Apa Status Hindraf?
Hindraf memunculkan dirinya ke dalam arena politik Malaysia dengan seribu satu persoalan, kontroversi, provokasi dan juga misteri. Siapakah Hindraf?
Hindraf pelopor ekstremisme Hindu. Hindraf penganjur demonstrasi ganas. Hindraf memprovokasi orang Melayu dan umat Islam. Siapakah Hindraf?
Hindraf mempunyai hubungan dengan network teroris antarabangsa. Hindraf didakwa sebagai berkait rapat dengan satu kumpulan facist di India. Siapakah Hindraf?
Hindraf menjelajah dunia untuk memfitnah negara atas nama perjuangan kemanusiaan dan keagamaan. Hindraf didesas-desuskan sebagai sedang terlibat dalam satu konspirasi sebuah kuasa asing tertentu di Malaysia. Siapakah Hindraf?
Rakyat jelata mesti tau, siapakah Hindraf? Seekor merak kayangan yang amat bongkak semata-mata kerana bulunya indah dan berwarna-warni? Seekor naga perkasa yang tergila-gilakan pancaran sinar sebutir berlian legenda? Seekor cicak kubin atau mengkarung yang sentiasa pintar menukar warna badannya mengikut kesesuaian persekitarannya?
Rakyat jelata Malaysia hanya mula mengenali Hindraf setelah satu demonstrasi pada 25 November 2007. Tetapi, siapakah Hindraf sebenar-benarnya?
Adakah kebangkitan Hindraf merupakan satu penjelmaan babak konfrontasi dalam legenda klasik Mahabharata?
Adakah perjuangan Hindraf merupakan penjelmaan semula babak keperwiraan dalam legenda klasik Ramayana?
Siapakah Hindraf? Seekor kuda tempang yang dikatakan sedang ditunggang, diperalat dan dipacu oleh sesetengah pihak tertentu yang sedang tercungap-cungap, terkapai-kapai dan hampir lemas di sebuah lautan kekuasaan?
Sebenarnya, tidak ada siapa yang boleh memberikan jawapan autoritatif dan tepat mengenai Hindraf, melainkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM), di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Pembantu saya menghubungi PPM hari ini untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai Hindraf. Jawapan PPM kepada pembantu saya adalah seperti berikut:
Hindraf belum lagi berdaftar dengan PPM. Ia baru saja menghantar borang permohonannya kepada kami.
Memandangkan apa yang sedang berlaku sekarang, rasa-rasanya PPM akan menolak permohonan Hindraf untuk didafarkan.
Begitulah kisahnya Hindraf. Harap-harap Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, tau akan hal ini. Harap-harap Queen E pun dah maklum perkara ini. Begitu juga dengan PBB dan Mahkamah Dunia. – Ruhanie Ahmad

7 comments:
Saya bersetuju Hindraf berhimpun atas dasar kebebasan berhimpun.
Amat tak bersetuju
- gambar Ghandhi dijulang. Apsal tak gambar Agong. Kitakan rakyat Malaysia
- tuntut gantirugi dr British. Malaysia sudah merdeka. Gamak nak tuntut. tuntutlah dr kerajaan(BN/MIC).
Saya berpendapat yg membuat keganasan ialah agen polis/sb atau pemuda MIC. Mereka pernah berhimpun secara aman di Putrajaya sebelum ni. Aman je.
Amatlah memalukan/menyedihkan bilamana didapati bangsa melayu lebih rendah pendapatan berbanding india. Wajarkah org melayu menyaman plak kerajaan/UMNO?
Salam Dato'
Saya tertarik dengan persoalan yang bermain dibenak fikiran kita tentang Hindraf hari ini. Saya percaya rakyat Malaysia dari keturunan kaum India sendiri juga sebenarnya tidak mengenali apakah, siapakah Hindraf itu sebenarnya sebelum himpunan 25 Nov 2007.
Hindraf seolah-olah satu pertubuhan yang sudah dirancang rapi sebelum ini dan hanya akan berbuah mengikut "musim", bukan musim durian tetapi mungkin "musim" PRU. Kalau dilihat kepada perkembangan sekarang, dan kaitan bantuan sokongan Hindraf dari negara luar, serta jalinan dari pihak pengganas yang diura-ura jelas Hindraf mempunyai dalang yang cukup berpengalaman berkaitan hubungan luar yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan ini.
Sudah hampir jelas motif Hindraf, bukan sekadar isu membela kaum India malahan isu lebih menarik dan tertarik yang kita semua terusan menunggu penghujungnya, jangan hanya hangat sebelum PRU tapi selepas PRU kita sudah lupa kewujudan Hindraf.
Bersua kembali Datuk, terubat rasa membaca posting Datuk, sekurang-kurangnya tahu Datuk masih sihat.
Pada saya siapa Hindraf tidak perlu diberi perhatian yang keterlaluan, sepertimana kita tidak terlalu memberikan perhatian kepada Abu Jahal.
Memadai kita fahami bahawa mereka adalah sekelompok warga negara Malaysia yang lupa diri.
Dunia kini dikuasai oleh pengganas melalui proksinya. Mereka sentiasa mengintai ruang untuk memporak perandakan 'rumahtangga' orang lain.
