Pada Sabtu 29 November 2008, saya siarkan satu tulisan di blog ini mengenai peristiwa keganasan berdarah Mumbai, India, pada malam 26 November 2008, yang menyebabkan 164 orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera parah.
Di akhir tulisan itu saya persoalkan sama ada keganasan di Mumbai adalah synthetic terror atau keganasan yang dilaksanakan secara operasi bendera palsu - atau secara baling batu sembunyi tangan - semata-mata untuk membolehkan sesuatu kuasa besar tertentu membuka lawang keempat Peperangan Antikeganasan (PAG) di benua Asia, khususnya di rantau Asia Selatan yang merangkumi India dan Pakistan.
Saya mempersoalkan demikian kerana seluruh episod PAG - mulai Oktober 2001 di Afghanistan (AsiaTengah), mulai Januari 2002 di Asia Tenggara, dan mulai Mac 2003 di Iraq (Asia Barat) - adalah siri peperangan nuklear yang tidak direstui oleh PBB, semberono, pre-emtif dan berasaskan pembohongan serta kepalsuan.
Pembohongan dan kepalsuan ini sengaja dirancang, direka dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi perkakas propaganda – media cetak, media elektronk dan media digital – yang dikuasai oleh puak zionis.
Propaganda yang bertubi-tubi ini digunakan sebagai topeng kepada operasi bendera palsu yang dilaksanakan atau ditaja oleh kuasa-kuasa tertentu dunia.
Propaganda ini juga kini menyebabkan sebilangan komuniti dunia terkeliru lantas meyakini bahawa PAG memang benar-benar angkara teroris Islam antarabangsa.
Hakikatnya, PAG adalah angkara beberapa badan perisikan antarabangsa, termasuklah CIA (Amerika Syarikat), MI6 (Britain) dan Mossad (Israel).
PAG di Afghanistan kononnya untuk menghancurkan al-Qaeda yang dituduh tanpa bukti sebagai pihak bertanggungjawab meruntuhkan WTC di New York dan Ibupejabat Pentagon di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.
Hingga ke hari ini, al-Qaeda masih belum dimusnahkan, Osama ben Laden masih belum ditawan. Tetapi, Afghanistan dibom, musnah ranah, ramai rakyatnya terkorban, yang hidup pula diancam radiasi nuklear, AS serta sekutunya juga terus hadir di negara berkenaan.
PAG di Iraq kononnya untuk memusnahkan Saddam Hussein yang didakwa sebagai membina senjata pemusnah (WMD) yang mengancam komuniti dunia.
Hakikatnya, WMD langsung tidak ditemui di Iraq. Tetapi, negara itu dijajah, dimusnah, jadi kacau-bilau dan Saddam Hussein pula sudah dihukuman gantung sampai mati.
Sebuah agensi perisikan Australia dan agensi perisikan daripada sebuah negara ASEAN yang amat intim dengan puak zionis pula dipercayai terbabit dalam siri keganasan secara operasi baling batu sembunyi tangan di Asia Tenggara.
Menerusi operasi ini, termasuklah siri pengeboman di Indonesia, pihak yang fitnahkan sebagai pengangkaranya adalah Jemaah Islamiah (JI) di Indonesia, Barisan Bertindak Kebangsaan Moro (MNLF) di selatan Filipina dan Organisasi Pembebasan Pattani (PULO) di selatan Thailand.
Di Mumbai baru-baru ini, sekumpulan teroris Islam yang kononnya dikenali sebagai Deccan Mujahidin dan Lashkar-e-Taiba yang didakwa berpangkalan di Pakistan, telah difitnahkan sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan keganasan berkenaan.
Fitnah ini dipercayai disengajakan untuk membolehkan sebuah kuasa besar tertentu memerangi Pakistan atas alasan kononnya negara Islam itu melindungi teroris Islam antarabangsa.
Laporan terbaru oleh Associated Press (AP) Sabtu lalu mendedahkan hakikat ini. Agensi berita itu dipetik sebagai melaporkan bahawa seorang agen bernama Mukhtar Ahmed, yang bekerja bagi pihak Polis India di Kashmir, telah ditangkap.
Mukhtar didapati sebagai pihak yang membekalkan sim card telefon bimbit kepada Lashkar-e-Taiba yang dituduh terbabit dengan keganasan di Mumbai.
