Thursday, June 19, 2008

ABDULLAH HADAPI TSUNAMI POLITIK FASA DUA?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kena segera bangkit daripada sindrom penafiannya dan bertindak decisive mulai sekarang. Beliau wajar membuat keputusan muktamad terhadap pelbagai persoalan. Begitulah reaksi saya kepada ura-ura komponen BN – SAPP – akan membawa satu usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat Isnin depan. Ura-ura ini adalah satu daripada manifestasi kehilangan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Abdullah mutakhir ini.

Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com

22 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Ada keyakinan rakyat yang hilang?

2. Atau keyakinan Pemimpin yang hilang?

3. Mungkin satu Pilihanraya mengejut akan diadakan semula untuk mencari 'keyakinan' yang sebenar.

http://sukj.blogspot.com

Sutera Timur said...

Datuk,
Pada pandgn saya .....
Inilah yg dikatakan meng sorak kampung tergadai macam Pak Kadok. Kemudian membiarkan si luncai pula terjun dgn labu-labunya....biarkan ...biarkan disambut olsutera_tih Majlis Tertinggi Umno......Inilah nasib Tanah AirKu nampaknya tiada siapa yg akan membelanya ..nak harap pembgkg ...oh.. makin kacau dan haru biru adalah.... Parti Umno dan kerajaan BN Malaysia sekarg dah jadi Terlentg,Tertendang dan Terbuang asalnya (gemilg ,cemerlg dan terbilg...) apa nak buat nasihat cerdek pandai dan pengalaman orng lama tak mahu di guna pakai ha..tulah jadinya pandai sangatlah tu........

Kamalkamal said...

Datuk,

Sudah berkali-kali Datuk Abdullah Ahmad Badawi (AAB) ke Sabah, masih ada lagi parti komponen yang tidak berpuas hati terhadap beliau. Ini menunjukkan lawatannya ke Sabah adalah gagal. Kalau pemimpin di Sabah gagal dipujuk dengan pelbagai peruntukan dan janji, bagaimana pula perasaan parti komponen di Semenanjung. Apakah mereka masih setia dalam BN.

Lakaran sejarah akan terjadi sekiranya undi tidak percaya terhadap PM dibawa ke Parlimen. Tentunya parti komponen BN akan membuat pilihan yang bijak. Yang pasti Ahli Parlimen UMNO akan terus menyokong AAB. Apakah sokongan ahli UMNO menunjukkan keikhlasan mereka atau kerana kepentingan peribadi mereka.

Selepas PRU UMNO berada dalam keadaan yang cukup kritikal. Hanya beberapa pemimpin saja yang berani bersuara dan hanya beberapa UMNO Bahagian saja yang sanggup adakah EGM. Ini menunjukkan kepentingan peribadi mereka melebihi kepentingan negara dan rakyat.

Kedegilan AAB mungkin akan membawa padah kepada UMNO dan BN. Kedegilan ini juga yang akan menjadikan Pakatan Rakyat bertambah kuat.

pozi said...

salam..

Pak Lah pasti mengaLah
Sebelum Lebih Parah
UndurLah..

Awang Maya said...

Sebenarnya Awang rasa dah habis perkataan disembur oleh rakyat terhadap Pak Lah nie.

Tapi kut mana pun, Awang tetap percaya setiap kata-kata tu adalah doa. Kalau dah berjuta umat Islam dok menyumpah seranah beliau, cepat atau lambat, Pak Lah akan terhumban ke satu lembah penghinaan dek kerana sifat tidak sedar diri, bongkak, sombong dan angkuh beliau.

Kecuali jika dalam masa terdekat ini Pak Lah sempat muhasabah diri, insaf dan sedar akan segala kesalahannya, dan memohon taubat dan ampun kepada Allah dan RAKYAT seterusnye mengumumkan perletak jawatan, insyallah "damage" Pak Lah akan dibersihkan. Jika tidak, Pak Lah akan dikenang sebagai pemimpin paling teruk pernah dilahirkan oleh negara.

Insaf-insaf lah Pak Lah demi kesejahteraan rakyat dan juga harga diri serta maruah keturunan kamu Pak Lah.

-Awang Maya-

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato',

Tapi they suffer 'erectible defunction'....the koro type.

dzimba said...

biasala tu pemimpin yang penting diri daripada rakyat.

mungkin dia "buta" atau mungkin di "butakan" oleh pengamnpu disekeliling. sehingga tidak tahu menilai apa yang baik dan buruk.

Anonymous said...

Dato,
saya bersetuju dgn komen awang maya. Umo dah haru biru tak mustahil kerajaan akan lintang pukang,kerana sorang Pak pandir.Insaflah Pak Lah,jawatan ,kuasa dan wang ringgit adalah daki dunia.berpada pada lah,ingatlah hari mati yang pasti akan datang.tak lama lagi kot.

mat_terab said...

sutera timur...
Untuk membela nasib tanah air kita memang tidak boleh di harapkan pada pati pembangkang jauh sekali mengharapkan BN yang haru biru....
Tapi kita boleh harapkan Parti Kerajaan Baru....iaitu Barisan rakyat bukan kerajaan yang ada pada hari ini....

Berita dari gunung said...

