Sunday, June 08, 2008

HARGA PETROL NAIK?

Saya akan pulang ke tanahair esok. Saya dengar harga petrol naik lagi. Lepas ni harga barang tentu akan naik. Harga pengangkutan juga akan naik. Semua akan naik.

Apa harus kita buat? Kali pertama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi naikkan harga minyak, popularitinya meredum. Kali kedua beliau naikkan harga petrol, popularitinya lagi meredum.

Kali ini? Adakah beliau akan terus meredum dan terkeluar daripada kerajaan? – Ruhanie Ahmad

25 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk Ron,

PRESIDEN UMNO MESTI DITENTANG.
MEREKA BERSIKAP SEPERTI BINATANG.
MEREKA ROMPAK YANG KITA TATANG.
TINGGALKAN KITA KERING KONTANG.

Salam Takzim,
Kerajaan Rakyat.

mata-mata pencen said...

Salam Dato'

AAB tu sebenarnya sudah merudum banyak kali tetapi setiap kali dia jatuh dia rasa lebih seronok sebab tidak cedera malah lebih syok sebab juak-juak dia seperti nazri aziz, shahril samad dan zaid ibrahim dan hishamuddin keris tumpul sudah sediakan jaring ala penampan di sarkas itu. Sebab tu AAB cakap dengan penuh kebodohan selepas PRU12 dulu...saya masih mendapat sokongan penuh dari ahli UMNO bla bla bla walau pun 6 negeri kalah termasuk WP.

Sebagai bekas pelajar MCKK, aku MALU SUNGGUH aku punya senior ni baghal sangat (tapi memang baghal pun result mereka bukan bagus sangat pun masa masuk MCKK dulu, guna pengaruh saja kot almaklumlah anak somebody kalau Sanusi Junid memang bagus sungguh dia antara anak melayu terawal yang dapat staright A masuk MCKK macam aku juga la he he he.

Muhammad Azli Shukri said...

salam, Datuk macam mana dengan keadaan ekonomi Malaysia kini yang semakin tertekan dengan kenaikan harga minyak..sesuatu perlu dilakukan Pak Lah perlu turun..

maskadove said...

bila PM (Pembelot Melayu) naikkan harga minyak, dia suruh kita bersabar untuk melihat kaum kerabat nya mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Apa yg kita boleh buat... kalu semua MT dan menteri UMNO sudah lupa tanggungjawab kepada bangsanya sendiri. mereka punya tanggungjawab lebih tinggi kepada masa depan anak cucu mereka sahaja. apa yg mereka ingat sekarang hanyalah untuk buat harta berlipat kali ganda supaya keturunan mereka kelak tak payah kerja. apa yg penting sekarang ialah mereka perlu menjaga jwatan masing-masing... sebagai pengundi, ada perkara penting yg harus kita buat pada PRU-13 nanti. tepuk dada tanya selera... kalau pak lah dan koncu-koncu nya dah jatuh, jangan la pula kita mudah lupa dgn apa yg telah mereka buat hari ini...

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Pelik tapi benar. Negara pengeluar & pengekspot minyak. Bukan negara pengimport minyak tetapi minyak RM2.70/liter?

2. Pengeluaran 650,000 tong sehari dan rakyat cuma 25 juta orang...tetapi minyak RM2.70/liter?

3. Untuk maklumat Datuk, semua barang dah naik. Yang turun cuma 'hujan' sahaja.

http://sukj.blogspot.com

mountdweller said...

rupanye datuk tak ada dalam negeri. rakyat dah jadi kelam kabut serbu stesen minyak pada malam kenaikan tu. saya pun cuba tapi patah balik sebab deretan kereta ke pump station terlalu panjang. kali ini satu kenaikan yang menggila! entah kami pengguna yang akan gila atau pak lah yang nak gila tak taulah. shahrir pembohong dan pak lah penipu!!

Waris Panglima Hitam said...

Sdr.

Saya mengucapkan selamat kembali ke tanah air. sepertimana yang saudara ketahui bahawa harga minyak di negara telah melambung naik sepeninggalan sdr. ddan sudah tentulah harga perkhidmatan teksi dan bas akan juga naik. Bagaimanapun janganlah sampai sdr. berjalan kaki pula pulang ke rumah.