Penangkapan ini membuktikan bahawa agensi perisikan India yang sudah menyusupi Lashkar-e-Taiba adalah pihak yang menguasai pelaksanaan keganasan di Mumbai.
Kurt Nimmo daripada Prison Planet.com menulis bahawa tindakan perisikan India melaksanakan sesuatu operasi baling batu sembunyi tangan untuk difitnahkan kepada Pakistan serta beberapa organisasi yang kononnya teroris Islam antarabangsa, adalah perkara biasa.
Tulisan Nimmo disiarkan oleh portal berita http://www.thetruthseeker.co.uk/. Bacalah sendiri untuk mengikuti kisah selanjutnya.
Saya menghuraikan perkara di atas secara ringkas kerana baru-baru ini negara kita juga cuba dikaitkan dengan keganasan yang terjadi di Mumbai.
Kita semua tahu itu adalah fitnah. Sesudah tragedi 11 September pun Malaysia difitnahkan sebagai salah satu lokasi yang digunakan oleh segelintir pihak yang kononnya meruntuhkan WTC di AS.
Kita wajar berwaspada. Kita juga mesti bertegas mematahkan fitnah seperti ini. Ini kerana fitnah, pembohongan dan kepalsuan adalah ciri-ciri utama operasi bendera palsu atau operasi baling batu sembunyi tangan.
Oleh itu, janganlah mudah kita terpedaya atau dipengaruhi oleh mana-mana propaganda pro-zionis yang berusaha memfitnahkah umat Islam sebagai teroris dan negara-negara Islam sebagai pelindung serta penaja teroris. Ketegasan kerajaan kita dalam hal ini amat disanjung tinggi. – Ruhanie Ahmad

11 comments:
semuanya fitnah...tapi mengapa islam tidak boleh bersatu.....
Salam Datuk.
Saya harap posting Datuk ini dapat mencelikan meraka yang sedang dok alpa sekarang.
Illumunnati,Freemasonic,NWO dan sebagainya dengan macam-macam teori konsipirasi yang dok ada sekarang ini, kalau di ikuti...memang menakutkan..!!
Barrack Obama adalah lagi satu berita yang Tak Baik untuk umat Islam dimasa dibeberapa bulan yang akan datang.
Selepas kisis Osertia-Russia-Amerika..gagal di panjangkan oleh puak Mossad dan CIA...Kini Amerika sebuah negara yang sudah muflis akan mencoba arena konflit yang baru seperti apa yang berlaku di Mumbai baru-baru ini.
JIka kita pemimpin kita aysik dok bermain dengan sifat 'diplomatik Melayu'..sabar..lah kita buat cara kita konon..!! Maka tak akan lama lah Melayu Islam Berkuasa di rantau ini.
Seperti Datuk sebut kan dalam Posting ini dan masih sopan juga tanpa menyebutkan negara S'pora ada lah sebahagian kemelut politik yang sedang melanda Tanah Melayu ini dan mereka berjaya menyusup masok ke peringkat yang paling atas sekali. Lihat saja pemimpin yang dok ada laa ni..bukan main kecut bila berhadapan dengan isu-isu S'pora.
Saya kira Datuk lebih sedia maklum tentang isu-isu dengan S'pora dan kerajaan M'sia. Kerana Datuk pun dulu 'is among those circle's..' yang tahu apa yang berlaku.!!
Sekian terima kasih kerana masih ada lagi Pemimpin Melayu Islam seperti Datuk...yang mungkin lebih memahami senario yang sedang memuncak di pesada tanah air kita ini...!!
Wassalam.
serangan wtc pada sept 11 2001 adalah didalangi oleh presiden bush sendiri dan dibayangi oleh illuminati, yg terdiri dari kapitalis elit yahudi. illuminati inilah yg sebenarnya dibelakang kuasa amerika dan menguasai ekonomi dunia. malah dikatakan dua parti politik amerika iaitu republikan dan demokrat adalah dibawah kuasa illuminati. jadi tak kisahlah jika mana2 parti yg memerintah sebenarnya adalah sama saja iaitu dibawah pengaruh yahudi.
Dato, dunia ini perlukan gelora untuk bahtera terus mara!
India ada trump card bila menangkap hidup-hidup seorang dari kumpulan pengganas tersebut. Jangan sesiapa sangsi dengan apa yang akan disebutnya. Bukan itu cara dunia ini berputar?
