Tuesday, December 02, 2008

TUN MAHATHIR ADALAH BERLIAN REBUTAN DUNIA ISLAM

Tun Dr Mahathir Mohamad menerima dua anugerah tertinggi – pingat emas kelas satu daripada Shahid Behesti University of Medical Science and Health Services dan ijazah Phd daripada Tehran University of Medical Sciences – yang disampaikan di dua majlis berasingan di Tehran, Iran, pada 1 Disember 2008.

Tun Mahathir menerima kedua-dua anugerah tersebut daripada kerajaan Iran atas jasa-jasanya sebagai negarawan Islam yang mempertahankan hak-hak serta maruah dunia Islam dan meningkatkan kesejahteraan ummahnya.

Anugerah itu juga adalah sebagai mengenang pengorbanan Mahathir yang berjuang menyatupadukan umat Islam di serata jagat.

Dalam ucapannya di Shahid Behesti University of Medical Science and Health Services, Tun Mahathir mencadangkan dunia Islam dan ummahnya berjuang mengembalikan tamadun Islam menerusi penguasaan pelbagai ilmu.

Perjuangan ini, katanya, akan membolehkan dunia Islam dan ummahnya terbebas daripada penindasan kuasa-kuasa besar yang pernah menggunakan kebijaksanaan para intelektuil dan ilmuan Islam sebagai asas kemajuan serta tamadun mereka di zaman silam.

Di Tehran University of Medical Sciences, Tun Mahathir mengkagumi keupayaan universiti berkenaan mempelopori pelbagai teknologi perubatan moden, termasuk dalam penemuan ubat bagi penyakit Aids.

Tun Mahathir menerima sambutan yang sangat hangat di kedua-dua majlis tersebut. Pada suatu ketika, kelihatan para pelajar serta pensyarah universiti berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau.

Menyaksikan keadaan sedemikian, salah seorang anggota rombongan Malaysia yang mengiringi Tun Mahathir berkata: “Saya amat bangga. Mahathir memang sebutir berlian yang sentiasa dikagumi oleh dunia Islam dan ummahnya!”

Antara dua majlis di atas, Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran untuk membincangkan pelbagai perkara kepentingan bersama. Malam tadi beliau ditemuramah oleh Tehran TV Four. Beliau dan rombongan akan pulang ke tanahair pagi esok. – kiriman Ruhanie Ahmad daripada Tehran, Iran.

40 comments:

burujerdi said...

Salam ukhuwah,

Sejarah jarang sekali dapat melahirkan peribadi terbilang seperti beliau.

Abd Bashid Harun said...

Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima sesuatu yang sepatutnya beliau dapat. Ketika sebahagian kita menolaknya, dunia sebaliknya melihat beliau sebagai tokoh penting. Dunia telah memanfaatkan pemikiran beliau sebaik-baiknya. Penentang beliau patut melihat ini sebagai suatu tamparan.

CINTA suci abadi said...

Salam Datuk.

Sebenarnya beliau boleh jadi pemimpin dunia sekiranya beliau tidak melakukan double standard di Malaysia bila jadi PM.Contoh beliau gelojoh nak memajukan Malaysia.Bandingkan dengan Tun Razak bila ada orang bertanya kenapa biarkan singapura lebih maju dari Malaysia ..Singapura tak ada apa pun.."Betul" kata beliau. "Sebenarnya saya boleh buat Malaysia 10 kali lebih maju dari singapura..tapi in final analysisnya nanti dimana kedudukan orang Melayu".
Tun M kata tak salah wujudkan 'orang kaya kaya' sebab orang kaya kaya ini akan tolong orang miskin dengan mengadakan pekerjaan.Betul lah tapi untuk 'to create one bumi Billionaire' kena wujudkan dalam waktu yang sama 10 Chinese bllionaire di belakang satu orang bumi billionaire!
Mahathir cuba menghidupkan 'malayan union' dan dia berjaya disini dimana British had failed.buktinya sekarang Mertabat Raja Raja tercabar dan mahkamah raja raja sudah wujud dan dah pun berkuat kuasa...

bungaraya said...

