Friday, June 13, 2008

ISU PERALIHAN KUASA CUMA SATU MUSLIHAT?

Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang gentleman. Beliau tidak pernah kelihatan agresif dalam mencarta serta mencaturkan kerjaya politiknya. Apatah lagi bertindak menongkah arus atau membelah badai dalam siasah.

Lantaran itulah Najib sentiasa berandaian bahawa majoriti insan lain juga mungkin berwatak sepertinya - bersikap dan bertindak gentleman serta bijaksana membaca apa jua mesej yang terhurai secara bersurat atau tersirat disebalik sesuatu perkembangan siasah negara.

Perwatakan Najib ini menyebabkan sebilangan besar warga UMNO mutakhir jadi resah gelisah. Mereka mahukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tampuk kepimpinan parti dan negara kepada Najib dengan seberapa segera. Tetapi, Najib pula seolah-olah terus bersuara dan bertindak mengikut rentak irama Abdullah yang nampaknya penuh muslihat berjuta rahsia.

Kebelakangan ini, Najib dikatakan bertindak dan bersuara sedemikian rupa kerana beliau mengharapkan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada dirinya dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.

Setelah dirisik dan diselidik daripada pelbagai sumber, apa yang dimaksudkan oleh Najib seperti di atas adalah, peralihan kuasa dalam UMNO wajarlah dilaksanakan seperti proses peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman Putra kepada Tun Razak Hussein, daripada Tun Hussein Onn kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, dan daripada Mahathir kepada Abdullah.

Ini bermakna, Najib dipercayai mahukan satu proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada dirinya dilaksanakan secara ikhlas, jujur, tersusun, jelas dan tanpa campur tangan pihak-pihak di sekeliling Abdullah.

Ini juga bermaksud, Najib dipercayai mengharapkan peralihan kuasa itu mempunyai tempoh waktu yang tetap, tepat, khusus dan tertentu, di mana beliau diberikan peluang percubaan yang sewajarnya.

Model Mahathir-Abdullah

Pendek kata, model peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Abdullah dipercayai adalah contoh yang paling terdekat di hati Najib dan yang paling segar dalam ingatan seluruh warga UMNO.

Menurut model ini, Mahathir yang mengumumkan persaraannya daripada UMNO dan kerajaan pada 19 Jun 2002, hanya menyerahkan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang sebenarnya kepada Abdullah pada 30 November 2003.

Di antara tempoh pengumuman persaraan dan penyerahan kuasa sebenarnya, Mahathir terus bekerja dan bekerja tanpa renti, baik di dalam negara atau di seberang laut.

Oleh itu, jika model Mahathir-Abdullah inilah yang diharap-harapkan oleh Najib, pastinya beliau amat kecewa bila pada 6 April 2008, Abdullah menyatakan bahawa beliau “memilih Najib sebagai penggantinya,” tetapi tidak pula ditegaskan bila waktunya dan bagaimana pula caranya.

Menurut pelbagai laporan akhbar tempatan, sewaktu berucap dalam satu pertemuan tertutup di hadapan 1000 orang kepimpinan UMNO akar umbi, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada 6 April 2008, Abdullah hanya menyatakan bahawa “Najib adalah penggantinya sebagai Presiden UMNO dan antara mereka tidak pernah ada masalah.”

Pada 7 April 2008, selepas menemui pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Sabah di Kota Kinabalu, Abdullah ditanya oleh pihak media “sama ada beliau ada memikirkan tarikh untuk bersara selepas menamakan Najib sebagai penggantinya.” Menurut Utusan Malaysia, Abdullah memberikan jawapan seperti berikut:

“Saya tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya. Sudah tentu tidak. Saya tidak akan memegang jawatan lebih lama daripada yang sepatutnya. Saya akan bersara satu hari nanti, tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.”

Tempoh Khusus

Jawapan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang belum dan mungkin tidak akan memberikan satu tempoh waktu yang khusus, jelas, khusus dan tepat, terhadap persoalan bilakah beliau akan menyerahkan tampuk kekuasaan kerajaan dan UMNO kepada Najib.

Kenyataan di atas juga menggambarkan bahawa proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib tidaklah seperti yang dikatakan dicita-citakan oleh Najib - dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.

Biarpun begitu, Najib tetap tenang dan tetap gentleman. Pada 7 April 2008, beliau berkata bahawa dirinya tetap “berterima kasih dan menghargai kepercayaan Abdullah yang menamakan beliau sebagai penggantinya untuk jawatan Perdana Menteri.”

Najib juga menyatakan bahawa “sebelum ini pendirian Perdana Menteri itu telah dizahirkan secara tertutup” kepada dirinya dan beberapa anggota kerajaan. Tetapi, hanya pada 6 April 2008, baru pertama kali Abdullah menghebahkannya secara terbuka.

Jika begitu hakikatnya, mengapakah pada 6 April 2008, Najib dilaporkan oleh beberapa media perdana sebagai “enggan mengulas apabila ditanya kenyataan Abdullah yang berharap Najib akan menggantikannya bagi menerajui negara ini” seperti ditegaskan dalam perenggan di atas?

Tidakkah ini agak ironis? Atau, mungkinkah terdapat sesuatu yang menghalang Najib, walaupun secara gentleman, untuk menyuarakan isi hatinya yang sebenar pada ketika ini?