Saya berpendapat bahawa Pak Lah langsung terkeluar dari senarai populariti. Beliau kini bukan saja dibenci oleh lawan malah kawan juga turut tidak menyukai beliau.

Ucapkan selamat jalan kepada beliau.

Fikir Tajam said...

Salam Datuk Ron,

Rakyat faham dan mengerti hakikat bahawa harga bahan api pasti akan naik dari masa ke semasa. Orang kampung yang berpendidikan rendah pun tahu asas teori ekonomi mudah ini. Soal penawaran dan permintaan. Tetapi yang menjadi persoalan kemarahan Rakyat ialah CARA bagaimana isu ini dikendalikan. Rakyat terasa dipermainkan oleh Abdullah. Sekejap cakap tak naik hingga hujung tahun. Sekejap dijangka naik pada Ogos. Sekonyongnya diumumkan pada 4 Jun lepas secara MENGEJUT dan pada kadar TERTINGGI dalam sejarah pula!

Abdullah memang layaknya dikatakan PM flip-flop memandang satu demi satu keputusan lidah bercabang beliau bermula dengan:

1. mengatakan bahawa Tun menghabiskan wang untuk projek mega walhal segala pembangunan infrastruktur di zaman Tun ternyata realistik dan bermanfaat untuk Rakyat melangkaui beberapa generasi masa depan.
- sekonyongnya Abdullah mengumumkan koridor demi koridor yg menelan belanja trilion ringgit. Cakap tak serupa bikin.

2. mengatakan yg jambatan bengkok tetap dibina.
- sekonyongnya membatalkan projek tersebut setelah diugut/gertak oleh Menteri Keselamatan Dalam
Negeri Singapura. Cakap tak serupa bikin.

3. mengatakan anak menantu tak ada kepentingan dan tak mendapat projek kerajaan.
-ternyata Scomi sapu tender Petronas dan ECM Libra telan Capital Avenue. Cakap tak serupa bikin.

4. mengatakan yg hubungan beliau dengan Jean hanyalah rumours saja.
- ternyata dah kahwin pun. Cakap tak serupa bikin.

5. menyuruh Rakyat berjimat cermat. Ikat perut. Makan kentang dan keledek.
- pada masa yg sama Abdullah beli jet eksekutif baru RM200 juta sebaik berkuasa. Ubahsuai Seri Perdana hampir RM20 juta. Cakap tak serupa bikin.

6. mempamerkan akhlak terpuji (konon) melalui bait-bait puisi Mencari Damai Abadi.
- ternyata Abdullah berpoya-poya dengan para artis siap berpeluk lagi dengan Michelle Yeoh di malam Soiree Ulangtahun Kemerdekaan 50 Tahun di Seri Perdana. Siap dengan muzik jazz diimport khas. Arak bertaburan. Cakap tak serupa bikin.

7. menyalak saban waktu "Islam Hadhari" (Anehnya sebaik tumpas besar PU12 yg lalu langsung tak kedengaran lagi slogan kosong tersebut! ).
- tapi apa yg disaran tak serupa dengan amalan. Lihat saja bagaimana tangan beliau meraba bahu Michelle Yeoh semasa Monsoon Cup dulu? Cakap tak serupa bikin.

8. sebok menyalak yg pemerintahan beliau penuh dengan keterbukaan. Hampeh!
- nyatanya beliau telah melengkingkan suara MENCABAR Rakyat. "Saya pantang dicabar!). Bongkak sungguh bunyinya.

9. saban kali menggembar-gemburkan yg manusia (?) bernama Abdullah ini sentiasa membuka ruang kebebasan bersuara. Bullshit!
- yg MT UMNO mulut diplaster gam Gajah tu mende? Dan ahli-ahli UMNO sendiri dinafikan hak menyuarakan pandangan dan luahan?

