Wednesday, June 11, 2008

KEPUTUSAN NAIKKAN HARGA MINYAK
PERLU “SAFETY NET” UNTUK RAKYAT

Ruhanie Ahmad

Kenaikan harga minyak adalah fenomena global. Ia adalah hasil perancangan serta strategi halus puak zionis yang menguasai pentadbiran Presiden George W Bush di Amerika Syarikat (AS). Ia bermula sejak Perang Antiterorisme Global (PAG) pada Oktober 2001.

Sebab itulah antara matlamat yang tersirat dan yang paling utama di sebalik PAG adalah seperti berikut:

Satu: Untuk menguasai seluruh negara dan wilayah yang jadi telaga minyak dan gas yang besar di seluruh dunia.

Dua: Untuk menguasai seluruh negara dan wilayah yang mempunyai perairan strategik di dunia untuk dijadikan laluan kepada pengeksportan petroleum daripada Asia Barat menuju ke Asia Timur, khususnya ke Republik Rakyat China.

Tiga: Untuk mewujudkan hegemoni AS di negara dan wilayah yang mempunyai rizab minyak dan gas yang besar di dunia yang belum diterokai oleh mana-mana pihak.

Empat: Untuk mewujudkan pangkalan tentera AS - darat, laut dan udara - bagi menjamin hegemoni AS di negara dan wilayah berkenaan.

Seluruh matlamat di atas membolehkan AS dan sekutunya menguasai dan memonopoli pengeluaran, penawaran, pemasaran, pengangkutan serta penetapan harga minyak dan gas bagi pasaran dunia.

Telaga Kering

Matlamat di atas juga memungkinkan AS menguasai pengeluaran minyak dan gas di negara dan wilayah yang mempunyai rizab yang belum dieksploitasikan.

Segala-galanya di atas dirancang dan dilaksanakan kerana seluruh telaga minyak dan gas di dunia Barat dan lain-lain wilayah bukan Islam adalah semakin pupus dan kering.

Buktinya, perangkaan 2003 mendapati Amerika Utara hanya mempunyai 54.2 billion tong rizab minyak dan 282.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, sementara Amerika Tengah serta Amerika Selatan hanya mempunyai 96 billion tong rizab minyak dan 250.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Perangkaan yang sama mendapati Eropah Barat hanya mempunyai 17.7 billion tong rizab minyak dan 182.4 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, sementara Eropah Timur dan Russia hanya mempunyai 50.7 billion rizab minyak dan 150.5 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Republik Rakyat China pula hanya mempunyai 24 billion tong rizab minyak dan 42.8 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Buktinya, menurut perangkaan 2003, Arab Saudi mempunyai 261.8 billion tong rizab minyak dan 228.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, Iraq mempunyai 112.5 ribu billion tong rizab minyak dan 112.6 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, dan Emiriyah Arab Bersatu mempunyai 97.8 ribu juta tong rizab minyak dan 204.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Iran yang mungkin diperangi oleh Israel dan AS tidak lama lagi, mempunyai 89.7 billion tong rizab minyak dan 939.4 trillion kaki padu gas cecair asli.

Imbangi China

Demikianlah antara latarbelakang kepada kenaikan harga bahan bakar mutakhir ini. Ia berlaku kerana zionis dan AS mahu menjadikan petroleum sebagai senjata strategik untuk menguasai negara serta wilayah Islam di seluruh dunia.

Ia juga berlaku kerana zionis dan AS mahu menjadikan minyak dan gas sebagai senjata strategik untuk memanipulasikan kebangkitan Republik Rakyat China.

Pada 6 Jun 2008, harga minyak mentah di pasaran dunia kian melambung bila Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz, membuat kenyataan bahawa negaranya, mungkin dengan bantuan AS, akan menyerang Iran - satu-satunya negara pengeluar minyak dan gas di Teluk Parsi yang belum lagi berjaya dikuasai oleh Barat.

Pada akhir Mei 2008, terdapat pula satu laporan dari London yang menyatakan bahawa kesan harga minyak diramal akan menyebabkan AS dan Britain dicengkam kemelesetan yang amat serius, lebih serius daripada zaman meleset pada awal 1990-an dan 1970-an.

