Tuesday, December 16, 2008

SIAPAKAH CALON TIMBALAN PRESIDEN UMNO YANG TERLIBAT DENGAN POLITIK WANG?

Hari ini saya terbaca sebuah kisah panas mengenai rasuah politik dalam satu blog yang dipaparkan oleh Penggabung Suara.

Blog yang dimaksudkan adalah Politica. Blog ini mendakwa, kononnya kini BPR menerima hampir 400 laporan mengenai rasuah yang membabitkan salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO.

Kata Politica, BPR memang mahu menyiasat laporan-laporan berkenaan. Bagaimanapun, BPR dikatakan dihalang oleh seorang individu tertentu daripada meneruskan siasatannya.

Siapakah calon yang terbabit, siapakah individu tertentu yang dikatakan menghalang siasatan, dan adakah dakwaan ini benar? Bacalah kisah seterusnya di alamat: http://politica-net.blogspot.com/. - Ruhanie Ahmad

28 comments:

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Yang sudah rasuah tu satu hal. Yang menghalang siasatan tu lagi teruk sebenarnya. Itu sebab ada yang memanggil SPRM sebagai "Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia"

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

1. Ahli Parlimen minta SPRM siasat Ketua Menteri Sarawak
16/12/2008 3:45pm

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bakal ditubuhkan apabila Rang Undang-undang SPRM 2008 diluluskan, menyiasat aktiviti perniagaan syarikat keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa beliau terbabit dengan amalan rasuah.

Beliau berkata, SPRM perlu menjadikan satu keutamaan untuk menyiasat perniagaan syarikat keluarga Abdul Taib khususnya oleh konglomerat Cahaya Mata Sarawak (CMS) yang didakwanya diberi kontrak bernilai ratusan juta ringgit oleh kerajaan negeri tanpa melalui proses tender yang sepatutnya.

``Kepada Suruhanjaya yang akan wujud di bawah rang undang-undang ini, saya menyarankan supaya menjadi keutamaan pertama untuk menyiasat Ketua Menteri Sarawak,'' katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang SPRM 2008 yang dibacakan bagi kali kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perbahasannya, Chieng Jen mendakwa, isteri Abdul Taib, Puan Sri Laila Taib memiliki 37 juta saham dalam CMS manakala anak lelakinya, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang kini Timbalan Menteri Pelancongan turut memiliki 29 juta saham dan seorang lagi anaknya, Mahmud Abu Bakar Taib juga memiliki 29 juta saham dalam syarikat itu.

``Di Sarawak, kalau orang sebut rasuah, orang pertama yang mereka bayangkan ialah Ketua Menteri Sarawak. Ini adalah pandangan rakyat kita yang turut dikongsi oleh orang asing seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Edge Australia bertarikh 15 Mei 2003 dalam artikel bertajuk `Being Well Connected Goes A Long Way In Malaysia'.

``Rencana itu menyebut bahawa CMS mendapat kontrak membina dan menyelenggara jalan raya daripada kerajaan bernilai ratusan juta ringgit. Kenapa BPR (Badan Pencegah Rasuah) tidak siasat? Saya ada penjelasannya, mungkin kerana Abu Taib konsisten memastikan kemenangan BN di Sawarak,'' katanya.

Chieng Jen berkata, sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya definisi rasuah diperluaskan dan tidak terhad kepada menerima dan memberi sogokan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini sebaliknya harus meliputi keadaan seperti konflik antara kepentingan peribadi dan negara.

Memberi penjelasan kepada celahan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), CHieng Jen berkata, beliau percaya ramai yang tahu mengenai amalan rasuah oleh Ketua Menteri Sarawak tetapi dibiarkan sahaja tanpa disiasat atau diambil tindakan kerana Abdul Taib sentiasa memastikan kemenangan BN di negeri itu. - Utusan


2. Dr Mahathir Speaks At Global Financial Uncertainties Talks

PUTRAJAYA, Dec 11 (Bernama) -- The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah Thursday attended a talk on Global Financial Uncertainties and the Future of Malaysia at the Perbadanan Putrajaya Complex, here.

The event was organised by Bridges, a non-governmental organisation, with Raja Dr Nazrin Shah as the Honorary Chairman.

The talks were delivered by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and the 2003 Nobel Laureate for Economics, Prof Dr Robert Fry Engle III.

Dr Mahathir said by merely injecting few billion ringgit into the country's economy was not the answer in mitigating the current global financial crisis.

He said the country needed a proper plan by first understanding the problems and their causes.

"The crisis has to be studied carefully. We have to understand how it happened and how it affected us before drawing up a proper plan," he said.

