Monday, December 31, 2007

Selamat Tahun Baru

Kemarahan dan kekecewaan segolongan rakyat jelata terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memuncak dalam tahun 2007. Rasa mual, jelak dan muak rakyat jelata terhadap Khairy Jamaluddin juga membuat-buak sepanjang tahun yang sama.

Hanya dalam tempoh beberapa jam lagi kita akan memasukki tahun 2008. Lantas, apakah harapan kita untuk tahun baru ini?

Harga petrol yang tak akan naik melambung? Penderitaan rakyat jelata yang kian terhimpit hidupnya akan dibela secara jujur? Lebih banyak konspirasi dan sandiwara politik untuk tontonan kita semua akan dihapuskan? Kepura-puraan yang makin menjadi-jadi hanya jadi kisah semalam?

Selamat Tahun Baru 2008. Moga-moga kita akan menerima banyak pembaharuan. Kalau tidak, kita mungkin terus dijerumuskan ke kancah kehidupan yang serba mendebarkan! – Ruhanie Ahmad

2 comments:

Hovidpure said...

Selamat Tahun Baru Masehi 2008 kepada Dato' dan semua pembaca blog Dato'.

Tahun 2007 melalui blog Kuda Kepang, telah memberi gambaran jelas terhadap siapa Dato' Ruhanie yang sebenar........ Seorang tokoh pemimpin masyarakat yang berani dan ikhlas dalam perjuangannya.

Tahniah dan salam sejahtera buat Dato' dan keluarga.

kudakepang said...

Hovidpure, terima kasih.

Saya telah lawati blog anda tapi tak sempat nak tinggalkan komen kerana gangguan internet.

salam hormat dari saya.