Di bawah ini saya siarkan satu item berita Bernama 20 Disember 2008 mengenai Pemuda Barisan Nasional (BN) bercadang membentangkan kertas kerja bertajuk Satu Malaysia pada Konvensyen BN pada Februari 2009. Antara kandungan berita berkenaan yang dikatakan bertujuan “mengemukakan pendekatan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia” adalah seperti berikut:
PEMUDA BN BENTANG KERTAS KERJA 'SATU MALAYSIA' FEBRUARI DEPAN
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) akan membentangkan kertas kerja bertajuk 'Satu Malaysia' pada Konvensyen Barisan Nasional Februari depan, yang akan mengemukakan pendekatan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda BN tidak mahu konvensyen itu menjadi "superficial" semata-mata, sebaliknya kertas kerja yang akan dibentangkan Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong itu akan mengandungi cadangan yang melibatkan perubahan dalam dasar kerajaan.
"Isu kritikal ialah bagaimana kita nak uruskan hubungan antara kaum dan mencari jalan untuk meredakan keadaan, kerana sejak kebelakangan ini banyak pihak telah menyuarakan isu yang menyentuh perasaan kaum-kaum tertentu," katanya. - BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=379534
Saya yakin usaha di atas baik untuk BN. Tetapi, kerana berita di atas juga mengatakan bahawa kertas kerja terbabit “akan mengandungi cadangan yang melibatkan perubahan dalam dasar kerajaan”, eloklah Pemuda BN menjelaskan konsep Satu Malaysia ini dengan lebih terperinci.
Pre-emtif
Ini akan mencegah apa jua usaha oleh mana-mana pihak sekalipun, untuk mempakejkan semula konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew (LKY), sewaktu Singapura berada dalam Malaysia, dan kemdiannya oleh DAP, selepas Singapura terkeluar daripada Malaysia.
Sebagai usaha pre-emtif terhadap kemungkinan di atas, saya paparkan di sini sebahagian tulisan saya mengenai Malaysian Malaysia seperti berikut:
Setelah Singapura diusir keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, Setiausaha Agung PAP atau PETIR, merangkap Perdana Menteri Singapura ketika itu, LKY, membuat kenyataan bahawa konsep Malaysian Malaysia akan terus diperjuangkan oleh penyokong-penyokong partinya di Malaysia.
Kenyataan LKY ini memberikan mesej, walaupun PAP sudah terkeluar dari Malaysia, konsep Malaysian Malaysia dikatakan akan diteruskan oleh DAP. Hakikat ini diperjelaskan oleh Dewan Masyarakat Februari 1975, seperti berikut:
Sebenarnya, pemisahan Singapura dari Malaysia sama sekali tidak menamatkan kempen Malaysian Malaysia. DAP yang lahir sebagai “anak PAP” hasil daripada pemisahan itu terus memperjuangkan matlamat PAP itu.
Alex Josey
Oleh itu, apakah yang dikatakan konsep Malaysian Malaysia? Salleh Yusof dalam Utusan Melayu 8 Ogos 1965, menyatakan bahawa Malaysian Malaysia adalah konsep perjuangan untuk menghapuskan hak-hak istimewa Melayu – walaupun PAP setuju dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia tidak setuju cara pelaksanaannya.
Tetapi, siapakah yang sebenarnya mengilhamkan konsep tersebut? LKY atau Alex Josey, wartawan Yahudi yang menjadi penasihat politik LKY?
Menurut Ong Eng Guan, Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Singapura, konsep Malaysian Malaysia dicipta oleh LKY selepas beberapa bulan kembali dari satu lawatan ke Australia dan New Zealand dalam tahun 1965. Apakah motif kenyataan Eng Guan itu? Adakah beliau cuba menyampaikan mesej bahawa konsep Malaysian Malaysia sebenarnya ilham Alex Josey? Kalau bukan demikian niatnya, mengapakah beliau secara sukarela menyatakan bahawa Alex Josey pernah bekerja di Palestin dan mempunyai pengalaman yang luas untuk “memecah-belahkan bangsa-bangsa di sana? Dan, akibatnya, Palestin kini terbahagi dua – Israel dan Jordan?