Salam,
Datuk terlalu berlebih-lebihan
mengagungkan Tuan Mahathir dalam penulisan Datuk sejak minggu kebelakangan ini. Berhati-hati kerana ia boleh menimbulkan persepsi kurang elok dikalangan mereka yang anti-establishment.
Tun Mahathir, memang adalah seorang Pemimpin Melayu yang sangat vokal diperingkat dunia, bukan sahaja dunia islam. Tetapi sebagai manusia biasa beliau juga pernah melakukan banyak kesalahan. Sekarang ini beliau tengah melakukan kesalahanpun. Memburukan pemimpin negara biarlah dilakukan oleh musuh kita, bukan kita sendiri, lebih-lebihlag janganlah hendaknya dari Tun Mahathir sendiri. Kepada saya itu merupakan satu kesalahan yang Maha besar dari seorang Mantan PM.

add said...

Tapi sayangnya sebilangan besar pemimpin UMNO,dan parti pembangkang serta rakyat jelata tidak suka dan menilai TDM sebagai bla-bla-bla.
Dimana letaknya akal sebahagian rakyat dan pemimpin ini? Apakah kerana tidak sehaluan dengan pemikiran dan bukan klik politik maka pemikiran TDM dicampak dan dipandang sepi oleh mereka-mereka ini.
Kenapa media masa negara Islam berebut untuk mendapatkan wawancara TDM ? berbeza dengan stesyen TV tempatan amat susah untuk mewawancara TDM,apakah ini sekatan dari Budak Tingkat 4?

Janganlah dok percaya sangat dengan DSAI kerana golongan mereka sebenarnya memperjudikan nasib melayu dan negara kepada Yahudi dan Kaum lain selain dari Kaum melayu atas dasar untuk mendapatkan sokongan politik

takurihing said...

Sebenarnye TDM telah berjaya menerajui Malaysia kezaman alap baru dan modern.
TDM telah berjaya membangunkan agama bangsa dan negara secara total dan seimbang.

Tetapi malangnye ada pihak yg terasa tergugat dan bimbang kaum melayu/Islam akan dapat mengatasi 'mereka'. 'Mereka' berusaha untuk menumbangkan TDM dgn berbagai cara, terutama nye tekana ekonomi.

'Mereka' ini telah menguasai ekonomi Malaysia sejak berabat yg lalu. Sekarang 'mereka' teringin pula menguasai politik pula.

'Mereka' telah membuat rakyat rasa tertekan dibawah pemerintahan TDM.
'Mereka' telah berjaya pula mengunakan PAS dan PKR dlm misi nye untuk menumbangkan TDM.

'Mereka' telah berjaya melaksanakan sebahagian dari misi untuk berkuasa dlm politik pula.

Sungguh malang bagi orang melayu, sekarang 'mereka' telah berjaya me laga2 kan dan memecah belahkan orang melayu pula.

'Mereka' sudah mula tunjukkan belang nye. Tetapi melayu masih tidak sedar. Melayu terus tunduk menyokong 'mereka'.

Semasa zaman pemerintah TDM, perkara ini tidak pernah ujud. Kebijaksanaan TDM telah dapat mengawal keadaan.

Kuasa melayu hanya dapat dipertahankan jika melayu boleh bersatu dibawah satu panji2 sahaja.

Selagi melayu berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR, melayu akan kehilangan kuasa tidak lama lagi.

Bersatu lah melayu dibawah 1 panji2, ia itu Islam.

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

Tidak perlu ayat yang panjang, tidak perlu pujian yang panjang...

Cukup saya katakan, Dr. Mahathir :

1) BIJAK
2) TAKTIKAL
3) BERAURA
4) BERVISI
5) MEYAKINKAN !

Dialah 'DATO' SERI' TERHEBAT DI MATA SAYA SELAMANYA !

Fazrul Shahril said...

Salam Tuan,

Memang benar segala apa jua jasa Tun akan dikenang sampai bila-bila dan ini terbukti dengan penganugerahan ini..

Salam mesra,

Sukj said...

Datuk,

1. Pada pandangan saya, Dr.M standard dia hanyalah sama seperti seorang 'Tok Bomoh'.

2. Bila kita berbicara mengenai 'Tok Bomoh', maka sudah tentu orang jauh lebih kenal bomoh ini. Sedangkan orang dekat seperti jiran sekampung tidak tahu dan tidak kenal kewujudan bomoh ini.

3. Jika Dr.M seorang bomoh yang hebat, kenapa negeri Islam no.1 di Malaysia iaitu Kelantan menolak parti yang dipimpinnya sudah 18 tahun?

