Sunday, December 07, 2008

SIRI AKHIR: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Saya telah huraikan dalam siri satu, dua dan tiga mengenai maudhuk di atas perihal kesungguhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi rasuah. Sekarang sama-samalah kita pastikan kesan tindakan anti-rasuah oleh Abdullah mulai awal 2004 dengan mengkaji perangkaan Indeks Persepsi Rasuah (IPR) yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia, seperti berikut:

IPR di era Mahathir pada tahun 2002 adalah pada tangga ke-33 sementara IPR pada tahun 2003 adalah pada tangga ke-37. IPR di era kepimpinan Abdullah mulai tahun 2004, adalah pada tangga ke-39 bagi tahun 2005, di tangga ke-44 pada tahun 2006 di tangga ke-44, dan di tangga ke-43 pada tahun 2007.

Hakikat IPR seperti di atas membuktikan bahawa usaha-usaha pembanterasan rasuah yang dilakukan oleh Abdullah secara gembar-gembor mulai 31 Oktober 2003 terbukti tidak membawa impak yang positif. Sebab itulah tahap IPR di Malaysia kian merosot dari setahun ke setahun berikutnya, dari lingkungan tangga ke-30 di era Tun Mahathir ke lingkungan tangga ke-40 di era Abdullah.

Oleh itu, kalaulah pada 16 Februari 2004, Abdullah seolah-olah mendabik dada mengatakan bahawa tindakan tegas beliau memerangi rasuah sebenarnya lahir daripada hasrat beliau sendiri, mengapakah Abdullah tidak berupaya untuk menyekat IPR seperti di atas daripada terus meredum dari setahun ke setahun?

Di manakah iltizam politik Abdullah seperti yang dinyatakan oleh Tengku Abdul Aziz, sebagai telah menyebabkan Malaysia “berubah” dalam konteks perjuangan membanteras rasuah, mulai awal 2004?

Anti-Klimeks

Dan, salahkah kalau perangkaan IPR di atas digunakan oleh rakyat untuk menempelak Abdullah, yang pada 18 Februari 2004, menyatakan di Tehran, bahawa usahanya membanteras rasuah bukannya sebagai gimik politik menjelang PRU11?

Pada waktu yang sama, cukupkah bagi Abdullah sekadar mengheret soal rasuah di Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada 14 September 2005, semata-mata untuk memberitahu komuniti antarabangsa, bahawa kononnya kepimpinannya “masih belum hilang tumpuan dalam usahanya memerangi rasuah”?

Demikianlah ironisnya kisah Abdullah dan usaha-usaha pembanterasan rasuah di era awal kepimpinannya. Ironi dan situasi anti-klimaks inilah yang menyebabkan saya, dalam siri satu tulisan ini, meminta para pembaca mencari jawapan terhadap persoalan sama ada Abdullah benar-benar ikhlas dan jujur dalam usahanya membanteras rasuah di era awal kepimpinannya.

Saya juga meminta para pembaca memikirkan sama ada usaha Abdullah membanteras rasuah sebenarnya dimanipulasikan oleh sesetengah pihak tertentu untuk mencapai agenda rahsianya yang tersendiri. Dan, mungkinkah salah satu agenda rahsia itu adalah untuk mencipta persepsi umum, kononnya Abdullah adalah pejuang anti-rasuah yang tulen dan ulung di Malaysia, dengan harapan persepsi palsu ini membolehkan pihak-pihak tertentu melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan sewenang-wenangnya di era kepimpinan Abdullah, tanpa dipercayai oleh rakyat jelata bahawa Abdullah adalah antara pihak yang terlibat sama dalam jenayah berkenaan, baik secara langsung atau secara tidak langsung?

Persoalan-persoalan di atas saya lontarkan kepada para pembaca kerana salah satu masalah utama yang dipercayai mencengkam kepimpinan Abdullah mutakhir ini adalah masalah rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan neopotisme. Dan, jika usaha Abdullah membanteras rasuah bukan sekadar gimik politik, mengapakah di era kepimpinan beliau mutakhir ini terdapat seribu satu masalah membabitkan rasuah, kronisme, salahguna kuasa dan neopotisme?

Kronisme

Hakikat rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan neopotisme ini tidak perlu dihuraikan dalam siri ini secara terperinci. Cukuplah sekadar kita tanyakan kepada Abdullah soal skandal ECM Libra yang membabitkan Khairy selaku menantunya. Mengapakah siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia yang menyiasat dakwaan salahguna kuasa dan neopotisme ke atas kes ini seolah-olah berdolak-dalik dan takut-takut dalam usahanya membongkarkan kebenaran yang sebenar-benarnya?

Adakah mereka menghadapi tekanan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk daripada Abdullah sendiri? Mengapakah Abdullah seolah-olah tidak prihatin terhadap suara rakyat yang menuntut ketelusan dalam isu ini?

