Sunday, December 21, 2008

FARID PILIHAN BN ATAU PILIHAN MENANTU LELAKI ABDULLAH?

Tahniah kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang diumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari 2009.

Di bawah ini adalah sedutan berita Utusan Malysia mengenai pengumuman berkenaan:

Satu: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin UMNO yang terlibat dalam jentera PRK Kuala Terengganu supaya memberi keutamaan terhadap kerja mereka untuk memastikan kemenangan calon BN.

Dua: Farid berikrar akan memastikan kemenangan parti itu dalam PRK pada 17 Januari 2009.

Tiga: Pemilihan Farid sebagai calon BN dibuat berdasarkan sokongan penuh yang beliau terima daripada semua pihak.

Empat: Pemimpin-pemimpin parti komponen BN menyifatkan pemilihan Farid sebagai keputusan tepat.

Lima: PRK Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari 2009 dijangka menyaksikan pertarungan lima penjuru. Selain bakal menemukan dua musuh tradisi iaitu BN dan Pas, pilihan raya berkenaan juga diramal turut disertai oleh dua calon Bebas dan seorang calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Enam: Pas telah menentukan calon yang akan bertanding pada PRK Parlimen Kuala Terengganu, tetapi hanya akan mengumumkannya pada 1 Januari 2009.

Tujuh: Sebanyak 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan membuang undi pada PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, di sebalik seluruh berita rasmi di atas, tersebar juga soalan-soalan secara tidak rasmi. Soalan paling popular ialah: Benarkah Farid pilihan tepat oleh BN? Mustahilkah Farid merupakan pilihan terbaik oleh menantu lelaki Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Saya percaya semua orang tahu mengapakah soalan di atas dikemukakan. Tapi, saya harap menantu lelaki Abdullah tidak pula menuntut bukti di mana, oleh siapa, dan bilakah soalan ini ditimbulkan! – Ruhanie Ahmad

17 comments:

. said...

Dato,

Saya melihat UMNO perlu menang untuk kekal relevan. Sekiranya tidak, saya bimbang tugas Najib selepas Mac nanti akan menjadi lebih berat. Sementara isu calon penting, namun saya fikir kemenangan parti jauh lebih penting. TQ

Anonymous said...

pilihan hati KJ la...kalah la KT ni dato..

Anonymous said...

Salam Dato,

Saya berani bertaruh BN/UMNO akan kalah.Selagi pak lah dan KJ berkuasa UMNO/BN akan kalah mane2 pilihan raya kecil

tq

antubiul said...

BN Menang makna nya Parti itu on the road to recovery, BN kalah makna nya Pimpinan AAB dan Najib tidak diterima. Najib belum menjadi PM tapi telah pun membuat berbagai kesilapan terutama penswastaan IJN.
Tentang KJ, kami dah muak. Berita mengenai KJ umpama membaca cerita Cinderella, Datuk setiap berita tentang KJ sertakan lah dengan bukti bukti untuk rakyat menilai nya. 'A chicken had killed a fox' says a boy. 'What! are you sure boy. Where is the chicken now' asked the old man. 'The chicken is sleeping in the fox stomach'

Anonymous said...

Ya Allah ya tuhan ku kau bukakan hidayah pengundi KT supaya menolak BN secara total, supaya mereka didalam BN sedar dan berubah sikap untuk masa hadapan yang lebih baik bagi Malaysia.

add said...

nak berubah macam mana lagi wahai wali"matulurus" muar... sedarlah kita betapaperlunya ada BN dan UMNO untuk membela dan memperkasa kaum melayu termasuk walimuar sendiri. walimuar mudah berkata-kata kerana BN dan UMNO mempertahankan kaum melayu sakarang, ntah-ntah bila PR memerintah, jangan kan nak bersuara, nak letak nama dipangkal wali pun dah tak boleh kerana ada unsur islam (ulama). tengok macam mana masa US memerangi Islam sedekad yang lalu... nama ala Islam je di suspek habis,serta yang berjanggut pun kena checking habis-habisan....
Dalam berdemokrasi kita seharusnya redha dan pasrah serta bertawakal kepada ALLAH disamping berusaha dan doa kepadaNYa bukan "menyimpang" perjuangan parti kearah lain...

add said...

Kepada Pengundi KT,

Seharusnya pengundi sekelian memilih calon BN tak kira la calon BN adalah pilihan siapa Pak Lah? KJ? Najib?Mat Said ....yang penting BN menang. Bila BN menang nanti, dalam PAU pada Mac nanti, saya merayu agar jangan sekali-kali mengundi KJ sebagai calon Ketua Pemuda Umno Malaysia... kerana banyak buruk dari baik kalau KJ dipilih....

