Monday, June 16, 2008


ABDULLAH MASIH LAYAK MEMIMPIN UMNO?

Posting ini saya tujukan khas kepada seluruh warga UMNO - di peringkat Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan - termasuk ahli-ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Masanya sudah tiba untuk kita semua membuat satu keputusan penting dan segera - adakah Abdullah masih layak diberi peluang untuk terus memimpin kita semua di hari muka?

Kalau masih layak, calonkanlah semula Abdullah ke jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti akhir tahun ini. Kalau tidak layak, bertindaklah dengan tegas, berhemah dan segera untuk memberitahu Abdullah bahawa masanya sudah tiba untuk beliau mengundurkan diri daripada kepimpinan UMNO dengan serta-merta.

Saya mengajak anda semua memikirkan persoalan di atas secara serius kerana hari ini Bernama telah memetik Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

PUTRAJAYA, 15 Jun 2008 (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini.

Beliau berkata tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.

Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang," kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini.

Kenyataan di atas amat luas tafsiran dan implikasinya kepada survival UMNO, masa depan orang Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenyataan-kenyataan bahawa Abdullah akan menyerahkan tampuk kepimpinan UMNO dan kerajaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kenyataan politik yang tidak lagi membawa sebarang erti.

Dua: Kenyataan-kenyataan mengenai peralihan kuasa ini seolah-olahnya disuarakan oleh Abdullah sekadar untuk meredakan tekanan ke atas beliau supaya berundur dengan segera.

Tiga: Peralihan kuasa yang kini dipolitikkan oleh Abdullah pastinya tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Empat: Daripada maklumat yang saya perolehi dua hari lalu, Abdullah mungkin tidak akan menyerahkan tampuk kekuasaan UMNO dan negara kepada Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, kepada satu individu yang kononnya telah direstui oleh sebuah kuasa asing tertentu.

Untuk mengukuhkan hujah keempat seperti di atas, bacalah semula tiga komen yang telah saya poskan dalam blog ini dengan jodol ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG? seperti berikut:

A: Abdullah mungkin nak serah jawatannya kepada “PM in waiting” and that is not Najib. Najib/Muhyiddin will have to act fast, or that “PM in waiting” is no longer waiting comes September 2008. - MMcrossings.

B: Abdullah tidak akan menyerahkan kepimpinan kepada Najib atau pun Muhyiddin, sumber terkini memberitahu saya sebentar tadi. Kredibiliti sumber ini diakui oleh peringkat antarabangsa. Najib dan Muhyiddin perlu bangkit segera sekira ingin teruskan perjuangan agenda Melayu. Mohon maaf kerana saya terpaksa dedahkan pekara ini kepada umum demi maruah perjuangan bangsa dan negara. – Pemerhati.

C: Bulan lalu Abdullah kata nak serah kuasa negara dan UMNO kepada Najib. Hari ni dah ada desas-desus Abdullah nak lantik Syed Hamid Albar jadi penggantinya. – Politica

Lima: Kemungkinan wang ringgit yang berjumlah ribuan juta akan ditabur untuk menjamin kemenangan Abdullah dalam pemilihan parti hujung tahun ini adalah amat besar.

Enam: Kesan akhir kepada segala-galanya jika Abdullah masih memimpin UMNO ialalah parti ini akan jadi semakin lemah dan mungkin hancur lebur.

Demikianlah antara tafsiran dan implikasi kepada kenyataan Abdullah di atas. Oleh itu jawablah pertanyaan di awal posting ini dengan seikhlas-ikhlas dan sejujur-jujurnya.

Oleh itu juga, Najib, Muhyiddin dan seluruhnya, segeralah bertindak sewajarnya untuk menyelamat dan memperkasakan semula UMNO.

Kalau semua pihak lambat bertindak, kemungkinan besar cita-cita pembangkang untuk melaksanakan “revolusi katak lompat” di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, seperti telah saya huraikan dalam posting semalam, akan berjaya. – Ruhanie Ahmad

19 comments:

berasiam said...