Dr Mahathir said without proper planning, it would involve cosmectics changes only to the solution.

He also said the country need to resolve its political instabilty first before concentrating on economic problem.


He also doubted that Vision 2020, a plan to turn Malaysia into a developed country by the year 2020 could be achieved because of financial crisis and radical changes in the country's policies and planning


Nota:
Closing the gate after the horses have all bolted and witch hunting?

Bagaimana dengan Najib dan semua ahli UMNO dan parti-parti politik yang lain?

slyderrose said...

umno dari dulu tak habih-habih dengan politik wang. Berebut pangkat dan kedudukan. mentaliti pemimpin macam ini, pangkat bererti jalan buat wang. Pemimpin macam inikah akan memperjuangkan Islam dan Melayu?. Pemimpin macam inikah akan menghapuskan rasuah dengan mengetatkan undang-undang rasuah?. Saudara fikirkanlah sendiri.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
mn said...

Datuk,

1. Semua 3 orang tersebut.

2. Mustahil hanya seorang sahaja yang terlibat. Cuma bezanya kita nampak dan kita tak nampak.

3. Pelindungnya Tuhan. Hidup, mati, jodoh, maut, kena tangkap atau kena penjara semuanya di tangan Tuhan.

bat8 said...

Dato

Siapa agaknya calon tersebut ye? Yang pasti bukan TS Isa Samad sebab dia tak layak bertanding.

Sebenarnya bukan individu tersebut yang penting tetapi keberanian calon tersebut menggunakan politik wang untuk memenangi jawatan timbalan presiden yang menjadi perkara pokok.

Jawatan timbalan adalah satu jawatan yang penting dalam UMNO, bayangkan kalau calon ini menang jawatan tersebut....alamaknya kita orang melayu boleh kuburkan sahaja UMNO.

Orang macam inikah yang kita orang melayu nak pertaruhkan masa depan bangsa? Saya orang melayu bukan UMNO selisih malaikat 44 lah, minta dijauhkan. Saya rasa sentimen ini juga dikongsi oleh kebanyakan orang melayu lain.

bat8

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
imah said...

Salam Datuk Ron,

Cadangan saya pula supaya Suruhanjaya Rasuah ni siasat dakwaan Tun Mahathir pada tahun 1991 dulu bahawa ada seorang bekas menteri kewangan cuba menyogok kerajaan Selangor sebanyak TIGA RIBU JUTA (3 bilion)ringgit semasa pemilihan Umno 1987.

Siasatan hendaklah dibuat bagi menentukan samada sogokan itu benar berlaku atau ianya satu pembohongan oleh Tun Mahathir.

Nota:

Sila rujuk lapuran Berita Harian:

9/11/1991 Bekas menteri cuba sogok Kerajaan Selangor (230 wds)
PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbuatan seorang bekas Menteri Kewangan yang cuba menyogok Kerajaan Negeri Selangor dengan wang $3 ribu juta dan lesen bank. Dewan perniagaan di setiap negeri pula diberikan lesen syarikat kewangan manakala on-the-spot grant yang dikhaskan untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, juga digunakan oleh bekas menteri itu.


Mungkin masa itu Datuk masih ada di NSTP.

Saya dah naik mual dengan tuduhan-tuduhan tanpa bukti sebegini yang dimulakan dan sengaja dibiarkan membiak di zaman Mahathir tanpa tindakan konkrit olehnya. Kini dia pula menjadi juara kononnya untuk mencegah, dengan menuduh calon-calon selain daripada calon pilihannya mengamalkan rasuah dalam pertandingan merebut jawatan Umno.

Mika Angel-0 said...

Revised! Version
(mohon maaf kerana ramai silap teknikal, mas)

Sdr Ruhanie Ahmad,

Di Bawah Eskalatur

Water Under The Bridge
(political instability and volatility)


Maaf cakaplah, Mas - Mamak kita
bom lagi! Itu kerja dia!
Bom! Bom! Bom! bom sini bom sana!
But he only talk about peace
a political animal to the west
a ningkampop of a nobel laureate
like a gorilla albino uncaged

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

menyalak lagu nice menyusur laju
skukor52 kata siapa ada speaking
power siapa cantas Siapa siapa
ketua Hakim siapa tanya putera raja

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

under the ladder - beneath the
escaltor - eskalatur di bawah tangga
ke bulan bintang dan langit biru
where the two sea meets
volatility meets prediction
his match as mahathirs and three engels
nazir ponders an angle
politcal instability and market
volatility the doctor laureate
a good deal taller then the doctor
no match at all

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

snapshots! and a blurry of movements
drips droplets by droplets
later it was creeping on bernama
the leaking roof on a very weepy day

