Sunday, June 15, 2008

ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR
SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menglengah-lengahkan lagi proses peralihan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pada hakikatnya Abdullah sudah dipersarakan oleh rakyat jelata Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) 12.

Lantaran itu, kenyataan Abdullah yang tersiar dalam akhbar pada 14 Jun 2008, bahawa “beliau dan Najib telah muafakat dan telah setuju” bilakah beliau akan bersara dan bila pula Najib akan jadi Perdana Menteri, adalah akademik.

Baca posting sepenuhnya di:http://puteramalaysia.blogspot.com

18 comments:

dr butiq said...

salam dato,kalau dah duduk tempat sedap di kerusi empuk tak kan nak tinggalkan.cerita nak serah jawatan ni temberang Pak lah saja macam selalu.Pak lah kaki temberang

pak tam said...

salam tazim

pertama kali dalam sejarah UMno, ketua besar dan naibnya telah menderhaka kepada bangsa nya sendiri. Perlekehkan org melayu yg setia Umno, terutama org2 johor.

Kelak nanti org2 johor akan bangkit menentang umno.....masa itulah umno akan menjadi parti lapuk

Hafizoo said...

Bila lagi orang Johor nak jadi Perdana Menteri

asalbayu said...

Benarkah Najib bakal jadi Perdana Menteri bagi menggantikan Abdullah?

Mungkin soalan ini agak nakal dan boleh mengguris hati pihak tertentu. Maaf jika ada yang tersinggung.

mma said...

salam..

dt, jangankan pm, tok 4 pun payah nak lepaskan jawatan.

tak cayala..sehingga diberikan tarikhnya.

lamandau said...

Saya dengar desas-desus di peringkat cawangan Umno bahawa semua ketua Bahagian yang menyokong Pak Lah secara membuta tuli , akan ditentang dalam pemilihan Umno kali ini!! Betul kah?
Kalau betul, tuk, ia menunjukkan kebencian teruk diperingkat akar-umbi terhadap kepimpinan Pak Lah!!!

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk,

Menjadi trademark Abdullah Badawi, jika dia kata "tidak" bermakna "ya" dan bila dia cakap "ya" maksudnya "tidak".

Cerita dia serah kuasa hanyalah mainan mulut Abdullah.

Bila berbohong dan menipu itu telah menjadi amalan, maka Abdullah Badawi tidak rasa bersalah atau berdosa lagi bila dia terus-terusan berbohong.

Sekarang adalah menjadi pemimpin UMNO sendiri untuk menumbangkan Abdullah, bukan rakyat lagi.

Rakyat sudah buktikan dengan berbagai cara, tetapi pemimpin UMNO sendiri yang mempertahankan dia, sehingga Tun Mahathir sendiri naik meluat dengan sesetengah pemimpin UMNO.

Salam takzim,
Kerajaan Rakyat.

cmk said...

Salam Dato,

Kita boleh membuat satu tanggapan mudah. Selagi tiada tarikh tetap yang sah, peralihan kuasa ini bolehlah kita anggap tiada sama sekali. Jika satu tarikh diumumkan secara rasmi, kita hanya boleh percaya paling banyak 50% sahaja sebab Pak Lah selalu sangat cakap tak serupa bikin.

abghalim said...

Sapa yang nak ganti Pak Lah?
Najib atau Rosmah

mata-mata pencen said...

Salam Dato' Ron,

Saya bersetuju sangat kalau ada orang yang meragui kenyataan AAB bahawa beliau akan menyerahkan baton kpd DSNTR. Itu tanam tebu tepi bibir sahaja jauh di lubuk hatinya hanya dia dengan Allah sahaja yang tahu. Ada orang kata dia dgn DSAI ada kira-kira berdasarkan 'ada sesuatu' di sebalik tabir. Sekarang mari kita renung kejadian-kejadian yang kawan kepada kawan saya beritahu kepada kawan saya:

1. kawan saya beritahu kepada kawan saya bahawa KJ pernah meminta Dr. M letak jawatan sebagai PM dan serahkan kpd DSAI masa dialog dengan pelajar Malaysia di London suatu ketika dulu. Kawan kepada kawan saya memberitahu kawan saya bahawa KJ masa itu betul2 macam Hang Jebat yang hendak menuntut bela di atas 'kematian' Hang Tuah.