10. Slogan PU12 BN, "Selamat, Aman dan Makmur" ternyata KOSONG belaka!
- selamatkah Malaysia dan Rakyatnya jika sebuah pulau kecil spt Pulau Batu Puteh pun tak upaya dipertahankan kedaulatan? Inikan pula mahu mempertahankan negara!
- amankah suasana kehidupan Rakyat dan nuansa hidup bermasyarakat jika saban waktu api perkauman dimainkan oleh Karpal Singh, DAP, HINDRAF dan tak lupa KJ dan Krismuddin.
- makmurkah negara dan Rakyat jika saban waktu dihimpit oleh kerisauan dan tekanan oleh ketaktentuan harga bahan api dan barangan keperluan asas di pasaran?

11, 12, ... 1001 akan menyususl kemudian.

KESIMPULAN: Ternyatalah Abdullah hilang kawalan terhadap diri sendiri, keluarga, lingkungan dan yg paling menyedihkan hilang rasa, hilang tara, hilang pertimbangan selaku pemimpin no 1 negara. Jelas Abdullah adalah BEBAN! Jika benar Abdullah punya maruah, jika benar Abdullah Fahim ulama muktabar maka demi Rakyat demi survival negara - Abdullah MESTILAH MELETAK JAWATAN SEGERA! Adalah menjadi DOSA untuk beliau terus memegang tampuk kuasa sedangkan beliau ternyata TAK UPAYA melaksanakan amanah besar Rakyat ini! UNDUR LAH!
:\

Juraimi Zainal said...

DS,

Dah letih dah rakyat mengeluh, tak mampu lagi nak bercakap, berbuih mulut... Bayangkan orang kesan kenaikan harga barang kpd orang2 yg memang tak mampu memiliki kereta..

Lepas ni lagi ramai lah Q orang2 miskin nak masuk Bersamamu TV3 tu..

Pak Lah tak pekak, cuma buat2 dot-dot ... Pemimpin yg lain macam sokong bawa rebah, berleret-leretlah keluar TV dan surat khabar nak tolong Pak Lah terangkan bagi pihak Pak Lah... Yang marah sekarang SEMUA RAKYAT...

melayuangkat said...

Salam Datuk,

Harga Minyak memang naik lagi di Pasaran Dunia sebab Tok Arab OPEC tidak keharuan gejala Israel kata akan serang Iran. Tak lama lagi mungkin akan cecah US$200 satu barrel ikut estimate experts.

Dan harga minyak di Malaysia pun baru naik lagi. Saya pasti ini sesuatu yang bukan Pak Lah suka suka nak buat tetapi terpaksa. Pak Lah pun tahu ini keputusan pahit yang membuatkan ramai rakyat akan 'bertambah marah' kepadanya.

Kalau boleh pasti Pak Lah nak bagi minyak Percuma kepada kita semua. Senang, pasti PRU 13 nanti BN sapu semua kerusi.

Saya rasa kita mesti matang dalam permainan politik. Saya seorang Muslimah biasa, tak pernah berkrusus politik atau menghadiri mana mana mesyuarat Parti Politik. Tapi saya berpegang bahawa kita mesti sokong Pemimpin kita.

Pemimpin yang sah telah dipilih oleh rakyat. Berilah peluang kepada Pak Lah. Jangan bimbang, tiba saatnya nanti Pak Lah tidak akan lagi jadi PM kita semua. Tidak ada apa yang kekal dalam dunia yang fana ini.

NGINAP SRENGENGE said...

Selamat pulang dan lihat dan bandingkan dgn luar negara.Barangan naik,rakyat miskin dah kurang berak dan nak kentut pun dah tak dak ketulan taik yang sanggup menolak keluar angin kentut.

Maaf cakap Dato',.....GERAM.

mata-mata pencen said...

Salam Dato' Ron

Semua harga barang akan naik bila harga minyak naik. Tapi yang kelakar tu PM dan Menteri UMNO ini memang masih bengap, memberi amaran kepada peniaga supaya jangan naikkan harga barang-barang. Hari ini kerajaan terkejut beruk dan marahkan pengusaha bas yang naikkan tambang hingga RM60 dari JB-KL.

