TUBUH NGO PULAU BATU PUTIH
SOKONG DYMM SULTAN JOHOR
Ramai sahabat kuda-kepang mengutarakan pendapat supaya ditubuhkan satu badan bukan kerajaan (NGO) khusus mengenai kedaulatan negara, khususnya bagi mendukung cita-cita DYMM Baginda Sultan Johor untuk mendapatkan semula kedaulatan Pulau Batu Putih daripada Singapura di hari muka. Apakah pandangan anda semua? Apa pendapat Datuk Hassan Ahmad dari Persatuan Sejarah? Apa pendapat Persatuan Bekas Perajurit Johor? Bolehkah mulakan usaha ini menerusi penganjuran satu forum mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih di waktu terdekat ini?
Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com
SOKONG DYMM SULTAN JOHOR
Ramai sahabat kuda-kepang mengutarakan pendapat supaya ditubuhkan satu badan bukan kerajaan (NGO) khusus mengenai kedaulatan negara, khususnya bagi mendukung cita-cita DYMM Baginda Sultan Johor untuk mendapatkan semula kedaulatan Pulau Batu Putih daripada Singapura di hari muka. Apakah pandangan anda semua? Apa pendapat Datuk Hassan Ahmad dari Persatuan Sejarah? Apa pendapat Persatuan Bekas Perajurit Johor? Bolehkah mulakan usaha ini menerusi penganjuran satu forum mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih di waktu terdekat ini?
Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com
9 comments:
Saya sokong penubuhan NGO ini! Saya akan menjadi manusia pertama menyertai NGO ini! SEGALA PENGKHIANATAN PEMIMPIN UMNO MESTI DITAMATKAN!!! SELAMATKAN TANAH WILAYAH KITA!
Tak payah nak abis beraslah. Ini semua taktik UMNO yang dah tak diterima rakyat. Untuk nak mengalih perhatian je. Perihatin konon. Kalau Singapura tu pun daripada sebahagian Tanah Melayu, kita boleh biarkan terlepas ke Singapura kerana survival politik, Pulau Batu Putih apalah sangat. Jika nak selamat kita kena cuba puak2 lain pula perintah Malaysia.
Amin.
Isu Batu Puteh ini cukup menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Harta yang sememangnya milik kita, telah direbut oleh orang luar yang tiada kena mengena. Apa yang dilakukan oleh Singapura ini benar-benar mencabar kedaulautan dan maruah diri sebagai rakyat Malaysia terutamanya anak jati Johor.
Apa yang berlaku bolehlah diibaratkan jiran sebelah rumah yang tiada sangkut paut tetapi turut sama merebut harta pusaka yang sememangnya milik kita. Tuntutan Singapura ini amat jelas mencerminkan siapa dan apakah tujuan sebenar mereka.
Kalau diimbas sejarah lampau, Pulau Singapura itu juga adalah dibawah kedaulatan Kesultanan Johor. Entah macam mana, pulau tersebut telah diserahkan kepada Lee Kuan Yew. Sepatutnya hal ini tidak berlaku.
Kemelut politik lampau telah menyebabkan harta milik kita diserahkan sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak berhak. Kini timbul pula isu Batu Puteh.
Apakah sejarah-sejarah ini bakal berulang di masa depan dimana seluruh negeri Johor pula tergadai dan dituntut oleh mereka yang sentiasa mengintai peluang?
Semua rakyat Malaysia marah bagaikan segunung api yang menjulang. Cukuplah kalau dilihat respon dari penonton semasa forum di TV1 bersama Datuk Seri Rais Yatim yang lalu. Ada komen yang begitu emosional dan menyentuh hati sehingga Datuk Seri pun hampir rasa tergugat.
Sudah tiba masanya, kita rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengira ideologi politik untuk mempertahankan kedaulatan negara. Janganlah hanya bising sahaja tapi tiada tindakan pun yang diambil.
Kita sepatutnya tegas dalam hal sebegini agar maruah dan kedaulatan negara tidak diperlekehkan seperti apa yang telah berlaku hari ini.
Idea penubuhan NGO ini sepatutnya tidak dipandang serong. Kita patut berfikiran jauh mengenai hal ini. Kalau tidak kita sebagai rakyat Malaysia yang menyokong penubuhan ini, siapa lagi yang nak diharapkan?
Bayu_Selat_Tebrau
SALAM SEMUA..
Idea penubuhan nie sebenarnya bermotfkan kan apa? Boleh reappeal ke nak balik Pulau Batu Putih tu?
www.pilihananda08.blogspot.com
Salam Ta'zim,
Buat Dato' Ron selaku tuan rumah, serta sahabat-sahabat yang dihurmati sekalian.
1) Terima kasih atas keperihatinan saudara semua terhadap saranan saya tempoh hari, agar ditubuhkan satu forum, sekretariat atau pertubuhan/pergerakan untuk mengetengahkan ISU ini dengan lebih serius.
2) Saya turut mencadangkan agar Y.Bhg Dato' Ron sediri menjadi moderator/pengerusi'nya. Kami dan sahabat-sahabat sedia menjadi kelumpuk ahli'nya yang pertama.