Di manakah iltizam politik yang ditunjukkan oleh Abdullah pada era awal kepimpinannya untuk membanteras kes-kes seperti ini? Tidakkah Abdullah insaf bahawa sikap double standard beliau dalam menangani kes ECM Libra ini menghakis keyakinan rakyat kepada beliau, kepada BN dan kepada kerajaan Malaysia?

Mengapakah pihak media yang pada awalnya berlebih-lebihan sangat ulasannya mengenai tindakan anti-rasuah Abdullah, kemudiannya seolah-olah jadi bisu dan membatu dalam kes ECM Libra?

Sesudah itu, kita tanya kepada Abdullah mengenai kisah wang rakyat sejumlah lebih tiga bilion ringgit untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ) yang kini seolah-olah lesap ditelan jutaan toyol? Dalam kes ini, kita ulangi soalan-soalan yang sama seperti di atas - ketelusan Abdullah, keikhlasan Abdullah, iltizam politik Abdullah, double standard Abdullah, peranan media di bawah kawalan Abdullah dan seluruhnya.

Keyakinan

Dan, kita juga ulangi, tidakkah Abdullah insaf bahawa skandal ini juga menyebabkan rakyat jelata hilang keyakinan terhadap Abdullah, BN dan kerajaan Malaysia mutakhir ini?

Berikutnya, banyak lagi kisah skandal yang terjadi di era kepimpinan Abdullah yang rata-ratanya juga dikesampingkan seolah-olah ianya tidak pernah terjadi. Antara kisah yang tidak boleh diketepikan termasuklah kisah bagaimana wang beratus-ratus juta ringgit dikatakan telah digunakan oleh kroni Khairy untuk projek Monsoon Cup di Terengganu.

Berhubung kait dengan projek Monsoon Cup ini, pihak pembangkang pernah menggesa BPR pada 2006, supaya menyiasat perjalanan pengendalian beberapa projek Kerajaan Negeri Terengganu, termasuk Monsoon Cup, memandangkan wujudnya unsur-unsur yang meragukan dalam pengurusan kewangan projek-projek terbabit.

Begitulah hakikatnya mengenai Monsoon Cup. Tetapi, rasanya cukuplah hanya setakat ini. Kita lupakan sahaja kes-kes dakwaan rasuah yang lain-lainnya, termasuk yang didakwa sebagai membabitkan segelintir menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan juga segelintir personaliti dalam BPR.

Saya tidak tergamak untuk menyenaraikan kes-kes ini satu persatu di sini kerana senarainya amat panjang dan impaknya amat menyayat hati rakyat jelata. Para pembaca yang berminat mengetahui kes-kes ini secara mendalam, selongkarlah sendiri kisah-kisahnya daripada beberapa laman web tertentu.

Angkara

Bagaimanapun, wajar sekali lagi kita persoalkan di sini, mengapakah usaha Abdullah membanteras rasuah yang terlalu hebat, rancak dan fokus di era awal kepimpinannya, kini jadi seolah-olah hangat-hangat tahi ayam sahaja?

Akhir sekali, sama-samalah kita beritahu Abdullah bahawa kegagalan beliau meneruskan usahanya membanteras rasuah kini terbukti menjadi salah satu punca rakyat menyanggah kepimpinannya, BN dan kerajaan Malaysia secara habis-habisan menerusi PRU12 baru-baru ini.

Kita jelaskan kepada Abdullah, inilah antara satu angkara yang beliau lakukan sebagai pemimpin utama Malaysia. Kita juga jelaskan kepada Abdullah, inilah antara angkara utama beliau yang menyebabkan populariti beliau sentiasa meredum.

Sebagai penutup kepada siri tulisan ini, observation saya mengenai usaha pembanterasan rasuah oleh Abdullah adalah seperti berikut:

Abdullah telah menggembar-gemborkan soal membanteras rasuah di era awal kepimpinannya hanya sebagai gimik PRU11. Inilah hakikatnya – soal pembanterasan rasuah digembar-gemborkan oleh Abdullah hingga ke peringkat maksima hanya sebagai gimik untuk menambat sokongan rakyat menjelang PRU11.

Mati Langkah

Kalau tidak, kenapa usaha Abdullah membanteras rasuah jadi mati sekerat jalan selepas PRU11? Kalau tidak, bagaimanakah Abdullah seolah-olah hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata terhadap kes ECM Libra yang membabitkan Khairy dan Kalimullah?

Jika hakikatnya bukan gimik PRU11, mengapakah dalam manifesto PRU12 Abdullah tidak berani langsung menyentuh mengenai misinya untuk membanteras rasuah seperti yang terkandung dalam manifesto PRU11?

Mungkinkah kerana janji-janji membanteras rasuah dalam manifesto PRU11 adalah hanya sekadar janji di mulut sahaja? Mungkinkah usaha pembanterasan rasuah yang diwar-warkan menjelang PRU11 sengaja mahu dilupakan supaya rakyat jelata juga akan terlupa mengenainya?