Salam Datuk Ron

Setiap cawangan UMNO yang bermesyuarat pada tahun ini hendaklah mengemukakan usul yang mengandungi senarai pimpinan tertinggi yang dicadangkan oleh cawangan, sekurang-kurangnya bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden. Usul ini hendaklah dijadikan salah satu pertimbangan utama bagi bahagian untuk menentukan nama-nama yang mahu dicalonkan ke jawatan-jawatan berkenaan. Cara ini merupakan satu-satunya kaedah bagi memastikan bahawa suara akar umbi dalam menentukan kepimpinan tertinggi parti disalurkan dan diambil kira oleh bahagian. Amalan sedia ada yang memberikan kuasa kepada mesyuarat agung bahagian semata-mata untuk membuat keputusan menentukan calon-calon pimpinan tertinggi tidaklah menggambarkan suara akar umbi yang sebenarnya.

Oleh itu satu gerakan yang teratur perlulah dijalankan bagi menyediakan format usul yang dimaksudkan supaya majoriti cawangan yang mengadakan mesyuarat benar-benar memahami isu ini dan bertindak sebagaimana yang diharapkan.

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Diawal-awal saya datang ke blog Datuk dan Blog Datuk KJ, saya pernah menyatakan...?

2. Iaitu kemungkinan apa yang sedang berlaku didepan mata kita semua ia mungkin satu 'konspirasi atau drama' yang mana skripnya telah ditulis terlebih dahulu.

3. Kita tidak tahu apa yang mereka tulis. Cuma kita hanya nampak apa yang mereka lakonkan sahaja.

http://sukj.blogspot.com

MMcrossings said...

Datuk,

Thank you for sharing my views. Pak Lah is dancing in a very strange manner. I have this strong belief that this whole agenda and series of events seems to lead to one thing, beginning with
1. releasing Anwar
2. generate disgust to BN (his administration) & hence a poor 12th GE result.
3. admission of Ezam
4. drastic increase of oil prices to fuel public anger to BN/UMNO and providing opportunity for Anwar.

Anwar on the other hand, don't seem to be doing a lot of work, considering he is going to take the post of PM - now that is strange. Not so strange when Pak Lah is already digging his own grave. And digging grave for Pak Lah could really going to mean his lifetime political graveyard.

If Anwar takes over, he is not going to say thank you or give credit to Pak Lah. There will be a scapegoat. Pak Lah skeleton closet will be revealed and he will probably be charged under Anwar. Anwar will take all the credits for restoring democratic Malaysia.

Its politics. Anwar will not let Pak Lah get away just like that. He needs to shut him out for whatever presupposed dealings / pact . Anwar will not want to be seen as if the PM post is "given" to him. That's not very cool for him in front of his supporters.

The other key factor is KJ. This, hopefully will also kill KJ politically, coz Anwar would not want to keep his post for just a couple of terms. He is probably looking something like more than 22 years. KJ will be eyeing for the post too, so its better for Anwar to put him away too for quite sometime. There's plenty of charges to choose.

Of course, this is hypothetical, if only Anwar takes control.

So we really have to urge our Pembesar2 UMNO especially to really make a brave and fast move on this one. Pak Lah need to be removed and public confidence restored.

Sesal dulu pendapatan, Sesal kemudian tiada guna

wasalam

ahmad said...

Datuk,

Lambat tido? Saya suka melihat ianya daripada sudut positif. Abdullah atau Najib , waima Ku Li atau Anwar sekalipun kalau menjadi PM haruslah beri lebih perhatian kepada rakyat. Saya tak mahu mereka memberikan khazanah kekayaan negara kepada para kroni2 mereka.

WPI @ apa nama sekalipun, tidak harus menjadi Singapura kedua. Saya minta Datuk tekankan dan beri kefahaman perkara ini kepada rakyat jelata dalam blog Datuk.

Selamat maju jaya untuk Datuk ; dan teruskan menulis.

Syauqie

asalbayu said...

Sebuah kisah yang entah dari mana sumbernya saya telah lupa begini:

Dalam sebuah peperangan panglimanya masih menepuk dada sambil berkata pasukannya masih teguh sekalipun ramai perwiranya yang handal telah kecundang. Makala kebanyakan kubunya telah ditawan musuh.

Ramai pengikutnya sudah letih dan hampir menyerah kalah sahaja kepada musuh yang kian mara. Tiba-tiba satu ketumbukan pasukan yang sebelumnya adalah musuh yang bersama musuh memeranginya sedikit masa lalu tiba-tiba menjadi lunak dan menyatakan kesediaannya untuk membantu. Tanpa mendapatkan pandangan kalangan yang agak veteran dalam pasukannya dia dengan senang hati menerima tawaran yang dihulurkan itu.

