Tuesday, June 24, 2008

BERAPA NILAI KEDAULATAN NEGARA?

Nilai kemerdekaan, kedaulatan serta maruah negara-bangsa Malaysia adalah bersamaan dengan darah dan nyawa rakyat Malaysia yang sentiasa setia dan sentiasa rela untuk berkorban demi agama, bangsa dan tanahairnya.

Oleh itu, desas-desus yang mengatakan kononnya sekumpulan individu Malaysia dikatakan telah menerima wang beribu-ribu juta ringgit jumlahnya sebagai ganjaran memudahkan kedaulatan Pulau Batu Putih diserahkan oleh ICJ kepada Singapura bulan lalu, adalah sesuatu yang amat mustahil.

Desas-desus berkenaan kini dikatakan tersebar di kalangan segelintir rakyat Malaysia, khususnya setelah Sultan Johor, Sultan Iskandar, bertitah bahawa baginda berazam penuh untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih daripada Singapura.

Soalnya, mengapakah desas-desus ini disebarkan pada ketika ini? Adakah ianya mahu dijadikan diversion kepada azam baginda Sultan Johor "untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih daripada Singapura? Adakah ianya benar? Betulkah satu skrip bank untuk membuktikan wujudnya ganjaran tersebut kini dikatakan berada di dalam satu fail berwarna silver? Betulkah fail berkenaan kononnya tersimpan di dalam satu besi di suatu tempat yang khusus dan tertentu? – Ruhanie Ahmad

20 comments:

KZSO said...

Bro Ron,

Sad to say that your blog's credibility is going spiralling down the hill or deeeeeeep hole. Nowadays your reporting or blogging or sources say/mention the word " desas-desus", "maklumat penting mengatakan...", "ura-ura", "dikatakan..." .

Come on Bro Ron,
Pls show your credibility rather than saying hearsay or cakap-cakap.

We need facts and don't underestimate our intelligent like hp6 pl and his ministers.

Pls go through Tun Dr Mahathir's website. Most of his comments are based on his thinking and factual facts, No wonder his website is the top 65 currently although he's been only few months in the www .

harhtan said...

kalau betul ini berlaku, ianya suatu yg amat menakutkan. Kemana hilangnya jati diri mereka sehinggakan kedaulatan tanah air sendiri boleh diperkotak katikkan.

ringgit said...

Sila lihat Calon2 Naib Presiden Umno bagi penggal 2008-2011

http://www.naibumno.blogspot.com/

ajai62 said...

Salam,

Kekadangkan takanlah pokok bergoyang kalau tak ada angin yang meniup....tapi tak tahulah kalau ada hantu yang goyongkan.

Semuanya bergantung pada iman dan jati diri sendiri sama ada sayangkan tanah air sendiri atau memang kerana wang tanah air pun sanggup di gadai...

Agaknya ada sesiapa kah yang sanggup menyiasat cerita ni?..ini bukan kepalang lagi dah membelot kepada Agama, bangsa dan negara...dah kira kes berat ni...Nampak gaya memang Negara kita dalam bahaya....

Wasalam

cmk said...

Salam Datuk & para pembaca.

Saya berpendapat kita (umat Islam / Melayu) telah lama hilang jati diri. Jika sesuatu perkara buruk berlaku pada kita, saya tidak fikir kita mampu menangkis apalagi melawan. Kita sudah tidak ada panglima terbilang untuk bertarung. Panglima temberang memang ramai.

Kita perlu tokoh sehebat Dato Bahaman, Mat Kilau, Lt. Adnan dll. yang sanggup mati dalam perjuangan. Perjuangan kita akan lebih bermakna jika kita ada tokoh sehebat para sahabat nabi. Tanpa ketokohan sebegini, perjuangan kita takkan sampai ke mana. Kita mungkin mampu mempertahankan diri dan keluarga terdekat saja (itu pun sukar!). Tetapi jika pada tahap yang lebih tinggi, kita bakal tewas mudah.

Saya bersetuju dengan blogger ajai62 bahawa ia bergantung pada iman dan jati diri. Tapi pada akhir zaman ini, siapakah yang benar-benar teguh imannya. Kita menangis ketika bermunajat pada Allah, tapi kita juga boleh menangisi artis AF yang terseingkir saban minggu. Iman dan jati diri jenis apakah ini?

Seniman M.Nasir melagukan "73 pintu, 73 jalan, yang sampai hanya 1 jalan". Soalnya, adakah kita telah memilih jalan yang betul? Apakah 'verification and validation' bahawa jalan tersebut benar?

pak tam said...

salam ta'zim

sebenarnye kedaulatan negara telah lama tercalar apabila diumumkan pembukaan wilayah Iskandar yg kononnya utk memajukan Johor Darul Ta'zim. Dgn wujudnya wilayah ini adalah sebenarnya untuk menyenangkan lagi jiran baik kita(talam muka zionis) untuk meratahkan apa yg ada disitu (hak tanah, ekonomi dan sumber asli).

