Thursday, June 26, 2008

PULAU BATU PUTIH DAN MINYAK

Kiriman Politica

Sama ada wujud ganjaran atau tidak, kedaulatan Malaysia memang sudah tergadai menerusi keputusan ICJ terhadap kes Pulau Batu Putih.

Kalau kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang serius mengenai hal ini tentunya dia telah bermati-matian melobi semua pihak terbabit untuk memenangi kes tersebut.

Tetapi, kini Pulau Batu Putih pun tergadai. Implikasinya cukup luas. Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan sempadan perairan Singapura kini jadi lebih jauh.

Ini bermakna Singapura Petroleum Company kini mempunyai peluang menikmati sebahagian daripada rizab minyak dan gas yang terdapat di pelantar benua Laut China Selatan.

Ini juga bermakna kawasan tangkapan ikan untuk nelayan pantai Malaysia jadi semakin singkat dan sempit. Pendapatan mereka juga makin berkurangan.

Pulau Batu Putih akan jadi pintu kawalan Singapura bagi kapal yang masuk ke Selat Teberau daripada arah timur.

Walaupun suatu hari nanti projek Jambatan Bengkok mungkin dibina semula dan Selat Teberau jadi laluan kapal antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan Pelabuhan Pasir Gudang, Pulau Batu Putih akan menyebabkan laluan itu tidak lagi strategik kepada Malaysia sepeti sebelumnya.

Pulau Batu Putih memang strategik. Singapura pasti sanggup bergolok dan bergadai untuk mendapatkannya. Pulangan yang diperolehi daripada kedaulatan Singapura ke atas pulau itu tidak ternilai harganya.

Anehnya, kenapa kepimpinan Abdullah tidak menyedari hal-hal strategik seperti ini. Atau, mungkinkah hal-hal ini memang sengaja tidak dihiraukan langsung oleh kepimpinan Abdullah?

14 comments:

Syahir said...

Jika kepimpinan negara seperti Pak Lah yang lemah dan sanggup menggadaikan pulau kita..maka tiada guna lagi kita menyokongnnya!

Saya setuju 100% pandangan Dato' Ruhanie! Saya menjadi peminat blog ini sejak 2006 lagi.

Saya juga ingin mahu tulis sikit di blog saya berkenaan isu ini!

PAK LAH UNDUR SEGERAA!!!

Ted Torrence said...

Just wanna inform you this blog have been officially nominated as a candidate for …
Cuma nak beritahu saudara telah dipilih sebagai calon untuk …

The Greatest Malaysian Blog – BLOGGER (Bahasa)
Blog Malaysia Yang Paling Bagus – BLOGGER (Bahasa)
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-blogger-bm.html)

YOUR OPINION COUNTS!

Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)

Conspiracy Theorist said...

Bro Ron,

Apo nak Dikato,..heheh..(",)..

Bukannya depa tak tau tapi buat2 tak tau pasi nak ikut agenda Illuminati (NWO).. its not a secret anymore dat PLah's balls is in d clutches of Bush/skull & bone/Illuminatus since d day Kalaudin woz involved in d centrifuge deal wth his partner BSA Tahir.. brapa agaknya yg PLah & Co(trmasuk AnWar) dapat

Conspiracy Theorist said...

SAY NO TO NWO!!

Like all dreamers, I mistook disenchantment for truth.
~ Jean Paul Sartre

When a government lasts a long while, it deteriorates by insensible degrees. Republics end through luxury, monarchies through poverty.
~ Montesquieu

It is a government of the people by the people for the people no longer; it is a government of corporations by corporations for corporations.
~ Rutherford B. Hayes

tipulagi said...

emm jangan diharap lagi pada dollah & co. untuk menjaga kedaulatan negara.. tanah di johor pun nak digadaikan pada singapura melalui silap mata ISKANDAR MALAYSIA, inikan pulak pulau batu puteh tu..

Mohd Asri Yusof said...