Setelah membaca tulisan mengenai Malaysia Malaysia yang dipetik daripada sebuah buku saya yang dalam proses akhir penulisannya, seperti di atas, saya sangat-sangat berharap apa yang dikatakan oleh Pemuda BN sebagai Satu Malaysia bukanlah Malaysian Malaysia.
Tetapi jika konsep Satu Malaysia ini mempunyai persamaan dengan konsep Malaysian Malaysia, eloklah Pemuda BN berterus terang dan rasionalkan mengapakah konsep seperti ini wajar diketengah dan diperjuangkan oleh mereka. – Ruhanie Ahmad

10 comments:
Datuk,
1. Pada pandangan saya biar KJ uruskan perkara tersebut.
2. Saya percaya dengan 'kepintaran politik' KJ. Ini bukan bodek tetapi serius.
3. Lihatlah bagaimana beliau 'menjerat' Husam Musa dalam forum Wacana Perdana baru-baru ini.
4. Kini Husam Musa dan PAS terperangkap apabila KJ menimbulkan isu 'Hudud'?
5. Kesimpulannya, PAS dan DAP sememangnya tidak boleh bekerjasama kerana ideologi dan dasar mereka yang berbeza.
Salam,
Sebenarnya memang ada alasan kita bimbang konsep "Satu Malaysia" itu akan mirip dengan konsep "Malaysian Malaysia", kerana pada masa ini, dari segi pendekatan politik, kita mempunyai dua pilihan saja, sama ada kekal dengan sistem politik "berbilang bangsa" seperti yang ada sekarang, ataupun menerima konsep Malaysian Malaysia.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Pakatan Rakyat sudahpun menerima konsep Malaysian Malaysia (walaupun disamarkan dengan konsep "ketuanan rakyat"), dan dengan itu mendapat kemenangan dalam PR12.
Jadi adakah Pemuda BN juga akan "terpaksa" mengikut jejak Pakatan Rakyat?
Biarlah kita tunggu penjelasan mereka.
Jadi adakah
Datuk Ron, saya pun seangkatan dengan Datuk. Isu ini menjadi darah daging saya dan harus difahami oleh generasi muda yang inginkan kesejahteraan penghidupan berbagai bangsa di Malaysia.
Sehingga kini dengan cara kita semua menjalinkan pertalian antara kaum semua bersatu padu dan menjalankan penghidupan seiringan.
Isu yang hendak dibangkitkan oleh orang-orang muda politik BN ini perlu jelas. Satu Malaysia kah atau Malaysian Malaysia kah. Kalau Malaysian Malaysia, maka kita ini diibaratkan sudah ludah dan jilat kembali. Ini adalah perangai jijik. Konsep ini memang diilhamkan oleh LKY semasa beliau berhasrat untuk menjadi pemimpin negara ini.
Apa pun perjalan penghidupan kita di Malaysia telah jelas berjalan dengan baik. Yang menimbulkan konflik adalah pemimpin politik yang cetek pemikirannya dan yang hendak populariti secara cepat dengan helikopter.
Sedarlah, selagi kita berbaik-baik sangka sesama kita rakyat Malaysia tidak kuasa luar dapat menggugat pertalian ini. Hanya ahli politik yang mahu cepat popular yang akan membawa kepada kemusnahan.
Apa-apa pun, rakyat perlu buat penilaian bijak apabila konsep ini diutarakan. Jangan terpengaruh dengar kata-kata blogger, jangan terpengaruh dengan kata-kata pembangkang. Dapatkan pandangan ahli-ahli akademik yang bertauliah.Dan barulah buat keputusan, adakah ianya bagus atau tidak.
nothing surprise
Sahabat-sahabat budiman
Saya sekadar bimbang kalau-kalau konsep SATU MALAYSIA menyerupai MALAYSIAN MALAYSIA yang asasnya adalah SAMA RATA SAMA RASA. Generasi saya seperti WIRA pastinya ingat waktu ayah-ayah kita di kampung sibuk membangkang matlamat SAMA RAYTA SAMA RASA itu.