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

we are famous - alhamdulillah, hasmah
mahathir mengiring seiring engel
dr genius and dr professor nobel
ramahnya tun semua dan anak raja

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

siapa dia ketua
tanya putera raja
siti hasmah nampak
jelita ibondaku juga senyuman
manisnya balkis menawan hati raja

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

baginda raja payung negara
selamat bertakhta nabi sulaiman
'alaihis salam

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

of political instability and
hanging the lawyers and in between
mahathir predicts no vision
but he saw the future
unfunded pension funds
and to a sovereign wealth funds
is ten billion enough, raja tuanku

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

superstition and superstitious
my foot in my mouth is my food
in my mouth said the court jester
no angel was he that said
wan farid calun kita!
a vision can never disappear
in a blink of an eye
unless there is a cover up
a job not a jin afrit
though he may be in a fighting fit
never walk under ladders
is an old saying

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

what gains a man the world
when he barters his soul with the devil
has ever a malay had done
how there be a vision when the heart
most corrupt and blind
a jahil to an-nur
laila dan majnun

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

what be the vision that flew away
when the seeds of honor bed with
the sons and daughters of corruption
carrying the children of greed

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

thus,
izh qolla yusufu li abihi
yaa abati inni raaitu

a bridge of red carpet pave the way
to tea after a long talk and a slow walk

a vision a muslim
in the twentyfirst century
as melayu to the core
after tea - alhamdulillah!

salaamun salaam

straycat's strut said...

Siapakah calon umno yang terlibat dengan politik wang...

The question is so easy, I think. Just name one of the candidate and you cannot go wrong. Betul tak Dato'?

The difficult question is "siapakah calon umno yang TIDAK terlibat dengan politik wang."

None of the above?

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Jika kita dengar dari sumber2 Bahagian boleh dikatakan hampir kesemua calon2 untuk jawatan MT terlibat dengan rasuah politik.Cuma modus operandinya sahaja yang berbeza.

2. Ada yang terlibat secara langsung iaitu calon sendiri yang menghulurkan sogokan kepada perwakilan yang benar2 mereka kenali.Caranya mungkin dengan pemberian projek atau anugerah2 gelaran dsb.Cara ini mungkin sukar dibuktikan kerana mereka mempunyai alasan yang terlalu teknikal.

3. Cara lain ialah melalui 'wakil2' atau 'dalang2' calon berkenaan.Ini dilakukan melalui cara memberi wang tunai atau kemasukan terus ke akaun bank perwakilan.Cara ini juga sukar dibuktikan kerana penerima tentu tidak akan kehadapan untuk membuat aduan kerana khuatir peluangnya untuk menerima sogokan dari calon2 lain akan terjejas.

3. Isu rasuah politik yang menular ke Umno sebenarnya ialah kersna adanya pemberi rasuah dan penerima rasuah.Hanya yang TIDAK ADA pada sesetengah 'Calon' dan 'Perwakilan' adalah MARUAH,HARGA DIRI & IMAN sahaja.

4. Kita yakin isu yang ditonjolkan yang mana melibatkan calon Timbalan Presiden tidak akan disiasat dan ditutup akhirnya.Ini kerana kes laporan kepada BPR yang pernah dibuat oleh seorang veteran Umno dulu terhadap orang nombor 1 dan 2 Umno juga tidak siasat hingga ke hari ini.Jadi tak akanlah kes yang baru ini akan disiasat pula.

5. Bagi rakyat cerita2 mengenai rasuah politik yang sering ditonjolkan oleh beberapa pemimpin Umno sejak kebelangan ini hanyalah lakonan politik sahaja.Rakyat pun dah muak dengan lakonan oleh pelakon politik begini.Biarlah masa dan keadaan yang akan menentukan nasib Umno.Dalam lain perkataan jika Umno terus berada dalam denial syndrome dan tidak berbuat apa2 yang tegas untuk mengatasinya maka akan tiba masanya yang rakyat dan penyokong Umno akan kata "Lantaklah,biarlah Umno lingkup,senang kami buat pilihan baru!!!

spycatcher03 said...

Memandangkan ada orang yang menghalang BPR bertindak , orang mudah menuding kearah calon yang mendapat restu dari Pak Lah. Calon sedemikian akan kebal dari segala jenis siasatan melainkan Allah swt!
Kalau nak tuduh TS Mahyuddin , tentu sudah lama dijerat olih BPR kerana dendam pak lah terhadapnya belum padam!!!! Datuk dan saya dapat meneka siapa!!!