Assalamualaikum Dato',
Semua orang mengakui kepimpinan dan kerajaan Pak Lah amat lemah dari segi perlaksanaan dasar yang dijalankan. Semua perkara dibuat tanpa memikirkan kesannya dalam jangka panjang.
Contoh paling ketara dan terkini mengenai kenaikan harga minyak. Mula-mula kereta warga asing tidak dibenarkan isi minyak dalam lingkungan 30km radius dari sempadan.Lepas harga naik boleh isi balik. Apa rasionalnya selepas kenaikan harga minyak sebanyak 70 sen rakyat asing boleh isi semula. Lepas tu timbul cadangan untuk wujudkan 2 pam: satu warganegara dan satu lagi untuk rakyat asing. Bukankah itu semuanya kerja yang sia-sia.
Kenapa di kalangan Menteri atau pegawai kerajaan yang berada di peringkat atasan tidak mencadangkan penggunaan Mykad. Kalau kerajaan gunakan saja Mykad yang dikatakan amat canggih tu lebih senang. Mana-mana yang nak isi minyak ,masukkan aje Mykad...dah tentu warganegara dan dapat harga subsidi. Sekiranya bukan warganegara,tentu tiada Mykad dan perlu bayar harga ikut pasaran. Dengan menggunakan kaedah ini, akan berebut-rebutlah mereka yang belum menukar kepada Mykad -tanpa perlu menipu rakyat bagi membuat peraduan cabutan nombor bertuah lagi.

Pak Lah sememangnya wajib berundur..Najib pun patut berundur...

Unknown said...

Salam, pada pandangan saya, masalah utama kita kalah dalam isu Batu Putih adalah kerana kita tidak ada bukti yang kukuh dari segi fakta dan sejarah. Saya kurang pasti jika ini dapat dikesan sebagai kesalahan Pak Lah, atau adakah ini salah pihak lain seperti pihak Kementerian yang sepatutnya, Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab, pihak muzium, sejarahwan, dan sebagainya?

Janganlah kerana kita bencikan Pak Lah semua hal pun kita nak salahkan dia. Cuba lebih rasional dalam pertuduhan.

Saifulnz said...

Salam, sebagai rakyat Johor saya berasa kecewa atas apa yang berlaku.Cuma nak tanya siapakah nama Bekas Setiausaha Kerajaan Johor yang menulis surat kepada Singapura bahawa Johor tidak akan menuntut Pulau Batu Puteh dan siapa pemimpin yang menandatangan perjanjian harga air 2 sen tu ? Apakah yang ada dalam 'otak' mereka pada masa itu ?Tak pernah fikir ke mereka akan masa depan generasi akan datang ?

usabukata said...

sebab itu sebelum buat perjanjian atau keluar surat kena fikir kesan jangka panjang dan masa depan. macam projek iskandar, apa kesan masa depan kepada rakyat johor khususnya dan malaysia amnya.

Unknown said...

Datuk,

Dalam hal PBP, saya bersetuju dengan pendapat bahawa ia bukan 100% salah Pak Lah. Kesilapan telah bermula sejak kita berpisah dengan S'pura. Setiap PM yang telah atau sedang mentadbir ada bahagian kesilapan masing-masing tatkala menguruskan hal-ehwal berkaitan Singapura. Singapura dilihat sentiasa berada 2-3 langkah di hadapan. Sebab itu, kebanyakan rundingan memihak kepada mereka.

Kita tidak belajar pengajaran daripada kes mengeluarkan Singapura daripada Malaysia; dan saya fikir, kita juga masih belum dapat belajar pengajaran daripada kes PBP. Pendek kata, kita tidak pernah dapat belajar apa-apa daripada hubungan kita dengan Singapura.

pak tam said...

salam ta'zim

Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.

kamarulzaman ahmad said...

Salam,

Kalau Perdana Menteri Malaysia Pak Lah tidak memahami strategik perairan negara, saya dan rakan-rakan faham dan maklum akan daya berfikir beliau.

Tetapi, kalau beliau tidak dapat berfikir, paling minima, beliau akan kehilangan 70batu persegi kawasan beliau boleh bermain kapal layar, maka malapetaka namanya

Salam dari Bahrain

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Pendapat kon (saya) begini ....

Kalau dibiarkan terus BN ni memerintah Malaysia. Usahkan laut dan pulau milik Malaysia hilang dimiliki. Dengan Malaysia ni pun akan tergadai / terjual ke Singapura. Pemimpin BN pimpinan Pak Lah dan Najib fikirkan duit saja.

Lihatlah contohnya Bank Bumiputra - Ular lidi telan naga - mana perginya bank Melayu itu? Inikah dia pemimpin yang sibuk nak memperjuangan Ketuanan Melayu?

Maaf dato'.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Unknown said...

Pemimpin dan ahli politik mana agaknya yang tidak memikirkan duit? Duit itulah penting untuk semua segala benda. Nak mengurus negara, nak buat program, nak kasi makan minum ahli parti, dll yang sepatutnya.

Cuma masalahnya sekarang bila cara duit itu diperoleh dengan cara2 yang tidak senonoh dan berlakunya penyelewengan kuasa bila dah diamanhkan.

Saya percaya ini bukan trait pemimpin "BN" sahaja, tapi mana2 manusia yang berdepan dgn wang yang banyak, iman siapa yang tak goyah.