu kepada Datuk Syed Norulzaman Kamarulzaman, Duta Besar Malaysia ke China pada Khamis, sehari selepas kejadian itu.

"Beliau menyampaikan ucapan terima kasih daripada pihak kerajaan China dan agensi utama seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar dan tentera atas tindakan segera anggota tentera laut kita dalam menumpaskam cubaan itu," kata Syed Norulzaman kepada Bernama.

"Naib Menteri itu juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama rapat dengan kita, terutamanya berkaitan keselamatan pelayaran kapal di laut. Ini akan mempereratkan lagi hubungan dua hala," katanya.

Duta Besar itu telah menghantar surat penghargaan yang ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Li Sheng Lin itu kepada Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Kapal tentera laut Malaysia, KD Sri Indera Sakti dan sebuah helikopter tentera telah memberikan bantuan setelah menerima panggilan kecemasan selepas sembilan lanun cuba menaiki kapal kargo China "Zhenhua 4" pada Rabu di Teluk Aden.

Kerajaan China telah menghubungi Biro Maritim Antarabangsa Malaysia untuk bantuan sementara krew kapal itu cuba menghalang lanun berkenaan.

Helikopter Malaysia telah melepaskan tembakan amaran ke arah bot lanun berkenaan dan 30 krew kapal itu diselamatkan .

KD Sri Indera Sakti dihantar ke perairan yang menjadi tumpuan lanun itu selepas dua kapal komersil Malaysia dirampas empat bulan lepas.

China mengumumkan Sabtu lepas yang ia akan menghantar dua buah kapal pemusnah dan sebuah kapal bekalan untuk membantun meningkatkan rondaan antarabangsa di Teluk Aden, laluan perkapalan terpenting dari Asia ke Eropah dan Amerika.

Menurut Kementerian Luar China, tujuh kes rampasan dilaporkan di kawasan itu antara Januari dan November melibatkan kapal China atau anggota krew China.

China mempunyai 1,265 kapal komersil menggunakan laluan itu dan 20 peratus daripadanya telah diserang, menurut jurucakap kementerian itu.
-- BERNAMA


2. Mahathir: Yemen Mesti Hasilkan Produk Berkualiti Untuk Jadi Negara Industri

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari Isnin berkata Yemen perlu sentiasa memastikan produknya berkualiti tinggi jika mahu menjadi sebuah negara perindustrian.

"Dengan itu, pada masa depan orang ramai akan yakin terhadap produk Yemen. Dan bila ini berlaku, kemajuan perindusterian akan menjadi lebih mudah dan cepat," katanya dalam ucapannya bertajuk "Industri, Masa Depan Negara", pada persidangan "Buatan Yemen" di Mukalla, Yemen.

Dr Mahathir berkata jika barangan buatan Yemen mahu dijual di pasaran tempatan dan di negara ini, standard kualitinya mesti sangat tinggi.

"Apabila pembeli sudah yakin bahawa standard kualitinya sentiasa dijaga, penjualan produk akan menjadi lebih mudah," katanya dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan di sini.

Dr Mahathir berkata Yemen akan dapat menjadi negara perindustrian jika ia memilih produk yang tepat untuk pengilangan.

Beliau berkata untuk menjadi sebuah negara perindustrian, perkara pertama yang diperlukan ialah kerajaan berminat terhadapnya dan memainkan peranan penting dalam proses perindustrian.

"Ia mesti bersedia membuat penyelarasan dasar, malah sedia berkorban bagi membolehkan modal dan teknologi tersedia untuk industri," katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun perindustrian boleh dilakukan sendiri oleh kerajaan, kualiti produk biasanya kurang dan tidak dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa.

"Oleh itu adalah lebih baik jika perindustrian dijalankan oleh sektor swasta.

"Bagi memastikan pelaburan swasta menguntungkan, ia perlu diurus dengan baik, roduk berkualiti tinggi, harga yang kompetitif dan sedia diterima oleh pengguna," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata dalam sesetengah hal, perlu bagi kerajaan untuk memulakan industri sebelum menswastakannya.

Kerajaan, katanya, perlu menyumbang dengan memperuntukkan undang-undang yang baik bagi menyokong industri dengan menyediakan cukai untuk menggalakkan industri ditubuhkan.

