Monday, December 10, 2007

Abdullah Dah Mulakan Tangkapan
Untuk Lemahkan Penentangnya?

Ahad, 9 Disember 2007: Polis hari ini menahan Mohamad Sabu (Naib Presiden Pas), di Ipoh; Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), di Johor Bahru; serta empat orang peguam dan empat orang aktivis, di Kuala Lumpur.

Penahanan Mohamad Sabu dan Tien Chua dipercayai berkaitan penganjuran gelombang kuning di Kuala Lumpur pada 10 November 2007.

Ia juga dipercayai sebagai langkah menakut-nakutkan orang ramai yang dijangka menunjuk perasaan di hadapan Bangunan Parlimen Malaysia pada 11 Disember 2007 untuk membantah pembentangan rang undang-undang bertujuan menyambung perkhidmatan Tan Rashid Abdul Rahman sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Empat peguam dan empat aktivis terbabit pula ditahan kerana menganjurkan upacara berjalan kaki secara aman dan beramai-ramai daripada pusat membelibelah Sogo menuju ke Bangunan Majlis Peguam kira-kira dua kilometer daripada pusat membelibelah berkenaan, sempena Hari Hak Asasi Manusia esok.


Seluruh tangkapan di atas membuktikan bahawa sebahagian daripada ura-ura yang tersiar dalam blog ini pada Sabtu, 8 Disember 2007, sudah jadi kenyataan.

Perkembangan ini juga membuktikan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan dalam keadaan yang sangat tertekan sejak gelombang kuning pada 10 November 2007, kini mula menggunakan beberapa undang-udang tertentu bagi melemahkan kelompok yang menentang pentadbirannya.

Sempena tangkapan di atas, Abdullah membuat kenyataan di Petaling Jaya bahawa “kerajaan tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara.”

Berasaskan kenyataan ini, moga-moga Abdullah akan menggunakan undang-undang “tanpa mengira bulu” juga walaupun ke atas kroninya yang terlibat dengan apa-apa kesalahan seperti rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lainnya.

Dalam pada itu, banyak pihak menyifatkan tangakapan yang dilakukan hari ini pasti akan menyemarakkan lagi rasa marah dan penentangan segolongan rakyat jelata yang kini kecewa dengan kelemahan dan kepincangan pentadbirannya. – Ruhanie Ahmad

12 comments:

kulaannering said...

Dalam pada itu, banyak pihak menyifatkan tangakapan yang dilakukan hari ini pasti akan menyemarakkan lagi rasa marah dan penentangan segolongan rakyat jelata yang kini kecewa dengan kelemahan dan kepincangan pentadbirannya.

Sudah pasti undi saya dan keluarga pada BN akan beralih. amat kesal dan sedih dengan apa yang berlaku dengan kerajaan penuh dengan hipokrasi dan rasuah.

The Eugenist said...

Tok, saya secara asasnya bersetuju dengan kulaannering.

Cuma, yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapakah ianya berlaku? Satu persoalan yang agak naive barangkali..

HESMEL FAZNEE FAISAL.

jue said...

Datuk,

Sememangnya Pak Lah silap dalam percaturannya kali ini. Dia sememangnya tidak bijak dalam membuat keputusan.

Don'tPlayGod said...

Using the ISA to secure their power is nothing new. TDM used it in the 80's, and in the 90's. This is UMNO's tactics and tradition.

annonymous said...

Betul Datuk sebahagian drpd ura2 yang di terima olih Dtk. Saya rasa penangkapan keatas 4 peguam dan 4 aktivis pagi ahad adalah bertepatan. Apabila permit polis dinafikan maka sebarang perhimpunan lebih daripada 5orang dengan mempunyai niat bersama (common intention) , perhimpunan tersebut telah menjadi perhimpunan haram dan meyalahi sek 27 akta polis. Cubaan oleh mereka yang terlibat untuk membuktikan mereka hanya berarak dalam keadaan damai, tidak timbul kerana perarakan tersebut telah menjadi suatu kesalahan (tanpa permit polis) Dalam hal ini Datuk lebih arif kerana kerana Datuk pernah di KDN.
Bagi saya apa yang perlu mereka buat ialah cuba sedaya upaya untuk mendapat permit polis melalui perbincangan dgn Ketua Polis Daerah (KPD) dengan memberi jaminan perhimpunan tidak akan bertukar menjadi ganas dan sbgainya. Maka sebab itu awal2 lagi Bar Council telah akur degan keputusan KPD. Adalah amat memalukan profesyen guaman, apabila peguam2 sendiri melanggar undang2 negara! Terikut2 dgn perkembangan di Pakistan? Peguam seharusnya bertindak mengikut lunas undang2 dan bukan mengikut emosi!
Apa yang terjadi sekarang ialah pihak penganjur perhimpunan/perarakan membuka peluang seluas-luasnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan eksukutif sama ada dibawah 'open laws' atau 'preventive laws'
ibarat mentimun dengan durian!!!!

permatang said...

Penangkapan ini akan mendedahkan lagi keburukan kerajaan Barisan Nasional dan sudah pastinya undi orang melayu akan beralih arah kepadaBarisan Alternatif dalam plihanraya akan datang. Kepada Datuk teruskan perjuangan mu..rakyat akan bersama-sama dengan Datuk..