Oleh itu, dunia seluruhnya pasti akan sama-sama menuju ke zaman meleset yang serius akibat kenaikan harga minyak dan manipulasi ekonomi dunia oleh pihak-pihak Barat.

Malaysia tidak terkecuali daripada ancaman ini. Tetapi, adakah kerajaan Malaysia sudah menggunakan seluruh kebijaksanaannya dalam menangani fenomena kenaikan harga minyak dan kemelesetan ekonomi dunia mutakhir ini?

Apakah pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak minggu lalu digandingi dengan strategi komprehensif yang mengambilkira inflasi dan kesengsaraan rakyat jelata seluruhnya?

Adakah kenaikan harga minyak ini dipakejkan dengan strategi-strategi lain yang kemas, berkesan dan tidak membebankan rakyat jelata?

Social Safety Net

Tidakkah seluruh pengumuman kerajaan berikutan kenaikan harga minyak ini merupakan strategi yang kelam-kabut, tidak kemas, tidak menyeluruh dan terlalu adhok bentuknya?

Lantaran itu, tidak wajarkah kerajaan merujuk semula kepada strategi menyelamatkan ekonomi negara yang digubal dan dilaksanakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) di era Tun Dr Mahathir Mohamad, sewaktu Malaysia dilanda krisis matawang pada 1997?

Lantaran itu juga, tidak wajarkah kerajaan menggubal strategi dan dasar komprehensif berasaskan seluruh kemungkinan global supaya apa jua yang akan dilaksanakan dalam menangani fenomena kenaikan harga minyak dan kemelesetan ekonomi dunia adalah sesuatu yang rapi, praktikal, tidak mendera rakyat jelata, tidak adhok, dan tidak haru-biru?

Pada waktu yang sama, perlulah bagi kerajaan mewujudkan “social safety net” atau jaringan keselamatan sosial bagi menangani kenaikan harga minyak dan zaman meleset yang mungkin tiba tidak lama lagi.

Tanpa “social safety net” yang komprehensif dan rapi, kesan inflasi pasti akan mendera dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan di kalangan rakyat jelata.

Oleh itu, penggubalan "social safety net" ini amat perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan. Ini kerana apa yang sedang dilaksanakan pada ketika ini nampaknya seolah-olah tidak terancang dan tidak komprehensif.

Akhir sekali, seluruh bentuk “social safety net” yang akan diwujudkan kelak mestilah bukan sesuatu yang boleh menjejaskan kecekapan kerajaan dalam perjuangannya membela rakyat jelata.

12 comments:

Unknown said...

Salam Dato'

Saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa kenaikan harga minyak didalangi oleh pihak kuasa besar untuk kepentingan mereka. Saya juga turut berpendapat bahawa kenaikan harga ini turut diburukkan lagi dengan ketidakcekapan pentadbiran sesebuah negara. Saya akui amat sukar membendung kenaikan harga minyak dunia, tetapi selaku negara pengeluar minyak (walaupun tidak semewah negara teluk), sepatutnya kenaikan harga minyak di Malaysia tidak seteruk ini.

Dalam TV1 semalam Dato' Shahrir menyebut tentang kenaikan harga yang dilakukan kerajaan ini bagi memastikan generasi masa depan menikmati kemakmuran hasil minyak negara. Bunyinya 'manis' tetapi hakikatnya jika sekarang pun kerajaan GAGAL mengawal kenaikan harga untuk generasi sekarang, apa buktinya kerajaan mampu menanganinya untuk tempoh mendatang?

Inilah padahnya apabila negara terlalu banyak berbelanja untuk perkara yang bukan-bukan. Sebagai contoh, koridor-koridor itu memanglah kata orang putih, 'nice to have', tetapi apa justifikasi keperluan dan kepentingannya hingga 4-5 koridor dilancar sekaligus? MSC yang sedia ada pun belum 'panas' betul lagi. Itu belum lagi menyentuh segala macam projek mega yang lain.