"Kadang-kadang menjadikan industri bebas cukai akan memudahkan dan menarik pelaburan dalam industri," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan mendapat lebih banyak pendapatan hasil daripada pertumbuhan yang dijana oleh industri.

Kerajaan, katanya, juga perlu memastikan pentadbiran cekap dan bebas daripada rasuah kerana pengindustrian sukar untuk dicapai sekiranya gejala rasuah berleluasa.

Beliau berkata ketua politik kerajaan perlu memastikan pentadbir mematuhi jadual kelulusan dan sekiranya berlaku kelewatan, beliau perlu menyelidik terutamanya apabila terdapat aduan daripada pemohon terbabit.

"Dengan cara ini peluang untuk melakukan rasuah akan lebih minimum," katanya.

Dr Mahathir berkata selain mempunyai kemudahan latihan dan pendidikan yang baik untuk melahirkan pekerja dan pengurus yang mahir, kerajaan juga perlu menyediakan prasarana yang perlu.

Beliau juga menekankan kepentingan penyelidikan bagi peningkatan kualiti, pembungkusan dan penjenamaan agar produk dapat untuk menikmati harga premium.
-- BERNAMA


Nota:

Kawasan Hitam.

antubiul said...

Ching Peng sebenarnya pejuang Kemerdekaan murtad!

haji said...

salam datuk

kita berharap agar kerajaan mengkaji kerakyatan mereka yang menyokong komunis dan yang menganggap chin peng sebagai pejuang kemerdekaan. KDN mesti mengambil tindakan termasuk membatalkan kerakyatan.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman,

Jutaan terima kasih atas seluruh komen yang pro atau kontra dengan posting saya.

Apapun, saya tegaskan di sini bahawa posting saya ini tidak bermaksud menidakkan kesetiaan majoriti rakyat keturunan Cina pada ketika ini. Posting ini juga tidak mengatakan saya tidak pernah menghargai sumbangan mereka kepada negara.

Sebagai seorang bekas Ahli Parlimen yang mempunyai kelompok keturunan Cina yang ramai - iaitu di sekitar Pekan Yong Peng - saya amat menghargai sumbangan mereka dalam memperkukuhkan BN.

Apa yang saya luahkan menerusi posting ini adalah pandangan yang mengatakan Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan. Pandangan saya berasaskan latarbelakang saya sewaktu kanak-kanak dan juga sejarah di kawasan saya - kawasan Kiayai Salleh - yang memang terlibat dengan pertempuran dengan pengganas PKM. Hakikat sejarah ini tidak boleh dinafikan dan dipadam. Hakikat sejarah ini tidak berbohong.

Terdapat cadangan supaya saya siarkan kisah-kisah selanjutnya mengenai keganasan PKM di kawasan saya dan juga kisah Angkatan Selempang Merah pimpinan Kiayai Salleh.

Saya ada salinan thesis sahabat saya Salmah Brek mengenai PKM Bintang Tiga. Saya cuba menghubungi beliau untuk minta kebenaran menyiarkan thesis itu sepenuhnya. Sehingga kini saya masih gagal.

Bab selempang merah, saya akan hubungi Saudari Zaharah Nawawi yang menulis sebuah buku mengenainya. Bila saya berjaya, saya akan minta izin beliau mensirikan buku itu dalam blog ini.

Mengenai padangan yang berbeza mengenai Chin Peng, khususnya yang disuarakan oleh pihak Melayu, saya katakan, tak apalah. Saya hormati pandangan itu jika disertakan dengan hujjah yang diterima oleh akal dan serasi dengan sejarah kita.

Tapi, saya tetap dengan pendirian saya. Ini kerana saya mempunyai bukti kepada hujjah saya, sementara mereka menghujjah menerusi rasional intelek yang liberal dan tanpa merujuk kepada kesan dan impaknya kepada sejarah yang hakiki.

Tetapi, kalaulah Chin Peng dikatakan pejuang kemerdekaan kerana dia memimpin gerakan membebaskan negara ini dari ce ngkaman Inggeris, bagaimana pula dengan Jepun yang juga menjajah negara kita dengan slogan untuk membebaskan kita dari cengkaman Ingggeris?

