Thursday, June 12, 2008

ABDULLAH BERKUASA HINGGA 2010?

Portal berita Malaysia Today, 11 Jun 2008, menyiarkan satu laporan Business Times Singapura yang menyatakan cadangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO sehingga 2010 sebagai “could be overly ambitious” atau satu cita-cita yang keterlaluan.

Berita berkenaan amat menarik. Laporan sepenuhnya adalah seperti berikut:

Devising a face-saving exit for Abdullah

Going by the consensus emanating from last week's retreat of leaders of the ruling United Malays National Organisation (Umno) - or at least going by what wasn't said - Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's plans to stay in power until 2010 could be overly ambitious.

According to Umno insiders, the meeting comprising most members of the party's supreme council, its highest policymaking body, discussed the leadership issue and the need for a smooth transition of power between Abdullah and Datuk Seri Najib Razak, his deputy in both government and the party.

However, the insiders said that almost no one came out in strong defence of Abdullah or indicated that he could complete his full term as leader.

Instead, the insiders claimed that the consensus seemed to be that Abdullah should be allowed to defend his presidency in December's party polls, after which he should leave with his dignity intact perhaps between March and June next year. Najib indicated to the members, apparently, that the final transition date would be worked out between the prime minister and himself.

If Umno's top leadership is any guide to the wishes of the party faithful, the decision by them last week could put paid to the dreams of Trade Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin of making a speedy grab for the position of Umno's deputy president. It will also disappoint former premier Tun Dr Mahathir Mohamad, who has made no secret of the fact that he wants Abdullah out - yesterday, if possible.

Even so, it isn't clear if the party's top leadership does represent the will of the masses, who are said to be very restive following Umno's mauling in the March general election. Indeed, some Umno officials said that unless Abdullah made his transition plans very clear before October, he might not qualify to stand for election - anyone wanting to be president of Umno has to get nominations from at least 58 divisions.

Ironically, the officials also said that Najib would prefer to wait for Abdullah to hand over the reins after the December polls. The reason: he would then have three freshly elected vice-presidents to choose from for his deputy.

If, on the other hand, he takes over before December, he would be saddled with Muhyiddin. Among the current three, one (former Negri Sembilan chief minister Isa Samad) was suspended for "money politics" in 2006, while the other (Malacca chief minister Mohamad Ali Rustam) really isn't considered leadership material.

On another level, the party has to contend with a new phenomenon arising from claims by certain quarters - Dr Mahathir, for one - that Malay dominance (Umno's so-called raison d'etre) is under threat because of the party's dismal showing in the general election.

Ordinarily, such a fundamental threat would have tremendous resonance with Malay voters, but political analysts have pointed out that the recent food (and now fuel) price hikes have taken precedence over parochial concepts like race. "It will be difficult to whip up sentiment over Malay dominance when people are worried about prices," conceded one party official. — Singapore BT

Berita di atas disiarkan di Singapura - negara jiran yang banyak mengaut faedah daripada keperdana-menterian Abdullah. Jadi, mengapakah berita tersebut tersiar di Singapura? Adakah negara itu sudah meramalkan bahawa Abdullah mungkin tamat kekuasaannya dalam tempoh terdekat ini?

Apa pendapat anda? Mungkinkah Abdullah terus berkuasa sehingga 2010? Mungkinkah beliau akan digegarkan oleh desakan akar umbi UMNO supaya mengosongkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan seberapa segera, selewat-lewatnya akhir Jun 2008 ini?

9 comments:

putera bentan said...

Abdullah tak boleh dibiarkan berkuasa sampai 2010.Hari ni kita kena serang kenaikan harga minyak. Abdullah nampaknya macam sambil lewa aje tangani masalah ni. Esok kalau betul kita kena serang ekonomi yang meredum, saya rasa Abdullah tak akan sehebat Mahathir dalam tahun 1997. Elok Abdullah berhenti sekarang. Biar orang lain yang lebih cekap dan mampu perintah kita di zaman meleset.

Baguznet said...

Apa yg lebih merisaukan saya ialah jika pada pemilihan ini nanti Pak Lah tidak dicalonkan tetapi secara tiba-tiba menantunya mendapat cukup pencalonan untuk menjadi Presiden parti tanpa bertanding.

Mungkinkah boleh terjadi? Bagaimana kita hendak menghadapinya jika benar-benar terjadi?

lamandau said...