Akhir sekali, Abdullah telah berjanji akan mengosongkan kerusi Perdana Menteri pada Mac 2009. Kini beliau cuma ada lebih kurang tiga bulan lagi. Kalau sepanjang 31 Oktober 2003 hingga menjelang PRU12 beliau seolah-olah termati langkah mengenai usahanya membanteras rasuah, mengapakah baru sekarang baru beliau berkata bahawa usaha membanteras rasuah jadi satu daripada agenda terakhir dalam perjuangannya? Apakah usaha ini mempunyai udang di sebalik batu? Atau, munginkah wujud seseorang insan yang hendak melukut di tepi gantang di sebalik agenda ini? Untuk mendapatkan kepastiannya, sama-samalah kita perhati dan ikuti apa yang akan terjadi dengan agenda terakhir Abdullah ini!

20 comments:

newkk said...

Tindakan rasuah sebenarnya untuk siapa? banyak benar pemimpin manusia dibumi malaysia ini bercakap pasal rasuah. tapi sehingga hari ini rasuah berlaku dimana-mana, ada yang kena ada yang lepas, macam kes rasuah dijadikan kes terpilih. Dharap selepas mac 2009, ada gerakan besar besaran membuka fail rasuah terutamanya dipihak kerajaan dan parti kerajaan dulu untuk memberi keyakinan baru kepada rakyat supaya sokongan kerajaan dan UMNO.

newkk said...

Rasuah ada kaitan dengan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Apabila rakyat percaya maka kerajaan akan teguh, untuk memberi keyakinan rakyat kepada kerajaan isu Rasuah hendaklah diberi mkeutamaan. Tahun 2009 hendaklah dijadikan tahun kepercayaaan rakyat kepada kerajaan dan UMNO. Gerakan besar besaran serta pendakwaan kes profail tinggi yang disebut oleh rais yatim dulu hendaklah diambil tindakan dan fail yang di KIV oleh Tun Mahathir dan Pak Lah hendaklah dihidupkan kembali. Barulah rakyat yakin pada kerajaan yang sedia ada.

wira said...

Yang saya hormati Datuk Ron,

Diakhir-akhir ini saya mual mendengan cerita manusia membebel tentang rasuah. Jangan risau rasuah akan terus berleluasa selagi ada yang memberi dan ada yang meminta. Gejala ini sama seperti berzina. Selagi ada yang mahu dan ada yang seronok memberi berzina tidak akan hilang dari muka bumi ini.

Cerita rasuah ini macam cerita berzina atau pelacuran. Seolah-olah di Malaysia ini ada kawasan yang dikhaskan ditiap-tiap bandar.

Kalau hendak membasmikan rasuah dengan ikhlas jangan bercerita tentang rasuah, kerana pada hakikatnya tidak ada. Kalau ada orang memberi tentu ada yang menerima. Lebih banyak orang berbual tentang rasuah ia akan menjadi polimik dan terus dipolitikkan. Ini yang tidak baik dan tidak mendatangkan manfaat langsung.

Orang orang kita dari dulu hingga kini senantiasa didalam delima tidak tahu untuk mengenal diri sendiri dan senantiasa menghadapi konflik dalamaan - krisis identiti - tidak dapat hendak mengaku dirinya itu melayukah atau islamkah. Cerita ini sama seperti ayamkah atau telorkah.

Muhasabah diri kita dan tingkatkan iman supaya Allah memberi petunjuk. Sebagai pemimpin tidak perlu cakap cakap kedai kopi. Buktikan. Kepimpinan melalaui Teladan.

Berita dari gunung said...

Dato dan pembaca.

Pandangan betapa usaha membanteras Rasuah era Abdullah seolah make-up saja untuk mengabui mata, adalah berat dan serius.

Ia bermakna mereka tidak serius dalam hal ini. Serius mereka hanya untuk memastikan Rakyat jadi terpesona dengan imej Mr Clean yang semestinya bersih dari rasuah.

Ruang bersih dalam kelongsong imej Mr Clean, dengan itu diisi usaha senyap-senyap dan terang-terang untuk mengisi kantong.

Apa pun ramai yang sedar Dato, diyakini Shahrir pun turut sedar. Cuma dalam era ghairah PAC dulu, ECM tidak berada dalam prioriti tinggi beliau.

Sebaliknya Shahrir lebih terpesona dengan rekahan pada MRR2, dan tentu beliau sudah sukat dengan measuring tape, dengan ruler atau sekadar main agak-agak saja pakai jari.

Permainan politik era Abdullah Badawi telah memapar wajah dan hati sebenar pemimpin-pemimpin UMNO. Kita tidak akan lupa gelagat Shahrir, Radzi dan Zaid.

