PANTUN UNTUK ABDULLAH
Simpan barang untuk lusa
Dalam belanga ditindih bata
Adat orang yang tamak kuasa
Pekakkan telinga butakan mata
Kiriman Cucu Tok Kedu, Pahang
http://rp-semantan.blogspot.com
Kalau lembab manakan jaya
Kalau malas papa kedana
Ada gotong royong di Putera Jaya
Pindah rumah dari Seri Perdana
Kiriman Azlan
MT kumpulan orang berharta
Pak Lah perasan di alam maya
Pekakkan telinga butakan mata
Asal menantunya yang kayaraya
Kiriman Juraimi Zainal
6 comments:
Kalau lembab manakan jaya
Kalau malas papa kedana
Ada gotong royong di Putera Jaya
Pindah rumah dari Seri Perdana
Sambung sikit Dato Ron,
MT Tertinggi Orang Berharta,
Pak Lah Perasan Macam Di Alam Maya,
Pekakkan Telinga Butakan Mata,
Asal Anak Menantu Yang Kayaraya..
Ok tak Bro..
pantun-pantun yang penuh makna..
Susah juga bagi Pak Lah. Nasi dah hampir menjadi bubur. Kekalahan teruk UMNO dan BN sudah tak boleh diubah lagi. Tapi apa yang perlu dibuat? Kalau Pak Lah resign sekarang - Siapa nak ganti?
1. Najib timbalan tetapi banyak orang tak suka dia. Lagipun dia pengarah pilihan raya - dia juga patut bertanggung jawab sepenuhnya terhadap kekalahan PRU12.
2. Nak pilih vice-president umno yang lain jadi acting president dan PM - Yang mana? Siapa yang lebih berhak dan siapa yang layak tentukan.
3. Nak ambil Tengku Razali sebagai acting (atas dasar senior) - ramai juga tak setuju. Lagipun dia tak ada pos dalam UNMO.
4.Nak pilih DSAI sebagai PM - dia bukan wakil rakyat.
5.Nak pilih president PAS - ada tak setuju. Dikatakan dia ekstrimis.
6.Nak pilih Timbalan President PAS Dutuk Husham (Kerana nampaknya lebih liberal dan disukai oleh orang muda)- Agak muda sebagai PM Malaysia.
Sebab tu saya lebih suka Pak Lah teruskan sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia sehingga;
1.UMNO election disember ni. Sapa jadi presiden umno jadilah PM Malaysia atau. Samaada Pak Lah atau orang lain - biar semua ahli umno menentukan melalui undian. Dan sebagai seorang ahli UMNO saya nak mengundi untuk presiden UMNO kali ni. Atau;
2.Berlakunya undi tidak percaya dan parlimen menentukan PM baru.
Soal ahli politik kaya raya -kita sebagai ahli parti patut juga dipersalahkan. Kalau tak bagi duit rm50 kita tak pilih sorang tu sebagai ketua cawangan. Ketua bahagian tidak akan dipilih kalu tidak berikan ... kepada ketu cawangan. Begitulah sehingga pos tertinggi.
Tapi bukan UMNO saja - Begitu juga PAS masa ASRI dulu (Saya juga mangsa pilih kasih mereka). Saya ahli PIBG - Sekolah kami dapat bantuan daripada parti bukan UMNO. Officially dapat RM20,000 untuk pagar - tapi sebenarnya dapat 80% sahaja daripada duit tu.
Pernah dengar Fleet groups dan kuncu-kuncu? Pernah dengan projek komercialization. PLUS buat banyak duit. Tetapi syarikat sapa dan siapa pendokong PLUS (masa mula ditubuhkan) Ingat tak promet, renong, mas, tuan punya proton... Tanah lumba kuda di dalam kuala lumpur diberikan kepada individu - ditambah lagi RM600 juta?
Malaysia dah belanjakan lebih separuh trillion ringgit wang minyak - Kemana perginya duit itu? Singapura, korean, hong kong, taiwan, filipine, indonesia (depa petrol net importer)... dah lebih maju daripada kita - Tapi tak ada bonus setengah billion untuk dibelanjakan.
Kalau dikatakan duit tu untuk DEB. Kenapa tak bagi terus kepada setiap orang melayu - Setiap orang akan dapat satu juta. Tak kan 10% daripada penerima tidak dapat mengumarak duit tu?
Pak Lah kata "anak saya tak sekaya anak mahathir..." Apa pula yang mahathir kata?
Malaysian pilitics and systems are rotting to the core...
Dalam AL-quran;Al-Baqarah ayat 18 bermaksud :
MEREKA TULI,BISU DAN BUTA , MAKA TIDAKLAH MEREKA AKAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.
Kepimpinan dalam UMNO berselindung disebalik realiti pemilihan. Beberapa ribu perwakilan menghantar calon kesukaan masing-masing ke persada. Pemilihan bukan semuanya bersih. Isa hanya contoh yang malang. Dulu Anwar tersengih-sengih mencerca budaya politik wang.
Akhirnya ramai orang berselindung disebalik wajah bersih, ceria dan karisma. Sedang pemilik wajah punya hati yang kotor. Ada juga pemilik wajah yang baginya popular bererti selalu masuk media. Begitulah sebabnya Shahrir sebagai bos PAC dulu ternganga-nganga sambil menunjuk retak-retak jambatan "Samy Vellu".
Ada yang balun Tun sebagai penyebab BN hampir tewas. Tidak ramai mahu membalun Shahrir kerana menjadikan Samy bagai "sami tua yang tidak guna.". Tidak ramai yang sudi membalun Abdullah dan seluruh barisannya kerana kurang cermat menangani Hindraf. Tidak ramai orang kaum India yang suka melihat orangnya berdarah, ditolak-tolak dan diarak dalam lori polis.
Pemerintahan kini adalah pemerintahan yang kurang cermat. Pasangan bercerai berai tidak memerlukan sebab yang besar. Orang yang tidak selesa dan tidak suka dengan Abdullah dan barisannya juga tidak memerlukan sebab-sebab yang besar.
Agregat persepsi buat beberapa tahun, sikit sikit membukit jadinya. Akhirnya ramai yang menyimpul bahawa Abdullah tidak sesuai lagi. Tanyalah orang kampung. Usah tanya pengerusi perhubungan UMNO kerana orang-orang ini pisau mereka bilahnya banyak.
Post a Comment