Sebab itulah saya bertindak preemtif dalam hal ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian apa gunanya?
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Jambatan menghubung BN dan Pakatan Rakyat makin besar dan rapat pada pemerhatian saya. Sama ada untuk untuk memudahkan orang dari Pakatan ke sini atau untuk orang dari Barisan ke sana.
Bahasa dan citarasa dah nak hampir sama ....
Yang ada ini bukan Umno dan BN yang saya kenal seperti dulu lagi.
Saya sokong saudara Sukj. Pembangkang memperkecilkan keupayaan KJ disebabakan KJ menantu PM. Itu je... dari segi akademik, KJ seorang yang berpendidikan. Apa yang saya yakin, PAS akan akan tunduk dengan DAP apabila ada hal-hal berbangkit anatara mereka. Maklum je la, boneka DAP.
Salam Datuk Ron
Dalam keadaan sekarang, apa juga kebimbangan pastinya bertunjang kepada kelesuan pemimpin Melayu, baik di peringkat senior, lebih-lebih lagi Pemuda, untuk mempertahankan kepentingan Melayu dalam erti kata yang dimahukan oleh majoriti orang Melayu. Adalah memusykilkan kenapa kertas kerja sepenting ini diamanahkan kepada Pemuda MCA untuk membentangkannya. Pastinya peluang untuk membentangkan kertas kerja sebegini akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk memanipulasi semaksimum mungkin nilai-nilai yang selama ini mereka perjuangkan. Bukankah ini juga bukti kelesuan pemimpin Melayu dalam UMNO mempertahankan hak-hak Melayu, dengan membiarkan Pemuda MCA menjadi pencorak pemikiran "Satu Malaysia".
HH dan KJ nampaknya sudah tenggelam punca hingga WKS yang ditunjuk untuk tampil ke muka.
assalamualaikum,
Datuk,
izinkan saya lari sedikit dari tajuk,saya amat berharap agar datuk dapat membuat satu posting berkenaan isu kebajikkan rakyat,ini kerana saya agak sedikit kecewa bilamana isu penjualan IJN cuma ditangguhkan,bukannya ditutup terus.
datuk,
tidakkah datuk dapat rasakan bahawa rakyat marhaen sekarang ini agak luntur kepercayaan terhadap para pemimpin terutamanya dalam hak2 kebajikan rakyat khususnya bangsa melayu.
datuk,
ingin saya berkongsi pengalaman dengan datuk dan para pelayar sekelian,baru2 ni hari raya korban ke 3, anak sya dimasukkan ke hospital di daerah yaha,thailand,selama seminggu akibat demam.rasanya datuk boleh bayangkan berapa agaknya kos yang saya perlu tanggung untuk wad kelas satu,(saya terpaksa membayar dahulu sebelum dapat claim dengan syarikat di malaysia),
apa yang saya terkejut datuk,cuma rm30 sehari,datuk saya rakyat malaysia datuk cuma sekarang ni berkerja di thailand.
bila saya bertanya kepada mereka2 yang duduk sama di wad hospital tersebut,memang harganya begitu,untuk wad biasa tiada sebarang bayaran dikenakan walaupun apa jua pekerjaannya,petani ke,penoreh getah ke,atau apa jua.
rasanya ini amat berbeza dengan kita datuk.
jadinya kalaulah IJN dijual datuk,makin teruklah orang2 kampung datuk,siapa yang duduk di kampung datuk,MELAYU.Hospital kerajaan pun kosnya dah membebankan apatah lagi di swastakan.
adalagi benda yang boleh dibuat perbandingan datuk tapi rasanya dilain kesempatanlah datuk,tolong lah sampaikan pada mereka2 yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa tu,cukup2lah membandingkan dengan negara orang kalau tak tau sebenarnya,janganlah berterusan cuba membodohkan bangsa sediri, terima kasih datuk.
Post a Comment