4. Malah jika Dr.M seorang bomoh yang hebat, kenapa negeri kelahirannya sendiri iaitu Kedah juga telah menolak parti yang dipimpinnya sekarang? Nak salahkan Pak Lah lagi..? Habis Kelantan 18 tahun tu..??

http://suarasukj.blogspot.com

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

I hope this diamond M can cut the glass ceilings.

Setakat hurung sini hurung sana elok lagi geliga naga. boleh dibuat mengubat, bung.

terima kasih

Economist Kampong said...

Saudara Ron

Terima kasih kerana membawa rencana ini ke pengatahuan ramai.

Amat memalukan cara UMNO melayan Y.A. Bhg Tun. Tun telah mengorbankan seumur hidup beliau untuk UMNO dan orang Melayu.

Lahat sahaja bagaimana kita melayan beliau - dengan 'elegan silence', bila ditegur, dengan menghentam dan men'demonise' beliau melalui NST bila Tun mula mendapat sokongan dan simpati rakyat, dengan mengheret beliau ke mahkamah melalui kes Lingam untuk memburukkan reputasi dan legasi beliau, dan macam-macam lagi. Hanya Melayu UMNO yang begitu 'kreatif'.

Saya harap UMNO kini sudah sedar. Cepat-cepatlah menjemput Tun menjadi penasihat UMNO. Cepat-cepatlah tubuhkan Lembaga Panasihat Presiden UMNO dan juga Lembaga Penasihat Perdana Menteri seperti yang Tun sendiri telah syorkan.

Terima Kasih

bungaraya said...

Ramai lagi yang serupa berlian didalam UMNO. Cumanya kita tidak nampak kerana pakai cermin mata hitam. Pakailah cermin mata yang menggunakan kanta.
Tun Mahathir sebenarnya berlalu sudah. Beliau hanya tinggal kenangan lalu semata. Boleh dijadikan tauladan berguna untuk nusa dan bangsa.
Sayangnya beliau sendiri seperti anak muda lagaknya,
Boleh terimakah saban hari menghentam Pak Lah dan KJ kerjanya?
Ingat Pak Suhartokah?
Seorang pemimpin hebat yang banyak jasa memerdekakan Indonesia.
Seketika dihina dan dicerca kerna kesilapannya,
merealisasikan komunisma di Negaranya.
Harap=harap Tun Mahathir disaat-saat menanti dikembumikan ini,
Janganlah begitu.

abghalim said...

Salam Bro

Memang TDM berlian......dunia ISLAM

TETAPI

Awat tak suruh bini dan anak-anak dia
menutup AURAT.Perkara yang terlalu simple tetapi menjadi PERHATIAN umum,khasnya UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA.

Mas Manja said...

Dato
Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

Ketika Tun bersara, dunia tercari-cari siapakan pemimpin Islam yang berani bersuara mengecam Amerika dan kuncu-kuncunya secara terbuka sambil menegakkan keagongan Islam? Hanya Tun yang berani dan kini Ahmadinejad menggantikan beliau mengkritik dasar Bush di bumi Amerika sendiri. Tidak ada pemimpin lain yang mempunyai pandangan yang konsisten dan berani menegakkan kebenaran yang dibawa oleh umat Islam. Tidak ada pemimpin Islam yang berani mengkritik Amerika yang telah menghancurkan bumi Iraq dan Afganistan, dan kini cuba mencerobohi Iran dan Syria. Pemimpin Arab tunduk dan takut kepada Amerika.

Seharusnya, ketika ekonomi dunia menghadapi 'great deppression' berpunca dari kebobrokan Amerika, Pemimpin Islam harus bersatu dan membawa kekuasaan ekonomi kembali ke bumi mereka. Allah menganugerahkan lebih 2/3 kekayaan bumi kepada Arab, mereka seharusnya menggunakan kuasa ini untuk memimpin dunia, membawa kembali kegemilangan dan kekuasaan Islam sebagaimana abad 13. Inilah masanya! - Shifting of world power from West to East.

Tun Dr Mahathir dan Ahmadinejad adalah pemimpin agong dunia Islam abad 21!

Mas

takurihing said...

Penyokong PR memang buta tuli.
Tidak dapat merasai nikmat yg dikurniakan Allah selama lebih 50 tahun UMNO memerintah.

