Wednesday, June 11, 2008

SHAHIDAN KASSIM JADI BLOGGER?

Saya menerima satu komen seperti berikut: http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/
dan
http://shahidankassim.blogspot.com/. dengan mesej: Saya. Ron tolong publis sikit.

Bila saya akses kedua-dua alamat di atas, saya dapati kedua-dua blog berkenaan adalah mengenai Perlis. Soalnya, benarkah mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidah Kassim, kini mengendalikan kedua-dua blog di atas?

Posting pertama dalam blog shahidan, mengenai kod etika bloggers, wajar dibaca dan dihalusi oleh semua pihak.

Selamat datang ke dunia bloging, Shahidan! Moga-moga selepas ini tiada lagi para pembenci bloggers, termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang akan menghina bloggers dengan label-label negatif.

Diharapkan RTM 1 juga akan mengundang bloggers VVIP seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shahidan ke rancangannya setiap Ahad dengan waktu yang dipanjangkan sekurang-kurangnya satu jam lamanya.

7 comments:

A Voice said...

Harap Shahidan rajin upodate dan jadi cliche macam Ali Rastam dan Mat taib (masa mula2).

Dunia blog terbuka. Kalau block2, tak ada orang baca. Jika mula2 byk yg belasah, lama2 org tahu menghayati.

Lagi best hari ini adalah Sanusi Junid yang baru dipecat pun sudah mula berblog di http://www.sanusijunid.blogspot.com/

Jadi bagi ahli politik yg mahu berblog kena bersaing trafik dgn pemikir2 seperti TDM dan Sanusi.

Abg Ron dengan dunia geoglobal politic pun apa kurang hebat.

kaloi said...

inilah group-group politician yang i admire dari dulu lagi syabas and welcome to the bloggers' world. politician yg dok ada la ni haprak sungguh...entah kenapa.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya dah layari blog mantan MB Perlis tu.

2. Bagi saya jika blog tersebut ada diselit dengan 'ikalan' boleh buat duit RM100..RM1000 sehari, maka memang mengarut la blog tu. Buang masa saja?

3. Bagaimana Shahidan Kasim boleh biarkan namanya dipergunakan dengan begitu rendah setaraf blog berkenaan? Malu la sikit Datuk Seri..!

4. Jika mahu betul-betul ikhlas nak berblog, ikutlah blog saya..tak ada apa iklan dan tak link dengan sesiapa. Berdiri atas kaki sendiri lebih baik suruh orang lain uruskan.

http://sukj.blogspot.com

raja2u said...

Raja2U

Apabila kita berkuasa orang akan berada disekeliling kita dan kita boleh kata apa sahaja dan orang akan mengiakannya.Berlain halnya bila kita tiada berkuasa atau tiada kuasa lagi. Media arus perdana tidak tercari-cari kita lagi dan ada masanya lari dari kita.

Blog adalah media yang neutral dimana apa-apa sahaja bolehlah diluahkan untuk pertimbangan pembacanya. Jika sesuai dengan selera kita ,kita terima dan jika tidak lupakan sahaja.

Dengan lebih ramai orang mengwujudkan blog mereka sendiri maka rakyat Malaysia sekarang boleh menerima pelbagai berita dari pelbagai sudut yang pastinya membuka minda yang berkenaan. Kalau dahulu protokol menyekat kita dari berintraksi dengan pemimpin -pemimpin kita maka dengan adanya blog kita bolehlah mengadakan perbincangan dengan cara teratur mengenai apa-apa topik yang patut dibincang bersama dengan tidak kira peringkat umur , ugama dan bangsa.

Selamat maju jaya.

Raja Abdul Rahman Dain
Petaling Jaya

aeab & liza said...

setuju, semoga blog tidak dipandang hina lagi; Tambah bicara blog kepada sejam Dato Shabery!!!

Zool Blogger said...

Saya dah buka blog http://shahidankassim.blogspot.com/

Saya berpendapat bahawa ianya bukan dihasilkan oleh mantan MB perlis sebab ianya tidak menampakkan ianya blog politik..
cuma mungkin ada insan yang menggunakan kepopularitian untuk mendapatkan url tersebut..
amatlah rugi kepada datuk shahidan kerana tidak mengambil nama url itu secepat mungkin

ZOol
http://www.ligakampung.com/blog
Bukan pakar blog tapi bicara blog bukan sekadar kosong

mat_terab said...

JADI BLOGGER TAK MENGAPA JANGAN JADI 'GOBLOK' SUDAH LA....