Mereka kelihatan gigih dan gagah, tetapi amat vulnerable, hingga waktu-waktu tertentu saya simpulkan bahawa mereka ini sangat-sangat NAIVE dalam world view dan konsep nation building.

Terima kasih

mn said...

Salam Datuk,

1. Balik..balik ECM Libra. Jika sesiapa nak tahu lebih lanjut isu ECM Libra sila rujuk URL seperti di bawah:

http://prokhairy-menangkistomahankj.blogspot.com/2008/11/ecm-libra-versi-bm.html

2. Walaupun IPR ketika era Pak Lah agak meningkat, tetapi adakah Datuk membuat kajian berapakah jumlah RM yang terlibat?

3. Bagaimana kalau saya katakan jumlah nilai(RM) rasuah yang wujud dizaman Dr.M lebih besar jumlahnya dari zaman Pak Lah.

4. Kita perlu ingat Dr.M memerintah negara ini selama 22 tahun. Manakala indek persepsi rasuah(IPR) ketika zamannya pun sudah mencecah tangga 30an.

5. Memang mudah untuk kita mendakwa atau menuduh orang itu rasuah..orang ini rasuah. Tetapi untuk mendakwa mereka tidaklah semudah seperti yang kita cakapkan. Ia perlukan prosedur dari A hingga Z sebelum seseorang itu boleh dijatuhkan hukuman kerana rasuah.

6. Persoalannya disini ialah adakah Pak Lah sahaja yang perlu dipersalahkan bila amalan rasuah di negara ini tidak boleh dibenteras?

7. Pak Lah hanya seorang Perdana Menteri. Beliau BUKAN pegawai polis atau pegawai BPR. Beliau bukan pegawai Pendakwa. Beliau BUKAN Ketua Polis, Ketua Pengarah BPR, Hakim atau Ketua Hakim.

8. Jika Datuk ditempat Pak Lah sekarang sebagai Perdana Menteri, bolehkah Datuk selesaikan amalan rasuah di negara ini tanpa kerjasama dari pihak-pihak yang saya sebutkan di atas itu?

9. Akhir sekali agak tidak sempurna kalau kritikan saya ini tidak bedal Dr.M.

10. Pada pendapat saya, zaman Dr.M ialah zaman di mana banyaknya berlaku 'telor rasuah' menetas. Akhirnya Pak Lah yang terpaksa menanggong beban dengan anak-anak rasuah ini.

http://suarasukj.blogspot.com

Quantum Metal Consultant said...

Rasuah perlu dibenteras melalui 'tindakan yang berkesan' dan bukannya melaui 'cakap cakap' yang kemudian dipergunakan untuk melebarkan rasuah secara senyap tetapi akhirnya terbongkar juga.

Skop rasuah di kalangan rakyat dan kerajaan sukar dibendung kerana UMNO sendiri gagal mengawalnya di dalam parti mereka sendiri walaupun berada pada skop yang lebih kecil dan mudah dikawal.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kata seorang kawan saya, pemimpin hari ini semuanya sanggup dan sudah menjual hatta 'benda' dirinya dan isterinya sendiripun dia sanggup jual kalau untuk 'wang', yang dia belum jual ialah 'benda' ibunya, itu saja yang dia tak sempat jual, itupun sebab 'benda' ibunya mungkin sudah tua atau ibunya sudah mati.

Begitulah teruknya gambaran yang diberi kepada pemimpin hari ini, samada kerajaan ataupun pembangkang.

Berita dari gunung said...

Dato dan rakan-rakan.

Dalam kesemua kerangka tindak tanduk, ada satu perkara penting, sering disebut kawalan atau check atau control.

Amalan ISO dalam skop industri pengilangan, meletakkan control pada tahap yang tinggi. Hidup mati sesuatu produk terletak kepada kegigihan skop control.

Marketing walaupun ia berperanan membawa produk ke mata,telinga, minda dan riba pelanggan, yang dijaja merata-rata ialah sebuah produk berkualiti yang melepasi tahap control.

Keghairahan kepimpinan Abdullah adalah pada tahap marketing sahaja. Tahap control atau kawalan adalah ringan.

Tidak ada CEO dalam mana-mana company membenarkan situasi dimana semua orang dalam second atau third layer kepimpinan boleh buat press statement sesuka hati.

Sebahagiannya sangat bercanggah. Sebahagian pula bersifat pre-emptive. Setengahnya malang sekali adalah adalah gagasan yang belum melepasi tahap endorsement dari Kabinet.

Kalau kita berlegar disebalik konsep management mudah, iaitu PODC; Plan, Organise, Do and Control, kaedah sedia ada dalam kepimpinan Abdullah sangat-sangat open-ended. Jika kita serius dengan sesuatu, sistem loop adalah sangat perlu dan wajar.

Company yang sihat adalah berfokus. Fokus mereka adalah simple dan well defined. Mereka akan mengambil masa untuk jadikan sebarang gagasan besar diterima dan dipunyai. Kemudian datanglah konsep ownership.