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman

Saya tidak akan dedahkan nama pihak terlibat. Pokoknya di sini ialah dalam kita disogokkan berita yang kerajaan serius pasal rasuah mengapa terjadi kes di mana BPR nak bertindak tapi di halang. Ini yang orang kata double standard.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati

Buka satu. Banyak-banyak! Yanmg menghalang penyiasatan tidak dipanggil rasuah tapi dipanggil menyelewengkan kuasa.

bat8 said...

Dato

Sumber maklumat dato dah pecah lubang siapa yang dimaksudkan diatas...hehehe.

Saya tak terkejut dengan tuduhan ini kerana dia dan bekas naib presiden yang kena gantung memang silih berganti setiap minggu menjuarai carta johan politik wang umno-reform dalam pemilihan lepas. ( UMNO-reform masa tu buat carta mingguan).

Nampaknya, kali ini dia la pulak jadi juara sebab yang seorang lagi tu tak cukup kuota nak bertanding.

Bayangkan kalau kedua-dua bertanding jawatan timbalan presiden kali ini. Beruntung besar le para bakal perwakilan, macam pemilihan lepas.

Dalam pemilihan lepas, ada perwakilan ( kenalan saya) siap boleh tukar kereta wira baru....hehehe

bat8

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Kerajaan memerintah hari ini adalah BN. BPR kerja di bawah kerajaan BN. Orang yang terlibat juga orang BN...jadi macam mana nak ambil tindakan. Mungkin bolih buka fail...lepas ditutup...alasan tak cukup bukti.

Orang yang terlibat dalam rasuah politik nie, ada pengaruh, ada back-up yang kuat, jadi macam mana BPR nak bertindak.

Mungkin setelah SPRM dikuatkuasakan baru rasuah politik boleh dikurangkan.

ChengHo said...

Siapa yg bolih menghalang tidak susah untuk di analisa hanya mereka yg mempunyai kuasa tertinggi sahaja yg berkemampuan berbuat begitu dan mengapa juga tidak susah di analisa mungkin calun kesukaan kuasa tersebut??..

Islam Hebat said...

Saya berpendapat semua calon ada track rekod rasuah masing2.. tp yg jelas "Mat Tyson" adalah calon yg berpotensi besar melakukannya..

Unknown said...

Salam Datuk,

Siapa calon Timbalan Presiden yang rasuah tidak penting kerana sudah jadi buah mulut orang bahawa UMNO adalah parti rasuah. Sama ada betul atau tidak sudah tidak dipedulikan lagi. Buatlah apa sekalipun, UMNO kini sedang membawa label parti rasuah, baik di peringkan Presiden hinggalah ke peringkat akar umbi. Jika begini keadaannya, bagaimana nak ubati kepercayaan rakyat...?

Unknown said...

SURUHANJAYA RASUAH

Cadangan baik dan perlu disegarakan.Dizaman duit menjadi RAJA dihati insan yang tidak pernah bersyukur dengan anugerah Illahi.Kita wajib menyokongnya kerana rata-rata yang rasuah dan pecah amanah adalah umat Islam.Mereka yang menerima rasuah majoratinya adalah kakitangan kerajaan.Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membasminya.
Antara cadangan yang perlu diteliti oleh kerajaan antaranya adalah:-
1. Ketua Suruhanjaya mestilah seorang ulama yang hafiz Al-Quran
Contoh :Datuk Hassan Din Al-Hafiz
Ustaz Ridwuan Tee Abdullah
Ustaz Mutalib (Penceramah Bebas di utara)
Ustaz Ismail Kamus

2. Kakitangan mestilah kelulusan empat senawi dan keatas sehinggalah ijazah dan Phd.Ini juga member peluang kepada pelajar lulusan agama mendapat kerja yang sesuai di Jabatan Kerajaan,

3. Syarat-syarat lain mestilah mahir membaca Al Quran dan tidak meninggalkan solat.

4. Pesalah rasuah mestilah diasingkan penjara.Mereka ini mesti menjalankan khidmat masyarakat di surau dan di masjid.Umpamanya menjalankan tugas tukang kebun,pencuci tandas atau pengali kubur.

5. Suruhanjaya dijuga memstilah memberi ceramah dan kesedaran tentang bahayanya rasuah kepada umat Islam amnya dan kakitangan kerajaan khasnya.

6. Khatam Al Quran,ujian Fardu Ain dan menghafal surah Yasin antara peperiksaan atau ujian kenaikan pangkat yang diwajibkan bagi kakitangan kerajaan beragama Islam.

7. Setiap ketua Jabatan mestilah menjadi Iman pada setiap waktu solat di waktu bekerja.Kedatangan di surau adalah wajib bagi semua kakitangan kerajaan Islam.