Amat sukar bagi Pak Lah untuk berundur dalam masa terdekat kerana faktor 'keselamatan' ahli keluarga dan kroninya harus di ambil kira. Walaubagaimana pon, pengunduran secara mendadak hanya akan berlaku sekiranya ada tekanan jitu dari dalaman UMNO. Kalau DS Najib, TS Muhyiddin, Ali "last-term' atau AMT hanya bersikap 'nieve' dan mengiakan perlakuan Pak LAh, ianya tidak mungkin berlaku. Nampak benar ahli2 kabinet mempertahankan apa jua tindakan Pak Lah yang dilihat merugikan orang melayu, walaupon perkara2 tersebut dibuat membelakangi mereka!! Lihat sahaja pengisytihran harga baru mimnyak petrol, ahli kabinet was never consultated and were cought by suprise! Tetapi Ahli2 kabinet merelakan nya dan mempertahan habis-habisan!!
AMT hendak lah belajar dari sejarah Umno itu sendiri baru timbul rasa keberanian untuk memberi kata dua kepada Pak Lah. AMT dan ahli kabinet harus sedar bahawa bukan mereka yang membuat dasar2 kerajaan sekarang ini tetapi 'budak2' tingkat 4 dan bebrapa penesihat luaran! Kalau setakat melaksanakan dasar, apa megahnya. Sedar lah sebelum terlambat.

Baharudin said...

Salam Dato',
Kita kena ingat LKY/S'pore suka guna "reverse psychology" strategy... berita ni akan "meredakan" tekanan dikalangan rakyat Malaysia/UMNO untuk AAB turun takhta... dan mungkin "extend" pemerintahan nya buat seketika lagi... dan ekonomi negara akan porak peranda sementara menunggu pak lah terkejut dari mimpi kedua nya?

Awang Maya said...

Setuju dengan Putera Bentang.

By the way, kenapa blog datuk tertalu suram dengan sambutan. Mungkin datuk banyak fokus kepada politik sedangkan ketika dan saat ini rakyat lebih membicarakan tentang tekanan kos hidup. Itu sebab blog datuk dipinggirkan.Tidak seperti Kadir Jasin atau Rockybru. Awang tak payah cakap la pasal blog chedet.com yang mana blog beliau berdesup seperti kilat mengalahkan semua raja blogger yang ada.

Bukan apa, bagi Awang, blog tempat kita menyampaikan mesej kita sebenar, tapi jika tiada orang baca, macam mana kita nak sampaikan mesej kita. Macam RTM, niat nak sampaikan mesej kerajaan, tapi kalau rating di bawah, sia-sia sahajalah mesej yang disampaikan.

Macam Awang, dek kerana blog Awang tiada orang baca, maka Awang mengambil pendekatan menumpang menyalurkan mesej yang Awang nak sampaikan melalui blog-blog yang popular macam Kadir Jasin, Rockybru dan Chedet.com. Alhamdulillah, mereka siarkan mesej Awang. Sebab Awang nak suara orang marhain macam Awang didengar orang walaupun tidak didengar oleh The Flip Flop Pak Lah.

Salam Datuk

Awang Maya

Berita dari gunung said...

Penggal lepas sangat mengecewakan. Tidak ada beza untuk penggal ini. Segera berhenti adalah langkah mulia.

Langkah memburukkan Tun Mahathir tidak menjadikan Abdullah cerdas, cekap dan mantap. Jauh panggang dari api.

Tidak ada apa yang nak dimalukan..

Fikir Tajam said...

klentengSalam Datuk Ron,

Abdullah tak lebih tak kurang bagaikan Dus Dur Malaysia. Anehnya Hishamuddin Rais yg melalut menyamakan Abdullah sebagai Gorby Malaysia. Tak sekolah ke brader? Dulu masa di UM belajar apa? Ingatkan lari ke Eropah jadi Profesor atau Saintis malang sekali sekadar pengulas hampas. Hishamuddin Rais... kamu ternyata kesasar tak ketahuan diri. Sikap hodoh diselaputi kebencian yg teramat sangat terhadap YAB Tun Dr Mahathir menzahirkan telur tembelang kesumat kamu.

Tulisan Hishamuddin Rais hanyalah salakan miung sang pecacai yg menghuni samah samai di Juaseh. Sayang anak Minang hilang jantan!