Tahap-tahap yang disebut itu, jika dilalui dengan tertib dan tersusun, diyakini tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan lagi.

Menghuraikan dengan panjang lebar apa itu control, adalah tidak menasabah kalau ianya ditujukan kepada mana-mana CEO. Mereka seharusnya sangat mahir. Element Control sepatutnya sudah sebati dalam diri mereka.

Ramai CEO memahami konsep control ini. Ramai pula menjadikan Tun Mahathir sebagai guru, bila menyebut tentang company wide management. Saya yang kerdil ini juga tidak terkecuali.

CEO yang berkesan akan mencatit dalam nota kecil penemuan-penemuan melalui observation. Mana-mana CEO akan digeruni malah dihormati bila beliau dalam sesi pengurusan mula membuka helai demi helai nota kecilnya. That is CONTROL! Dan wujudlah jawapan kepada soalan umum "WHO IS IN CHARGE?"

Kita perlukan banyak kemahiran dalam meredah hidup ini. Kemahiran bila diikat dengan wisdom atau kebijaksanaan menjadikan kita bukan calang-calang manusia.

CEO bukan untuk sembarangan manusia. Itu sebab ada frasa "easily said than done"

Maaf dan terima kasih. Selamat menyambut Hari Raya Korban.

odeen said...

INDEK RASUAH MENINGKAT DI ZAMAN PAKLAH ADALAH DISEBABKAN BANYAK PENDEDAHAN DAN TANGKAPAN BERSABIT KESALAHAN RASUAH TERHADAP INDIVIDU DAN ORGANISASI SECARA TERBUKA TELAH DILAKUKAN OLEH BELIAU...
NAMUN KEADAAN INI TIDAK BERLAKU DI ZAMAN TUN MAHATHIR, SEGALA ISU RASUAH YANG MELIBAT INDIVIDU DAN ORGANISASI TERTENTU TERUTAMA MELIBATKAN KEPENTINGAN POLITIK BN DITUTUP SAMA SEKALI TERUTAMA DARI MEDIA...JADI BUKAN BERMAKNA DI ZAMAN TUN KURANG RASUAH..CUMA TERLALU BANYAK YANG TIDAK DIDEDAHKAN.

Unknown said...

Sukj kata,
3. Bagaimana kalau saya katakan jumlah nilai(RM) rasuah yang wujud dizaman Dr.M lebih besar jumlahnya dari zaman Pak Lah.

Saya kata..
PASAL ZAMAN TDM, MALAYSIA MAKMUR DAN SEJAHTERA, JADI DUIT RASUAH YG TERLIBAT PUN BESAR BELAKA. TAPI ZAMAN PAK LAH, MALAYSIA KE BELAKANG DAN JATUH. SEBAB TU DUIT RASUAH JADI KECIL. ha ha ha..
On serious note, Setiap satu kes rasuah adalah serius tak kira ia melibatkan ganjaran besar atau kecil. Takkan Sukj nak kata, zaman Pak Lah ni, duit yg terlibat kecik aje, jadi tak serius. Tapi kalau peningkatan kes adalah significant compared zaman TDM, camner pulak ceritanya?

Sukj kata.
7. Pak Lah hanya seorang Perdana Menteri. Beliau BUKAN pegawai polis atau pegawai BPR. Beliau bukan pegawai Pendakwa. Beliau BUKAN Ketua Polis, Ketua Pengarah BPR, Hakim atau Ketua Hakim.
8. Jika Datuk ditempat Pak Lah sekarang sebagai Perdana Menteri, bolehkah Datuk selesaikan amalan rasuah di negara ini tanpa kerjasama dari pihak-pihak yang saya sebutkan di atas itu?

Saya kata..
INI LAGILA DAPAT MENJELASKAN DAN MENUNJUKKAN BAHAWA ARAHAN DARI PAK LAH TIDAK DIHORMATI OLEH PEGAWAI BAWAHAN. (atau betulker wujud arahan tu??), Pak Lah lembik dan tidak tegas, jadi macammana nak bagi arahan dan nak bagi orang ikut arahan.

Sekarang ni saya dah tak boleh nak dengar atau baca petikan kata-kata dari Pak Lah dalam media massa. Setiap berita yg memaparkan petikan kata-kata Pak Lah jelas menunjukkan beliau kurang "cerdik" kalau nak dibandingkan dengan TDM. Pak Lah juga kurang bijak mengawal isu kontraversi berbanding TDM.

Usaha Pak Lah menggemburkan isu rasuah masa dia mula2 ambik alih jawatan PM dulu sebenarnya adalah cara halus nak jatuhkan nama TDM. Tapi sekarang jelas usahanya makan diri dia balik.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

A Bird In Hand
(today is yesterday's tomorow -lawak bodoh)

(Dengan izin, Mas; dan ini surat dari Machi A Velli:

Dear Sdr Kuda Kepang,

Kenapa saya mesti rasa dangkal sekiranya saya katakan kes 'Lingamgate' dan 'Ex-Gratia Saleh Abas', dan UMNO Rest In Peace(1946-1987) dapat memberi petunjuk kepada jawaban yang anda cari-carikan atau adakah jawaban dicari-cari atau ianya sudah ada?