Shahril kata peniaga sepatutnya absorb kos kenaikan. Apa dia orang ingat pengusaha bas expres tu ceduk air laut Selat Tebrau ke untuk jalankan bas mereka. Tanya penjual nasi lemak di tepi jalan pun mereka boleh memberi logiknya yang tambang bas mesti naik bila harga diesel naik.

Shahril you tak ada klas la jadi menteri. Masa you di luar kerajaan dulu gua salute you juga sebab selalu berani bagi pandangan bernas sehingga sanggup beri sokongan terhadap usul DAP di Parlimen walaupun you tahu itu satu kesalahan dan boleh diambil tindakan tatatertib...tapi you sokong juga atas sifat berani kerana benar tapi sekarang gua nak pandang muka you kat tv3 pun kena fikir banyak kali la, gua takut gua termuntah bila tak boleh menerima hujah yang kebudak-budakan.

Masakan tak termuntah bila you kata pengguna tak terbeban jika diambil kira kerajaan membayar tunai bagi pemilik kenderaan 2000 cc ke bawah sebanyak RM650 untuk membeli petrol/diesel. Gua bukan marah sangat bila harga petro/diesel naik tapi tak boleh paham dengan alasan RM650 untuk beli minyak setahun. Ini bermakna satu bulan baru RM54.17 atau sehari RM1.80. Inilah formula yang Menteri KPDN yang baru rasa paling ampuh untuk menangani kenderaan asing (Singapura/Thailand)dari menmanfaatkan harga petrol/diesel yang lebih murah dari negara sendiri. Gua ingat kalau nak tangani kenderaan asing dari menuang petrol di negara kita dengan berkesan ialah kenakan levi...misalnya sekali masuk RM300

Ini asyik flip-flop, flip-flop. Orang marah dengan you Shahril sebab you tipu rakyat cakap harga petrol akan dinaikkan pada bulan Ogos paling awal tapi tup-tup tiga hari kemudian harga naik 43%...fulamak...terer betul si Shahril buat rakyat terkejut beruk. Rakyat semua tahu harga minyak tidak boleh tidak akan naik tapi cara pengumuman dibuat itu yang tak tahan brader.

ringgit said...

Kalau dah tahu semua harga naik - dan kerajaan pesan kpd rakyat jgn bermewah kena jimat cermat..

SEPATUTNYA...Pak2 Menteri kita juga kena berkorban...kalau minyak naik 40%.. saya cadangan gaji (gaji pokok+elaun) mereka dipotong 40%... baru kepimpinan melalui teladan...

Kalau suruh rakyat makan UBI kayu.. hidangan meeting KABINET, UMNO, BN..etc kena jamu dulu UBI KAYU rebus..terutamya, bagi Shahir Samad tu makan cz pandai sangat CAKAP!!! - Kepala butuh..FUCK OFF ko la Shahir!!!

Gaji Chairman PETRONAS.. Hassan Merican RM600,000 per annum turut di potong 40%...

Satu lagi pasal KEM PLKN.. cuba laa check nama anak-anak menteri dan VIP.. anak mereka TIDAK ADA yang di hantar ke kem yang ULU2 (WARTAWAN bukan agenda kerajaan boleh check dgn Jbt PLKN senarai anak-anak menteri mcm
Hishamuddin TH - kat mana anaknya di hantar..silap2 tak pegi punnn.. - apa lagi AHLI YANG BERHORMAT pick up isu ini bawa ke PARLIMEN...)

Cuba la check anak2 KSU, semua ditempatkan di kem2 yang best2...

Kalau kerajaan potong subsidi minyak... potong skali gaji mereka.. NI tidak mrk dan keluarga mereka yang kumpul harta berkoyan2....

Maka kempen pru12 terhadap rakyat memilih BN - sebagai BARANG NAIK (BN) ada kebenaran, harga bahan api kenderaan naik, maka disusuli harga2 barang lain meningkat sama...

kulatlapok said...

LEPAS TU KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KENALAH TANGGUNG DENGAN HARGA BARU. PAK LAH KATA SEPATUTNYA PENGGUNA KENA BAYAR RM3 TAPI DAPAT DISKAUN RM0.30 SEN.