Penat sajer perisik2 kita bertungkus lumus mempertahankan negara dgn mengorbankan diri dan masa bersama keluarga, dgn mudah saja musuh2 negara memasuki negara ini dgn ada wilayah ini...

kudakepang said...

Saudara KZSO

Tq for the concerned. It is true that of late I have been quoting sources. Cant help it though because they are highly placed informers but with credibility. Anyway i will avoid it whenever and wherever possible.

Tq and salam takzim

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Dalam dunia ini bila sesuatu itu melibatkan 'wang dan harta', perkara yang mustahil pun boleh jadi kenyataan.

2. Sebab duit adalah Tuhan kepada mereka yang tidak beriman atau lemah iman.

3. Dalam perkara ini saya percaya 'kebenaran' akan terserlah juga akhirnya jika ia benar. Begitu juga jika ia hanya fitnah, maka pembuat fitnah juga akan menerima nasibnya.

http://sukj.blogspot.com

HangLipat said...

datuk,

saya berminat dengan tulisan-tulisan datuk,

mengenai sogokan yg dikatakan berlaku dalam kes PBP ini saya berpendapat mungkin berlaku,tetapi ketika kes pembatalan Jambatan Indah dahulu sememangnya ada konco-konco bijak pandai UMNO yg telah kaya hasil dari pembatalan jambatan itu..sogokan tak lain tak bukan dari negara jiran ini juga!

Hasilnya PM kita dapat bersantai dan bermain golf dengan tenang di negara jiran itu..siapa yg mengaut sogokan itu,kita sendiri boleh mengagaknya.

Hang-Jebat said...

Tuan Hamba,
Jika benar bagai dikata, jangan hanya pandai menulis, tunjukkan BUKTI. Pastikan ada individu yang membuat laporan polis. Perlu diingat, seseorang tertuduh belum layak dipanggil penjenayah sebelum mahkamah membuktikannya. Jika tidak, takut ia berupa FITNAH. Masya-Allah.
Jika Hindraf dikatakan satu konspirasi, mohon hamba cadangkan satu Suruhanjaya di-Raja untuk menyiasat. Juga The Toyol Code, semuanya memerlukan bukti dan saksi. Kemudian dibicarakan di mahkamah keadilan. Biar terbongkar, seperti buku Dalil Kenapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM. Akhirnya terbukti di mahkamah, ex-TPM itu menyalahgunakan kuasa.
Atau ini hanya gerakan lembut Tuan Hamba untuk menjatuhkan PM. Ternyata, ia masih tidak berjaya. Jadi, bilakah agaknya gerakan kasar akan berlaku.
BERANI GAGAL.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron dihurmati!

Ada masanya kon rasa boleh jadi juga kerana di negara yang kaya dengan korupsi amalan itu mustahil tidak berlaku.

Dari jeti ke Inderagiri,
Batu Balai tujuan rasa;
Apalah jati kepada diri,
Ringgit bernilai mertabat kuasa.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

ibnu a rahman said...

Assalamualaikum Datuk,
saya terpanggil memberikan fakta bagaimana Pu Batu Putih TERGADAI!. dalam tahun 1975, Malaysia telah menggariskan sempadan maritim dan memajukan PETA SEMPADAN tersebut ke UN untuk penegetahuan Dunia. Semua Negara2 yg meratifikasi Undang2 Laut UN "UNCLOS" berbuat demikian termasuk Singapura. BAGAIMANAkah PETA menunjukkan TUNTUTAN kita yg sepenting ini TIDAK dijadikan bahan bukti di- ICJ?. Saya teringat sebaik keputusan ICJ menyebelahi Spura, barulah Brig Gen Lee bersedia memulakan perbincangan pembangunan WPI seolah-olah ada sesuatu 'trade off' Pemimpin2 Mal-Sin sebelum itu!. Perbincangan mengenai isu Pu Batu Putih MESTI DITERUSKAN, kerana kita bukan hanya kehilangan sebuah pulau kecil, tetapi HAKIKATNYA kita telah HILANG KEDAULATAN perairan lebih 70 bt persegi termasuk LALUAN KAPAL2 keluar masuk ke Spura dari Laut Cina Selatan. Kita telah hilang KUASA STRATEGIK mengawal kapal2 dlm peperangan. DiPulau inilah nanti didirikan SISTEM PERTAHANAN Spura yg canggih yg bakal MENGGUGAT pertahanan UDARA dan Maritim MALAYSIA!. Tolong Datuk Teruskan perbincangan isu yg MENYAYAT HATI kita ini!!!!.

ibnu a rahman said...