Hamizi said...

datuk...

lama tidak mengulas di blog ini...

sebenarnya saya tidak percaya dengan perarakan atau perhimpunan aman di Malaysia...

sebabnya, ramai yang mengambil peluang melakukan provokasi (memaki hamun) atau bersikap ganas, tidak kira daripada mana-mana pihak sekali pun...

namun begitu, saya merasakan satu pengecualian bagi perhimpunan BERSIH yang lalu...

ia mungkin wajar dilakukan kerana ianya berkepentingan majoriti (tidak kira dalam kalangan parti kerajaan atau pun parti pembangkang) dan kena pada masanya iaitu sebelum pilihan raya umum...

walau bagaimanapun, kecenderungan untuk melakukan satu perhimpunan ke satu perhimpunan lain, agak melampau bagi pendapat saya...

seakan-akan sudah diberi betis nak kan peha (walaupun tidak mendapat permit)... malahan apabila terlalu banyak perhimpunan, matlamat utama (menjatuhkan Dolah & Co.) sudah jauh tersasar dan akhirnya kita semua akan hanya syok sendiri...

perlu diingat, semenjak Dolah memerintah, sama ada kebetulan atau tidak, banyak syarikat Jepun (tempat bergantung hidup ramai rakyat Malaysia) telah memindahkan operasi mereka ke China dan India...

kita tidak mahu satu-satunya kelebihan yang ada di Malaysia (keamanan dan ketenteraman), berbanding negara-negara lain musnah dan akhirnya semua pelaburan asing akan berpindah keluar...

akhir sekali nanti, rakyat Malaysia semakin ramai yang menganggur, walaupun kita telah menang sorak...

kudakepang said...

Kulaanering, Eugenist, Jue, DPGod, Anon, Permatang, Hamizi. Terima kasih.

Sama-samalah kita berdoa semoga negara kita tidak jadi kucar-kacir akibat kesilapan pemimpin membuat perhitungan kritikal dan keputusan strategik demi rakyat jelata dan negara.

Buat Kulaannering dan Permatang dan DPG salam perkenalan.

Buat Hamizi: Harap sudah tamat exan dan berjaya.

Eugenist: Soalan anda tidak naive.

Jue: Selama mana lagi harus dia buat kesilapan?

Anon: Punca kepada segala masalah adalah sikap rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan keadaan hari ini.

Salam takzim.

anakmama said...

saya hairan kenapa hanya rashid saja yang tahu mengendalikan pilihanraya dimalaysia. Dan keperluan menambahkan had umur bersara seorang pengerusi SPR. Tidak kah ini mengambarkan satu kelam kabut dan cerita komedi.

Sehinggakan seluruh ahli parlimen bersidang demi rashid dan mengegalkan regim abdullah badawi ketua parti hadhari.

Berita dari gunung said...

Saya bukan Perdana Menteri. Saya tidak mungkin jadi Perdana Menteri. Bukan tidak minat, tetapi kerana tidak mengatur apa-apa strategi kearah itu.

Perdana Menteri lebih kurang sama dengan CEO dalam mana-mana syarikat. Sedaya upaya usaha akan digembelingkan untuk memajukan syarikat. Pada masa yang sama, rivals sentiasa diperhati, supaya rivals tidak membaham dan mencederakan syarikat kita.

Apa yang berlaku, saya kira telah diteliti oleh PM dan orang-orangnya. Mereka lakukan apa yang dirasakan wajar dalam kerangka mudah "mengekalkan kuasa" dan "mengenepikan ancaman".

Saya kira menangkap orang adalah senario biasa di Asia. Negara sebesar China menggunakan jentera penggelek untuk melenyek ancaman di Tianmen Square suatu ketika dulu. Negara China kekal sebuah negara yang kuat dan menelan seluruh ekonomi dunia.

Dunia berputar dengan segala kemungkinan. Malaysia tidak terkecuali.

straycat's strut said...

After four years, we are yet to witness one good and decisive decision from this man. When pressed for decisions, he would either pass it to his minister or form another committee. If pressed further, he would fly oversea.

But now he could feel the heat. He is being pushed further into a corner. He cannot turn to his brain. He is yet to learn how to use it.

A trapped dog is the most dangerous. Its survival instinct will take over. It will shout "saya pantang dicabar," it will bite and it will kill if necessary. Its not the time to be sensible and its too late to learn how to be sensible.

Power is so intoxicating even to an imam...

kudakepang said...

Anakmama, Berita dan Strut. Terima kasih.

Yes, power corrupts, absolute power corrupts absolutely... Dan sesiapa yang mempunyai absolute power yang corrupts absolutely sering bertindak atas prinsip matlamat menghalalkan cara atau the ends justify the means. Begitulah hakikatnya.

Bagaimanapun, sejak neo-cons menguasai kepimpinan Amerika Syarikat, muncul pula beberapa jargon baru dalam politik seperti politics of deception atau siasah menerusi penipuan.

Lihat keliling kita hari ini. Manalah tau kita akan kelihatan sesetengah pihak yang menggunakan prinsip politics of deception.

Oleh itu, keluar dari kepompong pemikiran konvensional, berfikirlah di luar kotak. Lantas kita akan nampak bagaimanakah politics of deeception ini sedang menari-nari di depan mata. Mungkin!!!

Salam takzim