MANAKALA PARA PENGANALISIS EKONOMI NEGARA KITA PULA KATA, KERAJAAN KATA MINYAK KITA MASIH MURAH BERBANDING DENGAN NEGARA JIRAN SEPERTI THAILAND DAN SINGAPURA. PELIKNYA ASYIK BANDINGKAN DENGAN NEGARA LAIN.

NEGARA DIAORANGTU TAK ADA HASIL MINYAK CAM KITA. MEREKA NEGARA PEMBELI. PULAK TU NEGERA MEREKA TAK ADA TOL MACAM KITA. AHLI EKONOMI NEGARA YANG PEMBODEK, JANGAN NAK PERBODOHKAN RAKYAT.KITA BUKAN NAK DUDUK NEGERI MEREKA YANG KITA NAK HADAPI NI NEGARA KITA SENDIRI.

LAGIPUN RASANYA NEGARA JIRAN TAK ADA PULAK TOL MENJELA MACAM NEGARA KITA. APA BOLEH BUAT HARUNGILAH SAJA

http://www.kulatlapok.blogspot.com

kuda-trojan said...

Salam Datuk dan Rakan Bloger,

Tak tahulah nak cakap, bila saya isi minyak kereta mesti teringatkan muka Pak Lah, yang sakit hati tu, dia boleh senyum lagi masa umumkan kenaikan. Tak da serious langsung.

Tapi Datuk, sejak kebelakangan ini saya tengok rakyat makin berani keluar ke jalan raya utk menunjukan protes. Tak tahu lah saya, hanya takdir yg akan menentukan.

Salam dari,

http://kuda-trojan.blogspot.com/

astute.reader said...

Assalamualaikum Uncle Ron

I've just prepared an article below and hope that you'll publish it and take full credit for it. I don't need any recognition for it as I'm currently busy and engaged with a Johor and Pahang state land acquisition project for implementation of various social-economic-religious aspects and financed by highly-reputable foreign investors. I believe that you can understand my 'situation'. Maybe when you're back in BP we can discuss further about my project in toto and I can draw from your experience and expertise in the corporate world and dealings with various state governments in your previous Parliamentary capacity (hopefully soonest possible) and chit-chat about certain jokers in the Parit Sulong division. My 'clean' number is 0177316027.

Regards:

Hakimi "Kimie" bin Abdul Jabar
NRIC:731031-01-7331


PEMALSUAN TERANCANG BERKESINAMBUNGAN?

Tanggal 1 Mac 2008, Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi, dilaporkan oleh media massa sebagai berkata ingin membanteras kemiskinan di Malaysia tika berucap dalam suatu kempen pra-pilihanraya (PRU-12)di Terengganu.

http://www.ad-hoc-news.de/Marktberichte/en/15723676/Prime+Minister+Badawi+'My+Goal+is+to+Completely+Eradicate

Setelah tiga (3) bulan selepas itu, dilaporkan pula akan kenaikan harga-harga runcit petrol dan disel di seluruh Malaysia oleh kerajaan pusat yang diterajui Abdullah sendiri.

http://www.iht.com/articles/ap/2008/06/06/business/AS-FIN-Malaysia-Fuel-Hike.php

Amat memilukan bahawa tindakan ad-hoc yang baru dilaksanakan itu tanpa mengambilkira akan konsekuensi dan reperkusi berpanjangan, akan merencanakan suatu unjuran resesi dan inflasi (recession and inflation)sepertimana yang pernah dikaji oleh pakar-pakar Bank Rizab Pusat Cleveland dan San Francico (Federal Reserve Banks of Cleveland & San Francico) di Amerika Syarikat.

http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=1025502
http://www.frbsf.org/publications/economics/letter/2005/el2005-28.html

Di samping itu, bukankah Abdullah pernah dilaporkan berkata bahawa dia tidak akan merancang atau mengambil apa-apapun polisi mahupun tindakan ad-hoc sebagai jalan penyelesaian?

Bukankah kenaikan harga-harga komoditi tersebut dalam pasaran tempatan akan menyebabkan kenaikan kos di pelbagai sektor termasuklah dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan secara rambang?

