Tuesday, December 16, 2008

MESEJ KEPADA ABDULLAH: RAKYAT JB MAHUKAN JAMBATAN GANTI TAMBAK JOHOR

Rakyat Johor Bahru mahukan sebuah jambatan baru dibina menggantikan Tambak Johor yang sentiasa penuh sesak. Demikianlah intipati sebuah laporan Bernama yang disiarkan oleh Utusan On-line hari ini. Berita ini perlu dikaji sehalus-halusnya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliaulah yang membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok di Johor Bahru pada 12 April 2006.
Sila baca tulisan sepenuhnya di:

8 comments:

shahbandarmalakat said...

Datuk.
Kenapa kita mesti bergantung kepada Singapura dan sampai bila? Sesak ..biarkan..orang kita tak perlu turun ke singapura...biarkan tersisih singapura dari kita lagi bagus...apa tujuan Tungku memisahkan Singapura dari Malaysia ? fikirkan lah..Rakyat kita khas nya di Johore mesti berpandangan jauh..cuba hidup tanpa singapura....kerajaan negeri johor kena discourage rakyatnya berkerja di sana...banyakkan peluang pekerjaan di johor sendiri...

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Sebenarnya isu mengantikan tambak Johor dengan jambatan adalah isu lama.Cuma Pak Lah sahaja yang cuba tutup telinganya.Siapa sahaja yang lihat pembinaan CIQ tentu berasa pelik kerana kompleks yang begitu besar hanya dibuat semata-mata untuk menempatkan jabatan2 Kerajaan yang berurusan dengan kedatangan kenderaan dari S'pore sahaja.Pada hal bilangan kenderaan kian meningkat.Sudah tentu ia akan merumitkan lagi kesesakan di bandaraya JB.

2. Saya amat tidak bersetuju dengan pandangan "shahbandarmalakat".Kita mesti terima hakikat bahawa perkembangan dunia sekarang samada kita suka atau tidak isu penghijrahan pekerja ini tetap berlaku.Jangan kita kongkong rakyat kita untuk bekerja disana semata kerana sentimen sempit kita.

3. Sementara itu J.Bahru tetap membangun.Malaysia juga terus akan membangun.Kita tidak dapat elak masalah berulang alik pelancong, pekerja dan perniaga2 kedua buah negara jiran ini.Setidak-tidaknya Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk memudahkan pergerakan mereka ini.Fikirlah secara lebih rasional lagi bukannya fahaman sempit yang yang tidak berkembang.

4. Buat masa ini saya tidak fikir Pak Lah akan mengubah pendiriannya untuk meneruskan pembinaan jambatan itu kerana keegoanya yang kuat.Tak akanlah dia nak jilat balik ludahnya.

5. Walau apa sekali pun kita berharap penduduk Johor,khasnya orang JB perlulah bersabar hingga Pak Lah berundur selepas Mac 2009? ni.DS Najib pula apabila ambil alih jadi PM nanti janganlah takut untuk meneruskan projek yang baik dan demi masa depan negara.

6. Kalau dulu Pak Lah sanggup batalkan projek yang diusahakan oleh TDM tanpa alasan kukuh dan tanpa memikirkan perasaan TDM dan rakyat J.B. jadi tidak salah bagi DS Najib untuk memulih balik rasa benci rakyat JB dengan menerus semula pembinaan jambatan itu.Ingatlah bahawa rakyat pasti akan menyokong usahanya bagi menerus semula cadangan yang baik itu daripada tindakan membatalkan cadangan yang baik seperti yang lakukan oleh Pak Lah dulu.Jangan pisang berbuah dua kali.

Unknown said...

salam.

mungkin ada sebab kukuh kenapa pembinaan jabatan tersebut dibatalkan.

1) kenapa perlu ia dibina bengkok?kenapa tak boleh lurus?

2) mungkin Singapura degil dan tak mahu berkongsi dengan Malaysia untuk keluarkan perbelanjaan membina jambatan.mana adil Malaysia saja yang keluar dan rakyat Singapura menikmatinya secara percuma!.

3) mungkin perjanjian pembinaan jambatan tersebut berat sebelah dan memihak pada satu pihak sahaja.

Kawanlama said...

Datuk dan Saudara Pembaca Sekelian,


Kami di JB bukan menolak cadangan jambatan kedua itu tetapi banyak dipersoalkan cara, bentuk dan perbelanjaan yang terlibat yang kami fikirkan tidak banyak membantu dan memeberikan manafaat kepadsa rakyat Johor Bahru khususnya.