Bagaimanapun, isi hati sebenar Najib mungkin tersirat di sebalik kenyataan beliau pada 3 April 2008. Ketika itu, Najib ditanya oleh media tempatan, “apakah UMNO kini memerlukan perubahan besar-besaran?” Najib menjawab bahawa “sebarang tindakan bergantung kepada kehendak dan suara ahli. Suara ramai dalam parti yang akan menentukan hala tuju dan masa depan parti.”

Suara Ramai

Hakikatnya mungkin begitu kerana Najib memang insaf bahawa keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 adalah sebahagian daripada “suara ramai” rakyat jelata, termasuk warga UMNO, yang mahukan Abdullah mengosongkan kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas PRU berkenaan.

Oleh itu, seluruh pemimpin UMNO wajarlah mampu membaca serta menganalisa isi hati Najib yang sebenar-benarnya mutakhir ini. Janganlah bertindak seperti apa yang dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Dalam satu kenyataannya pada 2 April 2008, dan disiarkan dalam Utusan Malaysia 3 April 2008, Shahiruddin dipetik sebagai berkata bahawa “ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) perlu berani menegur Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, jika mahu melihat UMNO pulih semula dan bukannya berpura-pura memberikan sokongan yang akhirnya membawa rebah.”

Shahiruddin dilaporkan sebagai membuat kenyataan di atas “kerana beberapa tindakan yang diambil ahli-ahli MT parti ketika ini sudah lari daripada masalah sebenar bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Isu sebenar ialah UMNO gagal mempertahankan kekuasaan yang dimiliki selama ini dan menjadi tugas MT parti untuk menarik kembali sokongan semua kaum, khususnya orang Melayu, untuk menyokong UMNO. Ahli-ahli MT UMNO harus jujur, berani memberikan pandangan yang ikhlas dan benar kepada pucuk pimpinan parti.”

Pada waktu yang sama, seluruh pemimpin dan warga UMNO juga perlu menghalusi kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 3 April 2008, dan dilaporkan oleh Utusan Malaysia 4 April 2008, seperti berikut:

UMNO mengakui salah satu kelemahan yang menyumbang terhadap prestasi kurang memuaskan parti pada PRU 12 adalah faktor kepimpinan. Sebab itu kepimpinan yang kuat memang amat diperlukan oleh semua parti politik dan UMNO juga tidak terkecuali. Dengan kepimpinan yang kuat, ia akan melicinkan parti untuk bergerak ke hadapan dengan baik di samping mampu menambat keyakinan rakyat.

Apabila ditanya apakah Abdullah boleh ditakrifkan sebagai mempunyai kepimpinan yang kuat, Muhyiddin berkata bahawa beliau “rasa tak perlu menjawab soalan tersebut.’’ Apabila ditanya, apakah desakan-desakan yang meminta Abdullah berundur boleh menggambarkan wujudnya krisis di dalam UMNO kini, Muhyiddin berkata, ‘‘saya hendak kata, ia bukan satu krisis yang besar. Tapi, ia boleh menjadi satu krisis yang besar sekiranya tidak diuruskan dengan baik.”

Mala Petaka

Muhyiddin juga berkata, pandangan pemimpin veteran, Tan Sri Mohamed Rahmat, bahawa UMNO kini hampir hilang kuasa, memang baik dan seharusnya perlu untuk berperasaan sebegitu. Jika Melayu tidak peka atau menganggap keputusan PRU yang lalu sebagai perkara biasa, maka ia jelas satu perbuatan yang lalai. Apabila lalai, ia akan membawa mala petaka dan bencana yang lebih besar. Jadi eloklah ada peringatan seumpama itu. Lebih penting, bukan sahaja peringatan, tetapi apa yang perlu dilakukan. Jadi kesedaran telah ada dan oleh itu sesuatu segera perlu dibuat kerana jika tidak, Nauzzubillah, ada benda yang buruk akan berlaku kepada orang Melayu.

Maka terserahlah kepada seluruh pemimpin dan warga UMNO di segenap peringkat, di seluruh negara, untuk memperincikan seluruh hakikat di atas dan kemudiannya membuat keputusan yang sesuai dengan “suara ramai” seperti yang ditegaskan oleh Najib, yang “tidak berpura-pura” seperti yang disuarakan oleh Shahiruddin, dan untuk mengelakkan sesuatu yang buruk yang mungkin “akan berlaku kepada orang Melayu” seperti dihuraikan oleh Muhyiddin.

Latarbelakang utama kepada keputusan yang dibuat kelak adalah, Abdullah sudah menghebahkan bahawa beliau akan melaksanakan peralihan kuasa kepada Najib. Tetapi, Abdullah seolah-olah menghebahkan kenyataan itu semata-mata sebagai satu muslihat yang penuh berjuta rahsia.

Sebab itulah Abdullah tidak menarik balik kenyataannya bahawa beliau akan terus mengekalkan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti hujung 2008 ini. Sebab itulah juga Abdullah hanya menyatakan di Kota Kinabalu pada Pada 7 April 2008, bahawa beliau “tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya” dan beliau “akan bersara satu hari nanti tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.”