Mungkin penyokong PR ini tidak ada saudara mara di Indonesia. Saya pernah ke Barabai, Kalimantan tempat lahir aruah bapa saya. Saya berasa sangat bangga dan beruntung kerana lahir di Malaysia.

Taraf hidup di sana berbeza mcm langit dengan bumi.

Kemajuan orang melayu di sini tidak payah saya cerita kan. Anda semua maklum tahu.

Kalau 50 tahun dahulu semasa saya kanak2, apabila lalu sebuah kapcai honda cub 50cc lalu masuk kampung, kami akan kejar di belakang motor itu. Jalan masuk kampung becak, kereta langsung tak mandang.

Alhamdulillah, hari ini setelah 50 tahun UMNO memerintah, kalau cuti raya, di halaman rumah di kampung2 dan di mana juga penuh dgn motorkar berbagai jenis. Paling koman Proton hingga kereta mewah yg tidak pernah di mimpikan oleh ibu bapa mereka.

Cuba anda lawati pula kawasan sawah padi - 50 tahun dahulu kita cuma lihat pondok2 atap buruk, tetapi hari ini sudah bertukar dgn banglo mewah - walau pun tidak semua.

Hal2 lain tak payah saya ceritakan, jika anda celik tentu anda nampak kemajuan2 yg ujud di negara ini.

Bab agama Islam juga jika dibandingkan dgn neraga2 jiran, Malaysia adalah yg terbaik sekali.

Kesenangan yg mcm mana lagi yg PR mahukan?

Kerajaan BN telah berjaya membela rakyat nye.

Adakah 'perkongsian kuasa' - Malaysian Malaysia itu yg di idam kan oleh pemerintah PR?

Minta maaf - 'over my dead body' kata karpal singh.

UMNO WADAH PERJUANGAN MELAYU.

antubiul said...

kera di hutan di beri susu, anak dalam rumah mati kebuluran. Hai Najib insaflah kau. Dear Najib Tun Razak, Dear Anwar Ibrahim, Dear Pak Lah, Dear Muhiyydin Yasin, Dear Ali Rustam, Dear Rafidah Aziz,Dear Zaid Ibrahim, Dear Ong Tee Kiat, Dear DR Chua Soi Lek, Dear Sammy Vellu, Dear Kaveas, Dear Dr Koh Tse Koon dan lain lain, 'YOU ARE ALL THE PRODUCT OF MAHATHIRISM AND MAHATHIRSM HAD MADE WHAT MALAYSIA IS IT TODAY THEREFORE YOU SHOULD ALL BE PROUD OF DR MAHATHIR AND THE SO CALLED MAHATHIRISM.
DEAR NAJIB, Amatlah MEMALUKAN apabila anda dengan sombong dan bongkak menyatakan (semasa ditemubual dlama Al Jazeera) bahawa anda tidak akan balik kepada 'MAHATHIRISM' malah anda akan meneruskan reform PAK LAH (yang teleh di tolak oleh majority rakyat Malaysia) terutama sekali meneruskan Islam Hadhari (Hai Najib ISlam is Islam, there no such thing as Hadhari. Di Malaysia Islam telah di divide kepada Maliki, Hanbali, Shafie, Hanafi, kemudian ditambah dengan Islam UMNO, Islam PAS dan Islam PKR campur pula Islam Liberal dan Islam extreme dan Bush menambah satu lagi koleksi Islam yakni Islam Terorist.) Najib Tun Razak, PRU 13 , if you still want to continue Pak Lah agenda then you, Umno and BN can say bye bye and say hai as Opposition. Dear Najib Tun Razak, your father Tun Razak endorse Mahathir Mohammed vision and talent and you feel disgusted with Mahathirsm, What wrong with continuing Mahathirsm? Mahathirism has brought properity and wealth to many Malaysian and what you should do is forget Pak Lah reform and introduce a better way to govern Malaysia i.e your way and be a legend or else fine tune Mahathirsm. Majority Malaysian miss mahathirism.

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati!

Izinkan aku ketawa! Kah! Kah! Kah !!!
Ketawalah lagi .....