2. Kawan saya bagitahu kepada kawan saya yang AAB beria-ia meminta KJ menguruskan permohonan pasport antarabangsa untuk DSAI bila DSAI dibebaskan dari penjara. Siapa KJ? Ketua Pengarah Imigresen Malaysia ke? Kawan kepada kawan saya memberitahu KJ bukan KP Imigresen. Pegawai imigresen pun bukan. Tapi kawan kepada kawan saya kata KJ ada syarikat kecik saja macam ular lidi tapi boleh telan naga.

3.Bila orang tanya AAB ada apa-apa ke KJ dengan DSAI sebab DSAI pun dibebaskan masa AAB jadi PM. Kawan kepada kawan saya beritahu AAB kata biasalah apa salahnya kalau nak bantu orang.

4. Kawan kepada kawan saya beritahu bahawa bila orang tanya ada berita angin AAB akan kawin dengan 'orang dalam', AAB nafi tetapi kawan kepada kawan saya kata J selalu keluar masuk SP masa DSE sakit. Kawan kepada kawan saya memberitahu bahawa AAB ambil cuti pergi luar negeri nak bincang pasal kahwin. Kawan kepada kawan saya kata AAB tiada dalam negeri masa banjir besar di Johor tu.

5. Kawan kepada kawan saya juga beritahu bahawa kawan baik kepada AAB memberitahu bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan sehinggalah bulan Ogos 2008 tapi kawan kepada kawan saya kata tak sampai 72 jam harga minyak dinaikkan.

6. Kawan kepada kawan saya juga memberaitahu bahawa AAB selalu minta rakyat berjimat cermat tapi dia sendiri tak buat begitu. Kawan kepada kawan saya memberitahu bahawa AAB ambil masa yang agak lama untuk masuk SP selepas Dr.M keluar kerana nak 'refurbish' dengan harga lebih RM20juta. Kawan kepada kawan saya kata tak boleh sebut 'renovation' sebab SP dah kira serba sempurna masa Dr.M keluar dulu. Kawan kepada kawan saya kata wang sebanyak tu boleh bina 5 buah sekolah di luar bandar.

7. Kawan kepada kawan saya memberitahu bahawa AAB perkenalkan Islam Hadhari sebab tak mau sentiasa di 'overshadow' oleh Wawasan 2020 Dr.M dia pun nak tinggalkan legacy juga bila bersara nanti. Kawan kepada kawan saya kata AAB guna pendekatan Islam supaya orang PAS tak marah kerana bunyi lebih kurang dengan ideologi parti islam semalaysia juga. Orang bukan islam pun kononnya tak akan berani persoalkan sebab isu agama isu sensitif.

8. Kawan kepada kawan saya juga beritahu bahawa AAB mengadakan pesta di Seri Perdana sempena sambutan merdeka lepas dengan menjemput artis2 antarabangsa dan arak dituang macam air mineral saja.

Saya tak tahulah apa yang diberitahu oleh kawan kepada kawan saya ini betul atau tidak tetapi dia ini kira orang UMNO yang rebus tak empuk jugalah suatu ketika dulu. Saya mohon maaflah kepada AAB jika apa yang diberitahu oleh kawan kepada kawan saya itu semuanya tidak betul kecuali tipu palsu saja.

Fikir Tajam said...

Salm hormat Datuk Ron,

Abdullah akan korbankan DS Najib pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini.

Sekali lagi sandiwara Abdullah dihiasi indah oleh media yg dikuasai Kali. Budak sekolah menengah sekalipun tidak akan mempercayai cakap kosong Abdullah yg beliau kononnya sudah memeterai persefahaman dengan DS Najib dalam hal berkaitan peralihan kuasa.

Baru sebentar tadi Berita Perdana di TV3 melaporkan yg Abdullah akan tetap mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Logik apa ini mahu diberikan nama? Simplification, Modus Ponens, Modus Tollens atau Disjunctive Syllogism? Para pengulas politik di luar sana seharusnya membuat sedikit homework.

Barangkali ada baiknya jika kita telusuri rentetan peristiwa dan bicara minda para bloggers seperti Datuk Kadir Jasin, Datuk Ron, Sdri Nihaz Mohd Yusof, BigDog, MyKMU dan Matthias Chang sendiri.