Tindakannya itu sangat mengecewakan sebilangan besar kalangan anggota pasukannya. Mereka lantas mengundur diri dari medan peperangan.

Panglima tersebut ternyata kehilangan ramai penyokongnya yang menyebabkan dirinya merasa asing bila bekas musuhnya itu berjaya mengambilalih kuasa tanpa sebarang peperangan atau pertumpahan darah.

Sebagai mengenang jasanya panglima itu telah dianugerahkan suatu tempat tinggal yang mewah dan selesa. Namun begitu dia merasa sepi kerana sejak tinggal di situ tiada seorang pun kawan-kawan lamanya datang menjengah untuk sekadar berbual. Situasi sebegini menjadikan dia sengsara dan tidak merasa bahagia.

Pada ketika ini dia banyak bermenung dan membuat tafsiran sendiri bahawa kebahagiaan tidak semestinya seseorang itu memiliki harta yang melimpah ruah.

Salam Dato.

* ainul AB * said...

Assalamualaikum Datuk Ron,

Benarkah peralihan kuasa hanya satu propaganda? Tatkala rakyat Malaysia sedang berduka lara berikutan kenaikan harga minyak yg bukan sedikit, sekumpulan pemimpin negara kita pula sedang berlumba-lumba untuk menawan hati Pak Lah supaya kedudukan mereka kekal di tampuk pemerintahan. Apakah sandiwara yang dimainkan?

Hati kata lain, mulut kata lain.

Peralihan kuasa adalah isu kemuncak. Gesaan rakyat supaya Pak Lah berundur hanya sia-sia. Serangan maya bertimpa-timpa namun Pak Lah bagai sengaja memekakkan telinga, kebalkan jiwa. Rakyat yang sengsara.

Bagai satu sandiwara, Pak Lah menyatakan kesediaannya untuk mengundurkan diri tetapi ditegaskan ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat kerana beliau perlu mentadbir negara untuk tempoh beberapa tahun lagi. Persoalannya, berapa tahun? Ternyata, 'statement' tersebut hanya satu 'ubat' untuk rakyat yang terlalu kepingin melihat beliau letak jawatan. Jadi, kepingin rakyat itu 'dilayan' dengan 'statement' untuk menyejukkan hati sedangkan pada hakikatnya beliau masih sayangkan pangkat yang disandang.

Sungguh gila kuasa, gila pangkat, gila harta, gila kekayaan dan gilakan penyelewengan.

Semoga Allah melindungi kita semua. Aaminn... Wassalam.

Fikir Tajam said...

Salam hormat Datuk Ron,

Abdullah sememangnya TIDAK LAYAK sama sekali menduduki kerusi Presiden Parti. UMNO kekal relevan cuma Abdullah, ahli-ahli MT, Menteri Kabinet UMNO, termasuklah Ali Rustam, Adnan Yaakob, Ghani Osman, Mohamad Hasan dan tak lupa juga Zaid Ibrahim, Nazri Aziz, Mohd Ruddin Ghani (Ketua Cawangan UMNO Seri Tambak yg lembik itu), Ketua-ketua Bahagian dan Cawangan UMNO sekarang yg LEMBIK, sebok menjaga TEMBOLOK (seperti Ismail Ibrahim di Durian Tunggal itu), dan lain-lain GURKHA UMNO yg jelas TIDAK LAGI RELEVAN setelah mereka sama-sama bertanggungjawab MELUMPUHKAN UMNO dan menghakis kepercayaan masyarakat Melayu terhadap asas perjuangannya!

Kesemua mereka ini telah MERUNTUHKAN ORGANISASI UMNO yg kukuh lagi mantap, diyakini, disegani kawan dan lawan warisan daripada Allahyarham Dato Onn Jaafar, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun hussein Onn dan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. JIka Tun berhempas pulas mengangkat martabat bangsa dan menjulang negara tetapi Abdullah sebok menjaga periuk nasi anak menantu hinggakan tak habis-habis merompak di siang hari termasuklah dana yg diperuntukkan kepada POS Malaysia untuk rebat tak berapa sen itu.

Abdullah ini tidak layak sama sekali memimpin walau sebuah negara kerdil seperti Timor Timur sekalipun. Malah jika diberi percuma )(Tak dibayar gaji sesen) untuk memimpin Rakyat Afrika sekalipun mereka TAK HINGIN!

