Wednesday, June 25, 2008

PULAU BATU PUTIH DAN PETA UNCLOS

Kiriman Ibnu A Rahman

Saya terpanggil memberikan fakta bagaimana Pulau Batu Putih tergadai. Dalam tahun 1975, Malaysia telah menggariskan sempadan maritim dan memajukan peta sempadan tersebut ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk penegetahuan dunia.

Semua negara yang meratifikasi Undang-Undang Laut UN (UNCLOS) berbuat demikian, termasuk Singapura.

Bagaimanakah peta yang menunjukkan tuntutan kita yang sepenting ini tidak dijadikan bahan bukti di ICJ?

Perbincangan mengenai isu Pulau Batu Putih mesti diteruskan kerana kita bukan hanya kehilangan sebuah pulau kecil, tetapi hakikatnya kita telah hilang kedaulatan perairan lebih 70 batu persegi, termasuk laluan kapal-kapal keluar masuk ke Singapura dari Laut Cina Selatan.

Kita telah hilang kuasa strategik mengawal kapal-kapal dalam peperangan. Di pulau inilah nanti didirikan system pertahanan Singapura yang canggih yang bakal menggugat pertahanan udara dan maritim Malaysia!

Harap teruskan perbincangan isu yan g menyayat hati kita ini!!!!

17 comments:

Syahir said...

Inilah orang yang berdiri di sekeliling Kepimpinan yang bahaya. Malah PM tak mahu serius dalam menuntut kembali hak kita. Ternyata, kita sendiri penakut dalam isu ini. Jika menang Batu Puteh hari tu, Pak Lah dah awal2 kata nak kongsi ngan Spura!. Adakah ada tali barut asing yang dekat ngan PM???

Unknown said...

Tak lama lagi bolehlah kita 'padam'kan peta Johor dari Malaysia. "Jengking" sudah metamorfosis menjadi "Singa". Sultan Johor boleh jadi Sultan Singapura...?!? Singapura takde sultan, tapi ada setaaaannnnn....!

Tapi Datuk, jika ini benar berlaku, siapa yang berani halang?

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Kerajaan pun dah tak kesah tentang PBP. Nampak macam di rela kan Singapura mengambil PBP.

Lepas ni 'Pembangunan Wilayah Iskandar' pula akan di kuasai Singapura.

Pada masa ini, ada kah kerajaan membuat kajian atau bancian berapa ramai rakyat Singapura yg tinggal di Johor? Dan rakyat Singapura yg mempunyai 2 kerakyatan?

Kesemua rakyat Singapura yg punya 2 kerakyatan dan yg tinggal di Johor menikmati subsidi 100% dari kerajaan Malaysia.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya tertarik dengan keinginan Sultan Johor mahukan semula Pulau Batu Putih.

2. Jika Baginda berucap begitu, saya percaya dalam akal fikiran Baginda sudah tentu ada cara-caranya..?

3. Mungkin caranya ialah..."Jika u mahu air kami, u serah balik Pulau Batu Putih kepada kami"?

M.Sulaiman (utohkacil) said...

TENTANG BINCANG2 ISU BOLEH LE,

KLU NAK DAPAT BALIK KENA LANGKAH
BANYAK MAYAT DULU.

SANGGUP KAH ANDA JADI SALAH SATU
DARI MAYAT2 ITU.

KALAU SANGGUP, TUNGGU APA LAGI?

Teddy said...

Dato' saya ada membeli buku bergambar berkenaan Malaysia 50 tahun yang mengumpulkan semua gambar-gambar dan peta lama zaman melaka lagi.. saya terjumpa sekeping peta yang dilukis oleh Voehellen (orang belanda) yang memetakan semenanjung Malaysia..

dalam peta itu pulau batu putih yang dinamakan pedra branca adalah garis pemisah antara laut malaysia dan bukan malaysia.. jelas sekali voehellen mengakui bahawa pedra branca adalah semenanjung malaysia dan memisahkan antara semenangjung dan laut antarabangsa..

pada masa itu singapura belum wujud lagi..

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Dulu terlepas nye Singapura dari Malaysia kerana kebodohan pemimpin UMNO.

Kini lesap nye Pulau Batu Putih pula kerana tamak dan gila kuasa pemimpin UMNO

Selepas ini ada kemungkinan banyak lagi tanah air kita yang akan terlepas kerana kecoh dlm UMNO.

man_helang said...

salam datuk...

benarlah kata pujangga, 'kita hanya akan mengetahui nilai sebenar barang kita bilamana ianya tdk lagi menjadi hak kita @ setelah ianya hilang'...

9T9 said...

Salam Ta'zim,

Saya dengan ini menggesa supaya semua rakyat yang perihatin, patriotik dan punya kesedaran untuk menubuhkan satu sekretariat atau pertubuhan/pergerakan untuk mengetengahkan ISU ini dengan lebih serius.

1) Kita perlukan satu organisasi (pastinya bukan berdasarkan politik) yang tersusun dan terancang untuk menangani perkara ini yang semakin hari semakin menyakitkan hati.

2) Y Bbhg Dato' Ron boleh jadi pengerusi, moderator. Saya sanggup jadi ahli yang pertama.

3) Tak guna jika kita hanya bising-bising, marah-marah dan risau setakat di sini shj. tanpa sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kesan. Yang pastinya kita perlu bertindak sekarang.

4) Harap dapat dipertimbangkan segala cadangan.

9T9,
http://www.ninetnine.net/blog/no-to-wpi/

polaris said...

