CATUR POLITIK UMNO MUTAKHIR:
TROJAN HORSE DAN BOM JANGKA
Ruhanie Ahmad
Perkembangan politik UMNO mutakhir ini amat ironik dan menarik. Kini ada kisah “bom jangka.” Kini juga ada kisah “trojan horse.”
Kisah “bom jangka” membabitkan pihak yang baru keluar daripada UMNO. Kisah “trojan horse” membabitkan kelompok yang baru kembali ke pangkuan UMNO.
Kedua-dua perkembangan ini juga adalah mengenai percaturan kuasa. Ia membabitkan pihak yang membangkang kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga membabitkan pihak yang kononnya mahu membantu memperkukuhkan kedudukan Abdullah.
Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
TROJAN HORSE DAN BOM JANGKA
Ruhanie Ahmad
Perkembangan politik UMNO mutakhir ini amat ironik dan menarik. Kini ada kisah “bom jangka.” Kini juga ada kisah “trojan horse.”
Kisah “bom jangka” membabitkan pihak yang baru keluar daripada UMNO. Kisah “trojan horse” membabitkan kelompok yang baru kembali ke pangkuan UMNO.
Kedua-dua perkembangan ini juga adalah mengenai percaturan kuasa. Ia membabitkan pihak yang membangkang kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga membabitkan pihak yang kononnya mahu membantu memperkukuhkan kedudukan Abdullah.
Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
11 comments:
Salam Datuk,
Bau yang dibawa Ezam ke dalam UMNO adalah bau Anwar. Melalui Ezam, UMNO akan diwayangkan dengan segala kepincangan tanpa kehadiran Anwar. Ezam akan bersandiwara lagi, sepertimana sandiwara 6 kotok rahsia dan sandiwara GERAKnya.
Kali ini drama yang bakal dimainkan Ezam ialah Melayu perlu bersatu, bersatu bersama UMNO. Panji-panji dan pencacai-pencacai awal yang telah diseludup masuk ke dalam UMNO oleh Anwar Ibrahim akan memainkan peranan mereka untuk melumpuhkan sama sekali pengaruh Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Mahathir, Khir Toyo dan sekutu mereka.
Sebaliknya Ezam akan menggerakkan semula pengaruh Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaludin melalui dana khas yang disediakan oleh penguasa durjana, Abdullah Badawi.
Salam takzim
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
YBhg Datuk,
Saya berpendapat pada akhirnya penentunya adalah Allah yang membalik-balikkan hati manusia.PRU 12 misalnya melalui perubahan hati rakyat Malaysia telah merubah senario politik Malaysia.Melihat secara positifnya kerusi yang dimenangi orang kita lebih dari pilehan raya lepas hanya ianya tidak sekumpulan. Hikhmahnya pula terdapat keadaan berlumba-lumba antara BN dan PR memberi khidmat kepada rakyat yang jarang-jarang kita lihat berlaku kebelakangan ini.
Apa yang kita harus lakukan adalah menasihati orang kita berfikiran strategik supaya tidak berlaku "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran".Kita berdoa semoga Allah melindungi kita dan memberi kekuatan kepada ahli-ahli politik kita untuk membuat yang terbaik untuk ugama ,bangsa dan negara.
Raja Abdul Rahman Dain
Petaling Jaya.
Ezam hanya menilaikan semula dirinya supaya lebih nampak berharga, pakej baru dengan harga baru dan pembelinya atau pelanggannya adalah seorang PM yang mundur dan kecewa, sedang terhakis kewibawaan dan sokongan.
Kemasuskan ezam (satu orang) akan menyebabkan paklah hilang kepercayaan dari 'beberapa' orang UMNO. Ezam akan jadi kuda tunggangan KJ selepas kuda tunggakan lama seperti Nazri dan Zahid sudah monopause.
Dato',
Ku doakan kedua2nya bad for umno.....amin.
Selamat pagi datuk, " bom jangka ker trojan horse ker, bagi saya dah terlalu banyak kekalutan dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin Umno sekarang dan ini semakin mengelirukan rakyat, jadi tekanan haruslah semakin kuat untuk Pak Lah to step down, dgn. kadar segera...kami kasta rendah umno dah bosan...
Dzulkarnain ///
bronaga.blogspot.com
Umno memang menempah bahaya dengan membiarkan Tun M keluar umno dan dalam masa yang sama Tum M terus menerus mengkritik umno begitu juga dengam menbenarkan Ezam memasukan umno Tun M dan Ezam ini memang telah di ketahui umum seorang ahli politik yang licik macam-macam mereka boleh berlaku tunggu dan lihat sajalah saat-saat kehancuran umno....
salam
malangnya rkyt msia ada pemimpin yg lembik dan lemau..susah ke nk tukar kepimpinan..tgk negara jepun tukar pemimpin tak terjejas pn politik dan ekonomi..dah tak ada pemimpin dlm umno ke yg layak gantikan pak lah atau mereka sekadar pejam mata kerana menjaga periuk nasi?