Oleh itu, ada baiknya kita tutup isu Chin Peng ini kali ini dengan harapan para intelek kita menghalusinya secara ikhlas dan jujur supaya ke Melayuan dan keindukan Melayu di bumi ini tidak terhakis buat selama-lamanya.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

wira said...

Salam Datuk Ron,

Saya seangkatan dengan Datuk dan saya tetap mengatakan PKM dan ahli-ahlinya pengkhianat penduduk dinegara ini kerana keganasannya. Kalau nak contoh segrombolan teroris ini adalah mereka, mengganas dan tidak ada peri kemanusiaan. Mereka tidak menyesal dan yang hanya mereka mahu adalah untuk mati ditanah air ini - tanah melayu - tanah Malaysia.

Sebagai negarawan, fakta-fakta seperti ini tidak harus dinafikan kerana ingin bersekongkol dengan pehak tertentu.

Fakta tetap fakta dan insaflah supaya kita semua hidup aman dan berkongsi bersama membina hidup baru. Jangan lakar semula sejarah. Sejarah menjadi sempadan untuk kitan insafi.

Mozafar said...

Ron,

Saya berharap jika masih ada kisah2 sejarah hitam kezaliman PKM dan Chin Peng ni supaya jangan disimpan untuk dibawa mati.

Tulis dan tebarkan maklumat sejarah silam yang pahit dan keji ini agar generasi muda Malaysia terutama kaum Melayu yang sekarang ini DIPERLEKEHKAN dapat pendedahan peristiwa kekejaman PKM masa lampau sebagai pedoman supaya jangan sampai dibiar dan direlakan perkara seumpama itu berulang. Kita harus waspada dan jangan biarkan kaum yang tak sedar diri dan tak tau bersyukur ini merampas kuasa dan hak orang Melayu ditanah air kita sendiri, Tanah Melayu.

Generasi muda yang buta sejarah akan terima bulat2 definasi konon Chin Peng pejuang kemerdekaan jika tiada yang bangkit menjelaskan keadaan sebenar. Malangnya propaganda isu ini dipelopori oleh orang Melayu sendiri seperti RPK.

Sungguh mengecewakan.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Apa kena mengena agama komunisma yang dipelepori manusia angkuh saperti Chin Peng ini dengan orang Melayu yang terang hati mereka melakukan kezaliman di atas bumi Allah yang Maha Esa Maha Perkasa kita ini? Sepatutnya semua keturunan Chin Peng dihalau dari negara ini, setidak-tidaknya dihapuskan!

Tahniah Kuda Kepang. Maka cerita ini apa bezanya:

Bapa Altantuya Mohon Disemak Keputusan Pendakwa Tidak Rayu Pembebasan Razak

SHAH ALAM, 24 Dis (Bernama) -- Shaariibuu Setev, bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh di sini dua tahun lepas, mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini agar disemak semula keputusan Pendakwa Raya tidak membuat rayuan terhadap pembebasan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh anaknya.

Dalam permohonan itu, yang dikemukakan menerusi peguam Karpal Singh tengah hari tadi, beliau menamakan Peguam Negara dan Abdul Razak sebagai defendan.

Abdul Razak dibebaskan oleh Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin pada 31 Okt lepas daripada tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas melakukan pembunuhan itu.

Karpal memberitahu pemberita kemudian bahawa Shaariibuu juga memohon perintah mandamus bagi menghendaki Peguam Negara memohon lanjutan masa untuk merayu terhadap pembebasan Abdul Razak, dan kemudiannya, memohon kepada Mahkamah Rayuan bagi mendapat waran mengarahkan Abdul Razak ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk direman sehingga rayuan itu diputuskan atau dibebaskan dengan diikat jamin.

Dalam kes itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar diperintah membela diri.
-- BERNAMA


siapa perlu khuatiri sebenarnya - anwar, MP Permatang Pauh?

The Author said...

Chin Peng ketua komunis tidak berhak untuk diberi peluang memasuki Malaysia..atas perbuatan membunuh dengan kejam. Inilah Terorist yang patut dibunuh bukannya dibiarkan ...Sungguh malang jika pihak berkuasa dan undang-undang tidak berupaya menghalang..Bangkitlah dan sedar.

Tungaklangit said...

SALAM DATUK..