Abdullah hanya layak jadi kerani pejabat pertanian di Kepala Batas. Itupun barangkali wang subsidi baja akan disebatnya!

Hairan sekali ahli-ahli UMNO yg boleh merelakan diri mereka diinjak-injak oleh Abdullah ini dengan permainan kata dan janji palsu. Cakap berdegar tapi kosong. Lempung!

Pekik saja yg kuat tapi karat! Pernah dulu seorang bekas Profesor di UM sendiri pernah terpedaya dengan pendekatan memerangi rasuah HANGAT-HANGAT TAHI AYAM saja itu. Sekadar mengambil tindakan terhadap Mohd Isa Samad dan Kasitah Gadam terus SENYAP! Mananya PIN? Mananya jawatankuasa demi jawatankuasa yg dibentuk? Mananya Suruhanjaya DiRaja satu demi satu yg ditubuhkan khas buat memenuhi nafsu serakah Lim Kit Siang dan DAP?

Bagaimana pula dengan rasuah yg Abdullah lakukan:

1. Menahan BSA Tahir dengan menggunakan ISA hingga kini tiada khabar berita demi menutup kesalahan besar Kamaluddin yg terlibat secara langsung dengan pembekalan centrifuge peralatan komponen senjata nuklear di Libya.

2. Nama Abdullah terpampang sebagai antara orang yg berkepentingan dalam skandal OIL FOR FOOD di Iraq.

3. Membatalkan 'scenic bridge' secara tergesa-gesa malah berputarkata. Berapa Singapura bayar untuk keputusan yg memihak mereka itu?

4. Merasuah ketua-ketua cawangan dalam pemilihan perwakilan di Kubang Pasu.

5. Merasuah semua ketua bahagian UMNO di seluruh negara sebanyak RM600 juta buat menutup keresahan kontraktor kelas F.

6. Merasuah kakitangan kerajaan dengan kenaikan gaji yg gila-gila dan tertinggi dalam sejarah demi untuk dilihat popular sedangkan langsung tidak mengambil kira aspek mikroekonominya. Tindakan melulu ini hanya disambut gembira oleh kakitangan kerajaan sekelip mata cuma lantas mengundang parah KENAIKAN HARGA BARANGAN ASAS KEPERLUAN HARIAN yg akhirnya turut ditanggung oleh pekerja sektor swasta, pekerja kilang, buruh binaan, pengangkut/pengutip sampah, pemotong rumput, nelayan, penoreh getah, peladang dan seluruh marhaen di luar sana!

7. Merasuah kakitangan kerajaan dengan dilanjutkan tempoh khidmat hingga ke 58 tahun walaupun majoritinya duduk sembang di kafe/kantin baca akhbar hisap rokok tanpa kawalan. 8 pagi tiba terus minum. Jam 10 pagi turun minum lagi. Jam 1 pm makan tengahari pula. Jam 3 turun minum petang. Minuman manis teh tarik tinggi kandungan gula natijahnya di usia menjelang 55 tahun mula dihinggapi diabetes, darah tinggi dan sebagainya. Tambahan rasuah lagi diberi pula pencen maksimum mengikut tempoh bekerja. Kesemua ini melibatkan peningkatan kos! Sedangkan produktiviti menurun! Kasihan graduan menganggur di luar sana.

8. Merasuah para pengguna kenderaan termasuklah mereka yg guna kereta melebihi 2000 cc! Mereka ini diberi rebet pengurangan cukai sebanyak RM200 bila memperbaharui cukai jalan. Soalan saya apa nilai RM200 bagi mereka yg menaiki Mercedes E/S Class, BMW 5 series, 7 series. Kegilaan apa hendak diberikan nama? Sedangkan pengguna motorsikal hanya diberi RM150. Woi bangsat! Kalau bengap matematik balik tidur saja!

9. Sekarang ini pun ratusan juta ringgit dipercayai sedang beredar tangan ke tangan bagi memastikan kuota pencalonan yg cukup buat Abdullah dan bagi menjamin survival politik beliau menjelang pemilihan parti Disember ini. Tak percaya pergilah ke mana-mana bahagian UMNO sekarang. Terdapat di sana-sini orang kaya baru ke sana ke mari berkereta mewah serba baru biarpun tatkala harga minyak melambung tinggi.