Sepanjang pentadbiran PM semasa, kelihatannya KHAZANAH begitu menganak-emaskan Temasek Hldg dlm pengambilan saham2 Syarikat2 Industri strategik Malaysia. Dalam tempoh yg sama juga, Pemimpin2 Tinggi Singapura dijemput berunding bersama dalam pembangunan WPI. Dalam semua perbincangan dua-hala, Spura PASTINYA menyentuh aspek ruang udara dan air YG PENTING bagi Pertahanan Negaranya. KEDUDUKAN Pu Batu Pisang dan Batu Putih AMAT STRATEGIK bagi SISTEM Amaran Awal dlm Pertahanan Singapura yg sanggup membayar berapa saja harganya bagi mendapatkan keduanya, HATTA SEDIA BERPERANG untuk keduanya. Rakyat perlu waspada keatas SIKAP Pemimpin2 KITA SENDIRI!!.

Syahir the Owl said...

Jika benar, ini merupakan suatu pengkhianatan kepada tanah air kita. Saya harap agar PDRM dan MIO bertindak! Mari kita pakat2 jaga kepentingan negara! -www.gunungraya.blogspot.com

NGINAP SRENGENGE said...

Dato',

saya nak memberi pesan : Pemberi dan penerima rasuah , kedua2nya akan dihumban keneraka......nauzubillah.

Awat depa tak takut ke ? Pernah tak depa dengar NERAKA ?

politica said...

Batu Puteh Strategik Kepada Singapura

Sama ada wujud ganjaran atau tidak, kedaulatan Malaysia memang sudah tergadai menerusi keputusan ICJ terhadap kes Pulau Batu Puteh.

Kalau kerajaan Abdullah memang serius mengenai hal ini tentunya dia bermati-matian melobi semua pihak terbabit untuk memenangi kes tersebut.

Tetapi, sebab kerajaan Abdullah sambil lewa, Pulau Batu Puteh pun tergadai. Implikasinya cukup luas. Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan sempadan perairan Singapura kini jadi lebih jauh.

Ini bermakna Singapura Petroleum Company kini mempunyai peluang menikmati sebahagian daripada rizab minyak dan gas yang terdapat di pelantar benua Laut China Selatan.

Ini juga bermakna kawasan tangkapan ikan untuk nelayan pantai Malaysia jadi semakin singkat dan sempit. Kalau begitu, pendapatan mereka juga makin berkurangan.

Seterusnya, Pulau Batu Puteh akan jadi pintu kawalan Singapura bagi kapal yang masuk ke Selat Teberau daripada arah timur.

Walaupun suatu hari nanti projek Jambatan Bengkok mungkin dibina semula dan Selat Teberau jadi laluan kapal antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan Pelabuhan Pasir Gudang, Pulau Batu Puteh akan menyebabkan laluan itu tidak lagi strategik kepada Malaysia sepeti sebelumnya.

Apa pun, Pulau Batu Puteh memang strategik. Singapura pasti sanggup bergolok dan bergadai untuk mendapatkannya. Pulangan yang diperolehi daripada kedaulatan Singapura ke atas pulau itu tidak ternilai harganya.

Anehnya, kenapa kepimpinan Abdullah tidak menyedari hal-hal strategik seperti ini. Atau, mungkinkah hal-hal ini memang sengaja tidak dihiraukan langsung oleh kepimpinan Abdullah?

utohkacil said...

Siapa kah 'sekumpulan individu Malaysia' itu?

Boleh sesiapa beri 'clue' atau 'hint' siapa mereka itu?

Kita rakyat biasa apa boleh buat?

Sedangkan para pemimpin kita tidak pernah bersuara langsung tentang perkara ini.

Para pemimpin buat sa olah2 tidak ada apa2 yg berlaku. Pada mereka kehilangan PBP itu sama macam kehilangan duit 10 sen sahaja,
Kita hanya boleh lihat dan dengar saja. Lain dari itu berbincang dari pagi hingga malam.

HangLipat said...

Datuk,

Saya mencadangkan selain kita berbincang mengenai hala tuju hubungan luar Malaysia-Singapura,apa kata datuk buka satu tread "Perkara-perkara yang Mungkin Berlaku Pada PAU Ini"

Mungkin menarik

hanya cadangan.Terima Kasih

entah said...

Datuk, daripada manakah sumber maklumat ini dan siapakah yang dimaksudkan sebagai sekumpulan individu itu? Jika ia benar-benar berlaku, adakah ia sesuatu yang salah? Sekiranya salah, kenapa tiada tindakan yang diambil? Dalam apa jua keadaan pun, saya tidak fikir kerajaan patut dipersalahkan atas perbuatan, sekumpulan individu, sekiranya ia benar-benar berlaku.

idiopathic idiot said...

berapa nilai kedaulatan negara?....

tak ternilai buat rakyat...
tak bernilai buat paklah n co...