Saturday, June 21, 2008


POLITIK SABAH BERGEGAR HARI INI?

Saya baru sahaja menerima satu maklumat penting yang mengatakan bahawa politik Sabah akan bergegar pada hari ini. Bagaimanapun, maklumat ini tidak diperincikan oleh pihak pengirimnya.

Biarpun begitu, dua hari lalu saya menerima maklumat bahawa segolongan komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah diura-urakan akan keluar daripada BN sebagai memenuhi aspirasi strategik siasah masing-masing.

Di samping SAPP yang telah menggemparkan kita semua beberapa hari lalu, PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan, pula dijangka keluar daripada BN.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh pengirim mesej di atas kepada saya? Mungkinkah PBS akan keluar BN?

Sama-samalah kita tunggu perkembangannya dengan tenang untuk memastikan sama ada maklumat awal pagi ini memang benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad

26 comments:

zukeri said...

Itulah Sabah, berbeza dengan Sarawak. Itulah Kelantan, berbeza dengan negeri2 lain di Semenanjung. Sebab itulah juga kedua-dua negeri ini tak sama dengan negeri2 yang lain.

Berita dari gunung said...

Dato Ron, diharap sihat...

Tidak ramai orang politik begitu noble sifat dan perjuangannya. Bila Abdullah kerap turun ke Sabah, kepada rakyat dimaklumkan janji-janji untuk membangun Sabah.

Sejak bila orang politik begitu tinggi perjuangan untuk buminya. Saya cuma menjangka ada lagi yang ditawarkan untuk orang sana. Yang tercatat orang sudah tahu, Yang tidak tercatat mana orang tahu.

Itulah harga mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Sangat mahal, sedang kualitinya adalah gred beras hancur. Bersyukur kerana masih boleh makan, namun semua diajak untuk berkorban demi orang Sabah.

Pegangan politik adalah komoditi yang boleh "trade-in" dan lelong. Bidder yang tertinggi akan berjaya. Shahrir sangat faham erti trade-in dalam politik, yang mana sekarang beliau cuba memahami senario trading petrol.

Sabah biar kekal begitu meningkat perlahan, sebarang kemajuan jangan bersifat quantum leap. Nanti rosak semuanya. Hutan pun sudah mau lenyap.

Pairin juga faham erti trade-in dan lelong. Kita tidak heran. Memang, mengekalkan Abdullah sebagai PM adalah mahal kosnya. Semua rakyat berkorban dan jadi peminta sedekah dipejabat pos.

Terimakasih.

HangLipat said...

Dato,

saya mendapat cerita-cerita yg mungkin benar..GERAKAN juga akan menuruti SUPP..

mungkin ada kebenarannya kerana yg nyata terlalu ramai calon2 mereka yg tewas dalam PRU lalu..dan yg PASTI ahli-ahli GERAKAN sudah hilang kepercayaan pada Dolah.

Garden said...

Lalalalalalalalalalala...

Dear Datuk,

Strap yourself tight to the seat. The rollercoaster ride is about to begin. Please scream at the top of your voice if you need to, this is gonna be one hell of a "joy ride".

Get ready, set...here we go!!! Weeeeeeeeeee!!!!

MMcrossings said...

Datuk,

Setuju dgn hanglipat.

Cuba kita fikirkan, bukan UMNO sahaja menghadapi krisis kerana pimpinan Pak Lah.

Gerakan, MIC, MCA semua menghadapi masalah kerana Pak Lah dengan keputusan PRU12.

Adakah mereka akan berdiam diri ?. Penyokong2 mereka sudah beralih arah.

Kedudukan pemimpin parti komponen semua sudah pasti tergugat. Mereka ini sememangnya akan memikirka masa depan mereka dan tidak akan membiarkan diri mereka hanyut bersama Pak Lah.

Mungkin mereka akan menyokong usul tidak percaya kepada Pak Lah.

Pembesar UMNO macamana pula. masih gentar lagi? masih nak mengikut nada rentak Pak Lah dan terus jatuh?

asalbayu said...