Adakah benar kenyataan saya bahawa semasa Abdullah dilantik Presiden UMNO, dia tidak ada sokongan yang padu dari 'akar umbi'?

Bagaimanakah persepsi umum kepada Presiden UMNO dicalunkan dan menang Mohamad Najib semasa Abdullah dipilih Mahathir menggantinya dan sekarang?

Dalam mana-mana parti politik pun terdapat puak-puak. Masakan pula dalam gabungan parti politk yang berlainan citarasa.

Yang halal tetap halal dan haram tetap haram tetapi hukum itu mesti kena pada keadaan dan tempat baru boleh dikatakan adil. Sekiranya saya salah, tolong perbetulkan saya, Kuda Kepang.

Mari kita ambil kira hal rasuah didalam UMNO.

Saya ingin sangat anda yakinkan saya walhal ianya jelas kepada saya di mana dikatakan rasuah itu apabila calun-calun yang bertanding tidak mempunyai jawatan untuk dipertahankan tetapi sekiranya undi boleh dibeli dan boleh dibuktikan lebih buruk dari salah guna kuasa untuk sampai wawasan yang mulia?

Saya menghalalkan rasuah? God forbid! Yang haram tetap haram yang halal halal yang mubah kita faham dan dalam peperangan tipu-daya perlu untuk menang: kata-kata all is fair in love and war itu salah?

Apakah bukan janji-janji calun-calun itu juga memancing undi? Apabila janji-jani itu kosong apa maknanya, Kuda Kepang? caveat emptor?

Bagaimana bezanya salahguna proses undang-undang dalam kes UMNO RIP apabila ada bahagian yang tidak sah juga turut mengundi?

Kiranya kita beruntung ada pendapat saperti Sdr Newkk, Sdr Wira, Sdr Berita dari gunung dan Sdr Sukj. Semuanya benar belaka.

Persoalannya bagaimana kita hendak mengawal sesuatu gejala itu supaya ia tidak mendatangkan kerosakan apabia kita tahu gejala itu tidak dapat kita hapuskan sebenar-benarnya. (dalam hal ini bolehkah saya katakan si-bahalul muhyddin yasin berdolak dalik sekejap menyarankan diberi kuasa undi kepada semua ahli sekejap hanya ketua cawangan dan di manakah senarai calun-calun yang telah melakukan rasuah mahu kita tanya che det)

Maka saya katakan kita biarkan agenda terakhir Abdullah berlaku dan berlalu.

Ya, Kuda Kepang, saya dek umur sudah panjang terserlahlah kata-kata saya ini tidak cerdik dan coretan ini kosong tanpa isi.

Namun kenapa dikatakan: Justice is Blind.

Kalau si-buta dan tempang mahu memimpin dan mahu menabur wang, I rather take the money, mate, and lead them over the cliff.

Ataupun sebenarnya 'manipulator-manipulator' itu saperti para 'lobbyist washington' yang terlalu berkuasa dan ganas sehingga mahathir, abdullah dan PM-PM lainnya pun tidak dapat mengawal mereka?

Yang Benar
Michi A Velli

ps (bukankah benar the rakyat deserves the government they chosed)
(itulah warkah dari Mr Machi A Velli yang telah terlalu banyak memamah tomato dan kacang bendi(semuanya genetically modified) terlebih paraquat), Sdr Berita dari gunung)

mn said...

Kepada Orang Jauh,

1. Kita tunggu "Keputusan" Klip video Lingam.

2. Nanti baru kita tahu...

a. Siapa bapak rasuah...Mahathir atau Pak Lah?

b. Siapa lembik...Mahathir atau Pak Lah?

c. Siapa telan rasuah lebih banyak...zaman Mahathir atau zaman Pak Lah?

3. Kita harap Mahathir belum mati lagi waktu itu. Nak tengok muka dia tebal ka..muka dia meronyok.

http://suarasukj.blogspot.com

Berita dari gunung said...

Dear Dato Ron,

Allow me chatting the day off with Mike (pronounced the perak way, not the English way for Michael)

Luxury of life dear Mike, on aidil adha, I behave like a prince/princess munching salad fit only for the king.... ulam raja.

And the other day, while digging, one little muscle pulled and I went limping and I thought that qualified me as an OKU for a day, but parking attendant kept asking for my OKU id.

And today after a brief takbir raya in the wee hours, numbers keep appearing. Then I remember Rod Steward " 6th cut is the deepest....", and Dire Straits "Six blade knife..".