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Pujian Buat Tuan Sheikhnya
(mengemis perkenan dan izin)

Kuda Kepang,
harus taniah berkalung syabas
ku kirimkan buat Mamak kita

Apa jolokan imbuhan
mahkota lilitan serban
muslim aj-jawi
al-malayu
al-maleysi
memanjang kata
bak karamah kuburan as-solehuun

kebijaksanaan para intelektuil dan
ilmuan Islam sebagai asas kemajuan
serta tamadun mereka

semestinya cuaca indah
di tehran kamu gembira
iskandar zulqarnain

salman al-farisi sahabat nabi,
kuda kepang, radhi-allahu an hum
bak bintang di langit.

Tahniah semuanya dan Tun Dr Mahathir.

Kuda Kepang,
Tertib dan indah kerjamu.

Amiin.


Kepada Allah Berserah

dumdum said...

Masih ramai yang tidak sedar tentang kehebatan Tun. Sedih melihat pengkhianat bangsa dan negara melontarkan kata-kata kesat terhadap Pemimpin Negara Terulong ini yang telah banyak berjasa. Tun adalah seorang manusia. Nescaya pernah membuat kesilapan sikit sana sikit sini. Tetapi kesilapan itu kecil jika dibandingkan dengan kejayaannya.

Negara ini perlu beri penghormatan yang lebih besar dari hanya memberi gelaran Tun kepada beliau. Usaha mesti dilakukan agar generasi akan datang dapat mengingati Tun Mahathir sepanjang masa. Selain memasukan nama beliau dalam buku-buku sejarah, nama beliau mesti terpahat kepada sesuatu yang sentiasa di sebut setiap hari.

Saya cadangkan kerajaan perlu menamakan perkara/tempat seperti berikut kepada nama Tun Mahathir:

1. Bandar Cyber Jaya kepada Bandar Cyber Tun Mahathir
2. Pelabuhan utama negara seperti Pelabuhan Klang atau Tg Pelepas kepada Pelabuhan Tun Mahathir.
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kepada Lapangan Terbang Kuala Lumpur Tun Mahathir.
4. Jambatan Pulau Pinang kepada Jambatan Pulau Pinang Tun Mahathir
5. Stesen LRT Sentral kepada Stesen Tun Mahathir.
6. Lebuhraya Utara Selatan kepada Lebuhraya Utara Selatan Tun Mahathir.
7. Stesen bas utama Kuala Lumur kepada stesen bas Tun Mahathir.
8. Kuala Lumpur Convention Center kepada Kuala Lumpur Tun Mahathir Convention Center.
9. Tempat-tempat lain yang akan disebut setiap masa oleh orang ramai.

Banyak lagi yang patut rakyat Malaysia lakukan untuk mengingati jasa beliau. Yang disebut diatas adalah cadangan langkah pertama semasa hayatnya masih ada.

Patriot Selatan said...

Dato'... bercakap pasal ketuanan Melayu, kalau nak ketuanan Melayu tu pasti boleh. Saya mahu Melayu menjadi tuan. We must be master of our own fate.. that would have more meaning. Master over corruption, against poverty, unemployment, drug addiction, low education, against rhetorical political and gossip mongering.. that should be a more meaninngful status as a Master ... a Malay Master.. masterful Malay.. whicever way we want to say it...

profit said...

Dear Ruhanie,
Why is it PERKASA silent on Anwar's claim that Malaysia belongs to the chinese and indians and not the malays?

keris panjang said...

datuk,

Hanya pembesar2 UMNO sahaja yg tidak tahu menilai beliau..semuanya disebabkan mereka hidup dgn pelbagai agenda...

H.E.H said...

Tun Mahathir memang seorang negarawan terbilang..

Hang Tuah said...

I am still wondering what the quality of these two universities are? still trying to find out if they have published anything of worth to humankind...

Hang Tuah

Senyumsempoi said...

Akhir-akhir ini orang bukan Melayu begitu berani menyerang hak-hak orang Melayu, agama, bahasa malah raja-raja juga. Kenapa ini berlaku?
Ternyata Melayu sudah lemah. Melayu sudah berpecah,sebab itu mereka jadi berani.
Untuk mempertahankan warisan ini kpd anak cucu, orang Melayu perlu bersatu. Setidak-tidaknya dalam hal menyentuh Ketuanan Melayu ini.
Yang sukarnya, untuk bersatu kita perlu ada seorang pemimpin yang berani, bijak, berpandangan jauh, beriman, amanah, sedia berkorban, berkarisma ... Imam Mahadi ... mungkin ...atau seakan-akan ... atau kembar Tun Dr.Mahathir...
Oh Tun.. !! Kami kehilangan MU.