Khabar ini bukan sensasi.

slyderrose said...

Ahli komponen BN masih tak dapat nak adjust diri dalam menghadapi kekalahan. Orang tak pernah kalah dan khayal dengan kedudukan masing2. Sekali kalah..pitam terus. Ini mungkin peracangan Allah SWT. Ada hikmah disebaliknya. Percayalah kalau PR dapat memerintah Malaysia, dalam 6 bulan umno akan pupus.

Level42 said...

Dato Ron

Orang kata politik itu kotor...I am beginning to belief this statement thoroughly...

Kita patut kembali kepada Islam,,jika keadaan ini berterusan, bangsa kita akan hancur & anak/cucu kita akan merana...

Muhammad Azli Shukri said...

Datuk..kalau benar begitu harap-harap mereka buat undi tidak percaya kepada PM..

dr butiq said...

Salam dato, Hari ini saya berasa puas kerana dapat mengikuti program bersama Tun disebelah pagi dan program bersama Tengku Razali disebelah ptg.Disebalik kepuasan itu saya berasa takut dan cemas dengan keadaan politik dan negara sekarang.Bilakah pemimpin boleh muhasabah diri dan berasa insaf diatas amanah yang dipertanggongjawabkan kepada mereka.

Sebagai seorang doktor perubatan saya lihat Tun keletihan dan sedikit pucat.Tun tolong jaga kesihatan kami masih memerlukan Tun itu saja yang dapat saya luah kan kepada Tun semasa bersalaman .Saya sayang dan kasih kepada Tun

the Owl said...

Saya sokong kenyataan Dato' Ruhanie Ahmad! Teruskan perjuangan UMNO Asli seperti dulu! Sila lawati blog saya: www.gunungraya.blogspot.com

CUCU TOK KEDU said...

Dato' Ron yang kon hurmati ...

Kata arwah datuk kon (saya); bila sampai musim gugur, tunggu bakul jelah! Tapi ingat! Bila buah dah berlonggok dalam bakul jangan pula takbur dan lalai! Pencuri juga memerhati, tertinggal dikepasnya pulak!

CUCU TOK KEDU

http://rp-semantan.blogspot.com

UMNO SEJATI said...

JANGAN MIMPI NAK PEGANG MALAYSIA WAHAI PAKATAN RAKYAT.KITA AKAN TENGOK SIAPA LAWAN DAN SIAPA KAWAN JIKA ADA YANG MELOMPAT PARTI.AMAT DI KESALI APABILA PEMBELOT UMNO DATANG DARI AHLI SENDIRI AKHIRNYA PAKATAN RAKYAT YANG UNTUNG.

UMNO SEJATI said...

UMNO TIDAK AKAN PUPUS KERANA INILAH BENTENG PERTAHANAN TERAKHIR ORANG MELAYU.SAYA MEWAKILI ORANG YANG SAYANGKAN BN/UMNO TETAP SETIA WALAU BERIBU TOMAHAN YANG DATANG KESETIAAN KAMI AMAT TINGGI WALAUPUN PAK LAH TIDAK DI SUKAI SEBAHAGIAN RAKYAT MALAYSIA ,PASTINYA SUATU HARI PENYERAHAN KUASA TERHADAP PENGGANTINYA SEMEMANGNYA MENJADI AMALAN TRADISI UMNO.JANGAN FIKIR KAMI AKAN MENGALAH KERANA YANG CEKAL DAN KENTAL AKAN MEMPERTAHANKAN PARTI KERAMAT ORANG MELAYU IAITU UMNO.JIKA ANDA BENCI SAYA SEKALIPUN DAN DI MAKI ,INILAH PENDIRIAN TETAP SAYA.MUSUH-MUSUH NEGARA MEMANG MENUNGGU SAAT KEJATUHAN KERAJAAN BN TAPI MEREKA SILAP.SEKIAN.HIDUP UMNO!

CuCu said...