Dato', jika hari ini minyak naik hingga RM2.70, agaknya berapa harganya 50 tahun lagi?

Detguaq said...

Salam Dato RON,

Saya dah banyak kali menyarankan agar kita sirius membangunkan RnD untuk memajukan bahanapi alternatif kepada kerajaan yang diterajui oleh ayah lah. Malangnya tiada tindakbalas sehinggalah kenaikan terbaru ini, barulah ayah lah bersuara mengenai perlunya kita mula memikirkan penggunaan bahanapi alternatif. Dalam blog saya juga saya menceritakan kebolehan air mentah sebagai 'fuel for engine' yang begitu ketara kebaikannya kepada alam sekitar dari segi kesan buruknya. terima kasih

Sila lawati http://pemudaujungjulai.blogspot.com/

lamandau said...

Suatu saranan yang amat brtepatan dengan keadaan sekarang, but will pak lah read this? Saya difahamkan n, nak isytihar harga baru minyak pun beliau membelakangi kabinet hanya mendengar nesihat tgkt 4 aje. Cought everybody by suprise, kerana rakyat dihebohkan olih menteri harga minyak akan dinaikkan dalam bulan Ogos.
Sekali munafik, terus munafik!!!

mn said...

A.kum Datuk,

1. Dunia sedang berputar atau Allah yang memutarkan kehidupan ini?

2. Cuma satu sahaja yang perlu kita perhatikan sekarang. Iaitu jika:

a. Israel dan Amerika gagal dan takut untuk menyerang Iran?
b. Amerika gagal menghalang kebangkitan ekonomi China?

3. Maka sewajarnyalah pemimpin kita perlu mencontohi sifat kebijaksanaan dan keberanian yang ada pada China dan Iran.

http://sukj.blogspot.com

Thomas said...

I think the increase in price is not the best solution. We will see the chain reaction from this that we will loose more than what the government gain from the reduction in subsidy

Awang Maya said...

Salam Datuk,

Wahai semua pembaca, cuba ikuti apa yang Awang tulis di bawah:

1. AAB sedar beliau tidak lagi mampu bertahan lama sebagai PM, terdesak yang dimaksudkan ialah komitmen Kamaludin (anak beliau) dan Khairy, Kalimullah serta beberapa rakan keparat terhadap perniagaan yang dirangka baik untuk jangka pendek mauhun jangka panjang. Oleh itu, strategi mereka ialah sekurang-kurangnya meraut (atau merompak) sebanyak yang mungkin peluang hasil negara bagi tujuan jangka pendek seandainya strategi mereka untuk mengekalkan AAB sebagai PM lebih lama gagal.

2. OK yang kedua, ketehauan tentang dua cabaran utama iaitu - Kebarangkalian pengambilalihan kerajaan oleh DSAI melalui lompatan parti di M'sia Timur dan cabaran jawatan Presiden UMNO pada Disember ini, maka sejumlah duit yang besar diperlukan bagi memastikan survival politik AAB.

INGAT - Apa yang semua pembaca keutarakan di blog ini ada di dalam kotak fikiran AAB dan kroninya. Bukannya beliau tak tahu apa yang terbaik untuk rakyat. Tetapi beliau perlukan duit yang besar untuk kepentingan yang dinyatakan di atas.

Itu sahaja sebab kenapa sejak dua menjak ini berlaku keputusan dan tindakan yang amat membimbangkan rakyat.

Cara Mengatasi

Very simple but perlu ada seseorang yang berani - Lakukan apa sahaja asalkan AAB dan kroninya tidak lagi berada di dalam senarai Pemerintah Negara.

Awang harap semua rakyat Malaysia jelas akan perkara ini. Tidak perlu lagi kita meratap-merintih kerana ia tidak membawa apa-apa kesan kepada AAB dan kroni.

Ingat - Gulingkan Pak Lah...That's it.

pahlawan said...

Walau bagai manapun sakit hidup rakyat zaman ini kerana kenaikan harga minyak adalah satu coban dalam hidup dizaman globalisasi.