Saya sendiri, bersedia dengan rela hati untuk memberikan sumbangan dari segi kemahiran ICT yang tidak seberapa ni bagi manfaat pertubuhan/pergerakan ini kelak.
Mungkin sahabat-sahabat lain juga mempunyai saranan dan pandangan yang lebih baik bagaimana IDEA ini boleh mula digerakkan.
3) Isu yang bakal diketengahkan nanti, tentunya bukan hanya terhad kepada isu kedaulatan Pulau Batu Puteh semata, malahan perlu mencakupi juga kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan juga perkembangan dasar-dasar luar negara yang kini jelas hanya menguntungkan S'pura + kroni.
4) Perlu diingatkan agar pergerakan ini nanti tidak boleh menjadi "gimmicks" atau "tools" mana-mana jua partai politik.
Ianya tidak perlu dilihat sedemikian kerana bagi kami patriotisme serta rasa cinta dan sayangkan negeri & negara perlu'lah tulus, ikhlas dan tidak sama sekali berkepentingan.
Patriotisme bukan hak eksklusif sekelumpuk manusia sahaja di M'sia ni.
Malahan kami sendiri sudah tidak yakin dengan ahli-ahli politik yang sedia ada. Sila nyatakan ahli politik mana, baik pemerintah atau pembangkang yang "berani kerana benar" memperjuangkan serta mengupas ISU-ISU ini dengan bernas dan bijaksana.
Jawapan'nya: TIADA.
Oleh yang demikian saya menyarankan sekali lagi agar Y.Bhg Dato' Ron dan sahabat-sahabat sekalian, mempertimbangkan serta memperhalusi segala cadangan.
Insya Allah Dato', kalau kita semua benar-benar ikhlas dan tulus dengan perjuangan ini, Dia tentu'nya akan memberi kekuatan dan mempermudah segala urusan.
Yang mohon mencadangkan:
9T9
http://ninetnine.net/blog/no-to-wpi/
Saya menyokong penuh saranan yang dikemukakan oleh tuan. Semoga usaha ini akan menjadi usaha-usaha awal terutama rakyat Johor sendiri perlu bangkit dari lena.
Hidup Sultan Johor
Asal kapas menjadi benang,
Dari benang menjadi kain.
Pulau yang terlepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tiada guna.
Bagaimanapun cadangan Dato' berhubung penubuhan NGO untuk mencambahkan idea, merancang untuk mendapat semula Pulau Batu Putih adalah sesuatu yang disokong kerana bersikap patriotik tetapi sejauhmanapun sokongan 'politik' tetap diperlukan bagi merealisasikan perkara ini. sesuatu yang sukar ketika kerajaan sekarang dipimpin oleh anak beranak yang bermotifkan keuntungan melebihi kenegaraan.
Selain dari itu, ambillah juga perhatian terhadap pulau pulau yang sedia ada, jangan terlepas dan melepas lagi.
Salam Datuk,
Tiada salahnya dengan maksud atau tujuan NGO itu ditubuhkan. Tak semestinya ia hanya berkisar tentang Batu Putih. Skopnya boleh diperluaskan meliputi pulau-pulau lain di perairan Malaysia baik di perairan Johor mahupun perairan negeri-negeri lain khususnya yang berkemungkinan mengalami nasib seperti Batu Putih.
Sekurang-kurangnya kita telah membuat persediaan rapi. Jangan nanti tahu-tahu Pulau Pisang pula yang hanyut ke seberang tambak. Mana kita tahu niat Singapura pada Pulau Pisang? Sekarang memanglah mereka berkata tiada tuntutan apa-apa. Mana tahu tiba-tiba ada dokumen-dokumen tertentu yang muncul di kemudian hari mengatakan pulau itu juga milik mereka?
Sahabat-Sahabat Budiman,
Ada baiknya ditubuhkan NGO ini. Saya telah membaca manuskrip judgement dan dokumen kes PBP. Kemungkinan ada ruang untuk kes ini dipertimbangkan semula tetapi menerusi mekanisme yang agak berbeza.
Buat masa ini saya sedang melakarkan bentuk dan matlamat NGO ini. Saya juga menyeru anda semua turut menyelidik kes ini ikut kepakaran masing-masing.
Pada waktu yang sama, untuk tempoh terdekat, wajar jika kita desak kerajaan kita menubuhkan satu badan menyiasat kegagalan kita. Mengapakah setelah kita berusaha sekian lama dan dengan begitu gigih, kita keundang di saat akhir?
Saya ada menerima maklumat tentang kemungkinan pengkhianatan di kalangan kita yang menjual rahsia kepada pihak opponent kita. Sesiapa yang boleh mendalami dakwaan ini, silakan.
Pokoknya, kita tidak boleh lari dari jangkaan wujudnya sabotag dan pengkhianatan dalam kes ini. Juga tidak boleh diketepikan kemungkinan wujudnya kpnspirasi zionis dalam hal ini.
Salam hormat,
Ruhanie Ahmad
Post a Comment