jutaonefami said...

salam dato,

saya setuju dengan artikel di atas dan sewajarnya TUN lebih dihargai di Malaysia seperti yang diiktiraf oleh negara-negara luar. Malangnya berlian yang sangat berharga ini tidak diendahkan oleh 'mereka dan kaum kerabat mereka'.

saya gembira dapat berbual dengan dato semalam di IKIA,Tehran dan insya allah kelak saya akan email gambar kita yang sempat saya abadikan semasa menunggu bagasi.

seperkara yang menarik perhatian dalam rombongan perniagaan kami ke Iran adalah kekaguman pemimpin-pemimpin Iran terhadap apa yang telah dilakukan oleh Tun dalam membina kerjasama pelaburan antara Iran dan Malaysia.Rata-rata rakyat Iran yang berpendidikan tinggi kenal siapa TUN walaupun beliau telah lama bersara.

doakan urusan pelaburan kami di Iran berjaya seperti yang dirancang untuk kebaikan bersama dan yang penting mengukuhkan EKONOMI dan KUASA orang-orang MELAYU.

ALLAHU AKBAR!
HIDUP MELAYU!

thanks and nice meeting you

regards
fami from skudai,johor

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya selamat kembali ke tanahair pagi tadi. Saya dapati pelbagai komen anda mengenai TDM berasaskan tulisan yang saya kirimkan daripada Tehran.

Kepada saya, agak keterlaluan kalau kita kata TDM bomoh kampung. Dua universiti terhebat di Iran yang sudah mempelopori pelbagai teknologi perubatan dan kedoktoran termasuk pembedahan jantung dan buah pinggang secara serentak, penemuan ubat AIDs, dan lain-lainnya memberikan penghormatan kepada TDM.

Bila saya kata TDM bagaikan permata rebutan dunia Islam, itu bukan komen saya. Tapi itulah pendapat orang Iran yang mengkagumi TDM.

Iran negara Islam yang kena sanctioned oleh USA selama 27 tahun. Tapi ini tidak bermakna ia negara mundur. Ia mengeluarkan keretanya sendiri. Ia mengeksport capabalitiesnya di bidang kejuruteraan ampangan dan terowong ke amerika selatan.

Kalau anda ada terlang masa lawatilah sendiri negara ini dan saksikan betapa sebuah negara pengeluar minyak yang ditekan oleh dunia barat masih tetap maju dan progressive.- Ruhanie Ahmad

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Hanya "jauhari yang mengenal manikam". Setiap manusia itu ada salah dan silapnya. Namun meletakkan Tun Dr. Mahathr setaraf dengan "bomoh kampung" menunjukkan taraf pemikiran orang yang memberi gelaran itu.

Datuk sendiri tidak perlu apologis apabila menyentuh tentang "berlian" itu kerana berlian itu sememangnya berkilau terang seantaro dunia. Sekiranya tidak kerana adanya "arahan tangan ghaib" Tun Dr.M pasti kita letakkan ditempat yang betul.

Politik adalah satu perkara lain. Dalam politik semua orang tidak betul. Tetapi realitinya jasa Tun Dr. M kepada Malaysia begitu banyak dan kita tidak boleh menafikannya.

Apakah saudara SUKJ boleh merendahkan jasa Tun Dr.M dengan memberi gelaran "bomoh kampung" kepada beliau? Adakah rayat Malaysia akan berlari-lari mengikut momokan SUKJ itu?

Siapakah SUKJ untuk menghina Tun Dr. M sebegitu rupa? Setakat menjadi penyokong KJ sahaja sudah celupar dengan bekas pemimpin negara bernama besar seperti Tun. Dr. M.

Jelasnya Tun Dr. M dan KJ atau Pak Lah berada di dalam liga yang berbeza.

http://c-bok.blogspot.com

add said...