Semua orang telah menikmati hidup senang jika di banding dengan rakyat jiran kita sahingga ta'ada rakyat Malaysia menjadi pekerja di negera asing. Malangnya orang kita boros dan tidak menabong/melabor dalam masa yang sama melaku perjudian dengan politik sehingga sangup nak serah kuasa dan marwah negara kapada asing. Dalam kesimpitan ekonomi tugas rakyat bukan nak minta khazanah negara seperti wang Petronas atau minta naik gagi. Kita bertanggun jawab melegakan keadaan dengan tidak berbelanja berlebihan/boros. Jika perlu nak berbelanja wang tabongan contah simpanan ASB kita bolih diguna. Kita perlu ingat bahawa hazanah negara perlu untuk pelaburan dalam projek mega seperti di warwarkan corridor dalam perlaksanaan demi kepintingan generasi akan datang. Pak Lah perlu di bantu dalam merealisasikan projek projek yang mesra rakyat dan kita mesti kurangkan berpolitik kerana masa berkampen telah berlalu dan kini semua pehak perlu berganding bahu dalam mencari kejayaan untuk negara kita yang tercinta, Hidup Malaysia!

Unknown said...

Saya sokong. Abdullah memang kena gubal satu bentuk jaringan keselamatan untuk rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak dan ekonomi dunia yang meleset. Kalau tidak, eloklah Abdullah undurkan diri dengan serta merta. Saya rasa rakyat lebih gembira!!!

Unknown said...

Pada pendapat saya, lebih baik AAB berhenti dengan segera. Dengan cara ni, Najib ke Muhyiddin yang akan jadi PM boleh buat strategi baru atasi inflasi dan kemelesetan ekonomi. Setuju tak??

redbox said...

salam, pada sayalah baik TUNKU dolah ni letak jawatan. bagi balik jawatan pm n ketua umno pada Tun Mahathir...
bia Tun betulkan dulu apa2 yg Pak Lah & kroni dah buat.

Paling penting Tun mesti didik betul2 pengganti nya supaya tak jadik cam TUNKU dolah yg hanya tahu isi perut sendiri dan menjahanamkan negara...

luaskanmata said...

Amww Datuk:

Betapa yahudi mempunyai perancangan rapid an mantap, demikianlah perlunya kita merancang secukupnya.

Bagi tujuan tersebut, perlulah kita mempunyai kesediaan dari segi ilmu helah dunia bagi melindungi Negara. Sejarah banyak membuktikan kita ketinggalan.

Antara masalah yang telah dibentangkan sebelum ini termasuklah kerugian yang dialami syarikat penerbangan Negara. Dalam keadaan Air Asia membuat keuntungan, MAS rugi merudum.

Antara factor kegagalan MAS termasuklah gagal melakukan apa yang disebut hedging dalam urusniaga di pelbagai Negara yang melibatkan pelbagai tukaran matawang.

Nampaknya, dalam hal minyak mentah masalah yang sama dialami. Uka saya mempelawa untuk menelusuri penulisan berikut:

http://bprihatin.blogspot.com/2008/06/rintihan-rakyat.html.

Salam perjuangan.

tipulagi said...

SAlam dato... tak sempat saya melontarkan komen semalam... namum apa yang dato tuliskan ada kebenarannya...

Saya pernah melontarkan komen di blog AKJ yang mana mungkin pembesar kita tidak alert atau saj buat tak alert bahawa ada orang sedang ketawa terbahak-bahak diluar sana apabila Dolah mengumumkan harga minyak malaysia naik.. Mereka ketawa kerana apa yang dirancangkan oleh mereka.. malaysia tunduk juga akhirnya... dulu masa krisis matawang.. malaysia di bawah Tun tidak tunduk keatas desakan mereka.. namun sekarang walaupun malaysia adalah pengeluar minyak dunia Dolah telah tunduk juga kepada mereka.... Kita telah tewas dan mereka telah menang dalam psikologi...

so hope all malaysia alert and be aware of this situation... jangan sampai negara kita dijajah sekali lagi sebab kita lemah dalam pemikiran..

http://tipulagi.blogspot.com