Sememangnya diakui Rakyat terbanyak yg Abdullah, Anwar, KJ dan lingkungan mereka seperti Kamaluddin, Patrick Lim telah merancang jalinan kerjasama demi survival Abdullah sendiri dan bagi jaminan kukuh kedudukan KJ di pentas politik setelah pengunduran Abdullah. Sila belek, tilik, renung, analisis segala petikan para bloggers di bawah:

1.Kadir Jasin: PM ‘Flip-Flop’ Abdullah alat Pembangkang dan Liberal untuk membelakangkan hak Melayu - di suatu pertemuan yg dianjurkan oleh Forum MyKMUJohor.com.

2. Ron: Kepimpinan bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan agen Yahudi - Forum UMNO Pasca PU12
Suara Hati rakyat 17/5/2008

3. Pak Lah and Anwar are motivated by greed and ambition. They do not have the interests of the country.
They are masters of spin. Do not be conned again by Pak lah – don’t fall again for the bullshit – “work with me and not for me”. His family plundered billions!
Now he wants more billions for his retirement.
This is the endgame.- Matthias Chang, 18th April 2008 Kuala Lumpur

4. Why Pak Lah Needs Anwar & Vice Versa:
“The enemy of my enemy is my friend.”
The common political enemy of Pak Lah and Anwar is Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pak Lah is suspicious of Najib and Muhyiddin and potential challengers! - Matthias Chang dalam artikel beliau: SHOT GUN MARRIAGE BETWEEN PAK LAH AND ANWAR IBRAHIM. Sila layari http://bigdogdotcom.wordpress.com

5.
i) ezam: Hero atau...oleh Pakwe; ii) Anwar, Ezam dan KJ oleh Naga sakti;
iii) Bolehkah dinafi pertalian KJ dan Ezam? oleh lookhear;
iv) Abdullah - Anwar saling membantu oleh Nihaz Mohd Yusof;

yg kesemuanya boleh dilayari di www.mykmu.net

Tujuan saya catatkan kesemua petikan dan rujukan di sini bg memaparkan senario yg sebenarnya di sebalik gembar-gembur peralihan kuasa yg dihebohkan satu Malaya.

Ramai rakan-rakan blogger yg begitu patriotik, sayangkan agama, bangsa dan tanahair. Mereka berhempas pulas bekerja keras memerah minda dan menelaah nuansa politik dan sahsiah semasa bukan sekadar buat komentar hampas malah jauh lebih daripada itu sebagai wadah sajian minda dan perkongsian bicara hati berkongsi rasa demi kedaulatan bumi yg dipijak langit yg dijunjung.

Lihatlah bagamana Sdr Matthias Chang mengulas perihal Pulau Batu Puteh yg diakhiri dengan tempelak;
"This is Zionis fascist logic!" berhubung taktik dan muslihat yg digunapakai oleh Singapura.

Begitu juga sorotilah blog www.kickdefella.wordpress.com
yg sangat mengujakan itu. Fikiran bernas beliau dan kupasan serta analisis yg sangat menarik, berjatidiri malah pemikiran yg melangkau jauh ke hadapan.

Datuk Ron, Datuk Kadir jasin semenjak sekian lama,, seawal 2006 lagi telah berhempas pulas menegur, mengkritik secara sopan terhadap kebobrokan kepimpinan Abdullah tetapi terus diPERLEKEHKAN malah digelarkan dengan pelbagai panggilan yg buruk.

Sdri Nihaz Mohd Yusof yg begitu tersangatlah sayangkan UMNO dan bangsa dan tanahairnya telah mengupas seawalnya lagi perihal kebejatan/kedangkalan Abdullah ini. Sila soroti tulisan hebat beliau - 'Abdullah Badawi adalah Balasan kepada Malaysia.'

Malahan TunkuAishah, Rockybru, Bakri Musa dll (maaf sekadar menyebut bebarapa nama) telah dengan penuh akauntabiliti terhadap kelangsungan bangsa dan martabat negara di persada dunia terus menegur Abdullah secara berhemah tetapi terus dipandang sepi dan diremehkan sama sekali.