SAYA RASA NAK BELASAH AJE S.M. MOHAMED NI...
DATUK SAYA BEKAS POLIS SELEPAS JEPUN MENYERAH KALAH... DIA PERNAH BERCERITA MACAM MANA ZALIM KOMUNIS BINTANG TIGA NI MEMBUNUH ANAK KECIL, IBU MENGANDUNG, ORANG TUA DAN LELAKI YANG DISYAKI BERKERJASAMA DENGAN ZAMAN JEPUN..
AYAH SAYA JUGA BEKAS POLIS ... BELIAU MASUK POLIS HUTAN ERA TAHUN 1950AN.. SAYA DENGAN MATA KEPALA SENDIRI MELIHAT BERAPA RAMAI ANGGOTA POLIS HUTAN YANG MATI DAN PUTUS ANGGOTA BADAN ANGKARA CHIN PENG AND THE GENGS INI,..
SAMPAI SEKARANG BEKAS2 ASKAR DAN POLIS YANG CACT ANGGOTA DAN KELUARGA YANG KEMATIAN AYAH ATAU SUAMI TAK MENDAPAT PEMBELAAN KERAJAAN SEWAJARNYA..
SEKARANG KENAPA NAK BAGI KEISTIMEWAAN KEPADA SI MANGKOK CHIN PENG NI...
HAMPIR 17,000 NYAWA TERKORBAN SEMASA ZAMAN DARURAT.. ANGKARA CHIN PENG..
NAK BAGI DIA BALIK KE MALAYSIA NI...
KALAU NAK TENGOK KITA MENGAMUK.. MASUKLAH CHIN PENG..
SALAM

tyngah said...

itu lah orang melayu otodok hanya tahu menghentam bukan nak kaji selidik..apa kena mengena ugama dan ideologi..kalau ikut hukum akal jepunlah buat semangat melayu berkobar- kobar nak merdeka.british ambik harta negara x di hemtam...maner sejarah sebenar adakah umno satu2 parti kemerdekaan maner parti lain komonis jugak ke..kalau nak tulis nak bodek n mengampu tu yang buat melayu akan hilang didunia.kita kaji serajah 1511 pasal apa melaka kena jajah...pergi havard n oxford cari sejarah Malaysia yang sebenar kerana orang putih dah selewengkan sejarah kita itu sebab orang melayu suka menyeleweng dari tajuk yang sebenar.suka mengampu n kipas tu orang melayu xde prinsip..alamak satu hari kena jajah lagilah kita..itu yang dinamakan merdeka ...merdekakah kita...itu yang buat Umno akan berkubur...Melayu, cina n india bangsa bukan agama.Islam adalah agama.tak de ugama yang menyuruh mengacau ugama lain.yang tak betul adalah idealogi polotik yang merosakan penyatuan Bangsa dan agama.Islam menyatakan maaf-bermaafan penting dalam kehidupan.sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam..akal manusia yang melahirkan idealogi tak boleh disekat kerana itu dinamakan akal.Idealogi PM kita satu Malaysia patut disokong dengan perbuatan bukan dengan kata-kata.kalau orang dalam umno yang mengarut adalah kita perlu salah Dato Sri Najib...begitu jugak chin peng yang buat orang dia seperti mat indera mungkin dia tak setuju tapi tetap salah dia..begitu jugak shamsiah fakeh,Rashid maidin depa x mengaku komunis tapi orang menuduh mereka komunis.Keluarga mereka dibunuh tak pulak orang simpati sebalik mengeji..adil ke..tu sikap Melayu otodok yang hanya suka mendengar satu pihak bukan menndengar keseluruhan dan mengadili mengikut akal yang Allah bagi.Pasal yang mendengar bukan merasai.jika ketika itu bangsa arab menyerang Malaya masa penjajahan british akan dikata fahaman komunis..komunis di china lain ..di malaysia mereka di kenali PKMM sebelum merdeka..cuma selepas merdeka mereka menjadi komunis bukan PKMM...Fahami sejarah baru mengadili bukan menghukumi..Allahwalllam

Syawal said...

assalamualaikum.....datuk...sy razif ting 3...baru-baru sy blaja bab keganassan pkm di malaya ni sy amat sokong seratus peratus kata kata itu...chin peng x berhati perut memeng x gune langsung....