Assalamu 'alaikum Datuk

Tidakkah boleh dibuat satu terusan diantara Thailand dan Malaysia ( merentasi diantara Perlis dan Selatan Thailand) seperti Terusan Suez. Tidakkah ini memendekkan perjalanan kapal-kapal dan seterusnya dapat 'menggoncang' Singapura yang selalu 'menggoncang'
Malaysia.
Hanya sekedar pandangan saya. Minta pandangan Datuk.

luaskanmata said...

Amww Datuk dan rakan-rakan semua:

Selagi Batu Putih tak balik ke pangkuan, sewajarnyalah isu ini terus dibincang dan dibicarakan.

Jika dibaca penghakiman ICJ, yang salah bukan S.pore. Sememangnya ia berusaha memperkukuhkan kedudukannya. Yang "sedikit tak pandainya" kita. Hujah kita lemah dan tidak bersungguh-sungguh.

Saya cuba untuk membuat ringkasannya di http://www.bprihatin.blogspot.com.

Kesuntukan kesempatan dek berhempas dengan survival sedikit sebanyak membataskan ruang saya untuk menulis sewajarnya.

Terima kasih atas keprihatinan Datuk dan rakan-rakan.

Batu Putih bukan isu win-win. Kita memang kalah. Apa ayng digenggam telah terlepas.

Perlu cari jalan seperti Hang Tuah membunuh Tamengsari dan Hang Jebat.

Wasalam.

ibnu a rahman said...

Cadangan 9t9 disokong. Penubuhan sebuah NGO adalah perlu bagi melakukan post-mortem mengenalpasti kelemahan pihak Malaysia.Kumpulkan ahli2 profesional yg berminat kadar segera!.

CUCU TOK KEDU said...

SdrIbnu A. Rahman yang dihurmati.

Pendapat kon begini saja.

Singapura tu kecil, duitnya banyak!
Malaysia ni makmur (kononnya), korupsinya kuat!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Bung Karno said...

Datuk,

Pulau Batu Putih sudah terlepas.

Tak lama lagi Iskandar juga akan dipunyai oleh Singapura. Orang Johor sendiri yang bersetuju dengan rancangan Dollah.

King-Fx said...

Salam Dato'

Saya dan keluarga telah merancang untuk berhijrah ke luar negara jika dlm tempoh 10 tahun lagi kepimpinan yg korup tidak berubah. Apa lagi yg diharapkan dgn kepimpinan yg MENJUAL NEGARA. Lebih baik saya tinggal di dalam sebuah negara asing yg sudah tentu dimiliki oleh org asing daripada tinggal di BUMI SENDIRI yang bukan milik sendiri.Mengharapkan pemimpin yg DAYUS hanya berani berhadapan dengan rakyat yg lemah , membelasah dgn cota, sembur dgn air kimia tetapi TELOR simpan dalam bila berhadapan dengan THE TINY SINGA. Sultan pun dah tak berdaya lagi nak berbuat apa-apa kerana baginda ibarat RUBBER STAMP yang kata-katanya diketawakan oleh PM Singapore dan Barua2nya di Malaysia ni.

Kingofdinar (moneymatters)

Teddy said...

Yang saya hormati Dato' Ruhanie,

Buku tersebut bertajuk MALAYSIA A PICTORIAL HISTORY 1400 - 2004 hasil nukilan Wendy Khadijah Moore. Published by Archipelago Press, Arkib Negara Malaysia dan NSTP Press.

Peta yang saya maksudkan ada di mukasurat 29, yang dilukis oleh Langenes Barent's yang bermaksud untuk menerangkan kedudukan pulau-pulau melayu (peta ini di lukis sekitar, 1598). Pulau Pedra Branca aka Batu Putih di lukis jelas sebagai sempadan perairan negara.
Maafkan ralat sebelum ini yang saya nyatakan dilukis oleh Voehellen. Voehellen yang saya maksudkan adalah Martin Waldseemuller (1470-1518) yang mula-mula melukis peta semenanjung Malaysia.

9T9 said...

Salam Ta'zim,

Buat Dato' Ron pemilik blog, saudara ibnu a rahman dan rakan-rakan yang prihatin sekalian.

1) Nampaknya kita lebih suka melahirkan kebimbangan dengan hanya ber'blog dan marah-marah... sayang di alam maya ini. Hakikatnya, realitinya kita masih lagi TAK APA di alam nyata.

2) Cadangan untuk menubuhkan satu NGO, badan bertindak, think tank etc. dipandang sepi walaupun isu yang hendak diketengahkan ini sangat serius dan amat dekat dengan kita semua terutamanya warga Johor dan penduduk di selatan perbatasan tanahair.

3) Maaf cakap, berbanding dengan bangsa lain... muncul apa sahaja isu (kecil atau besar) pasti ada NGO atau jawatankuasa pendesak yang tersusun ditubuhkan untuk mewakili suara mereka. Lihat sahaja Save Our Sungai Selangor (SOS-Selangor), Save Our SRJKC Damansara, anti-PORR di Pulau Pinang atau Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras sebagai contoh.

4) Hingga ke hari ini tiada yang betul-betul berani kerana benar bersuara tentang ISU ini... Kami dah tak lagi mengharapkan (baca dah tak percaya) orang politik kerana mereka berkepentingan. Baik belah kerajaan mahupun pembangkang.

Mungkinkah ada di luar sana yang mahu menjadi perintis...???

Harap-harap kita masih lagi tak terlambat.

9T9
http://ninetnine.net/blog/no-to-wpi/