PRESIDEN MCA BERUNDUR
Akhbar-akhbar mingguan hari ini, termasuk Mingguan Malaysia, memaparkan di muka hadapan, kisah Datuk Seri Ong Ka Ting, mengosongkan jawatan Presiden MCA dengan tidak mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti tahun ini.
Turut menyatakan hasrat yang sama adalah Tan Sri Chan Kong Choy. Beliau akan mengosongkan kerusi Timbalan Presiden MCA.
Bagaimana agaknya Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memberikan reaksi kepada tindakan Ka Ting ini?
Berita sepenuhnya adalah seperti berikut:
‘Kami berundur’Ka Ting, Kong Choy tidak pertahan jawatan Presiden, Timbalan Presiden MCA
KUALA LUMPUR 28 Jun – Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan timbalannya, Tan Sri Chan Kong Choy tidak akan mempertahankan jawatan parti masing-masing pada pemilihan parti 18 Oktober depan.
“Saya telah memutuskan tidak akan bertanding semula bagi mempertahankan jawatan presiden parti. Keputusan yang telah saya fikirkan dengan masak selepas mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan dalam parti dalam tempoh tiga bulan lepas.
“Ini bukan keputusan tergesa-gesa tetapi telah saya timbangkan lama dan selepas perundingan dalam masa yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama

6 comments:
Nostradamus Quatrains on Malaysie
In the year of the great games started by the Greeks
Hosted by the nation of heavenly emperors of times before
In a land called Malaysie
Great turbulence and strife engulf
A land where a Genghis Khan’s Descendant was shred to bits
Blown by the winds to the heavenly clouds
Where the accused are finally crowned
Amid great trepidation and acrimony
Then arose among men of honor
A man of the faith of Mohammedans
Kings and Rulers let him reign
And a new nation was born
Great leaders bring forth divination and revelations
A land of many tribes divided was thus united
The color of men was blurred and lost
By great competition to give their best
Herein lies the destiny of men
Who showed the meaning of democracy and humanity
Religions and languages flourishes as times before
A land as peaceful as Shangri La
Malaysie, a stopping point of travelers must see
Back to the days of great Sultans and Rajas
Nations and men afar come to seek their wealth
Knowledge, trade and life flourishes as before
From: Patek1472.wordpress.com
Dato Ron yang dihurmati!
Pokok perimpin di batas sawah,
Bila dilentur patahlah batang;
Adat pemimpin yang ada maruah,
Bila berundur jasa dikenang.
Bila dilentur patahlah batang,
Buat pengukur atap kajang;
Bila berundur jasa dikenang,
Jangan berundur setelah diterajang!
Itulah pantun kon!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Mcm biasalah dato'.. Pak lah akan buat bodoh je akhirnya
in other words, no confidence signal to Pak Lah...
Paklah buat bodoh dan lebih berminat kepada isu Anwar.
Ini adalah 'game' supaya dolah nampak masih relevan dan lebih bersih dari najib dan anwar, pesaingnya sudah tewas sebelum pencalonan.
RPK dan SB mungkin sudah kenal KJ ??%%$@%&&$$$
Anwar sedang merengkok di penjara buatannya sendiri di kedutaan Turki di Kuala Lumpur dengan alasan nyawanya di ancam ( macam alasan arsenik dan sakit tulang belakang dululah..asyik nyawa terancam ).
Kita berharap komando dapat menyerbu ke kedutaan turki dan membawa anwar keluar dengan selamat dan letakkan di tengah tengah bandar Kuala Lumpur untuk membuktikan kepada dunia bahawa tiada sesiapapun kebulur nak mengamcam nyawanya kecuali dirinya sendiri yang akan berpura pura sakit nak mati ( ingat dulu?? ).
Anwar harus belajar sekurang kurangnya dari Dolah, dikritik, dikutuk tapi masih mampu senyum dan tersenyum.
Harus belajar dari TDM, acapkali TDM meminta pihak musuhnya atau kerajaan mengheret dan bersemuka dengannya di mahkamah. Acapkali memberi huraian dan fakta jelas ke atas kritikannya hingga musuh menjadi kaku dan kelu.
Adalah malang Anwar yang di anggap pejuang melarikan diri meminta pertolongan dan perlindungan kepada bangsa asing, alangkah hina dan lemahnya pejuang seperti ini.
Keluarlah menghadapi kenyataan dan lawan jika benar.
lawat kacangbatu.blogspot.com.
byk idea bernas yang boleh datuk kongsikan bersama
Post a Comment