Abdullah masih mahu melihat semua ini sebagai cabaran yang perlu beliau atasi. Memang wajar jika dilihat dari segi pertanggungjawaban. Tetapi orang makin rasa lemas dan cemas.
Rakyat umum yang mengundi melihat UMNO sebagai simbol "jatidiri" tetapi ada pemimpin melihat UMNO sebagai batu untuk singgah dan lompat. Setiap lompatan nilainya berjuta ringgit.
Shahrir pula pernah "trade-in" parti UMNO dengan "kunci" pintu air suatu masa dulu. Itu dia!

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron dihurmati.

Izinkan kon berpantun ...

Simpan barang untuk lusa,
Dalam belanga ditindih bata;
Adat orang yang tamak kuasa,
Pekakkan telinga butakan mata!!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Unknown said...

SALAM DATUK

Susah meneka dalam KESAMARAN.Doa orang kampung rata-rata meminta DSAI jadi PM bukan DSNAR.Adakah kemungkinan menjadi milik KJ?

Orang kampung rata-rata keliru dengan senario politikk di Malaysia.Banyak bahan fitnah kini menjadi panduan.Apakah kemunculan DAJJAH,Fitnah akhir zaman kian dekat.

Datuk
Solat ISTIHARAK ku kian kabur menberi gambaran.Apakah aku juga dalam golongan yang sama.

Aku orang ulu yang tahu membela lembu.Doaku hanya Malaysia Bumi Bertuah menjadi Aman Sentosa.

Aku Rindu pada Tun Gaffar Baba

Sama Sedia said...

Dato' Ron

dapat kiranya ulasan terperinci di buat terhadap ucapan DYMM Al Sultan Johor tentang PULAU BATU PUTIH.
cara dan pendekatan?
sumbangan rakyat?
sumbangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan?

apa2 lagi lah

harap dapat semarakan kecintaan kita terhadap wilayah kita, tidak hanya membiarkan benda tu gitu je

slyderrose said...

Undur sebelum parah
Undur demi maruah
Pak lah dan najib
Dua-dua kena undur

Unknown said...

SAPP buat undi tak percaya. DUN Sanglang pulak bakal ada "erection". Apa nasib BN di situ nanti? PM masih belum ada jawapan kukuh terhadap semua persoalan ini. Kalau ada pun, masih berunsur 'flip-flop'.

Jawapan seorang ketua mesti "Ya" atau "Tidak" sahaja. Baru orang bawahan yakin dengan kepimpinan. Jika jawapan "tak tau" atau "tak terlibat", lama-lama beginilah jadinya.

NieZearm said...

UMNO perjuangkan ape?
a) melayu
b) melayu islam
c) melayu UMNO
d) ahli UMNO

Permatang said...

a.kum dato..
pak lah ni bukan tahu malu orang tak suka.yang suka kat Pak Lah ni menteri-menteri kabinet dan pengerusi parti yang ada dalam BN tu jer..ada lah dalam 50 orang je yang sokong pak Lah.tapi 20 juta lagi dah muak,letih dan macam-macam lah.Tapi suara 50 orang tu menidak kan suara 20 juta rakyat malaysia.Cuba interview sorang-sorang rakyat malaysia saya PASTI semua nya akan suh pak lah ni berundur.
UNDUR LAH SEMUA UMNO MENJADI PEMBANGKANG DAN HANCUSSS

Cheguman said...

Apabila membaca komen Awang Maya saya rasa seolah-olah pernah membaca ayat-ayat yang begitu, sekurang-kurangnya yang bermaksud begitu... Di mana ya? Hmm... baru saya ingat: hampir 10 tahun dahulu. Ketika Mahathir ditukar kepada Mahazalim dan Mahafiraun...

Namun saya memandang berat jika benar Abdullah ingin beri laluan pada Anwar. Saya harap pembawa khabar ini sanggup bertanggung jawab atas dakwaannya.

pak tam said...

salam ta'zim

Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.

Ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini, baginda bertitah bahawa pulau berkenaan bukan milik republik itu sebaliknya hak milik kerajaan Johor.

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

Unknown said...

Tsunami politik siri dua memang akan melanda Dollah. Kini tinggal soal masanya. Entah esok, entah lusa. Kalau Dollah tak undur, ranap dia kena sapu ombak gila yang yang akan melanda.

apaihani said...

Kesian jugak kat Pak Lah..Yelah,bukan senang jadi PM ni.Besar tanggungjawabnya.Kadang-kadang kita ni hanya pandai mengutuk dan menyalahkan seseorang.Patutnya,kita kena kaji dan siasat dulu kenapa jadi macam tu,kenapa jadi macam ni..Bukan nak menyebelahi Pak Lah tapi just cuba nak memahami keadaan yang dah serabut dalam pemerintahan Pak Lah..Rasa macam tak adillah kita hanya menghentam sebelah pihak..

zukeri said...

Inilah susahnya jadi ketua. Maslahnya bukan untuk memimpin negara tapi untuk menghadapi cacian dan cemuhan daripada masyarakat. Khulafa Ar-Rasyiddin pun mati kena bunuh. Sebaik mereka pun mati kena bunuh.

Harap Pak Lah tabah menghadapi kawan dan lawan.