Dan, paksi persoalan kepada keputusan yang mungkin diambil adalah, wajar atau tidak seluruh pemimpin dan warga UMNO, di semua peringkat dan di seluruh negara, dengan segera bertanya secara rasmi kepada Abdullah, bilakah tempoh waktu yang jelas, tepat, khusus dan pasti, untuk beliau melaksanakan proses peralihan kuasa kerajaan dan UMNO kepada Najib.

Atau, wajar atau tidak - demi agama, bangsa dan tanahair - sewaktu UMNO seolah-olah berada dalam keadaan darurat ketika ini, seluruh pemimpin dan warga UMNO memujuk Abdullah dengan penuh hemah dan budibahasa, supaya beliau mengundurkan diri daripada persada kekuasaan dan kepimpinan kerajaan dan UMNO, dalam tempoh terdekat ini?

Akhir sekali, jika seluruh keputusan dan tindakan yang mungkin akan diambil oleh pemimpin dan warga UMNO, gagal untuk menginsafkan Abdullah terhadap realiti siasah semasa, fikir-fikirkanlah, mungkinkah seluruh gembar-gembor mengenai peralihan kuasa kepada Najib kebelakangan ini memang hanya satu muslihat yang penuh berjuta rahsia? Dalam keadaan sedemikian, fikir-fikirkanlah keputusan dan tindakan selanjutnya, secara ikhlas, jujur, tegas dan berani, demi agama, bangsa dan tanahair.

27 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Assalamualaikum Dato',

Maaf saya tidak dapat menerima idea Dato' mengenai penganti Pak Lah iaiutu Najib. Bagi saya, bagi rakyat marhain, kedudukan Najib di mata rakyat sama tarafnya dengan kedudukan Pak Lah. Ketidakpuashatian terus akan berlaku. Rakyat melihat bukan Najib yang memerintah sebaliknya Rosmah. Kalau bakal Perdana Menteri dari orang UMNO sekarang saya rasa rakyat lebih suka Tengku Razaleigh Hamzah atau Muhyiddin Yassin.

Salam.

Kamalkamal said...

Datuk,

Datuk Najib amat berhati-hati dalam menanggani situasi sekarang. Sejarah telah membuktikan tiga oleh Timbalan Perdana Menteri tersungkur di zaman Tun Dr. Mahathir.

Ketika ini hanya beberapa pembesar UMNO yang berani bersuara secara terbuka. Kebanyakan pembesar UMNO lainnya meneruskan tradisi mencium tangan PM, terutama yang dilantik memenuhi porfolio kementerian.

Belum nampak perubahan drastik dikalangan pembesar UMNO yang mahukan Datuk Abdullah Ahmad Badawi mengosongkan kerusinya. Kalau pembesar UMNO masih lagi besikap begini, tentunya ahli UMNO yang berjumlah lebih tiga juta juga akan terus membisu.

Sekarang ini Pakatan Rakyat sibuk hendak berdemontrasi kerana kenaikan harga minyak, apakata kalau seluruh warga UMNO yang melebihi tiga juta juga berdemontrasi meminta Datuk Abdullah turun taktha sebelum lebih banyak kerosakan yang akan beliau lakukan di bumi Malaysia ini.

Rohayudin said...

Saya hanyalah rakyat biasa keturunan Melayu. Bukan orang politik tetapi perlukah pemimpin kita atau orang politik baik dari pihak kerajaan and pembangkang memainkan sandiwara terlampau didalam setiap halatuju politik negara. Demi bangsa, ugama dan negara dimanakah batasan itu agar masadepan kita tidak punah hanya kerana keegoan, perasaan pentingkan diri sendiri dan ketidakjujuran?

WHATEVER said...

bro,

najib can be acccepted if he derails himself from paklah's political frame.

selagi dia masih berkiblatkan cara paklah, dia juga akan hanyut...

* ainul AB * said...

Assalamualaikum Datuk Ron,

Saya berpendirian, peralihan kuasa perlu dilakukan dgn segera memandangkan rakyat Malaysia sudah tiada 'trust' lagi dgn kepimpinan Pak Lah. Kata2 Pak Lah memang teramat samar tetapi lebih kepada masih gilakan kuasa.

Diharap Pak Lah berundur dgn segera. Saya tidaklah melihat DS Najib sebagai 'hero' tetapi di kala ini, Pak Lah mesti melepaskan dinastinya. Rakyat Malaysia teramat kepingin & mengidam utk melihat Pak Lah letak jawatan tanpa mengira siapapun penggantinya. Cuma diharap, bakal pengganti Pak Lah mampu menerajui Malaysia dgn baik, ikhlas & demi anak bangsa.

Cuma masalahnya, terlalu ramai warga UMNO yg mahukan Pak Lah turun takhta tetapi 'depan cakap lain, belakang cakap lain'. Mungkin sebab faktor periuk nasi kot. Terutama pemimpin tertinggi.

Jika diteliti, fenomena 'ampu' hanya akan merosakkan anak bangsa & memusnahkan tanah Melayu. Yang diatas akan terus 'perasan bagus'. Yang dibawah juga merana... kerana rakyat biasa tidak mampu berbuat apa2... seperti saya.

Kata Hang Tuah - Takkan Melayu hilang di dunia. InsyaAllah.

Wassalam.

mat_terab said...