KEMBALIKAN HAK SABAH

Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Datuk Yong Teck Lee (YTL) telah mengisytiharkan untuk mengusulkan Undi Tidak Percaya Terhadap Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri yang DEGIL untuk meletak jawatan.
Seharusnya, pendirian yang ditunjukkan oleh SAPP ini khususnya kepada Datuk YTL perlu dijadiakn sebagai turning point dan pemangkin kepada ahli-ahli politik Sabah yang lain untuk mendesak kepimpinan pusat untuk memberikan keadilan yang saksama kepada Negeri Sabah.
Saban hari, bulan, dan tahun rakyat Sabah di sajikan dan diumpan dengan pelbagai janji, kononnya kerajaan pusat memberikan perhatian sepunuh-punuhnya kepada Sabah atas dasar pembangunan, tapi malangnya rakyat sabah seolah-olah menanti buah butir yang tak jatuh.
Kepada barisan kepimpinan PM yang DEGIL untuk meletak jawatan, sedarlah dan insaflah!! bahawa anda merasai tampuk pemerintahan sekarang sabagai PM, adalah dokongan padu dan sokongan kuat kebanyakkannya datang dari RAKYAT SABAH.
Namun dalam tempoh pemerintahan anda, Rakyat Sabah amat terlalu kecewa dengan corak kepimpinan dan pembawaan yang anda tonjolkan... Anda seolah-olah memperGUNAkan rakyat sabah menyokong anda supaya anda dan KONCO-KONCO merasai empuk kerusi tebal PUTRAJAYA tanpa mempedulikan rintihan rakyat MARHAEN orang Sabah.
Orang Sabah ada maruah dan harga diri yang perlu dihormati..... kembalikan hak rakyat sabah dan akan tetap menyokong kepimpinan yang benar-benar ikhlas membantu rakyat sabah.

www.cucumatsalleh.blogspot.com

apisfires said...

mampos la si flip flop pasni...
memang ada orang akan lawan si dollah tu...
tapi siapa nak ganti dia??
najib macam haram main play safe...
tak leh harap...

harap bukan kerana dolah negara kite sayangi ni berpecah lagi...
cukup kite hilang singapura..

UMNO SEJATI said...

PAK LAH PERDANA MENTERI YANG TIDAK MUDAH MARAH ATAU MELENTING KERANA ITU BUKAN CARA BELIAU.KERANA SIKAP KETERBUKAAN DAN RENDAH DIRI PATUTNYA RAKYAT BERSYUKUR MENDAPAT KEBEBASAN DI BAWAH PEMERINTAHAN PAK LAH YANG LEBIH TERBUKA JIKA DI BANDINGKAN KERAJAAN TERDAHULU.MALAH STESEN TV KERAJAAN TELAH MENJEMPUT AHLI -AHLI PANEL DARI PAKATAN RAKYAT DALAM FORUM TERBITAN RTM.KERANA SIKAP SEDERHANA PAK LAH, PAKATAN RAKYAT MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMBURUKKAN PAK LAH.PAK LAH ADA MARUAH DAN HARGA DIRI,JIKA BELIAU MELETAKKAN JAWATAN PASTI ADA YANG BERKATA PAK LAH PENAKUT TAPI HATI SEDIH PAK LAH SIAPA PUN TIDAK TAHU.KERANA SIFAT SEDERHANA, PAK LAH TIDAK KISAH JIKA RAKYAT MEMANGGILNYA PAK LAH.TAPI TIBA-TIBA ADA PENGHASUT DALAM SELIMUT YANG INGIN MENJADI JUARA RAKYAT KONONNYA.SAYA AMAT BERSIMPATI DENGAN NASIB PAK LAH YANG AMAT DI BENCI DAN DI MAKI.BEGINILAH NASIB PAK LAH HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU.PAK LAH AKAN UNDUR JUA TAPI DENGAN CARA TERHORMAT JIKA INI YANG DI MAHUKAN.SIAPA PUN PENGGANTINYA SAYA TETAP SOKONG KERANA UMNO TIDAK AKAN PUPUS.SEKIAN

ORIS said...

