Tuesday, June 17, 2008

UMNO CAWANGAN ADA SENJATA STRATEGIK

Warga UMNO akar umbi mempunyai pelbagai cara untuk mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri daripada persada kepimpinan parti. Antara cara-cara ini termaktub di dalam Perlembagaan UMNO. Lain-lainnya boleh distrategikan secara muafakat jika cawangan-cawangan UMNO memilih untuk menjadi kuasa pendesak sementara menunggu persidangan tahunan cawangan diadakan.

Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com

12 comments:

berasiam said...

Salam Datuk Ron

Realitinya cawangan-cawangan Umno tidak begitu memahami hak mereka untuk membuat usul, lebih-lebih lagi yang melampaui batasan bahagian semasa mesyuarat agung cawangan. Oleh yang demikian, mereka ini perlu diberikan penjelasan yang mencukupi, dan sekiranya berkemampuan, dibimbing untuk bertindak, iaitu dengan menyediakan contoh-contoh teks usul yang boleh mereka pilih untuk dikemukakan kepada mesyuarat agung bahagian. Jika kita mengharapkan cawangan untuk melakukan tindakan tersebut secara sendirian, kita khuatir bahawa hanya segelintir yang akan berbuat demikian. Keadaan sedemikian akan mengggagalkan harapan supaya akar umbi bertindak di luar tradisi iaitu menurunkan presiden secara desakan. Sebagai bukti kesungguhan memastikan presiden sekarang melepaskan jawatan, hendaklah diwujudkan pihak-pihak yang bertindak membimbing sebanyak mungkin cawangan melaksanakan tindakan yang dicita-citakan. Usaha ini memerlukan sumber dan pengorbanan yang besar dan kita berharap, akan ada pihak-pihak yang cukup patriotik menyahut seruan sedemikian.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Anggota akar umbi mana boleh berfikir begitu.Dah lama mereka dibodohkan oleh pemimpin...bodoh dulu , kini dan selamanya.

Anonymous said...

sila lawati blog saya datuk ron.

ourliberation.blogspot.com
thetamings.blogspot.com

komen dari dato ron amat saya hargai.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Senjata di cawangan...'tumpul'?

2. Senjata Bahagian...tajam ?

3. Senjata MT...lebih tajam?

http://sukj.blogspot.com

Kamalkamal said...

Datuk,

Persidangan cawangan akan bermula tak lama lagi. Situasi sekarang ada pihak yang akan mengunakan wang untuk mencorakkan sesebuah cawangan terutama masa pemilihan begini. Politik wang telah merebak hingga ke Cawangan-cawangan. Kalau diperingkat Bahagian sudah menjadi kebiasaan.

Akan ada tukang atur bagi persidangan cawangan, malah sekarang ramai "kempen manager" berkeliaran. Yang pasti bos mereka mesti menang terutama untuk jawatan Ketua Bahagian. Makanya mesti diatur bermula peringkat cawangan, si polan jadi ketua dan si polan jadi wakil Cawangan.

Mereka tak penting sangat hal-hal Presiden UMNO. Kebanyakannya pentingkan hal-hal Bahagian masing-masing. Sekarang ini saya lihat puak-puak Bahagian sudah mula berkempen, mereka tak sebut pun pasal Presiden UMNO. Masing-masing bawa cerita calun-calun Ketua Bahagian. Ada pula yang menyebut bahawa calun Ketua Bahagian yang mereka bawa dapat restu dari Pak Lah. Istilah hendak meminta Pak Lah turun kerusi Presiden UMNO/PM mungkin tak ada dalam kamus mereka buat masa ini.

Datuk,

Inilah yang saya lihat telatah orang UMNO ditempat saya, dimana kerusi Parlimen dan kerusi DUN telah menjadi milik PKR dan PAS. Nampaknya orang UMNO tempat saya ni masih belum perasaan bahawa mereka adalah pembangkang ketika ini. Mereka berkempen lebih hebat dari tahun 2004. Bila kempen hebat...fulusnya juga mesti lebat.

Unknown said...

Salam Dato,

Kalau orang UMNO berani berubah, dah lama Pak Lah kena tendang. Hakikatnya orang UMNO takut dan tak tau untuk berubah.

Bila TDM keluar UMNO, tak ramai yang nak ikut keluar.