DS Najib jangan terlalu obses dengan KESETIAAN MELULU. Barangkali DS Najib bukanlah pilihan tepat buat mewarisi kepimpinan negara memandangkan beliau tak punya idelisme perjuangan. Terlalu pasif, lembab, lembam, langsung tak berani mengambil risiko. Malah ironinya belaiu langsung tak berani menyuarakan isi hati sendiri. Kamu pun munafik Najib sebagaimana Abdullah yg jelas munafik!

Rakyat Malaysia di era milenium tidak lagi boleh dimomokkan sedemikian rupa kononnya sebagai pengikut/ahli parti sejati maka segala kemungkaran/kebobrokan dibiar saja penuh sepi. Gagal kamu Najib. Sia-sia kamu meneraju Kementerian Pendidikan sedikit masa lalu sedangkan realitinya wadah perjuangan kamu sangat ketinggalan. Manusia hari ini memerlukan pemimpin yg berani menyuarakan kebenaran. Melontarkan pandangan.

Sedikit berbeza pandangan/pendapat mahupun landasan perjuangan tidak semestinya tidak setia pada parti. Berani menzahirkan kebenaran yg dituntut syarak, nilai hidup bermaruah, berjatidiri dan bertanggungjawab.

Amat mudah DS Najib memberikan jawapan yg jika dikategorikan hanyalah sekadar aras 'mediocre' oleh pelajar UPSR sahaja. Freedom of speech! Merdeka minda merdeka jiwa. Sayang sekali anakanda Allahyarham Tun Razak yg begitu berani, genius, disanjungi tidak mewarisi sama sekali darah perjuangan bermaruah!

Sikap angguk dan membatu seribu bahasa bagaikan insan koma amat menjengkelkan Rakyat. Kami Rakyat mahukan seorang pemimpin yg berkredibiliti tinggi. Berani mengambil risiko dan menyuarakan yg hak walaupun pahit dan memakan diri. Main selamat adalah strategi sang penakut, lemah minda, berjiwa hamba.

DS Najib akan tercatat dalam sejarah UMNO dan kepimpinan Malaysia sebagai seorang TPM yg 'dungu', 'naive', 'bodoh-bodoh alang', tak punya pendirian teguh seorang pejuang/pembela Rakyat yg cukup letih dengan kedangkalan Abdullah dan seluruh kabinet plastik beliau.

Anehnya tatkala berucap di hadapan peneroka Felda bukan main berapi. Setakat itukah kehebatan seorang pejuangbangsa (?) yg bernama Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Hussin?

MANTRA said...

Salam
Wahai ahli2 UMNO yang prihatin..

Look no further, the PM rally now is between NAJIB and ANWAR Ibrahim...

Adakah sesiapa yang akan menidakkan andaian saya ini?

Sebelum UMNO dikejutkan dengan gelombang yang lebih dahsyat.. perhatikan pergerakan Anwar dan PakLah.. Tun Mahathir telah hidu gerakan mereka..

Pastikah akan berlaku Pemilihan UMNO bulan Disember sekiranya Anwar berjaya menakluki Parlimen?

SEANDAINYA IA BENAR2 BERLAKU.. jangan menyesal sebab i already told you so..

Abdul Jalaini said...

orang tua ni mmg kalau boleh tak nak turun lagi... sebab SAYA MENDAPAT MANDAT RAKYAT....RAKYAT MASIH MAHUKAN SAYA MEMIMPIN... BERKERJALAH BERSAMA-SAMA SAYA... bla bla bla... tu dia cakap masa dia tengah tido... lepas tu dia lupa... sebab semalam tu dia mengigau... ada hati nak kekal sampai 2010.... teruklah kita rakyat marhain ni.... orangtua nih dah dibutakan mata... dipekakkan telinga... ditutup akal fikiran untuk mendengar keluh kesah rakyat... sebagai manusia yang ada kesedran... sepatutnya dia sedar.. dia tidak berkebolehan memimpin negara... mungkin paling tinggi bole bagi kat dia ketua kampung... tupun belum tentu lagi... ini negara wei.... memerintah cara caca merba macam ni... telungkuplah negara.... rasanya rasa malupun dah takder... kulit muka dah tebal kamus dewan... sebab tu rakyat dok cakap apapun dia tak amek pot.... janji anak menantu dia senang... negara hancur takpe... lepas ni dia cabut ke perth... kita rakyat marhain ni... nak lari mana?