Dato

Saya dapati rata rata ahli UMNO ini adalah mereka mereka berfikiran Jahiliah dan ber nafsu kan harta dunia wi.

Kemungkinan kain kapan putih dapat di ganti dengan kepingan Carbon-fibre atau pun Titanium untuk di baluti ke tanah gersang, di hari pengebumian jenazah.

Mereka mereka ahli UMNO ini sedar ataupun tidak, bangga serta bongkak dengan kerakusan mereka muncuri harta harta rakyat yang di pertanggungjawabkan kepada mereka untuk memenuhi nafsu berahi yang se-coit lama nya.

Alhamdullillah. UMNO akan lupus di makan zaman Moden dimana pemikiran rakyat maju dari hanya menjadi jaga ke para korporat rasuah hingga lah ke tahap kini, iaitu maju dan mara sebagai rakyat brer integriti dan tanpa rasuah.

Ada satu papan tanda di Federal Highway menuju Pantai Baru, KL menulis "Winning Is About Thinking One Step Ahead Of Others".

Sudah sampai masa UMNO dan rakyat Melayu membuka mata dan sedar bahawa kain kapan putih tetap kain kapan yang akan di bawa ke tanah perkuburan, bukannya Tan Sri Dato Seri, Tun atau apa apa Darjat yang Syaitan reka reka kan.

Untuk renungan bersama.

banjarbp said...

berita yang dah lewat 2 hari dari bloggers yang lain.

mat_terab said...

Apa nak takut pemimpin BN kata BN masih kuat.....kalau tak esok, lusa kalau tak lusa minggu depan, kalau tak minggu depan bulan depan yang pasti sebelum bulan 9 akan ada perubahan sama-samalah kita lihat........

the Owl said...

Pak Lah UNDUR!

Pak Lah UNDUR!

Pak Lah UNDUR!

UNDUR SEGERA!!

UNDUR SEGERA!!

REFORMASI UMNO!

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato' Ron,

Marilah kita bilang parti-parti yang keluar dari BN SATU PERSATU; SAPP, Gerakan, PBS, bayangan HINDRAF, akan ada lagi dan lagi...andainya KERAJAAN BN LAYAN RAKYAT HALAI BALAI!!. Seronoklah MPs mereka tak payah soal jawab dengan BN lagi. 'Happy' dan bersemangat dengan kerajaan baru PR.

Perhatian, jangan dok bilang sahaja. Bertindak dan berfikirlah mengapa rakyat tak mahu dengar dah isu peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, sebaliknya Kerajaan BN kepada Kerajaan PR pulak. Yang pertama tak akan ada apa-apa perubahan, sebab dah berpengalaman. Yang kedua berdasarkan pimpinan yang REFORMIS - benar-benar mahu rakyat keluar dari KEMELUT KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN NEGARA yang tidak menentu, agar dapat mempastikan wawasan 2020 seperti yang telah dicanangkan tersebut masih mampu tercapai dengan baik dan saksama.

UMNO SEJATI, jangan rasa hati noh...,(jangan mare..nanti kena jual lah. P. Ramlee & Ahmad Nisfu) Perhatikanlah gelagat pimpinan UMNO semasa, jangan bernostalgia lagi dengan IDEALISMAnya yang telah dikuburkan. Banyak kali saya cadangkan dengan bloggers iaitu FOKUS KEPADA KEKUATAN MELAYU-ISLAM DI DALAM SATU ACUAN PERJUANGAN UNIVERSAL AGAR KAUM-KAUM LAIN DI MALAYSIA TIDAK CURIGA. MALAH MEREKA AKAN BOLEH TERIMA KONSEP "UMMATAN WAAHIDAH" - SINGLE NATION berteraskan KEADILAN ISLAM serta mematuhi kehendak Ilmu Pengetahuan seperti yang telah ditunjukkan oleh pimpinan Nabi Muhammad saw di Madinah Munawwarah. Maka KEADILAN ISLAM ITULAH YANG MENJADI TERAS - samada PR atau BN yang menggerakkan dasar ini, Malaysia akan kembali gemilang.