8. Kem Motivasi atau Team Building digantikan dengan Qiamulil atau hantar pergi umrah dan haji.

9. Semua Menteri mestilah bergilir gilir membaca Khutubah Jumaat di Masjid Negara.

10. Kakitangan kerajaan wanita Islam diwajibkan menutup aurat.

11. Amar Makruf Nahi Mungkar

akal ask said...

Assalamualaikum Datuk,

bila bercerita tentang politik wang ni,saya rasa menyampah,kadang2tu terasa nak termuntah,tak ke mereka itu munafiq datuk,kalau beria2 konon nak membenteras rasuah,tapi sendiri terbabit dengan rasuah,tak kira lah sikit ke?atau berjuta ataupun rasuah kuasa.
bila bercerita tentang munafik lak, tak betul sebahagian menteri,orang berpangkat itu terbabit,yelah kono menjaga kepentingan rakyat,khasnya orang melayu,tapi sekarang tengok apa dah jadi pada orang melayu,berapa ramai lagi yang tak berumah,bertanah,
datuk, kalau lah datuk berkuasa untuk menyampaikan lauhan hati ini tolonglah sampaikan pesanan ini buat mereka2 yang pernah menyanyikan antara rangkap lagu ini"nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda,akibat segelintir menjaga perut dia,bumi di pijak milik orang" maaf datuk,ubah sikit lirik,

akal ask said...

Assalamualaikum datuk,

bagi saya yang tak berapa pandai bermain kata,bila bercerita tentang politik wang ni,saya jadi takut,takut apa akan terjadi pada para pemimpin yang bagi saya,( yang tak pandai ugama ni),takut jatuh munafik,almaklumlah lantang konon membateras rasuah tapi sendiri bapak rasuah.

satu lagi yang saya takut datuk,bila sebut munafik,datuk rasa para menteri kita,pemimpin kita ni tak malu ke jaja perangai depa yang munafik tu,ye lah kononya memperjuangkan bangsa melayu (apatu KETUANAN MELAYU ke apa) tapi tengok apa yang jadi kat orang melayu sekarang,para penumpang tanah dah berani nak halau tuan punya tanah,
ini lagi teruk dari "belanda dapat tanah"
Datuk yang saya hormati,andainya bisa datuk menyampaikan dalam apa2 cara sekalipun,saya amat berharap agar datuk minta pada mereka2 yang pernah menyanyikan rangkap ini"nenek moyang kaya raya,tergadai seluruh harta benda, akibat menjaga perutlah mereka,bumi di pijak milik orang"maaflah datuk ubah sikit lirik,tolongggggg lah tolong kembalikan hak kami,

Unknown said...

Salaam Datuk,
Setahu saya ketiga tiganya munkin terlibat dengan rasuah politik walaupun jijik untuk saya nyatakan. Mustahil jika saya katakan seorang sahaja kerana setiap calon mempunyai jentera untuk melobi dan berkempen. Adakah mereka melobi dan berkempen mengunakan air liur dan kereta di isi dengan air laut? Berjumpa di restoran, kedai kopi hatta di hotel minum air suam sahaja? Untuk makluman Datuk 2004 saya salah seorang G7 pada tahun itu pernah diberi RM150 apabila menemui seorang calon naib president di Pagoh. Adakah itu politik wang yang Datuk maksudkan?

Unknown said...

Sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah itu patut dihukum dengan hukuman setimpal. Biar ia dijadikan pengajaran bagi yang lain supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

keris panjang said...

S = Suruhanjaya
P = Pelindung = kpd kroni2
R = Rasuah
M = Malaysia

Suruhanjaya pak lawak mangabihkkan bogheh jo..

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman,

Jutaan terima kasih atas kiriman komen anda sekalian. Dengan ini kita tutup polemik kita mengenai hal ni dengan harapan pihak-pihak berkenaan membacanya dan ambil iktibar serta tindakan mengenainya.

Salam takzim -Ruhanie Ahmad

Berita dari gunung said...

Bila kita mahu beri takrif baru tentang sesuatu yang dulunya adalah "hadiah", kita akan jadi celaru.

Cuma, wang yang berbilion itu tidak mampu membina kerangka ekonomi Melayu yang lebih kukuh .... Kita pungut dan sepah dan pungut semula. Seolah wang kitar semula, lalu nilainya jadi sangat rendah.

Unknown said...

salam datuk.

datuk tau siapa dia ttp datuk tak berani nak bagi tau siapa. ini bermakna datuk melindungi orang yang bersalah.

kalau lah datuk nyatakan orang itu, maka kita dari sekarang sudah boleh menilai dan menyahkan nya dari jadi pemimpin.