NAJIB KE PAK LAH KER SAMA JER...2X5
SELAGI KERAJAAN BARANG NAIK (BN) MEMERINTAH, RAKYAT TETAP MERANA JALAN TERBAIK ADALAH TUKAR KERAJAAN PAKATAN RAKYAT LAGI SENANG, TAHUN NI MINYAK TIDAK NAIK LAGI TAHUN DEPAN AKAN NAIK JUGA TAHUN NI BUKAN NYA LAMA HANYA TINGGAL 6 BULAN SAJA TUNGGU LAH 6 BULAN LAGI MINYAK AKAN NAIK LAGI KALAU KERAJAAN BARANG NAIK TERUS MEMERINTAH.......

SCaReFaCe said...

Salam dato,
Tukar jer kerajaan yg ada...apa masalah yer...kalu negara lain...bukan setakat UMNO akan pupus...habok pun org akan sapu buang tong sampah

SCaReFaCe said...

Salam Dato..
Boleh ker sapa2 tolong siarkan senarai harga semasa minyak petrol & diesel utk seluruh negara didunia ni... 1 liter = RM?
Macam Brunei, Thailand, Singapura, Arab Saudi, Iran ,Iraq, Kuweit, Venezuela, China, India, America, Indonesia...jgn jadi bodoh macam kerajaan BN..suruh bandingkan dengan Thailand..Singapura..macam bodoh jer...nak muntah dah aku tengok perangai bodoh BN ni.

MMcrossings said...

Sejuta rahsia?...

Rahsianya Pak Lah mungkin nak serah jawatannya kepada "PM in waiting" and that is not Najib.

Najib / Muhyiddin will have to act fast, or that "PM in waiting" is no longer waiting comes September2008

baru checkmate

Fikir Tajam said...

Salam Datuk Ron,

Percaturan DS Najib ternyata silap. Tidaklah semudah itu Abdullah akan meletakkan jawatan. Melakukan peralihan kuasa dalam jangkamasa terdekat ini bagi Abdullah bermakna membunuh karier politik sendiri, menimbus pasir ke periuk nasi KJ dan Kamaluddin. Malah membahayakan diri sendiri lantaran terlalu banyak kebobrokan yg dilakukan beliau hingga tahap tidak dapat diterima sama sekali oleh Rakyat seperti tergadainya WPI pada Singapura (barangkali tak sampai 50 tahun pun WPI akan menjadi Segenting Gaza). Percayalah hakikat bahawa Singapura adalah sekutu Zionis yg tak akan berpuas hati selagi tiodak dapat menguasai tanah besar Semenanjung. Hairan sungguh bangsa Melayu hanya demi survival politik sanggup melacurkan nasib anak bangsa di hari muka. Ironinya Michael Chang sendiri faham lagi mengerti betapa peranan Zionis dalam menjayakan impian Singapura. Lihat saja kes Batu Puteh yg buat kita semua berputih mata. Layarilah: www.fastforward.com

DS Najib ternyata terperangkap dengan permainan janji kosong lagi palsu Abdullah. Jawapan spontan beliau untuk melakukan peralihan kuasa hanyalah buat meredakan seketika kemarahan Rakyat khususnya ahli-ahli UMNO yg mahukan beliau meletak jawatan dan bertanggungjawab terhadap kekalahan memalukan pada PU12 yg lalu. Ianya adalah logik mudah. Lihat saja bagaimana tatkala harga barang naik melambung termasuk barangan paling asas seperti beras, diburukkan lagi dengan kenaikan membuta tuli membabi buta harga bahan api sekonyongnya Abdullah melancarkan satu demi satu jawatankuasa yg mana akhirnya tidak membuahkan apa-apa.

Hanya cakap-cakap saja. Majlis Harga lah, itu lah ini lah tak ubah bagai penubuhan satu demi satu Suruhanjaya DiRaja yg hanya memuaskan nafsu serakah dan memenuhi kehendak Lim Kit Siang dan DAP.

DS Najib gagal menterjemahkan kepimpinan sebenar yg BERTANGGUNGJAWAB, BIJAK, BERFIKIRAN JAUH, BERANI MENGHADAPI RISIKO, TANGKAS, CERGAS, DAN ENERGETIK tatkala Rakyat dilanda bebanan hidup dan himpitan kos sara diri/keluarga yg semakin GANAS, KEJAM, TIDAK RASIONAL, TAK MENENTU, GILA-GILA oleh Abdullah dan Kabinet Malaysia yg bersifat OKU! Saat mencabar, getir, dan mendesak sudah pasti memerlukan seorang pemimpin dan barisan kepimpinan yg cerdas dan tangkas pula. Berani menyuarakan isi hati akar umbi biarpun memakan diri!

Gaya politik berhemah yg disajikan DS Najib..yg dibangga-banggakan oleh beliau itu ternyata ibarat senjata makan tuan. Yg akhirnya DS Najib akan tertinggal tidak relevan dan terus dilupakan lantaran Rakyat telah menemui seorang pemimpin baru yg berani lagi bertanggungjawab. Tengku Razali dan Muhyiddin serta Dr Rais Yatim barangkali memenuhi kriteria ini.

Waktu itu DS Najib menangis sendiri lalu ada baiknya mendengar alunan lagu sendiri oleh Jamal Abdillah itu.