ChengHo said...

Wan Farid kata beliau ada X factor untuk menang , biarlah kali ini merupakan kempin terakhir PakLah untuk BN untuk UMNO ,menang atau kalah adalah hadiah terakhir untuk PakLah ,PakLah harus berkampung di KT untuk mempastikan kemenangan Wan Farid.

mad said...

hurray bn akan kalah

Islam Hebat said...

UMNO BN perlu di kalahkan supaya pemimpin korup dan ahli UMNO yg masih tidak berubah akan berubah dan sedar akan perjuangan sebenar mempertahankan Agama, bangsa dan tanah air...
bukan perjuangan merebut jawatan untuk isi perut sendiri tanpa memikirkan bangsa dan agama sendiri yg tertindas dan semakin dilupakan

tok janggut said...

Salam,

Saya rasa orang Kuala Terengganu tahu menilai mana calon yang dia suka sama ada dari UMNO atau PAS. Sebagai orang luar rasanya tak yahlah kita nak menentukan siapa yang patut menang dan siapa calon yang layak dipilih mewakili parti. Orang Kuala Terengganu bukannya bodoh dalam menilai semua ini.

Pada saya faktor calon bukan faktor utama kemenangan atau kekalahan satu-satu pihak. Yang penting ialah sama ada orang Kuala Terengganu boleh menerima plan pemulihan yang dilakukan oleh BN atau mereka masih percaya dengan gabungan pembangkang yang dikatakan agak rapuh di Selangor dan Perak namun begitu selesa di Kedah dan Kelantan.

Buatlah pilihan yang bijak dan tepat demi kebaikan semua.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian.

Saya setuju dengan seluruh pandangan anda mengenai PRK Kuala Terengganu. Tetapi, elok juga kalau pandangan-pandangan yang seolah-olah kontra kepada BN dihalusi dan dipastikan kemungkinannya demi menjamin kemenangan BN.

Jutaan terima kasih dan salam takzim - Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

harap BN akan hilang kerusi Kuala Terengganu ini kerana ia boleh menjadi sebagai show the out to.......

mata putih said...

Salam Dato'

BN seemed never learned. They made a mistake again, a grave mistake. This joker is not well liked by orang Ganu...his name won't ring bell. The perception of orang Ganu is that his brother the former exco member during Idris Jusoh's reign terlibat dgn penyelewengan dalam penganjuran Monsoon Cup dan pembinaan Taman Tamadun Islam. Dakwaan ini munkin tidak benar tapi persepsi sudah ada dalam kepala orang Ganu. Saya rasa calon yang paling sesuai ialah orang kanan Jabatan pendidikan negeri Ganu. Biarlah tokoh pendidikan juga ganti arwah MP dulu.

Anakanda said...

Salam Datuk,

UMNO masih lagi mengamalkan strategi politik seperti sebelum PRU12 lalu. Kempen melalui TV3 dan akhbar arus perdana banyak merugikan UMNO. Saya yakin BN akan berhadapan dengan laluan sukar di KT nanti.

luaskanmata said...

Amww sahabat sekalian:

Hingga ke saat ini, tiada suasana PRK di KT.

Biar apa pun telahan anda semua, hati kecil saya berkata peluang BN untuk menang lebih cerah dari PAS.

Jika PAS menang, siknifikannya lebih besar dari kemenangan BN.

Kekalahan PAS hanya akan menaikkan semangat penyokong PAS untuk lebih mantap dalam memperjuangkan Islam melalui PAS.

Walau apa pun, saya mendoakan kemenangan mana-mana calon pun di PRK KT akan meningkatkan lagi syariat Islam di Malaysia.

Salam jihad.

Abdullah Ngah said...

Datuk Farid? soal pengundi parlimen Kuala Terengganu. Beliau bukan ketua Umno bahgian mesra rakyat, tetapi disebut sebut mesra rakyat.

Kalau Wan Farid sudah tentu kalah. Sebabnya beliau golongan "bangsawan"

Golongan yang tidak boleh dekat dengan rakyat. Musim pilihanraya dia buat buat macam orang mesra rakyat.

Memilih Wan Farid bertanding di parlimen Kuala Terengganu seolah olah nak bunuh karier politik dia adik beradik.

Ini bukan kata saya. saya dengar cakap caka pengundi parlimen Kuala Terengganu.

Jika Wan Farid kalah bermakna imej Najib merundum lagi yang membuat beliau tidak layak jadi perdana menteri (pinjam kata kata Tun Mahathir).