Thursday, December 27, 2007

Bahagian Dua:
PAKATAN HINDRAF - KHAIRY
MATLAMAT HALALKAN CARA?

Di akhir posting bahagian satu pada 15 Disember 2007, saya tegaskan, persepsi dan andaian di kalangan segolongan rakyat jelata pada hari ini mengatakan bahawa demonstrasi Hindraf pada 25 November 2005, serta kenyataan Hindraf yang provokatif terhadap UMNO, orang Melayu dan umat Islam, adalah satu konspirasi ciptaan Khairy Jamaluddin selaku proksi kepada Abdullah.

Lantas, saya bertanya, adakah ini persepsi yang tepat dan andaian yang betul? Mustahilkah kalau demonstrasi dan kenyayataan Hindraf yang sedang dipolemikkan adalah dirangka dan dilaksanakan untuk mengukuhkan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan goyang dilanda gelombang rakyat mulai 10 November 2007? Bukankah peristiwa ini menepati strategi “matlamat menghalalkan cara”?

Oleh itu, sama-samalah kita rungkai dalam bahagian dua ini, benarkah Khairy yang menggunakan nama UMNO untuk mendalangi demonstrasi Hindraf? Soalan ini sedang menghantui pemikiran banyak pihak, termasuk ahli-ahli UMNO. Persoalan ini juga mendorong banyak pihak mula mempolemikkan tindakan Abdullah menggunakan beberapa undang-undang, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebagai satu tindakan “matlamat menghalalkan cara.” Tindakan ini disifatkan oleh banyak pihak sebagai satu cara untuk memulihkan kredibiliti Abdullah yang tercemar, integritinya yang tercalar dan kepimpinannya yang amat tergugat akibat ledakan gelombang rakyat mulai 10 November 2007.

Konspirasi

Setakat ini tidak wujud bukti yang mengaitkan Khairy berkonspirasi dengan Hindraf. Bagaimanapun, tidak ada siapa boleh menafikan kemungkinan konspirasi ini. Lebih-lebih lagi bila wujud ramalan seperti berikut:

Menantu Perdana Menteri (PM) dalang perhimpunan Hindraf? Itulah maklumat yang kami terima. Bunyinya pelik, tetapi ada alasan kukuh yang diberikan oleh pemberi maklumat ini. Dalam sejarah politik Malaysia, hanya apabila terjadi perbalahan di antara kaum, (maka) UMNO, MCA dan MIC akan kembali menjadi kuat. Ini telah terbukti selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Melayu kembali menyokong UMNO dan Cina kembali bersama MCA.

Ini yang ingin dilakukan oleh menantu PM. Beliau tahu bahawa orang Melayu sudah mula hilang keyakinan kepada PM, dan ini amat berbahaya jika berterusan sehingga PRU ke-12. Jika kebencian orang Melayu kepada Abdullah berterusan, bermakna undi mereka akan pergi kepada pembangkang dan Abdullah akan dilihat gagal mempertahankan prestasi PM. Maka mudahlah untuk Datuk Seri Mohd. Najib Razak meyakinkan Abdullah untuk berundur dan memberikan laluan kepadanya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ini yang paling ditakuti oleh menantu PM. Jika Najib naik, peluangnya untuk terus kukuh di dalam UMNO sehingga menjadi PM, tidak akan berjaya. Segala usaha yang telah dilakukannya (selama ini), termasuklah menggadaikan sedikit demi sedikit negara kepada Singapura, (jadi) sia-sia.

Pertemuan

Jadi, beliau pun memulakan taktik jahatnya. Sumber kami mengatakan bahawa beliau (menantu PM) bertemu dengan P. Uthayakumar (Penasihat Undang-Undang Hindraf) beberapa bulan yang lalu dan memulakan perundingan. Diantara perjanjian mereka ialah, menantu PM akan membiayai kesemua kos yang diperlukan oleh Uthayakumar untuk menganjurkan satu perhimpunan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menaikkan kemarahan orang Melayu. Sebagai balasan, Uthayakumar akan terus disokong dari segi kewangan dan (diberikan) perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan seperti ISA. Sebab itu sehingga hari ini kerajaan tidak menggunakan ISA kepada Uthayakumar walaupun beliau telah memainkan isu yang bahaya dan berpotensi untuk mencetuskan satu rusuhan kaum.

Selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007, sekarang giliran menantu PM untuk mengapi-apikan kemarahan kumpulan Melayu pula. Diberitakan bahawa (akan ada) satu pertemuan oleh NGO dan Pertubuhan Melayu di Kampung Baru (Kuala Lumpur) dalam jangka masa terdekat ini. Tujuannya ialah untuk mempertahankan Islam. Selepas pertemuan, NGO dan pertubuhan yang hadir akan mengeluarkan kenyataan dan slogan yang berbunyi: "Jangan cabar umat Islam di negara ini". Pertemuan yang ditaja oleh menantu PM itu tidak lain tidak bukan berniat untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.

Apabila orang Melayu sudah marah, mereka akan kembali memberikan sokongan kepada Abdullah. Ini mencerahkan peluang Abdullah untuk memimpin UMNO (dan kerajaan) sekurang-kurangnya selama satu penggal lagi.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, saya tidak faham mengapa kestabilan dan keharmonian negara sanggup digadaikan demi untuk mempertahankan kuasa? Saya berharap agar orang Melayu tidak lagi bodoh dan membiarkan diri mereka diperalatkan oleh segelintir pihak yang hanya gila kepada wang dan kekuasaan. - Anak Jati Rembau, Blog Anti-Khairy, 4 Disember 2007, jam 7:59 pagi.

Lencongan

Apa yang ditulis oleh Anak Jati Rembau seperti di atas belum lagi membuktikan keterlibatan Khairy mendalangi demonstrasi Hindraf. Andaian dan persepsi ini nampak semakin jelas bila tulisan di atas mengatakan Uthyakumar akan dilindungi daripada tangkapan di bawah ISA, tetapi Uthayakumar dan empat lagi pemimpin Hindraf telah pun ditahan bawah ISA pada 13 Disember 2007.

Sekali imbas, tindakan menahan Uthyakumar di bawah ISA memang akan membawa makna bahawa dakwaan wujudnya konspirasi Khairy-Hindraf adalah tidak benar. Tetapi, mustahilkah kalau tangkapan itu dilakukan untuk megaburi keyakinan umum tentang wujudnya konspirasi Khairy-Hindraf kerana konspirasi itu memang sebenar-benarnya wujud?

Jadi, tidakkah penahanan lima pemimpin Hindraf ini boleh disifatkan sebagai tindakan “matlamat menghalalkan cara” di mana matlamatnya di sini adalah menutup sebarang spekulasi mengenai konspirasi Khairy-Hindraf dan caranya adalah menerusi tahanan di bawah ISA?

Hakikat mengaburi keyakinan rakyat menerusi tahanan ISA ini jadi semakin jelas apabila kelima-lima pemimpin Hindraf terbabit hanya di tahan di bawah ISA Seksyen 8 dan bukannya Seksyen 73. Kedua-dua seksyen ini mempunyai prosidur dan implikasi yang amat berbeza ke atas pihak yang ditahan. Hakikat ini akan saya huraikan dalam siri ini bahagian tiga. – Ruhanie Ahmad.

4 comments:

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Datuk

Dari pengalaman Datuk, pernahkah polis tidak menyiasat mana-mana pihak yang dikaitkan dengan kumpulan bersenjata?

Sebelum ini, Hindraf dikaitkan dengan kumpulan bersenjata. Oleh kerana ditahan di bawah Seksyen 8, adakah itu bermakna polis tidak mempunyai peluang menyiasat tuduhan bahawa Hindraf mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata?

Saya tak berapa reti sangat undang-undang, mohon penjelasan.

Fikir Tajam said...

Syabas datuk Ron. Nampaknya setakat ini Datuk antara segelintir pemikir yang berupaya melihat segala yg tersirat di sebalik fenomena HINDRAF.

Sayang sekali ramai Rakyat Malaysia yg berfikiran mediocre dan di bawah par langsung tak terbaca permainan ini. tapi percayalah ramai lagi profesional seperti saya yang mahir ilmu logik dan penaakulan mantiq yang terang-terang nampak malah dapat membaca apa yg tersurat dan tersirat walau sekadar sekilas pandang.

Teruskan usaha Datuk demi BANGSA, TANAHAIR & AGAMA TERCINTA.

Pertahankanlah JATIDIRI maruah bangsa di TANAH LELUHUR BONDA TERCINTA. BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA.

Ternyata Pak Lah seorang MUNAFIK.
Ternyata KJ PENGKHIANAT BANGSA & NEGARA.