Kabinet Malaysia bagaikan meneraju sebuah kerajaan purba atau barangkali sedikit baik disamakan dengan kerajaan di zaman awal 60an dulu. Tatkala Kabinet Korea Selatan dengan penuh integriti dan responsibiliti mengumumkan lankah meletak jawatan/membubar kabinet walau hanya atas isu import daging lembu USA sebaliknya para Menteri di Malaysia ini di negara LEMBAM INI (semenjak diterajui Abdullah) terus megah ke hulu ke hilir dengan kenderaan Kerajaan yg minyaknya diisi oleh perut Rakyat yg diikat terik sekali!

Berkenaan Abdullah pula masihkah ingat akan permainan kata-kata oleh beliau. Jika beliau menafikan sesuatu (seperti hubungan dengan Jean Danker dan minyak tidak akan dinaikkan hingga Ogos) maknanya ia SEBENARNYA BETUL. Betul-betul berlaku. Ini betul-betul. Bukan dugaan.

Sebaliknya jika Abdullah mengatakan/mengiyakan sesuatu perkara malah dengan megah dan mendabik dada (seperti ahli UMNO akar umbi memberi sokongan padu kepada beliau, BN akan menang besar pada PU12) ternyata adalah SEBALIKNYA!

Lawak apa mahu diberikan nama?

BENCANA DI TANGAN ABDULLAH (semenjak meneraju Malaysia 4+ tahun):

1. Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura. Malaysia hanya dapat batu dua bijik (sila lihat www.kickdefella.wordpress.com)

2. MV Augusta dilelong pada harga 1 Euro.

3. Saham TM dan TNB mula dikuasai oleh Temasek.

4. Jambatan Bengkok (Scenic Bridge) di wilayah sendiri dibatalkan hanya kerana digertak oleh Wong Kang Seng, Menteri Dalam Negeri Singapura dan kecewa teramat sangat kerana tidak dapat menjual bilion metrik padu pasir kepada Singapura.

5. Kompleks CIQ menjadi Gajah Putih.

6. Harga air mentah tidak pernah walau sekali pun dibincangkan dengan Singapura.

7. HINDRAF menyalak di jalanraya. Momorandum menyirapkan Melayu. Menghina Raja, mencabar Melayu malah menfitnah negara melakukan ethnic cleansing. Komuniti Tamil Malaysia mengaut untung besar.

8. Biasiswa JPA untuk bukan bumiputera diperuntukkan 45%. Tahniah Samy Vellu. Anda berjaya perdayakan Nazri Aziz yg bangang itu (dulu Theresa Kok bahlolkan dia pasal adegan ketuk ketampi bogel).

9. ECM Libra menelan Capital Avenue (Ular lidi telan ular sawa – tanyalah Sang Kelembai).

10. 5 negeri (kaya) + 1 WP lesap: Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

11. Wang royalti minyak Terengganu dilacurkan oleh Abdullah kepada bapak ayam bernama Patrick Lim di Monsoon Cup.

12. Islam Hadhari mengelirukan malah memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.

13. Memorandum 10 Menteri Bukan Islam kepada PM Abdullah yg mempersoalkan kebebasan beragama di Malaysia dan menidakkan Islam dan penganutnya.

14. Harga beras naik melambung (Tak pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara – zaman pemerintahan Jepun dulu adalah).

15. Kenaikan harga bahanapi dan gas memasak yg terlampau tinggi menekan hidup rakyat.

16. Peningkatan harga barangan keperluan asas dan kos sara hidup yg semakin menghimpit Rakyat.

17. Menghina pemimpin Negarawan Disanjungi Rakyat, tun Dr Mahathir secara terbuka di khalayak ramai malah tergamak ‘mengibliskan beliau”.

18. Mencabar rakyat dengan penuh BONGKAK dan ANGKUH mengatakan’ “Saya pantang dicabar!”. Nah! Ambik kau 5 + 1 lesap.

19. Menyalak saban waktu Islam Hadhari yg begitu idealis sekali dipaparkan. Cukup molek, harmonis malah bagaikan mengetengahkan doktrin baru mengurus manusia dan alam walhal telah tersurat dalam Al-Quran nul Karim segala perincian bagaimana mengurus bumi, manusia dan segala isinya dengan penuh hemah dan tanggungjawab. Sekonyongnya gambar beliau (bukan super impose brader) raba bahu Michelle Yeoh terpampang di laman web Monsoon Cup yg kemudiannya dipadamkan setelah kecoh satu Malaya. Tapi masih terpampang di dada http://tunkuaisha.blogspot.com

20. Berpoya-poya, merangkul pinggang Michelle Yeoh dalam majlis penuh arak dan muzik jazz di mana pemuziknya di import khas dari Amerika semasa merayakan Soiree Ulangtahun 50 Tahun Merdeka di Seri Perdana. Teryata bercanggah sekali dengan bait-bait puisi Mencari Damai Abadi yg sebenarnya Abdullah menipu diri sendiri apatah lagi Rakyat.

21. Pengkhianat negara Kalimullah yg gagal tapisan sewaktu diselidiki oleh SB untuk menjadi Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba dijulang di NST memutarbelit fakta, menghina negarawan tercinta YAB Tun Dr Mahathir malah dianugerahkan pingat kemuliaan di sambutan Hari Keputeraan DYMM YDP Agong.

22. , 23. , 24, …1001 akan menyusul nanti. Siap kau Dolah!

Sutera Timur said...