Now what is 6? Could it be the slot of Najib's potrait in the alley of Power, or could it just be Abdullah assuming Onn Jaafar as the supposed-to-be first Prime Minister.

I never know, how much they hate the new UMNO. Yes it was bitter then, tough and hard. But the 6th was only left in the cold for two years.

Semalam petik buah terung pungaq (bahasa chedet), the last remaining terung free of genetic modification.

So, rasuah after all is just numbers which ever you look at it. A day, a year, a post, a project, a dream come true, a retaliation, a friend and an enemy or a slice of lemang.

odeen said...

Orang jauh kata..."Sekarang ni saya dah tak boleh nak dengar atau baca petikan kata-kata dari Pak Lah dalam media massa. Setiap berita yg memaparkan petikan kata-kata Pak Lah jelas menunjukkan beliau kurang "cerdik" kalau nak dibandingkan dengan TDM. Pak Lah juga kurang bijak mengawal isu kontraversi berbanding TDM"...
KEPADA 'ORANG JAUH'...LAMA DAH ORANG TAHU PAKLAH ITU LEMBIK SEJAK BELIAU MULA2 JADI PM DULU...KALAU BELIAU BERCAKAP LANGSUNG TIDAK DAPAT MENANDINGI TDM...TAPI KENAPA DARI DULU ORANG2 UMNOTAK BISING MALAH BEGITU MENYOKONG BILA TDM NAK LANTIK DIA JD PM...NAMPAK SANGAT ORANG UMNO INI CAKAP AJE LEBIH TAPI PENAKUT...KENAPA TAK SANGGAH TDM DULU SEMASA DIA LANTIK PAKLAH...KENAPA BILA TDM BERBUNYI BARULAH ORANG2 UMNO NAK BERGENDANG...APA NIE SALAHKAN ORANG DIRI SENDIRI YANG SALAH...

Jitu said...

Rasuah tetap rasuah. Saya masih tak faham kenapa Sukj masih pertahankan Abdullah. Kurang kah lebih kah dari waktu Mahathir, Abdullah tetap salah. Sebagai PM beliau bertanggungjawab dalam waktu beliau memegang teraju utama negara. Menyedihkan, semasa pemerintahan beliau, IPR menunjukan pandangan masyarakat dunia di Malaysia terhadap rasuah pada tahun 2008 lebih buruk dari tahun-tahun sebelumnya. Ini perlu diperbetulkan.

Nampaknya Datuk Ron sedikit sebanyak dapat mengaitkan bagaimana Abdullah cuba menjatuhkan kredibiliti Mahathir sejak mula lagi memegang pucuk pimpinan. Itu mengharukan saya, jika benar, sebagai umat islam dan ketua negara , tidak sangka yang beliau mempunyai hati sedemikian busuk. Niatnya dah salah dari mula lagi. Tapi saya harap intepretasi saya silap.

Najib tidak perlu buka buku lama dahulu. Hentam yang terkini dulu, kemudian korek yang lama. Tahun 2009, Tahun Bermula Anti-Rasuah Habis-Habisan.

Saya juga suka kata-kata Berita Dari Gunong berkenaan sifat seorang CEO yang berkesan. Pengurusan yang baik juga selalu menggunakan 'bench marking' sebagai ukuran memperbaiki keadaan.

Dalam kes rasuah, salah satu sistem 'bench marking' ialah Indek Persepsi Rasuah. IPR 1 ialah index yang terendah dan 10, 20, 30, 40 dan seterusnya adalah indeks rasuah yang lebih tinggi. Secara tidak langsung ianya memberikan gambaran apa yang berlaku di negara tersebut terhadap rasuah. Najib perlu letakan sasaran bagi Tahun 2009 IPR negara perlu capai ialah 30, Tahun 2010, IPR 20, Tahun 2011, IPR 10, Tahun 2012, IPR 5 dan Tahun 2013, IPR 1. Perlu diingatkan bagi umat Islam, rasuah dilihat sebagai haram dan berdosa bermakna IPR nya 0 atau 100. Dengan demikian Najib perlu juga lihat dari sudut Islam kerana semua orang Melayu berugama Islam. Dengan demikian, UMNO perlu dilihat mempunyai IPR 0.

Unknown said...

Datuk Ron Yang Dihormati

Selamat Hari Raya Korban. Saya dah lama tak kirim komen sebab sibuk cari makan. Kali ini kenalah komen sebab orang macaam SUKJ nampaknya macam ungkal dan bangang.

Kepada saya, Dollah memang patut ditempelak pasal rasuah. Suara dia macam guruh di langit hujan tak jadi, air di tempayan dicurahkan.

abunawas said...

Apa yang pasti dan tidak dapat disangkal adalah dizaman BN rasuah berleluasa.

Apa yang tidak pasti adalah apakah kalau bukan BN rasuah akan susut dan pupus!!!!!!!!!!!