Sanggupkah kita melihat harga diri dan kemandirian bangsa dirobek sesuka HATI merajalela semata-mata demi Hasrat Menghalalkan Cara (perjuangan politik peribadi...desperado!).

Ya ALLAH lindungilah KAMI, TANAHAIR KAMI, AGAMA KAMI, ANAK CUCU KAMI YG AKAN MEWARISI KAMI & TANAH LELUHUR INI.

Satu persoalan pokok yg sangat mudah?

Setan apa yg merasuk HINDRAF sebegitu ganteng mencabar warga pribumi anak watan ini di BUMI TANAH MELAYU ini sekiranya tiada LESEN BESAR DIBERI oleh KJ & Pak Lah sendiri?

Sedangkan Tamil Elam sendiri terkial-kial untuk menguasai kepimpinan SriLanka sejak sebegini lama. RENUNG2KANLAH...

Org Melayu tak boleh lagi asyik dengan liburan TV3, AF, KONSERT GEGAR, lantas perkara sebegini penting melibatkan maruah bangsa bisa diperkotak-katikkan oleh HANYA kumpulan minoriti dengan SEKADAR MELEMPARKAN LOGIK MUDAH YG TAK TERBACA OLEH KHALAYAK!

Fikir Tajam said...

Syabas Datuk Ron. Memang jelas permainan ini. Hanya menggunakan LOGIK MUDAH (simple logic) saja.

Kami para profesional yg mahir ilmu mantiq cukup sedar konspirasi jijik KJ demi survival politik mentua dan diri sendiri.

Taklah LICIK... Budak Form 5 pun boleh congak siapa di sebalik kegantengan hindraf.

Satu soalan pokok utk difikir oleh semua (kalau masih punya jatidiri dan tak termasuk di kalangan para mediocre dan pemikiran bawah par):

Setan apa yg merasuk hindraf sang minoriti menyalak sakan sang majoriti di BUMI TANAH MELAYU INI kalau ianya bukan memang dirancang sedemikian rupa penuh jaminan dan kesepakatan KJ demi meningkatkan semula moral (dan popularity?) Pak Lah yg ternta telah cukup terCEMAR kerana 1001 macam keputusan BEBAL dan MENGGADAIKAN MARUAH BANGSA DAN TANAH LELUHUR IBUNDA. RENUNG2KANLAH.

Jgn asyik tenggelam dengan hiburan melulu yg disuap KJ di kaca TV.

annonymous said...

Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh bakag a.ka.~penarik beca, saya ingin kongsi bersama 'the little that I know about law espcially ISA'. Apabila sesarang ditangkap dan ditahan dibawah sek 8, isnya berasaskan fakta2 yang sedia ada dikemukakan oleh PDRM kepada Menteri KDN. Jika berpuas hati ssasar an tersebut boleh menggugat keselamatan negara, menteri boleh mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun di kem tahanan kemunting.Ini bermakna sasaran tersebut 'is not subjected to' tahanan elama 60hari dan usaha pemulihan awal oleh polis spt yang terjadi jika ditangkap dibawah sek 73 (1). Maka dengan sendirinya polis telah dinafikan peluang untuk mencungkil maklumat terbaru dari sasar spt hubungan kumpulannya dengan LTTE misalnya dan banyak lagi jurang maklumat yang diperlukan polis. Polis juga tidak ada peluang untuk membetulkan mindset sasaran yang mungkin dikaburi oleh pengaruh luar atau sekeliling. Apabila sesaortang itu ditangkap dibawah sek 8 ,ianya 'within reasonable time' harus di bawa ke kemtahanan untuk ditahan selama 2 tahun dan pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk membuat interogasi atau temuduga jika sasaran tidak mahu. Hanya pegawai pemulihan yang dilantik oleh KDN boleh berurusan dengan nya. Itu lah serba sedikit yang saya tau Datuk.

Tahanan dibuat dibawah sek 8 , pada kebiasaannya harus melalui penangkapan dan penahan selama 60 hari oleh polis dansebelum tamat tempoh 60 hari perakuan dibuat kepada Menteri KDN samada untuk dibebaskan bersyarat/tanpa syarat atau ditahan selama 2 tahun. Tindakan PM dalam hal hindraf ini menguatkan pendapat bahawa ianya suatu rekayasa 'people inthe corridor of power' untuk kepentingan mereka. Saya amat setuju dengan tulisan anak jati rembau, Datuk