Bila Pak Lah suruh bekerjasama, tak ramai yang nak sokong Pak Lah.

Bila ada yang nak cabar bertanding, tak ramai yang nak calonkan.

Jadi, betul ke orang UMNO mahukan perubahan? Bunyinya macam bohong je 2x5 dgn presidennya.

Juraimi Zainal said...

Saya memang sgt2 bersetuju dgn saudar Kamalkamal and cmk

*******

Permainan 'duit terbang' memang menjadi lumrah dalam pemilihan UMNO peringkat cawangan and bahagian....Dah lama dah...

Ini lah pemimpin2 yg melaung-laungkan memperjuangkan Melayu dan Islam.... Sakit benar hati saya..
Lihat lah negara yg diperintah oleh mereka yg bernafsukan wang ini....

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang saya hurmati!

Dato bijak mencungkil. Kerana itu saya tertarik untuk terlibat sama sedikit dengan isu Dato timbulkan.

Banyak komen sahabat yang telah saya baca. Komen saya senang sahaja. Oleh kerana ahli-ahli UMNO ni dibonekakan untuk menjadi Pak Turut oleh pemimpin mereka. Maka isu yang dato timbulkan boleh menyedarkan sedikit sebanyak pemikiran ahli-ahli UMNO yang terjajah secara tidak langsung oleh pemimpin mereka. Tapi saya tahu dato tidak menjajah pemikiran ahli UMNO masa jadi pemimpin UMNO pertengahan dulu kerana itu dato tak naik jadi pemimpin besar.

Untuk menjadi pemimpin besar dalam UMNO selain duit ianya juga mesti bijak menjajah pemikiran ahli-ahli.

Kalau adalah ahli-ahli cawangan yang telah sedar akan tindak tanduk haru biru pemimpin UMNO hari ini. Mereka buat protes besar-besaran dengan menurunkan tandatangan dan hantar pada Pak Lah.

Kalau tak boleh atau tak mampu. Pakat ramai-ramai cawangan bubar cawangan UMNO sertai parti-parti Pakatan Rakyat. Baru padan muka mereka yang sombong menjajah pemikiran ahli-ahli UMNO cawangan.

Maaf dato! Berat sikit. Pasal Dato cungkil perkara yang besar.

Ekoran ini saya akan tulis dalam blog saya bertajuk ..... (tengah fikir ... isi dah ada)

http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU

mat_terab said...

Aku sokong juga kalau Pak Lah bertanding peluang Ku Li nak menang nampak nya cerah......namun peluang najib kembali pudar sebab dia tidak akan cabar Pak lah.....

udin said...

kelakar pulak cakap cawangan ada senjata...aku tengok kat kampung2 ni mereka kurang arif mende2 camni...maklumlah org kg...jolok sikit je dah tunduk..bila lawan sikit, gertak je dah tunduk. Buat program pun takde inovasi...bila org yg ada kepandaian sikit nak join dia kata boleh blah lah...takut tergugat gaknya...aku pun pernah apply jadi ahli umno cawangan...hampas..dari tahun 2001 sampai skrg tak dengar khabor... dan smp sekarang aku kekal tidak berparti...

zeme said...

Salam Datuk,

Hari ini parti komponen BN iaitu SAPP telah isytihar hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah sebagai PM. Benarlah seperti kata dan ingatan YBM Ku Li terhadap perkhabaran ada parti komponen BN yang akan meninggalkan Barisan Nasional sebelum hujung bulan ini namun ia di pandang sepi oleh kepimpinan Pak Lah.

Sekiranya Pak Lah tidak sanggup melihat kerajaan Malaysia tidak lagi dipimpin oleh BN maka eloklah Pak Lah bertanggungjawab memberi kuasa kepada pemimpin yang berhak dan layak untuk memimpin.

Wasalam.

Berita dari gunung said...

Walau ramai cuba meneka bahawa UMNO mungkin akan hilang segala-galanya, Abdullah tidak merasakan begitu. Beliau tentu ada sebab. Sebab-sebab itu mungkin yang beliau fikir sendiri atau diutarakan oleh penasihat-penasihat beliau.

Tidak ramai dari penasihat beliau yang biasa mengharung krisis. Musa yang kini bergelar TUN, adalah orang yang kerap lari dari krisis. Lantas ada orang menggelar beliau sebagai manusia malang takut tercalar. Nah.....