Thursday, June 12, 2008

EKONOMI MALAYSIA MEREDUM SEPTEMBER 2008?

Info di bawah ini adalah daripada seorang pelayar blog ini yang enggan disiarkan namanya. Info sepenuhnya adalah seperti berikut: Satu sumber memberitahu saya bahawa selepas Olympic Games di China, ekonomi dunia akan terjun menjunam. Sebuah negara Barat pula menjangkakan Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang paling teruk mulai September 2008.

Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com

11 comments:

Hamizi Hamdan said...

hari ini saya mahu bersikap emosional sedikit...

kepada orang-orang Melayu di kampung yang masih bermimpi bahawa UMNO akan menolong orang Melayu, terus lah bermimpi...

sekali lagi gawat, kami yang berpendidikan tinggi masih lagi berpeluang hijrah ke luar negara dan mencari rezeki di negeri orang, tapi apa jadi pada orang Melayu kampung...

generasi muda Melayu sekarang sudah buka mata. Tidak hairan jika statistik mengatakan orang Melayu paling banyak berhijrah meninggalkan negara... kerana negara ini sedang musnah dan orang Melayu sendiri penyebabnya...

asalbayu said...

Salam Dato,

Hari ini 12.6.2008 mulai jam 5.00 petang salah satu Cawangan UMNO dalam Bahagian Kuala Kedah merancang akan mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa di mana saya adalah salah seorang daripadanya yang dijemput atas kapasiti AJK Cawangan.

Namun pada hari ini juga saya dijemput ke mesyuarat yang lain mulai jam 4.00 petang yang saya kira lebih penting dan amat diharapkan kerana saya sudah tawar hati untuk menghadiri Mesyuarat AJK UMNO itu.

Untuk makluman UMNO cawangan berkenaan pernah menangguhkan Persidangan Agung Tahunan pada tahun lalu kerana kehadiran yang mendukacitakan.

Dalam kemelut yang sedang melanda seperti sekarang berikutan dengan kenaikan harga bahan petrolium yang juga mempengaruhi kenaikan harga barang keperluan, saya berpendapat kalangan ahli akan memandang sepi terhadap peranan UMNO yang dilihat penuh dengan pembohongan, penyelewengan dan bermacam-macam lagi ketika Pak Lah berkuasa.

Sekadar contoh, pembohongan yang pernah berlaku, dalam satu persidangan pada tahun 2006 saya telah menyuarakan bahawa terdapat beberapa ekor anjing liar yang tidak bertuan dan boleh mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak.

Bekas Adun Kedah yang datang mewakili UMNO Bahagian Kuala Kedah lantas menghubungi sahabatnya supaya datang menembak anjing-anjing itu ketika persidangan sedang berlangsung. Namun tiada seekor pun anjing yang menjadi sasaran kerana sahabatnya itu datang sekadar menembaknya guna menakut-nakutkan anjing tersebut. Barangkali dia hanya menggunakan peluru kapur.

Perkara kedua yang saya kira wajar juga disiasat berkaitan dengan mantan Menteri Besar Kedah, Mahdhir Khaled di era BN masih berkuasa dahulu telah membina sebuah banglo yang khabarnya bernilai RM 4 juta!

kuanderas said...

Ulasan tentang minyak.
Sebenarnya, kenaikan harga minyak ini adalah rentetan & sebahagian masalah yang berlaku di zaman Pak Lah.

Saya selaku ahli UMNO berasa amat malu di bawah kepimpinan Pak Lah.Perkara-perkara seperti :-
1.Kenaikan harga minyak melampau selepas jaminan berlaku pada Ogos ini.
2.Kekalahan Pulau Batu Puteh
3.Gambar tertidur sana sini
4.Gambar dengan Michelle Yeoh
5.Isu MB Terengganu
6.Perlantikan Zaid Ibrahim
7.Tiada rasa hormat pada Tun Dr.M
8.Kehilangan kuota yang banyak dalam JPA untuk anak Melayu
9.Kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 BN.
10.Pembatalan Jambatan Bengkok
11.Serta pelbagai perkara lagi yang tidak tersenarai.

UMNO kini menjadi perlekehan ahli lawan & juga ahli komponen BN.

Sewaktu saya dulu Universiti dahulu, ketika ramai rakan-rakan saya menyokong Anwar Ibrahim & pembangkang, amat senang untuk berhujah dan menjelaskan rasional & tindakan Tun Dr.M

Kini, apa yang mahu diperjelaskan. Pak Lah begitu naif sekali, membisu & sibuk dengan perasmian situ sana sini.

Peralihan kuasa dalam UMNO adalah wajib.. jika tidak malapetaka akan menimpa UMNO & BN

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk Ron,

Mohon izin disiarkan.

Blog sebagai wadah cetusan hati rakyat.

Kerajaan Rakyat menyediakan blog sebagai landasan luahan rasa suka, duka, geram, kecewa, derita ataupun bahagia bagi setiap insan yang ingin menyuratkan apa yang tersirat.