10. PERASUAH AMAT SELESA BEKERJA, BERGAUL BERSAMA KAKI RASUAH PULA. Lihat saja bagaimana Si Perasuah bernama Zaid Ibrahim yg jelas nyata didapati menggunakan rasuah politik semasa pemilihan Ketua Bahagian dan ditapis saring daripada menjadi calon pilihanraya sewenang-wenangnya dianugerahkan jawatan bertaraf menteri pula! Bukan rasuahkah namanya? Begitu juga bapak rasuah Selangor yg bernama Muhamad anak Muhamad itu yg entah dari mana jutaan tunai diperolehnya diusung ke sana ke mari malah puteri Sultan pun dilarikannya yg kini dengan muka selamba menjawat jawatan Menteri yg sama sekali tidak layak buatnya! Kalau bukan rasuah maka Islam Hadhari kah namanya?

TOLAK ABDULLAH PERWAKILAN UMNO INSAN BERMARUAH.

MENJULANG TERUS ABDULLAH PERWAKILAN UMNO SETARAF SAMPAH yg di dalamnya ada tuala haid wanita, ada najis kucing, anjing, tulang babi, lemak babi yg masih tersisa, dan segala macam benda BUSUK lagi membusukkan.

Justeru tanyalah diri renunglah nurani duhai perwakilan UMNO. Apakah maruah anda terletak pada tapak kasut KJ dan kamaluddin? Atau anda sememangnya hendak sangat begitu kepingin agar Karpal Singh terus menghina Melayu, mengherdik Raja, memperbodohkan 'Tuan kepada tanahair yg bernama Tanah Melayu ini!' Atau barangkali para perwakilan sememangnya BANGSAT bisa dibeli RASUAH MENJADI SEBAHAGIAN DIRI yg mana akhirnya nanti kalian akan dihina dicaci di bumi sendiri oleh DAP!

mek chabang4 said...

masa nak naik dulu pun lambat, masa nak turun nii pun mesti lambat,bukan senang nak senang dan bukan senang nak susah.
bila dah kemuncak takut pula nak turun kebawah,sampai orang jatuhkan baru padan,atau sampai misi koridor yang diwahwahkan terlaksana,peegggiiii dah,atau tunggu pru13 baru nak turun masa tu dah terlambat ibarat kata masuk nasi dalam perut keluarnya tahi.

zeme said...

Salam Datuk,

UMNO akan terus hidup dan mendapat mandat bangsa Melayu sekiranya di pimpin oleh pemimpin yang benar² bersih dari luaran dan dalaman, bijak dalam ilmiah bukan sekadar mencari harta untuk riadah atau bermegah dan mengutamakan bangsa dari terus binasa.

UMNO dilihat kini GAGAL sepenuhnya di pimpin baik oleh gandingan Abdullah-Najib. Bukan kerana mereka tidak diberikan peluang untuk buktikan kewibawaan kepimpinan, namun mereka sendiri yang telah menodai dan gagal membuktikan integriti mereka. Maka tidak menjadi satu kerugian andai percaturan gandingan Tengku Razaleigh-Muhyiddin diketengahkan oleh ahli² UMNO mengantikan kepimpinan sedia ada.

Pengalaman Tengku Razaleigh sebagai mantan menteri kewangan, mantan pengerusi petronas, bank bumiputera, pernas, orang yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan UMNO PWTC dan pengalaman pentadbiran Muhyiddin selaku mantan MB Johor serta menteri yang memegang portfolio penting kabinet Malaysia merupakan suatu impak kekuatan gandingan ini. Merubah daripada keadaan tidak baik kepada lebih baik adalah sangat mulia dan dituntut.

Percaturan ini harus dilihat oleh ahli² UMNO sebagai bentuk pengorbanan kearah kejayaan bersama. Maka Tengku Razaleigh-Muhyiddin adalah gandingan paling ampuh buat masa kini menggantikan pimpinan lemah sedia ada dan moga² Allah mengurniakan sebesar RAHMAT bagi Malaysia.

Wasalam.

Nawawi Dahalan said...