SUKJ,
kalau Nik Aziz hebat dan macam bomoh juga la sebab orang kelantan suka,tu suka juga tapi orang jauh lagi suka dan nampak auranya...
Kalau Nik Aziz ni hebat kerana menerajui kelantan selama 18 tahun, boleh kah Nik Aziz menang kalau bertanding di luar kelantan.
pada saya orang kelantan memang bodoh kerana memilih pemimpin politik sebahagiannya dari calon luar dari kelantan.kalau di selangor saya tak hairan walaupun calon luar,kerana calon tersebut bekerja di selangor atau kl. tapi kalau kelantan,cth: salehudin kerja di kelantan? Saifudin nasution?.Bila habis pilihanraya apa rakyat yang mengundi pemimpin pas dan pkr ni dapat?????? nak tak nak kena berurusan dengan penyelia pembangunan Mukim (PPM) juga untuk dapat kelulusan projek,bukuteks,tuisyen voucher. tak sudah dengan kerajaan pusat juga,mengapa ini berlaku kerana? kerajaan BN yang perihatin terhadap rakyat jelata tanpa perbezaan idea politik. Tetapi kalau pemimpin pas bagi bantuan, mereka pilih dari kalangan puakpuak pas dulu. ini kah bagusnya pemerintahan 18 tahun islam????

sangtawal said...

salam kuda kepang.

saya setuju dengan artikel dan komen anda.hanya jauhari yang mengenal maknikam!

UmmuZiyad said...

Tun Merupakan seorang yg betul2 hebat dalam bidang ekonomi
tp sayang.. kalau lah dia seorang yg benar2 berpegang kepada Islam.. saya yakin dia lebih hebat dr mana2 ulama dan pemikir Islam di Dunia...

HAJIMAN IBRAHIM said...

Salam Datuk,
Tidak setuju jika diharapkan Tun akan menutup mata dan memekakkan telinga jika berlaku kepincangan dan beliau percaya akan melingkupkan negara. Disini apa yang dianggap musuh ialah perbuatan insan yang akan memusnahkan negara. Walaupun ianya dikalangan UMNO, pembangkang atau Perdana Menteri. Menjadi tanggungjawab warganegara menegur atau berusaha membetulkan perbuatan yang akan membahayakan negara.

Akal dan fikiran kita perlu digunakan untuk menilai setiap teguran, bukan hanya pandai mencaci Tun.

Jitu said...

Sukj,

Saya telah baca blog anda. Anda sungguh memalukan. Kalau beginilah cara anda menyokong KJ, jawabnya KJ memang mempunyai pengikut setia yang otaknya di kepala lutut. Tidak kemanalah KJ.

Sebagai perajurit yang mendukong kesejahteraan dan keselamatan negara, anda memang hanya layak digelar PENGAMPU BOS yang tidak berpendirian dan bukan bekas Perajurit. Agaknya pangkat apa yang telah anda sandang. Bahagian veteran ATM mungkin boleh cari. Tapi buat apa. Orang macam anda elok saja dihilangkan namanya dalam rekod perkhidmatan. Otaknya dilutut. Tentu taada yang hebat.

KJ eloklah humbankan penyokong yang membebankan anda ini.

Johari said...

Salam Dato'

Hanya orang yang buta mata dan buta hati sahaja akan menidakkan jasa-jasa Tun kepada Malaysia. He is only human with many flaws but he is also a patriot and a statesman who put the country above anything else..

Benarlah kata Tun satu ketika dulu...Melayu Mudah Lupa.

A Msian in Libya

Berita dari gunung said...

Ada beberapa negara Islam yang sangat lain coraknya. Lihat cara kasar, nampak gagah. Lihat lebih dalam, tertonjol cerita ada beli jet pejuang tercanggih, tetapi pilotnya orang luar.

Semuanya berlegar disebalik keazaman dalam nation building. Wajar kita ingatkan sesama kita, Malaysia jadi begini, eluk atau sebaliknya, bukan hal seorang dua pemimpin.

Terlalu lama, mungkin boleh tarik dari tarikh Melaka dibuka parameswara atau lewat sikit, waktu pintu Kota Melaka dibuka dari dalam untuk penjajah bermaharajalela.

Atau lebih lewat, waktu pejuang dianggap petualang, waktu Ishak Muhamad memungut durian tikus di Temerloh.

Atau lebih lewat lagi waktu Stadium Merdeka bergema dengan laungan Tunku, "Merdeka, Merdeka, Merdeka"

Atau waktu sengsara anak muda Melayu merantau di bumi felda, menginsafi betapa Melayu masih berpaut dengan tanah bagi menyala nostalgia bahawa bumi ini asalnya, Tanah Melayu.