Sebagai memenuhi matlamat penulisan, kesemua komen akan jilidkan dan segala pandangan, cadangan dan luahan rasa oleh para pembaca yang menulis komen, insyaALLAH akan disampaikan dalam bentuk salinan bercetak kepada mana-mana wakil rakyat atau pemimpin yang berkaitan.

Segala usaha menyampaikan secara peribadi komen pembaca di blog Kerajaan Rakyat akan dilakukan mulai pertengahan July 2008.

Adalah diharapkan segala cadangan, teguran, sanjungan atau kekecewaan yang diluahkan oleh pembaca blog Kerajaan Rakyat akan dapat diterima dan dihadam dengan hati yang terbuka oleh mereka yang berkaitan.

Salam takzim
kerajaanrakyat

Unknown said...

Tak payah tunggu september,sekarang pun dah merundum... Rakyat dah tersepit. Satu Lagi projek Barisan Nasional...

kulatlapok said...

SALAM DATO',

SAYA ADA MAKLUMAT PENTING DARI RAKAN KITA DI TOKYO PASAL ISU MINYAK. SEMUA BLOGGER MESTI BACA. SILA ke www.kulatlapok.blogspot.com

KALAU DAH TAHU TAK APE TAPI DATO' BOLEH KOMEN SIKIT APAKAH CADANGAN INI BERNAS?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato',

Dah baca post Rocky bru ( latest).CEO TNB naik gaji 100%.
Kalau betul la...haprak...bukan tariff naik 18 % bulan depan.

mata-mata pencen said...

Salam Dato'

Pak Lah arahkan supaya gaji kakitangan awam dibayar 2 kali sebulan untuk tangani kos sara hidup yang kian meningkat ekoran kenaikan harga minyak.

Boleh tak cadangan tersebut digolongkan sebagai joke of the century . Jangan2 ini pun idea Shahril yang selalu perasan dia pintar sangat tu...fuh inilah bila bodoh sombong.

Rafidi said...

Salam,
Dah lama saya meninggalkan masa membaca blog-blog ni. Saya terfikir mungkin sekadar membuang masa sahaja. Di sana-sini sibuk mengkritik dan menyokong kerajaan. Hasilnya tak ke mana. PM buat keputusan dan menteri mengiakan rakyat pun terpaksa terima. Pemimpin yang ada sekadar mencari ruang dan pengaruh demi kepentingan peribadi masing-masing sahaja.

UMNO patut dipersalahkan jika suatu hari nanti, bukan melayu menjadi TPM dengan restu orang-orang melayu kerana tidak sanggup dikhianati oleh pemimpin melayu.

Rakyat berpendapatan cukup-cukup makan diminta berkorban. Apa lagi yang hendak dikorbankan? Banyak sangatkah 10% elaun keraian yang dipotong. Saya rasa, 100% elaun keraian ni pun tak sampai 0.1% pendapatan tak rasmi mereka.

MCA pohon dihapuskan tol di selangor dan cukai jalan, UMNO, apa yang disuarakan untuk membantu rakyat. Asyik bergaduh suruh Pak Lah turun, tindakan tak dibuat. Yang saya nampak Tun DR M seorang sahaja terkial-kial. Kesian orang tua tu, yang muda-muda semua takut dikenakan tindakan disiplin oleh orang yang tak berdisiplin.

Malaysia Boleh! said...

Pada suatu hari nanti UMNO hanya ada dalam buku sejarah.. UMNO akan dilaknatkan oleh orang melayu sendiri...Jangan terkejut jika orang Melayu sendiri meludah jika lalu di pintu pwtc...

Sebagaimana sekarang terbukti 100% orang yang sedang mengepam minyak memaki sial Pak lah.

Hj.Mat Razali Mat Amin said...

SALAM DATO,
SEKARANG DI TERENGGANU MB WAR2 KAN NAIK FLIGHT KE JED IKUT TGG UNTUK 3 NEGERI IE PAHANG KELANTAN & TGG SENDIRI.TABONG HAJI TAK BERSDIA KERANA BANGUNAN DIA KAT AP BELUM SIAP.LANDASAN TERBANG PUN BELUM SIAP INAI KIARA/TBM MASIH LAGI TAMBAK LAUT?.KALU NAK BUAT/NAIK IKUT TGG JUGA MANA PENGHANTAR HAJI NAK TIDOR!. KOMPLEK SUKAN BUKAN ADA KEMUDAHAN MACAM KELANA JAYA ADA TEMPAT TIDOR.SAYA RASA YG INI JUGA NAK BUAT RAKYAT TERTIDOR DIBUAL MIMPI LAGI , NAK BUAT LARI MASALAH MINYAK NAIK!!!.
APA YG ADA KAT TERENGGANU SEKARANG PROJEK2 YG TIDAK SIAP YG MEMERLUKAN BUDGET YG AKAN DITAMBAH2KAN UNTUK KANTONG2...
YG LAINNYA RAKYAK YG MENDERITA.
FIKIR2 LAH.