Bukankah faktor ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan kuasa belian (purchasing power) penduduk domestik dan memesatkan lagi kadar pengangguran dan kemiskinan dalam negara yang pernah diakui oleh Abdullah telahpun dikurangkan dengan jayanya oleh Dr. Mahathir dalam ucapannya di Pusat Konvensyen Putrajaya pada 21/12/2003?

http://paklahmudahtipu.blogspot.com/2003_12_01_archive.html

Oleh demikian, adakah janji-janji yang ditaburkan oleh Abdullah pada 1 Mac 2008, hanya suatu PEMALSUAN yang TERANCANG dan BERKESINAMBUNGAN?

Kita sebagai saksi!

tipulagi said...

Semua dah minta naik dato.. tunggu masa je rakyat malaysia 50% akan jadi muflis.. coz taraf hidup tak naik makin merundum ada laa.. yg makin naik taraf hidup hanya dolah n co. jek..

peon-pencen said...

Kali ini DSAAB, UMNO dan BN akan terselamat kerana kenaikan Petrol.
Pada PRU13 nanti BN akan menang besar!

Dalil:-

"Susahkan Rakyat,Bantu Rakyat"

Rakyat akan 'terhutang budi,' jadi
pada PRU13 nanti rakyat harus membalas budi.

Sekarang kerajaan BN telah mula melaungkan berbagai bantuan kepada rakyat.

Tetapi malangnya, rakyat seperti 'peon-pencen' ni apa kah jenis bantuan yg akan dapat?

MAKAN pun dah kena kurangkan.(Ubah gaya hidup)

Dari pakai motor 'kapcai' mukin jalan kaki, kerana cos repair motor sangat mahal. Ada ke kerajaan akan beri subsidi untuk repair 'cupcai?'

Kamalkamal said...

Datuk,

Sejak harga petrol dan disel naik, barangan lain pun turun serta. Maka berkokoklah para sang menteri mempertahankan tindakan Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun rebet diberikan kepada pengguna kenderaan bermotor, tindakan tersebut akan mengundang lebih banyak penyelewengan akan berlaku. Tak mustahil kenderaan yang tersadai ditepi rumah pun akan diperbaharui cukai jalannya.

Lebih membimbangkan kenaikan harga barangan lain terutama barangan asas pengguna. Lepas ini mungkin tiong beruban akan berkokok lagi, namun masalah yang dihadapi rakyat akan dinafikan.

Hentikanlah segera semua projek mega termasuk pelbagai koridor yang dilancarkan. Utamakan keperluan rakyat. Harga petrol dan harga makanan global semakin meningkat, utamakan keperluan rakyat dari pembangunan yang hanya memberi faedah kepada segelintir insan tertentu.

Di Thailand telah mula gerakan demontrasi atas PM mereka tidak pandai menguruskan ekonomi negara. Adakah Datuk Abdullah pandai menguruskan ekonomi negara ataupun sama seperti PM Thailand. Jadi sama-samalah kita lihat siapa yang akan turun dahulu, samada PM Malaysia atau PM Thailand.

tajudin said...

saya tak maklum Datuk balik dari mana?

dengar cerita ramai yang ke Manila? Kalau Datuk boleh komen...

Neo Jebat said...

Assalamualaikum Datuk,

Selamat pulang kembali ke bumi bertuah ini. Sebaik sahaja Datuk turun dari kenderaan, segalanya kan naik di Malaysia ini sejurus harga minyak naik pada 04 Jun yang lepas.

Pada pendapat saya, Pak Lah ini memerlukan masa untuk muhasabah diri kerana sejak mula memerintah sehingga kini segala keputusannya meresahkan golongan marhaen ini. Adakah Pak Lah tak buat solat istiharah atas semua keputusannya. Saya rasa memang beliau tidak buat kerana segala keputusannya itu bukanlah keputusannya tetapi keputusan segolongan manusia yang dinamakan sebagai "Think Tank'.

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, tugasnya adalah penentu dasar dan kerjanya adalah memikir bukan bagi orang lain memikirkannya bagi pihak pemimpin kerana segala keistimewaan telah diberikan agar pemimpin boleh berfikir secara bijak bagi membuat dasar.