Assallamualaikum...Dato'

Saya amat setuju dgn pendapat FIKIR TAJAM mengenai situasi politik pada hari ini yg ditunjukan oleh AAB,malah kadg kala saya tidak pernah dpt baygkan seorang yg kononnya mempunyai ilmu agama yg tinggi akan mempunyai corak pemerintahan yg cacar marba dan celaru sekali.Saya rasa Malaysia tidak dapat menerima corak pemerintahan yg kononnya Islam tetapi apa yg ditonjolkan amat bertentangan dgn dasarnya dan perbuatannya. Jangan lah perbodoh dan anggap perbuatan yg dilakukan tidak akan diketahui rakyat,malah ada penyokong umno yg terpaksa menangis bila gambar-gambar meraba dijadikan bahan untuk berkempen oleh pembgkg krn terkejut dan kecewa dgn apa yg mereka lihat...dan banyak lagi kalau hendak diperkatakan .....Cukuplah apa yg dah berlaku .Rakyat dah fedup dgn sandiwara ini. Wahai Pemimpin-yg budiman hentikanlah sandiwara ini rakyat dah muak dan bosan dgn kerenah yg tidak prihatin dan membela nasib rakyat ini.Kalau dah tak mampu mentadbir serah saja pd pemimpin lain......

pemerhati said...

Assalamualaikum Dato'

Izin saya mencelah utarakan pandangan menyentuh pekara ini. Pak Lah tidak menyerahkan kepimpinan kepada Najib atau pun Muhyiddin kerana sumber terkini memberitahu sebentar tadi. Pengesahan sumber di perakui peringkat antarabangsa. Kepada Najib dan Muhyiddin perlu bangkit segera sekira ingin teruskan perjuangan agenda melayu.

Mohon maaf terpaksa dedahkan pekara ini kepada umum demi maruah perjuangan bangsa dan negara.

Salam Perjuangan Anak Johor

abghalim said...

Dato...

Selepas Najib dan Anwar.... Mungkin saudara KJ yang akan berkuasa.Satu strategi yang licik dari KJ bermain kayu tiga.Mukris Mahathir lambat bertindak....

pakyeop said...

salam dato'

Teman rasa peralihan kuasa tidak akan berjalan dgn lancar seperti yang dikatakan oleh pak lah. kesediaan dato najib menanti hanyalah ibarat menunggu buah yang dah tua,belum pasti gugurnya kerana masak ranum ataupun dijolok. ada kemungkinan pak lah akan meletakkan jawatan secara drastik apabila terlalu banyak desakan yang dihadapi serta menyerahkan kuasa kepada orang lain bukannya dato najib. sehingga kini masih tiada kepastian malah pak lah sudah biasa dengan keputusan yang berubah-ubah ibarat tiada pendirian. Apa yang pasti semua ahli majlis tertinggi parti perlulah bersedia. biarlah najib dengan penantiannya.keadaan yang sedemikian sedikit sebanyak membuat ahli umno peringkat cawangan berikrar setia kepada pak lah DEMI PARTI UMNO, namun hakikat yang sebenarnya, ahli ahli bawahan yang setia pada umno kian meluat dengan kepimpinan yang sedia ada.
Tolong jangan buat kepala ahli umno berserabut.kami hanya ada kesetiaan pada umno jauh sekali berkepentingan peribadi.

p/s: kepala banyak termasuk yang botak tapi disebabkan ada kepentingan peribadi, semua benda tak jadi.

politica said...

ABDULLAH BERCABANG LIDAH

Waktu ini sapa yang nak percayakan cakap-cakap Abdullah Badawi. Apa yang dia cakap, jual satu sen pun orang tak beli. Hina sungguh-sungguh Abdullah kebelakangan ini.

Ini semua bukan salah rakyat. Ini semua silap dia. Semalam cakap lain, hari ni cakap lain. Dulu cakap tak akan kawin, hari ni dah sah dia kawin lagi. Hari tu, kata harga petrol naik Ogos depan, tiba-tiba dia umum harga minyak dengan mendadak. Bulan lalu dia kata nak serah kuasa negara dan UMNO kepada Najib Razak, hari ni dah ada desas-desus dia nak lantik Syed Hamid Albar jadi penggantinya. Ini semua bukti Abdullah memang lidah bercabang.

Manusia macam ni tak harus lagi pimpin kita semua. Abdullah kena berhenti serta-merta. Habis Abdullah, tamat Khairy. Habis Abdullah, lenyap Kamaluddin. Habis semuanya, lengkup Kalimullah.

Saya bukan apa-apa. Saya cakap macam ini pasal dah tak tahan lagi dengan tebiat dia orang. Kalau dia orang ni semua buat muka sardin sampai Malaysia nak runtuh, saya rayu pihak berkuasa, semua orang ni dikenakan perintah buang negara. Nak sumbat dia orang kat Kemunting pun tak ada guna. Hendak-hendak waktu harga beras pun tinggi melangit.

Tapi kalau Israel Kecil kat selatan tu sudi nak simpan dia orang ni semuanya, ambiklah. Kita bagi percuma bila-bila masa. Kalau semua orang tak sudi nak ambik dia orang ni, kita hantar je dia orang semuanya ke Israel Besar.