Kenapa ikut sangat nafsu Tun Mahathir itu yang seolah-olah lebih menitik berat rupa bentuk dan bukan fungsi jambatan itu sebenarnya. Atas dasar inilah kami amar bersetuju cadangan ini ditolak dan dikaji semula di masa hadapan jika perlu.

Belim lagi teringin untuk melihat satiu lagi Sydney Opera di JB.

ChengHo said...

PakLah kena jadikan prioriti beliau sebelum march 2009.

Unknown said...

Dalam keadaan sekarang rasa elok ditangguhkan dulu projek tu. Keadaan ekonomi sekarang tak stabil, mungkin lebih elok ditangguhkan sehingga keadaan kembali reda.

Mika Angel-0 said...

Your Copy, Mas

Scribe,

"THE Star online reported that the Cabinet has decided to defer its decision on the proposed privatisation of the National Heart Institute (IJN)."

6. Maybe I am biased because I owe my life to IJN. But I think as a corporatised institution the IJN has done extremely well...
8. Some of the major surgeries performed there are so costly that the IJN lost money on them. Will Sime Darby shoulder these losses?

9. There are far too many questions about this privatisation which need to be answered. Some I think cannot be answered.

10. I seldom oppose privatisation but this is one instant when I feel privatisation is the wrong thing to do.

11. Leave this institution as it is. It is our pride and it is doing a good job as it is.
-Dr. Mahathir Mohamad

Nota:

Dear Scribe and Tun Mahahtir,

is this the best that we can do?
why can't there be more IJNs as good as that in Kuala Lumpur - in Langkawi, in Ipoh, in Kuala Trengganu, in Johor Bharu, in Kuching, in Kota Kinabalu for example. We do not have the funds?

Or we do not know how to make it happen?

Where does it say that Tun is not good enough to oversee the building of these IJNs or IJMal(?) or that is one human resource we do not need. Should I ask that to the Prime Minister or adress it to HM the King?

Anyway, I still be very glad to hear or read how Mahathir define political instability and his solution to it in the Malaysian context. How would he solve the IJN corporatization? - can i give you all the right reasons, Tun?

or have following the blogs made me that dull and dumb of a go-blog?

did you know that the Abdullah&MoF2Budget 2009-kerajaan Prihatin has a "third strategy": Daya Tahan Negara. (a grouchy joke: take lots of the blue pills to spew out blue ocean stategies to get to Vision2020; or "just forget it" - Tun Mahathir is never all talk and hot air, is he? We built the Twin Towers and then we stopped - we ran out of ideas and we gave up on our dream but we are saying it not because it would be politically incorrect)

It that the best we can do? If that is the case, why should I care much for this country? It is going to the dogs with corruption anyway - isn't it , Scribe. Maybe Tun needs a new pair of glasses to have Vision 2020 again, Scribe? Or do we?

Terima Kasih

ps to be free of western hegemony konon.

polemik timun itulah pemikiran melayunya.

Berita dari gunung said...

Bisnes yang melibatkan orang/kereta/objek beratur sering menggunakan cabang ilmu "Fundamentals of Queueing Theory". [boleh search dalam internet untuk pemahaman lanjut]

Memahami jumlah aliran dan jarak fizikal untuk beratur, keadaan tol exit dekat Seremban/Labu adalah sangat-sangat kritikal. Itu menyebabkan kawasan situ selalunya sesak.

Rekabentuk lampu isyarat juga cuba menggunakan konsep Queueing Theory. Begitu juga dengan petrol stations.

Selain menyediakan laluan fisikal yang selesa untuk melawaskan pergerakan trafik, jambatan bengkok juga dapat melegakan Selat Tebrau yang sangat senak sekarang.

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang sensasi disebalik CIQ dan Jambatan Bengkok. Semata-mata pilihan teknikal yang tepat untuk mengurus manusia, kenderaan, air laut dan hidupan darat dan air.

Menidakkan alternatif itu, rakyat akan terus terbuai dengan cerita karut konon-kononnya Jambatan Bengkok hanya indah dalam mimpi Tun Mahathir.

Bukankah begitu rakyat sering menyerah diri ? Bagaimana Singapura, Pulau Pinang diserah oleh Raja suatu masa dulu. Rakyat masih terus hidup, terbuai dan berserah.

Kita boleh hidup dengan makan pucuk ubi dan ikan keli, tetapi kita wajar juga jaga diri, harga diri, jatidiri, tanah air dan ibu pertiwi.