Datuk,
Ezam dah tunjuk modus operandi :
Dia bertanding dalam by-election (dengan izin Paklah) lawan Anwar Ibrahim. Bagi Anwar menang.
Lepas tu combo Paklah-KJ-Anwar-Ezam
ambil alih UMNO.
Dtk,
Sebenarnya ramai yg menanti titian politik sekrag memang menarik utk tahu kisah `bom jangka' dan `kuda trojan'
Kalau mahu ikut retak politik Rome..kena ikut betul..barulah dapat berkuasa drpd dikuasa..
Manakah penting? Sayangkan julius Caesar atau ROME?...Kalau ikut Brutus, dia lebih sayangkan Rome dan terpaksa membunuh Caesar...
Tapi tindakan Brutus itu bukan dia tidak sayangkan Caesar..tetapi lebih sygkan Rome....
Kisah epik ini sungguh tragis hingga diangkat sebagai karya agung dlm kesusateraan inggeris maka ia dipentaskan menerusi teater..difilemkan ada novel dan puisinya mengenai Caesar..paling jelas ditunjuk di dlm teater HAMLET...
Perosalannya ahli Umno atau `Caesar Umno' - itu jika dalam hal Umno.
Konteks umum, rakyat sayangkan MALAYSIA atau cinta `Caesar'....
Siapakah Brutus Umno yang berani membuat tidakan nekad...
Oh..Caesar..Caesar..Caesar!!
Jika ni berlaku 100 tahun akan datang rakyat pasti akan mengingat sejarah baru politik ini spt sejarah Rome.. Ketika itu kisah Epik Umno akan dipuisikan, diteater dan difilemkan....termasuk menjadi teks kesusasteraan Melayu...
Sejarah dah banyak membuktikan, cuma pendekatan bagaimana yg hendak dibuat...
Kalau hendak buat spt Hitler (gambar) - tiupkan semangat nasionalisme..bangkit seluruh BANGSA ARIAN... - ``To day is German tomorow is World''
Sebenarnya, watak utama sudah semakin jelas, isu kemasukan Ezam dimana pendirian KJ terus menyepi.. Muhd Taib pula mengalu-alu kmasukan Anwar...Dr. M cuba menyusun strategi diluar Umno..
Ketika hebat rakyat (termasuk juga beberapa ahli umno) mengutuk kepimpinan PkLah..ada kumpulan yg cuba bangkit mahu menjadi hulubalang baru... Hulubalang lama Nazri Aziz..ape cite dah nak pencen ke???
Maka direnungkan kembali; Kalau tak hari ini, esok..kalau tak esok minggu depan..kalau tak minggu depan bulan depan..kalau tak tahun depan...LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!
Apa ada dlm Tempoh 10 tahun:
- Kalau umur 55 tahun kini dh jadi 65 tahn dh pencen...
- Kalau buat loan kereta 7 tahun..hutang dah selesai dgn bank
- Kalau dulu umur 11 tahun kini dah 21 tahun, boleh mengundi
- Kalau bisnes untung RM1 juta setahun, kini dah ada RM10juta (banyak tuu tak campur dividen lagi)
Pendek kata, mcm terjadi dlm 10 thn sebelum ini...jadi selepas 10 tahun ini apa YG AKAN TERJADI terhadap POLITIK KITA???? Sama2 kita nantikan........
Sesiapa menerima ezam sebagai teman rapat akan Termakan budi,Keadaan itu berlaku kepada KHAIRUL ANWAR RAMLI yang secara terang terangan mengikit buntut EZAM ke mana ezam pergi.Semoga permohonan ezam tak di terima oleh MPT UMNO,DI HARAPKAN MPT UMNO BIJAK DI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.SAY NO TO EZAM ANG THE GENG
Salam Datuk Ron
Sememangnya Umno sedang sakit, lebih tepat lagi, kepala Umno sedang sakit. Dr. Umno telah beri preskripsi ubat yang perlu diambil untuk menyembuhkan Umno. Bukan sahaja cadangan Dr. Umno itu tidak dipatuhi, bahkan ubat apa pun tidak diambil. Tiba-tiba dipersembahkan racun kepada Umno, yang dilabelkan sebagai ubat. Kepala yang sedang sakit memang telah berpusing-pusing jadinya hinggakan terus masukkan racun ke dalam mulut. Belum terlambat untuk Umno luah dan buangkan racun yang baru masuk itu. Jika Umno terus telan, sememangnya sakit Umno akan bertambah berat. Silap haribulan, boleh kojol Umno akibatnya.
Post a Comment