Secara serius, saya sudah muak dengan karenah Abdullah, Khairy, Kamaluddin dan Kalimullah. Semalam saya dapat maklumat, Abdullah rupa-rupanya puppet Israel Kecil. Sebab itulah Abdullah langsung tidak hormat kabinetnya sendiri. Kalau dia bukan puppet, tentu dia bincang soal nak naikkan harga minyak dalam mesyuarat kabinet negara. Entah betul entah tidak, katanya kenaikan harga minyak hari ini rupa-rupanya tidak direstui cabinet negara. Si baral dalam kabinet pulaknya endorsed aje keputusan Abdullah the puppet.

Cakap lebih-lebih pun tak guna. Hari ini saya nak tengok macam mana Najib bersilat. Kalau dia terus nak peluk tubuh macam gentleman, kita tinggalkan Najib. Kita tengok macam Muhyiddin Yassin bersilat. Kita tengok hebatnya anak Kiayi Muar ni main silat sendeng dengan tegas dan yakin.

Juraimi Zainal said...

Dato' Ron,

My prediction;

1) Pemilihan UMNO starting next month.. Perlumbaan mmmg dah bermula.. Tg Razaleigh will not get the kuota... Yg lain takkan berani... Najib mungkin lwn Muhyidin or Muhyidin tak berani. So kekallah Pak Lak dan Najib..

2) UMNO semakin lemah dipihak akar umbi... Rakyat dah mmg meluat dgn Pak Lah (barang semakin naik)... Najib spt biasa playsafe..

3) Semua MT akan nyatakan sokongan tak berbelah bagi kat Pak Lah.. Then Pak Lah perasan lagi...

4) Rakyat kata laktak pi ngan hang Pak Lah, yg syok sendiri....

5) Benda2 ni berlarutanlah sehingga berlaku lompatan lah (jika ada).. kalau tak der

6) Sampailah PRU13 (2013).. Kan Pakl Lah "percaya" no favorite dia 13. Najib confident dan sambil tersipu2 malu jer Pak Lah will handover to him...

7) Tapi malangnya apa yg dihandover tu adalah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen...

Baharudin said...

Salam Dato',
Pada hemat saya Najib nampaknya lebih kurang pak lah jugak, flip-flop sama macam bos nya... agak nya buah pe#@& najib dah kena pegang dek menantu pak lah... terpaksa ikut rentak tarian pak lah anak beranak kalau nak survive... nasib Melayulah dapat pemimpin2 yang macam ini!

asalbayu said...

Rasanya di sebalik wajah tenang Najib itu tersembunyi duka lara. Barangkali setiap malam dia sukar melelapkan mata, atau memenuhi masa dengan menangis setiap malam.

Daripada segala rentetan peristiwa semenjak menjelang Pilihan Raya Umum 12 (PRU12)lalu bolehkah segala cakap-cakap Abdullah yang mengatakan penyerahan kuasa itu dipakai?

Andainya Abdullah terus mengamalkan tabiat bercakap dusta yang merupakan salah satu ajaran Islam Hadhari, alamat Najib akan terus berendam air mata kerana impiannya untuk menyandang gelaran Perdana Menteri Malaysia tidak akan jadi kenyataan.

Masakan Abdullah tidak berbuat sesuatu bagi mengukuhkan kedudukan menantunya, Khairy Jamaludin?

Tambahan pula ada pemerhati yang terkesan bahawa Najib juga mengatur agenda bagi memalukan Abdullah semenjak PRU12 di mana majoriti Abdullah merudum. Sementara negeri asal Abdullah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) yang kelihatan kian teguh.

Aduhai malang sungguh nasib BN kerana para pemimpinnya terus bercakaran dan seterusnya bergigit sesama sendiri sejak lebih dua dekad lalu. Sedangkan PR semakin meningkat sokongannya yang bermula semenjak menjelang PRU12 lagi.

Andaian saya ini bukan omong kosong kerana saya adalah salah seorang AJK UMNO yang turut bertugas di tempat pembuangan undi yang majoriti pengundinya berketurunan Cina. Seorang berketurunan Cina dilihat bekerja keras bagi menjamin kemenangan calon ADUN PAS, memakai T Shirt dan menggunakan payung PAS. Lalu calon PAS beroleh kemenangan besar di samping calon Ahli Parlimen dari PKR juga meraih kemenangan yang di luar jangkaan.

Desas-desus yang saya dengar mengapa kalangan pengundi berketurunan Cina dan bukan penganut Islam berkata: "Kita pilih calon PAS kerana mustahil mereka akan berdusta kerana ugama Islam menegah penganutnya berbuat begitu."

Saya jadi terkesima dengan ungkapan itu kerana umat Islam sendiripun mengamalkan dusta sama ada perbuatan atau percakapan.

Seperkara lagi ungkapan yang saya dengar ialah berkaitan dengan Islam Hadhari. Kata beberapa orang yang bukan Islam; "Yang kami tahu Islam hanya satu. Islam Hadhari ni ajaran barukah?"

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk,

Saya amat bersetuju dengan pandangan fikir tajam dan saya juga amat yakin Abdullah tidak akan menyerahka kuasa kepada Najib selagi Khairy tidak mendapat jaminan untuk menjadi PM.

Abdullah ingin memastikan khairy selamat. Samada rakyat dan negara selamat atau tidak itu bukan urusan Abdullah Badawi.

ROY's said...