Percayalah jika benar Abdullah ini sayangkan bangsanya, agamanya dan tanahairnya maka semenjak beliau mula dikritik secara terbuka oleh para bloggers dan YAB Tun Dr Mahathir sendiri sudah pasti beliau akan muhasabah diri, merenung kesilapan dan kealpaan. Malah jika disoroti buku-buku nukilan Datuk Ron seperti The Toyol Code sudah pasti kita temui keserasian jalan cerita hari semalam, hari ini ternyata ada persamaannnya! Memang benar sebuah kuasa asing yg bercita-cita besar dan terdesak begitu obses untuk menguasai wilayah yg lebih besar telah MENGUASAI Abdullah terlebih dahulu. Seterusnya GLC dikuasai dengan penampilan TEMASEK. Wujudnya huru-hara di KL bermula daripada HINDRAF, BERSIH, Majlis Peguam berjalankaki ke Putra Jaya hanyalah menuruti skrip yg telah diolah oleh tangan-tangan ghaib seberang Tambak. Budak-budak Tingkat 4 hanyalah khadam saja.

Hari ini siapa yg memerintah Malaysia menjadi keraguan semua. Abdullah hanyalah lembu yg dicucuk hidung oleh Zionist Amerika dibantu oleh Singapura dan DAP serta PKR di Malaysia. Justeru janganlah hairan pabila KJ mengusulkan agar PETRONAS membentangkan secara telus kewangannya begitu disokong hangat sekali oleh Lim Kit Siang.

KJ, Kamaluddin, Patrick Lim, Kalimullah, Anuar Zaini dan konco-konco lainnya adalah perompak di siang hari yg merampok sewenangnya hasil mahsul negara dengan restu Kepala Bapak Hadhari yg bernama Andullah Badawi itu.

Justeru isu peralihan kuasa sebenarnya adalah PERALIHAN TUMPUAN RAKYAT daripada terlalu marahkan kerajaan lantaran kenaikan harga beras, bahanapi, gas memasak, barangan keperluan asas dan kos sara diri/keluarga yg semakin MENEKAN!

JANGAN MIMPILAH DS Najib yg Abdullah akan dengan mudah menyerahkan tampuk kuasa sebagaimana yg dilakukan oleh TAB Tun Dr mahathir dulu. Hanya yg berJIWA BESAR, berHATI MULIA, dan berjuang atas dasar membangunkan bangsa secara IKHLAS yg upaya melakukan proses peralihan kuasa penuh adab, lagi bertamadun itu.

Percayakah anda yg manusia (?) bernama Abdullah Ahmad (Badawi saja dibubuhnya) ini yg mana hatinya BUSUK SEKALI, penDENDAM, pemutarbelitkata, dan MUNAFIK ini akan melakukan proses penyerahan/peralihan kuasa secara smooth dan berhemah dalam jangka masa terdekat mahupun sederhana ini? Jawapannya: TIDAK.

Abdullah tidak akan melakukan harakiri. Beliau terlalu mementingkan GAYA HIDUP leisure beliau yg pada sangkaannya dengan menjawat jawatan PM itu maka dia selayaknya mendapat itu ini: lihat saja jet eksekutif terbaru sebaik saja memegang tampuk kuasa. Begitu juga tergamak beliau mengubahsuai Seri Perdana mencecah puluhan juta ringgit sedangkan pada masa yg sama rumah PPRT berapa sen saja? Sekangkang cuma!

DS najib perlu bersikap realistik. Berpijaklah di bumi yg nyata. Jangan asyik berhairan diri dengan pegangan 'kesetiaan membuta tuli membabi buta' itu. OKU kah anda? Hinggakan hilang tara tak upaya menyahut harapan Rakyat terbanyak?

Percayalah pada fihrasat saya semeangnya bterdapat konspirasi licik bersama Anwar dan KJ untuk mengambilalih kepimpinan. Ada tawar menawar di sini. Abdullah tak akan berundur selagi kedudukan KJ tidak terjamin. Malah kedudukan beliau sendiri selepas kehilangan kuasa akan menjadi tanda tanya. Lihat saja bagaimana YAB Tun Dr Mahathir yg sangat berjasa itu sendiri diperlakukan sedemikian rupa. Inikan pula si KAKI TIDUR dan si KERAP CAKAP BERULANG ini! Yg bersekongkol dengan Zionist dan pemuja Israel, yakni Singapura ini!

Abdullah tahu yg beliau akan diseret ke mahkamah kerana pelbagai kesalahan yg antaranya:
1. penglibatan beliau dalam skandal OIL for Food di Iraq,
2. penahanan BSA Tahir di bawah ISA hingga sekarang
3. penglibatan Kali, KJ, Patrick Lim dalam merencanakan agenda Singapura.
4. Penglibatan Singapura secara total dalam pembangunan WPI. Abdullah bertindak selaku khadam Singapura dan Zionist demi periuk nasi anaknya Kamaluddin yg mana perniagaannya tertumpu di Singapura dan Australia.