Apa yang seakan-akan jelas adalah dari zaman Pak Lah dan sebelumnya juga kesemua menggunakan isu yang sama untuk membina keyakinan dan sokongan...walau pun mereka mungkin pada hakikatnya memang benar-benar berhasrat demikian.

Keadaan dan keberadaan sistem parti dan politik yang terbentuk by design or by default (most probably by default) membuatkan ianya terjadi sebegini.

When politic revolves around certain circle, power revolves around that circle and corruptions believed to be revolving in the circle, all seemed to get stucked. All of them need each other and they are the by=product of each other.

Macam orang bela hantu ke polong ke toyol ke dan yang seumpamanya....memang akhirnya menyusahkan bukan sahaja orang keliling, bahkan anak cucu yang berpangkat waris. Tak nak tak nak pun kadang-kadang orang kata ada saka. Ini perumpamaan sahaja

Sementelah yang demikian, biasanya kena cari orang yang arif sahaja untuk menyelesaikannya.

Apakah kita sedang melihat rakyat kini mencoba-coba 'merawat'enyakit ini dengan mencari orang luar??? Wallahu a'-lam.

Pepatah melayu ada mengatakan....belum cuba belum tahu.

Do we wish them to try???

mata putih said...

Salam Dato'

Bila mengamati kaedah Pak Lah menangani gejala rasuah di negara ini saya teringat cerita Pak Ngah Umar yang tinggal berhampiran kubur di Kampong saya di Kedah. Di atas kubur itu ada 7 batang pokok durian yang isinya amat elok sekali, maka sudah tentu menjadi idaman orang kampong, maka ada yang sanggup datang ke kubur untuk mencari durian jam 3 atau 4 pagi. Maka Si Pak Ngah Umar ni pun kerap kali kempunan untuk merasa isi durian yang enak itu walau pun pokok durian itu dengan rumahnya hanya sepelaung sahaja jaraknya.

Maka untuk memastikan durian tersebut tidak terjatuh kepada tangan orang lain, Pak Ngah Umar pun buat cerita yang diheboh satu mukim kononnya di kubur tersebut ada hantu...yang menangis di waktu dini hari...sebenarnya dia telah memasang tape recorder dan digantung di atas pokok langsat berhampiran dan akan dimainkan secara intermitant...dipendekkan cerita maka tak adalah orang lain berani datang ke kubur sebelum siang hari untuk mencari durian yang gugur pada sebelah malam. Kaedah ini samalah yang Pak Lah buat. Heboh sana sini nak hapus rasuah supaya dia dilihat sebagai Mr. Clean tapi kalau kes ECM-Libra boleh dijadikan ukuran, kes Monsoon Cup, kes Patrick Badawi dapat projek, kes HDC ambil alih tugas Jakim bagi sijil halal, kes KasihDia jadi consultant HDC dll maka tak terkelihatanlah 'masalah diri sendiri' almaklumlah anak ulamak.

abunawas said...

Minta laluan untuk tokok tambah sikit my earlier.

Ni cerita orang bela hantu, jin, toyol dan seumpamanya. Bila orang kampung bising, biasanya mereka jumpa tok bomoh. Kalau itu memang budaya masyarakat itu, maka biasanya bomoh tu pun dua kali lima juga lebih-lebih lagi kalau-kalau mereka yang mencari bomoh itu tukang bela jin/hantu/toyol juga. Lebih kurang macam dalam cerita P. Ramlee. Kalau nak cari bomoh dari kalangan mereka, kena lah cari bomoh yang paling kuat hantunya. Perumpamaan sahaja.

Andaikata benar cerita di atas, maka yang dapat dirumuskan adalah ianya penyakit berbentuk 'spritual'atau pun penyakit rohaniah. Maka logiknya, cari pakar 'spiritual' yang dapat memperbaiki dan membina kerohanian bukan sahaja kepada pesakit-pesakit itu bahkan seluruh anggota keluarga pesakit itu agar tiada lagi saka dan khurafat.

Pun begitu, adalah tidak mustahil anak cucu berjaya melepaskan diri dari cengkaman penyakit 'spiritual itu' andai timbul kesedaran, peningkatan ilmu dan beramal baik. Generasi yang berpenyakit 'spiritual' biarkan mereka berlalu. Yang bernama manusia tetap mati, tapi bukan budaya kita menghina, mengherdik serta mengaibkan yang tua. Ibarat anak dengan ibubapa. Sopan santun pastunnya ade.

mata putih said...

Salam Dato'

tambah sikit lagi...rasuah akan berleluasa bila ada manusia macam SUKJ. Makhluk macam ni sanggup buat apa asal dapat cari makan almaklumlah nak harapkan pencen memang tak cukup maka perlulah cari pendapatan tambahan waimah bersekongkol dengan 'penganggur jutawan paling kaya di Malaysia'.

NOOR said...

Selagi iman bukan dijadikan asas mengawal nafsu selagi tu rasuah berleluasa