Dapatkah kita lupa apa kata Big Ghaz waktu menangkap [ghouse] saat Mahathir mahu bertukar pejabat dengan Allahyarham Hussein?
Sebab burung ditangan mereka Dato, mahu dilepas atau mahu dipicit hingga mati......
Jangan marah sama saya, kalau waktu bengang-bengang saya masih berpaut dengan sembang kopitiam bahawa "demokrasi adalah make-up yang cantik".......
ingatlah obama hanyalah puppet kepada illuminati bagi merealisasikan 'new world order' yg ternyata hampir berjaya menawan dunia. kuasa dan ekonomi dunia adalah dibawah takluk kapitalis elit dan ahli politik hanyalah puppet mereka sahaja. peperangan hanyalah permainan mereka untuk mengaut keuntungan.
Salam Datuk Ron
Pertentangan sentiasa akan membenihkan perwira yang berjuang untuk pihaknya. Tekanan oleh bukan Islam terhadap Islam memastikan semangat jihad terus hidup dalam jiwa pejuang-pejuang Islam. Apabila medan juang baru dibuka, akan terbukalah juga jalan-jalan ke syurga bagi para mujahid Islam yang berjuang dengan jiwa raga mereka. Semangat itu tidak terpadam dengan jalan peperangan dan penindasan bahkan akan menyemarakkannya. Apa yang kita risaukan ialah kesenangan dan kemewahan yang dinikmati bakal membunuh semangat jihad dalam jiwa kita, "cintakan dunia dan takutkan mati".
Salam Aidiladha
DATUK... GAMAKNYA PUAK NI SAMA DENGAN HINDRAF. BUAT TUDUHAN PALSU KAT UMNO/MELAYU YANG KATANYA DISKRIMINASIKAN KAUM INDIA. WALHAL ORG INDIA LEBIH RAMAI PROFESIONAL DAN KAYA RAYA KALAU DIBANDING DENGAN MELAYU.
ITULAH KERJA NUAR IBRAHIM YANG NAK JATUHKAN UMNO/BN. PKR GUNA KARVADI SEBAGAI LOGO PERHIMPUNAN AGONG MEREKA. LIHATLAH BETAPA POWERNYA BLACK MAGIC HINDRAF KPD SI ANUAR IBRAHIM.
Datuk,
yang ni saya rasa teori konspirasi melampaui sangat la.. susah nak percaya ...
Seperti soal idearimba.com, "tapi mengapa Islam tidak boleh bersatu.."
Untuk bersatu, ada prasyaratnya. Mesti ada pemimpin yang hebat! Saya raya macam tu.... Untuk bangsa Melayu bersatu pun perlukan pemimpin Melayu yang hebat.
Namun kita masih selesa untuk duduk berselerak kerana ramai telah dapat tiket untuk jadi pemimpin hebat. Setengah tiket adalah counterfeit.
ini semua keje fundamentalist Hindu , RAW dan Indian Army. Takkan lah LeT begitu bodoh tak ajar "terrorists" tu utk deletekan call log di satellite phone yg ditinggalkan di dalam trawler/bot.
Tambahan pula 3 org top Indian ATS (Anti Terrorist Squad) mati pada mlm pertama serangan! what a coincidence. Lepas dia org mati apa yg terjadi dgn siasatan "Malageon Attack". Ikut cerita ATS chief was about to conclude the investigation and most likely would uncover terro link between Hindu extremist and Indian Army!
Sahabat-sahabat sekalian,
Kita kena pandang serius apa yang berlaku di India. Geopolitik dunia hari ini penuh dengan penipuan, pembohongan dan konspirasi. Sila baca yang terbaru di http://wartanegara.blogspot.com
Apa yang saya paparkan di sini bukannya satu teori konspirasi gila. Ini adalah hakikat daripada manipulasi barat terhadap Perang Antikeganasan Global yang sebenarnya digunakan sebagai topeng untuk kepentingan mereka, sementara kita semua - umat Islam dan dunia Islam - jadi mangsa utamanya di abad ke-21 ini.
Lantaran itu kita kena amat waspada terhadap kepimpinan dan pemimpin kita supaya mereka tidak jadi proksi atau agen zionis yang sedang berusaha menaklukki dunia.
Salam takzim – Ruhanie Ahmad
Post a Comment