Jelas sekali Abdullah tersangat perlukan kehadiran Anwar semula ke dalam UMNO. Ianya telah pun dimulai dengan usaha kemasukan semula Ezam Mohd Nor diikuti rakan sekutu beliau. DS Najib akan dikorbankan demi kelangsungan hayat politik KJ.

Memang jahat sungguh kau Dolah!

jamaludin said...

salam dato

Saya rasa Pak Lah akan cling to the power using whatever means seperti money politic etc.

Dia mungkin menang dengan cara itu tapi kumpulan dalam UMNO yang diterajui oleh Pak Lah itu hanyalah menang di dalam parti yang lemah dan UMNO akan hancur di next general election kerana mereka tidak mempunyai kemampuan untuk merasuah seluruh rakyat malaysia......mereka mungkin percaya ianya boleh dilakukan seperti dikebanyakan negara2 dunia ketiga......tetapi Malaysia tidak semudah itu kerana rakyatnya berbilang bangsa, ekonominya dikuasai oleh bangsa cina dan kaum itulah yang menjadi catalyst sebenar hingga ekonomi malaysia naik semenjak merdeka hingga ketahap ini. Realitinya kekayaan kaum melayu elit dan opportunist itu majoritinya adalah di atas kerja atas angin kerja keras bangsa lain seperti kaum cina....

Pada pendapat saya, UMNO sejati telah diterima oleh majoriti rakyat malaysia sejak berzaman tetapi dengan tindak tanduk seseorang yang tidak cerdik tapi mempunyai kekuasaan kerana nasib, ianya akan hilang ditelan zaman begitu sahaja.

kluangman said...

Semuanya sudah terlewat, dolah akan bertanding Presiden disember ini, bererti Najib menangis tidak berlagu.

TDM - Tiada siapapun dapat tandingi Dolah untuk kekal sebagai Presiden.

TDM - Banyak orang sudah melihat UMNO sudah tidak relevan.

Dato' - bersayonaralah

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam Dato,

BN/UMNO memang akan jatuh. Hanya menuggu masa saja....hanya menunggu masa.

Baik Pak Lah atau Najib, dua-dua tak boleh pakai. Semua rakyat tahu korupsi yang ada pada dua pemimpin itu.

Jika Najib jadi PM sekalipun, yang akan memberi arahan kepada Najib adalah ROSMAH....

Semua orang tahu perangai Rosmah macam mana....1st impression lihat dia pun kita rasa tak selesa.

Amat berbeza sekali dengan perwatakan Tun Dr. Siti Hasmah dan Datin Seri Wan Azizah...mereka ada sifat ke ibuan...tetapi Rosmah tidak ada...

RAFIDI said...

Salam,
UMNO kuat jika ahlinya bersetuju dengan kenyataan Pak Lah. Jika sebaliknya, banyak cawangan bermasalah utk mengadakan mesyuarat kerana tak cukup korum. Ramai yang tak berminat lagi terhadap aktiviti parti. Kebarangkalian untuk berulangnya peristiwa kumpulan 11 dulu berlaku lagi adalah besar. Jika ini berlaku, bagaimana nasib UMNO? Siapakah lagi yang mampu untuk menyelamatkannya?

Apa yang Najib akan dapat? Apa peranan Muhyiddin dan Ku Li?

man_helang said...

salam Datuk..

tindakan apa yg mereka harus ambil?? adakah menentang secara terang2ngan?? sy tdk rasa org umno berani...mereka sememangnya pengecut..terutamanya pemimpin sekarang ini, mereka hanya berani terhadap rakyat yg lemah sahaja...

Juraimi Zainal said...

Madah sikit Ds,

Oh melayu
Aku x tau korang semua kayu
Suka sgt dengan tok nenek dahulu
Buat apa saja ikut melulu
Tuhan suruh guna otak dahulu
Bukan tengok keris terus rasa syahdu
Tuhan suruh guna otak dahulu
Pemimpin bodoh jangan ambik buat penghulu
Yang merana kita dan anak cucu
Sekarang yang tinggal hanyalah BULU…

UMNO SEJATI said...

siapa cakap umno dan bn akan jatuh.sebenarnya banyak undi kesian kat pkr,lepas ni takda lah peluang nak pegang malaysia.umno tetap relevan dan kekal buat selama-lamanya.jangan mimpilah.