Datuk,

Najib sebenarnya menolak menjadi PM kerana dia mempunyai pelbagai rekod kelemahan yang boleh dijadikan bahan pihak pembangkang. Ini tidak memungkinkan diri beliau menjadi orang nombor satu malaysia terutama pada saat-saat getir seperti sekarang.

Najib mempunyai 1001 rekod yang panas ditambah pula 2001 rekod isterinya.

Najib tidak akan bertahan kalaupun dia menjadi PM tetapi telahan kuat saya mengatakan peralihan kuaa kepadanya tidak akan terjadi jika Pak Lah menangguhkan sehingga Disember 2008.

Ibnu Ahmad said...

Bukan DS Abdullah saja.. jadikan barat atau jepun sebagi contoh sekurang2nya korea, semua yang berada dalam kabinet sebelum PRU12 mesti bersama lepaskan jawatan, biarkan PM adhoc dilantik sementara new kabinet dibentuk TDM boleh diadhockan atau sapa2 yang dianggap layak.

wira said...

Assalamualaikum Datuk,

Pendapat Datuk itu elok dijadikan rujukan, namun hakikatnya peralihan kepemimpinan sejak dari Perdana Menteri Pertama lagi telah berjalan seperti satu budaya dimana orang orang melayu masih menyanjung ketua seperti pepatah Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah.

Kini orang melayu rata rata lebih pandai berfikir tanpa dipengaruhi kerana tahap ekonomi pribadi bertambah baik disebabkan oleh dasar dasar pemimpin yang lalu.

Rata rata pendapat orang melayu sendiri tidak dapat menerima pengganti pemimpin seperti yang telah diwar warkan. TPM sekarang mungkin mempunyai masalah pribadi yang tidak akan memantapkan kedudukan beliau menjadi PM yang berwibawa. Mungkin keadaan ini akan diambil kesempatan oleh parti lawan yang lain (PKR khususnya mungkin PAS tidak).

Jalan yang paling baik sebagai mempertahankan "Last Bastion" UMNO pilihlah Muhyiddin Yassin yang sesuai dipasangkan dengan Tengku Razaliegh yang masih mempunyai ketokohan sebagai ketua.

Salam.

jojo51 said...

Orang yang tidak mahu berterus terang dan suka berselindung disebalik kata-kata yang samar selalunya mempunyai muslihat tersendiri. Jika Pak Lah benar-benar jujur beliau boleh mengumumkan tarikhnya. Sekadar mengatakan Najib pada suatu hari nanti akan menggantikannya bukan merupakan berita lagi. Bak kata orang itu surat khabar lama. Budak umur 6 tahun pun tahu Najib akan menjadi PM kelak.

Apabila enggan mengumumkan tarikh maknanya tidak ada "urgency" dipihak Pak Lah. Maknanya juga Pak Lah ingin menjadi PM untuk selama mana yang boleh.

Abdul Jalaini said...

Salam Dato',

Sebagaimana kita mengenali PM sekarang ni... kata2nya sudah tidak boleh dipakai lagi.... PENIPU BESOR..... hari ni cakap lain... esok dah jadi lain... hari ni menteri kata lain... esok dia dah umumkan yang lain... MUNAFIK.... terus teranglah kan... kalau najib gantipun... rasanya 2x5 ajer... ada "benda/perkara" yang PM sedang gunakan untuk menutup mulut najib dari bersuara... sebab tu kalau tengok muka najib sekarang ni... macam muka orang senak jer.... dah tak boleh nak percaya lagi dah najib nih.... SAYA SOKONG TAN SRI MUHYIDDIN YASIN sebagai orang yang paling layak memimpin UMNO dan PM Malaysia.... insyaAllah...

lamandau said...

Bolih percayakah janji nak serah jawatan Pak Lah kepada Najib? Saya pasti perkara ini tidak akan terjadi dalam masa terdekat ini. Pak lah will find all the excuses to drag the time frame until the time when the son, SIL, cronies are all fed up of making money,then only he will surrender the post to Najib , of course Malaysia then is going to be drip-dried!!It is difficult for Pak Lah to succumb to pressures because of the encouragements from those solidly behind him ie family & cronies.
If Najib is trying to be nieve and too gentleman, then he will be making a big mistake.During this waiting game for Najib , a third party will be taking the opportunity to oust Pak Lah , leaving Najib out ,licking his fingers!!!
Some political pundits observed that the present condition and situation for Najib and TS Muhyiddin to strike is very favorable. Its now or forever live to be regreted .

Berita dari gunung said...

Kalau PM mahu pegang jawatan lebih lama, kita boleh faham.

Ada dua sebab, pertama kalau PM rasakan beliau sangat layak dan mahu menyumbang sebanyak dan selama mungkin.

Keduanya sebab gesaan dari penyokong-penyokong hard-core. Istilah umum ialah "orang keliling". Orang keliling begitulah biasanya, mahu mengaut sebanyak mungkin. Itu lumrah.

Saya selesa dengan sebab KEDUA kenapa PM segan berundur, walau pandangan umum adalah sebaliknya.

gorilagila said...

Dato',

In my opinion, sikap Najib yang macam rilek sangat ni buat orang nampak die sama ngan Pak Lah. Dengan situasi politik skarang, it is important for us to have a strong and strict leader, macam Tan Sri Muhyiddin. Ape-ape pon, ape yang akan jadi kat UMNO adalah 100% kat tangan ahli2, orang luar boleh komen je