Mungkin waktu setiap perancangan harus diteliti dengan penuh integriti, dengan butiran semua dikaji bila Tun Husein membaca satu demi satu.

Atau waktu semua kekangan dirempuh untuk meyakinkan umat melayu, bahawa "orang melayu tak boleh buat apa walaupun jarum sebatang" hanyalah dongeng untuk melekakan Melayu itu sendiri.

Atau kini, waktu semua orang boleh kata dan buat apa saja. Waktu dimana Melayu mesti kenal semula diri dan nilai sendiri, kerana peguam bumi ini tidak segan-segan mencerca Ketua Hakim sendiri, manakala yang lain tidak angkat pun telunjuk untuk membantah.

Dalam kerangka yang panjang itulah Tun Mahathir mempamir diri dan berbakti. Kalau ada yang tidak suka dengan Tun, melihat Tun Bagai Duri, bagi yang lain, baik dalam Tanah Melayu baik dalam Dunia Luar, Tun Mahathir tetap sebuah berlian.

Wajar juga kita faham kenapa Abdullah, mungkin menantu beliau juga, tidak mahu melihat Tun walau dengan ekur mata.

Wajar juga kita ambil maklum waktu Musa Hitam secara sinis mengulas isu Tun Mahathir keluar dari UMNO sebagai "duri sudah terkeluar".

Wajar juga kita ambil tahu kenapa pembangkang menyifatkan peralihan kuasa sekarang ini adalah petanda Mahathirisma akan kembali.

Apapun ramai sedar bahawa ramai anak Melayu jadi terdidik dalam era Mahathir dan mereka memiliki hati yang waja. Ramai yang berkongsi semangat kental untuk terus berjaya.

Tun Mahathir adalah mutiara untuk Tanah Melayu dan Dunia Lain.

kudakepang said...

Saudara Berita Dari Gunung

Jutaan terima kasih atas seluruh pandangan dan komen yang anda kirimkan ke KK selama ini.

Saya sentiasa tertarik dengan cara penulisan dan gaya penghujjahan anda. Hakikat ini mendorong saya untuk mengetahui siapakah anda sebenarnya? Adakah anda seorang wartawan? Adakah anda seorang ahli akademik? Adakah anda cuma seorang warga Malaysia yang rasional dan waras sepanjang masa?

Seandainya anda terbaca respons saya ini, silalah email saya kepada puteramaya@gmail.com.

Terima kasih dan salam takzim - Ruhanie Ahmad

Berita dari gunung said...

Dato,

Kalau ada yang suka tulisan saya, baik dari segi cara mahupun gaya penghujahan, saya juga ucapkan terima kasih dengan rendah hati.

Terima kasih juga kerana Dato tidak delete mana-mana komen saya. Dengan izin Allah kita akan berkenal-kenal jua.

Saya suka anggap diri ini sebagai warga yang gemarkan rasionaliti dan suka menjamah sayur dari tanaman sendiri walaupun bukanlah selalu menjadi.

Terima kasih.

Mohd Afnan said...

Rebutan dunia Islam? Apa yang beliau bawa untuk kemajuan dunia Islam? Apa sebenarnya yang beliau nak tunjukkan pada dunia?

DaraLara said...

Y.Bhg.Datuk,
Whenever there's any writing about the great Tun Dr.M, there will always be two response : positive one and totally emotionally negative one. I am totally into Tun's ideas and really admire him, but i am very open if there's some people who do not see eye to eye with me in Tun's fan club. :)
I only ask one thing for those who hate Tun so much, could you please give some intelligent fact. I am very fair person, only half-intelligent will do, dun just give those emotional-pure-hatred-and-will-deny-whatever-good-posibbilities-of-Tun words. Even the lowest-being in this world should voice up in respect even if all we wanna say is something bad about President Bush. Being cynical sometimes can be accepted but rude NEVER.

For me, Tun is a very rare diamond that we malaysian (esp Malays and Muslims) should be proud of. If we all follow the chronology of this great man, we know Malaysia was in a very capable hand.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Puak-puak PKR atau yang Anti Tun memang DENGKI apabila pujian diberikan kepadanya.. Saya percaya orang macam DSAI akan 'DISULA' sekiranya pergi ke Iran akibat jenayah seksual!

Sedikit komen pasal Tun dalam Blog saya

http://sensecredaccountability.blogspot.com/

Wallahualam..