Sama-sama berfikir dan bertindak untuk kebangkitan KUASA BARU - SOME SORT OF CHANGE.

TQ, Dato' Ron


Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

utohkacil said...

SUPP?

Undi Tidak Percaya?

Siapakah wakil2 dari BN yg lain ada 'te..r' berani menyokong nye?
Wakil2 BN ini semuanye BETINA, Tak de 'te..r'.

Semua ahli2 wakil BN sayang kan 'kedudukan' mereka, senang cari duit, senang cepat kaya raya dan boleh buat apa saje.

Klu sokong, gol! punah 'rezeki' mahal mereka.

Cadangan itu akan jadi sia2 sahaja.

Hanya rakyat sahaja yg boleh buat 'Undi Tidak Percaya' pada PRU13 nanti.

abghalim said...

dato,

Apa salahnya kita berdamai,bersatu dan duduk semeja...umno,pas dan pkr.Hayatilah sabda Nabi SAW

Nabi Muhammad SAW pernah menyebut:”MAHUKAH KAMU AKU KHABARKAN AMALAN YANG LEBIH TINGGI DARJATNYA DARIPADA SOLAT DAN PUASA?Maka jawab para sahabat:”BAHKAN” Maka baginda pun bersabda:”MENDAMAIKAN HUBUNGAN,KERANA ROSAKNYA HUBUNGAN ITU ADALAH PENCUKUR (mencukur agama) Riwayat Abu Daud.

JDM_Car said...

sabah sabah , bila nak usul ni, aku dah tak sabar

Skin Care

http://debt-consolidate-credit-cards.blogspot.com/

UMNO SEJATI said...

Saya tak marah pun tapi yang lebih marah dan tidak sabar melihat kejatuhan bn ialah penyokong pr sendiri.Penyokong dan pemimpin pakatan rakyat berdoa siang dan malam supaya kerajaan bn tumbang dalam solat hajat yang mereka anjurkan.kekuatan bn terletak pada kesetiaan ahlinya dan tidak boleh di nganggu gugat.Tidak timbul isu pemimpin bn sayangkan kedudukan.Jika di takdirkan bn kalah pada pilihan raya ke-13 itu hak rakyat.Tapi jika bn masih menang, rakyat masih sayangkan bn.Tidak timbul isu ' yes bos' terhadap pemimpin bn.Sememangnya kesetiaan dan patuh kepada pemimpin itu sebagai menghormati di antara anak buah dan bos tidak lebih dari itu.Jika majoriti rakyat masih sayangkan bn,nampaknya tak merasalah pakatan rakyat memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat.Jangan cakap bn ada kroni,tapi pakatan rakyat juga memecat mana-mana individu yang di lantik bn dan melantik kroni-kroni pr,nampaknya bertambah senanglah kroni-kroni pr.Betul ke kerajaan pakatan rakyat ni baik 100% takda kroni dan takda rasuah.Untuk sifar kroni dan rasuah mungkin tidak, kerana keuntungan tetap pada penyokong pr.Majoriti rakyat mengundi bn di sabah dan sarawak.Sememangnya pengundi bn di semenanjung amat berterima kasih kepada penyokong kuat bn di sabah dan sarawak kerana mereka penyokong yang setia.SAPP mendapat undi dari penyokong yang mengundi bn,sesiapa saja yang melompat parti adalah pembelot pengundi bn.Sampai bila pun pakatan rakyat tak dapat memerintah malaysia jika orang melayu dalam pas dan pkr mengikut jari telunjuk 'DAP'.Sekali lagi saya mewakili seluruh pengundi bn/umno akan tetap mempertahankan barisan nasional walaupun bn kalah sekalipun kami tetap setia.saya bukan bodoh menyokong bn tapi bijak kerana menolak idelogi 3 parti yang kelam kabut dan bercelaru. Jangan marah...sekian.UMNO dulu,kini dan selamanya.....