Assalamu'alaikum Datuk,

Saya memang meminati tulisan, posting Dato', selalu mengikuti tetapi jarang memberi maklum balas. Sejak akhir-akhir ini, kegusaran Dato' terhadapt masa depan UMNO begitu jelas. Namun saya kurang pasti, bagaimana respon rakan-rakan Dato' terhadap pendedahan dan cadangan yang telah Dato' kemukakan.

Benarkah mereka masih sayangkan UMNO di mana bangsa Melayu sebagai terasnya?

Berapa peratuskah ahli UMNO yang punyai semangat juang warisan tokoh-tokoh UMNO terdahulu?

Saya cadangkan Dato' dan rakan-rakan perlu melihat dan mengkaji senario politik tanah air dan dunia amnya menerusi sumber yang paling berwibawa, iaitu Al Quran dan Hadis.

Bukankah sumber utama ini telah dijadikan kajian terperinci oleh Yahudi dan Nasrani dalam semua aspek. Hasilnya mereka lebih mengetahui apa yang akan berlaku secara khusus dan umum pada setiap masa. Tetapi umum ulama sudah tidak mengambil sumber utama ini sebagai rujukan dalam menyusun dan mengatur kehidupan umat Islam. Akhirnya, umat Islam seolah-olah sudah kehilangan panduan dan pedoman.

Dalam Al Quran, ayat yang menerangkan mengenai hukum hakam, tidak lebih 500 ayat. Sedang dalam Al Quran terdapat 6,666 ayat. Ayat Al Quran pula mempunyai 70 lapis tafsirannya. Percaya dan yakinlah, bahawa semua yang telah dan akan berlaku telah pun dicerita dan diisyaratkan oleh Al Quran kemudian dihuraikan oleh Hadis Nabi. Cuma kebanyakan ulama akhirzaman telah hilang ilmunya kerana mereka pun bergantung kepada musuh Islam. Untuk menghuraikan dan menafsirkan senario dunia masa kini perlukan bantuan ilmu ilham.

Saya mengajak Dato' dan rakan-rakan melihat dan meninjau melalui ilmu ilham yang Allah berikan kepada mereka yang bertaqwa. Dari sumber inilah, segala persoalan dapat diungkai bukan hanya sekadar persoalan hukum hakam tetapi seluruh persoalan kehidupan termasuk sistem politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

InsyaAllah, keyakinan bahwa masa ini adalah masa Islam akan kembali gemilang adalah jelas. Kegemilangan Islam tidak akan terjadi tanpa pimpinan seorang yang paling layak, itulah 'orang Tuhan'.

ampun maaf, sekian.

nawawidahalan.blogspot.com
mouncah.com

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datok,

Kepada penyokong UMNO, sebenarnya kamu semua telah dibodohkan oleh presiden kamu sendiri. Ahli-ahli UMNO sepatutnya merasa malu menjadi manusia yang hidup seperti lembu kena cucuk hidung, mengikut sahaja apa yang disuruh oleh presidennya. Presiden suruh lari, mereka lari. Presiden suruh terjun, mereka terjun walaupun ke lubuk najis.

Saya cadangkan kepada ahli UMNO sekiranya mereka mempunyai harga diri, maka mereka wajar membuat laporan polis kerana selalu sangat ditipu dan diperbodohkan oleh presiden mereka sendiri. Tubuh Dollah Badawi telah diselaputi dosa dan noda.

Malahan ahli-ahli UMNO mempunyai asas yang kuat memanggil Mesyuarat Agong Luarbiasa dan memberi undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi, itupun sekiranya ahli UMNO ada maruah dan harga diri. Ahli UMNO perlu pilih antara harga diri atau Dollah Badawi.

Saya yakin sebenci-benci anak Johor kepada UMNO, masih ada rindunya kiranya UMNO sanggup bertaubat.

Salam takzim,

CUCU TOK KEDU said...

Datuk Ron dihurmati ...

Pemimpin UMNO 99% tak akan melepaskan apa-apa pun jawatan dalam parti. Kerana jawatan itu memberi rezeki besar setara dengan jawatan mereka pada mereka. Cuma kasdang-kadang ada yang jujurnya maka bangsatlah dia macam ahli-ahli UMNO yang lain juga menunggu hujan rezeki Pemilihan UMNO dan Pilihanraya. Tambahan pulak Pak Lah yang memang sudah menikmati hidup dijemput, dihurmat, cakap diikut, batuknya ada erti dan penafsirnya, tempat bergantung anak menantu untuk kaya raya. Hai macam-macamlah datuk pun tentu arif tentang pemimpin-pemimpin UMNO. Gaji tak tinggi tapi elaun dengan .... itu yang amat diharapkan.