Kita lihat mantan PM kita Tun Mahathir(bukan nak pro TM tetapi sekadar contoh), beliau merupakan pemikir ulung. Segala keputusannya bagus (walaupun ada yang pada mulanya dianggap teruk namun masa menentukannya) malah hebat. Tun memang menggunakan tugasnya sebagai pemimpin. Lagipun TM adalah seorang yang tegas tidak seperti Pak Lah, bila usik sedikit, ubah keputusan.

Sewajarnya Pak Lah perlu muhasabah diri, fikirkan apa yang baik untuk agama, bangsa dan negara.

Akhir kata, Pak Lah fikirlah sendiri.
Pinjam kata Prof Izi Hj Yahya, renung-renungkan dan selamat beramal......

abghalim said...

kuda kepang

anda tak guna minyak so duk diam ja.....harapan rakyat agar Pak Lah berbasikal ke pejabat.Masa untuk berjimat cermat...jangan suruh rakyat saja.....anak menantu pun tunjuklah teladan sama....sekurang-kurang naik ja kancil dari MERC...

Letting the time pass me by said...

Dato',

Memang naik.. Naik 40% hingga 60%.
Harga petrol kini RM2.70...

Tak payah nak ceritakan kemarahan rakyat lagi.. Semua orang sudah marah dan tak paham apakah yang berlaku dalam ekonomi negara...

abdul rahim said...

Salam Dato'

Ada 3 cadangan untuk atasi masalah kenaikan petrol

Pertama - ia boleh dioffsetkan dengan penurunan kadar tol sebanyak antara 45 hingga 50 peratus.
Saya mengambil contoh, perjalanan dari Shah Alam ke Seremban. Pada kadar lama RM1.92 seliter, purata minyak saya gunakan pergi dan balik ke destinasi itu ialah RM20.00 dan tol pula RM16.60 (pergi dan balik). Jumlah belanja saya ialah RM36.60
Pada kadar sekarang, saya menggunakan petrol sebanyak RM28.00 tapi jika tol dikurangkan 50 peratus, bererti saya hanya kena bayar tol RM8.30, maka jumlah kos saya ialah RM36.30, hampir sama dengan jumlah RM36.60.

Kedua - kita bina lebuhraya baru menggunakan duit KWSP dengan mengenakan kadar tol yang rasional untuk maintainace dan jika ada keuntungan pun ia akan kembali kepada rakyat menerusi dividen.

Dan yang ketiga, kita tukar terus kerajaan pusat dengan memberi Sdra Anwar Ibrahim menerajui negara.

Apa kata Dato'

zeme said...

Salam Datuk,

Mekanisme ini mungkin agak keterlaluan, namun mengambil langkah mengenakan peningkatan kadar peratusan cukai pendapatan bagi golongan berpendapatan tinggi bagi mengimbangi dan meningkatkan hasil pendapatan negara serta mengurangkan margin jurang perbezaan pendapatan di kalangan golongan atasan dan bawahan boleh dipratikkan.

Dengan peningkatan peratusan kenaan cukai bagi golongan berpendapatan tinggi daripada kadar sekarang, maka rizab tunai negara akan meningkat seterusnya dapat disalurkan kepada sektor tertentu bagi mengimbangi kitaran aliran ekonomi negara.

Pendekatan ini dianggap adil kerana golongan berpendapatan tinggi dan rendah tetap mempunyai kuasa beli dengan kadar belian harga yang selaras. Sebagai contoh si A bergaji RM3,000 dan si B bergaji RM20,000 tetap membeli nasi pada harga kadar yang sama.

Maka dengan kadar peratusan kenaan cukai pendapatan bagi golongan berpendapatan tinggi ditingkatkan, hasil daripada cukai pendapatan dapat diterjemahkan kepada bentuk subsidi bagi golongan berpendapatan rendah dan pembangunan negara yang dapat dinikmati oleh semua golongan lapisan rakyat.

Langkah penjimatan perbelanjaan negara kepada keutamaan keperluan daripada kehendak perlu dipratikkan.

Wasalam