ISKANDAR MALAYSIA BOLEH SEBABKAN MELAYU TERPINGGIR?
TELUK INTAN 15 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan 2,217 kilometer persegi itu sebagai 'Utara Singapura' tetapi juga bakal menyebabkan Melayu di Johor terpinggir.
Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
TELUK INTAN 15 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan 2,217 kilometer persegi itu sebagai 'Utara Singapura' tetapi juga bakal menyebabkan Melayu di Johor terpinggir.
Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
5 comments:
Datuk, saya seorang anak johor...
seorang bekas pemimpin persatuan anak johor di ukm...
Saya melihat projek Iskandar Malaysia ini seakan-akan seperti memberi keuntungan secara senyap kepada Singapura. Bukan sahaja keuntungan, malah yang lagi penting adalah kekuasaan terhadap ruang yang ada di selatan Johor itu. Secara senyap-senyap memang akan berlaku revolusi sedemikian yang sememangnya telah diketahui oleh penduduk di sekitar wailayah tersebut.
Keadaan ini boleh membahayakan status kependudukan rakyat Johor. Saya punyai keluarga angkat di kawasan sana. Saya dapati semakin banyak kawasan yang bakal dimiliki oleh syarikat-syarikat Singapura.
Seperti dalam kenyataan TDM di Perak itu, memang benar. Kemungkinan akan berlaku sedemikian jika kita tidak sedar risikonya yang amat bahaya bagi masa depan bangsa Melayu Johor. Wilayah itu seakan-akan sebagai Wilayah Utara Singapura yang bertapak di tanah Malaysia. Bangsa kita yang kurang 'berada berbanding dengan orang Singapura bakal disisihkan kerana wujudnya perbezaan taraf kehidupan dan pendapatan yang ketara.
Pembangunan yang dirancang tidak semestinya menguntungkan rakyat. Yang penting kebajikan dan kehendak rakyat yang relevan dan munasabah pada ketika ini patutnya diutamakan. Tidak dinafikan perlunya pembangunan, tetapi jangan sehingga digadaikan maruah negara utk kepentingan peribadi.
Untuk orang di sekitar wilayah tersebut, ingatlah pesanan TDM itu, jangan sesuka hati menjual tanah kepada orang-orang tertentu yang menjanjikan bayaran lumayan. Mereka orang Sinagpura mahu merampas tanah kita.
A.kum Datuk,
1. Secara peribadi saya katakan...'S'pore itu abang...Penang itu adik'?
2. Jangan kata Iskandar Malaysia, saya kat Sg. Petani pun sudah terasa bahangnya?
3. Harap jangan 'Putih Mata' lagi.
http://sukj.blogspot.com
Aduh Dato Ron ... pedihnya hati anak Malaysia bila membaca tulisan Dato. Tpai apakan daya, kita dijajah pemikiran sebagai rakyat yang setia kepada pemerintah bertahun-tahun lamanya. Nak lepas dari kepompong kesetiaan itulahj amat berat bagi kita di Malaysia ini terutamanya orang Melayu.
Saya rasa Dato juga merasa lebih dari apa saya rasa dan DR. Mahathir lebih arif apa yang dirasakan oleh kita ...
Kzalau pemerintah dulu-dulu di alam Sejarah Melayu - anak-anak raja Melayu mencari tempat/daerah untuk menubuhkan kerajaan dan negeri, tak kiralah kecil atau besar, kuat atau lemah.
Tapi pemerintah hari ini jual negeri cara tidak langsung. Pemerintah yang begini harus dipertimbangkan jangka masa pemerintahannya. Jangan biar lama-lama nanti tak ada seinci pun tanah kita di Malaysia ini milik kita. Kerajaannya Malaysia - buminya milik saudagar Singapura.
Maaf dan terima kasih dato.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Salam,
Dulu masa Mahathir wujudkan Putrajaya, ramai orang tak berapa setuju. PAS kata, kalau ia memerintah Malaysia, dia akan lelong Putrajaya. Lihatlah sekarang, apa sudah jadi. Mengenai wilayah Iskandar, kita sama-sama lihatlah nanti kalau adamur yang panjang...
Iskandar adalah pelik. Rakyat malu menerima kewujudannya, sebab rakyat terdidik dengan konsep "sovereignty". Iskandar pula berada dalam kerangka yang sebaliknya. Malang sekali, ramai masih mengaitkan dengan hakikat Khairy lama disana, dan Kali juga disana.
Post a Comment