Pak Lah takut bila dia beri pada Najib. Dia kan jadi macam DR. Mahathir. Hilang dihurmati.

Lagi satu, apakah jawatan dalam Kerajaan dan parti milik seseorang yang boleh diagihkan pada siapa dia suka? Jawatan dalam parti hak ahli menentukan. Cuma Pak Lah jangan sekat dengan berbagai syarat untuk orang lawan dia. Kalah menang biasalah bila duduk dalam gelanggang. Yang menang mendapat laba. Yang kalah mendapat untung. Yang tukang canang dapat makan. Yang jadi ahli biasa, nganga sana nganga sini! Itulah nasib dalam UMNO - parti ulung Melayu (?)

Layari blog saya sesekali Datuk Ron

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Anak Jati Melayu said...

Salam Datuk Ron,

Topic saya may be berlainan degan topic semasa datuk. Walaubagaimana pun ia berkenaan dengan UMNO Johor. Tadi pagi ada kawan saya beritahu kumpulan umno bahagian pontian (benut) hendak mencalonkan beliau sebagai ketua pemuda bahagian. Sebagai membalas budi beliau mesti mencalonkan KJ. Beliau juga ada menyatakan kepada saya sudah ada peruntukkan khas wang (RM 1 juta) akan dibelanjakan hanya di bahagian terbabit. Kerja-kerja memburuk-burukkan Mukhriz and Khir Toyo juga telah dimulakan. Tetapi nama menteri belia dan sukan di naik2 kan dan dipuji2. Sedihnya mendengar UMNO Johor menuju kepada kehancuran disebabkan duit. Harap Datuk boleh buat sesuatu.

politica said...

Sebagai ahli UMNO saya malu ada presiden macam Abdullah. Dolak-daliknya bikin semua orang setengah gila. Saya rasa elok kita gunakan persidangan cawangan-cawangan untuk lulus usul desak dia berhenti serta-merta. Bayangkan kesannya kalau lebih 10,000 cawangan buat usul yang sama.

putera bentan said...

Dollah hari ini adalah dollah yang melalut. Orang macam ni mana boleh jadi presiden UMNO? Saya sependapat dengan politica, mesyuarat agung cawangan kali ini kita buat usul mintak dollah undur diri. Kalau tidak, kita semua akan meratapi UMNO yang mati.

nakhoda said...

Bersatu kita tegun, bercerai kita roboh. Kalau majoriti cawangan UMNO dalam Malaysia buat usul desak Abdullah letak jawatan, ini bermakna kita semua buat undi tak percaya kepada dia. Kalau dia ada maruah tentu dia letak jawatan.

Kita juga kena buat usul untuk bahagian masing-masing supaya jangan calonkan Abdullah untuk jawatan presiden. Kalau AJK bahagian tak mau dengar, kita gugurkan mereka menerusi undi kita sewaktu perwakilan bahagian. Kita tunjuk kuasa kita sebagai warga UMNO akar umbi yang sayangkan UMNO demo agama, bangsa, tanahair.

Kita mesti bertindak begini untuk selamatkan UMNO dan cucu-cicit kita. Kalau kita tidak bertindak, cucu-cicit kita akan kencingkan kubur kita kerana mengkhianati agama, bangsa dan tanahair.

azam said...

Apa lagi yang Dollah belum buat? Gadai negara? Sudah.. buktinya, Iskandar Malaysia. Gadai maruah? Sudah.. buktinya kenapa tak usaha keras untuk menangi Pulau Batu Putih. Ini semua bercanggah dengan aspirasi perjuangan UMNO. Pemimpin macam ni kita nak kasi peluang lagi? Ampun!!!!!

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datok,

Mungkin saya silap, tetapi hati kecil ini berkata-kata bila berita ini keluar :

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi Perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

... Mungkin ini tektik Abdullah untuk memudahkan Anwar dan memberi tekanan kepada Tun Mahathir.

cina said...

Sir, I am not an umno member. But I am aware, what affects umno may also affect our common destiny in this country. If I am allowed to vote, I will vote Abdullah out of umno as soon as possible. Good luck in your perjuangan sir.