Polemik yang berterusan terhadap Hindraf akan membuka ruang pertelagahan dalam 'rumahtangga' kita, sesuatu yang amat dinantikan oleh pengganas dan proksinya.
Jangan kita lupa bahawa musuh sentiasa mencari helah sehingga kita mengikuti mereka atau menjadi sebahagian daripada mereka.
Menyedarkan mereka menuntut kesabaran yang tinggi. Bukankah kita dituntut untuk menegur secara berperingkat (Hadis).
Kasih sayang adalah senjata yang paling ampuh dan telahpun terbukti (rujuk sirah Rasulallah).
I told you so, Here is a patriotic Malaysian Hindu who want to impose sanction on his own country!
HINDRAF chief Waytha Moorthy asks India to impose sanctions on Malaysia
“India should impose trade sanctions on Malaysia to pressurize the latter to adopt affirmative policies to uplift the conditions of its citizens of Indian origin, says a Malaysian leader of a movement demanding better opportunities for Indians. Waytha Moorthy, president of Hindu Rights Action Force (Hindraf), was one of the chief organisers of a protest by Indian-origin Malaysians Nov 25 in Kuala Lumpur against alleged government discriminatory policies, which was met with stiff resistance from security authorities.”
Read more from here:
http://escapefromindia.wordpress.com/
This Hinduva bigots are acting against of peaceful Indian community all over the world. Let Government of Malaysia stop unlimited freedom to this idiots.
Komen di bawah ini telah dikirimkan menerusi email pada 7 Disember 2007:
Saudara,
Salam sejahtera. Aktikel saudara sememangnya menginsafkan rakyat memikir tentang asal usul HINDRAF, di mana demonstrasi berlaku seminggu selepas perarakan BERSIH secara kebetulan.
Ingin saya mengutarakan sedikit sebanyak perasaan dan pendapat atas isu sentimen Melayu. Secara amnya, generasi berpendidikan tinggi, terutamanya siswazah luar negeri, berfikiran yang cara Pak Lah menguruskan soal ini kurang matang dan mantap, di luar jangkaan rakyat, bahawa beliau berhak menahan mereka yang terlibat di atas nama ISA. Ini mungkin mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap pembangunan negara. Apatah lagi pelabur-pelabur asing mengkin terpengaruh dengan gambaran ketidakstabilan politik dan seterusnya enggan melabur.
Namun, dari perspektif yang lain pulak, soal tersebut telah memberi kesempatan kepada Pak Lah untuk mempahlawankan diri sebagai jaguh mempertahankan kedudukan anak-anak Melayu dan umat-umat Islam sedangkan Anwar masih berdiam diri dan enggan menghuraikan pendirian atas soal ini. Tidak dapat dinafikan terdapatnya golongan umat Islam yang senang kehilangan emosi dan terpedaya bahawa mereka seharusnya menyokong sesiapa saja yang berjuang untuk Allah atau Islam. Golongan inilah yang diperbodohi oleh pemimpin-pemimpin UMNO berketurunan mamak yang berlagak batu api.
Namun, golongan berpendidikan tinggi mahukan penyelesaian dalam soal ini dengan secepat mungkin, agar kegemilangan, kemakmuran dan keamanan dapat diteruskan dan dikekalkan buat selama-lamanya.
Yang ikhlas,
Jamiliah Kassim
Saudara/Saudari Joe, Zeme, Millie, Pradeshi, Jamiliah, terima kasih.
Secara umumnya, elok dikenali siapa Hindraf kerana terlalu banyak plot dan sub-plot power games yang terselindung di sebalik Hindraf.
Saya sedang dalam proses menyiapkan sebuah buku kecil mengenai organisasi ini. Kesimpulan awal saya ialah: Hindraf organisasi haram yang biadab dan penuh misteri. Bacalah buku ini yang dijangka siap dalam 10 hari lagi.
Kesimpulan keduanya, bila Melayu-Islam dan India-Hindu berbalah atau bersengketa, siapa yang akan rugi atau siapa yang akan untung? Pihak Ketiga? Abdullah? Pasti bukan Melayu-Islam atau India-Hindu....
Salam takzim.
Saya amat sedih dengan segelintir bloggers melayu yang dengan sewenang2 nya menzahirkan artikel2 yang seolah2 meyokong perjuangan kaum hindu. Mereka (bloggers melayu) ini tahu bahawa denai yang diambil oleh hindraf amat memilu dan mengguris hati kaum melayu yang telah beberapa abad berjaya mengakomodasikan kaum india di Malaya/Malaysia. Tetapi ada bloggers melayu (ISlam) yang menonjolkan tulisan2 menghentam melayu dan institusinya mungkin kerana tidak sebulu dengan pentadbiran sekaran. Asalkan ada kumpulan yang menentang kerajaan, disokong bulat2 tanpa mengambil kira implikasi kepada keutuhan bangsa melayu.
Perkembangan ini amat tidak sihat dikalangan orang2 melayu/islam. Percubaan untuk menjadi open-minded akan memakan diri saendiri dan bangsanya. Kalau bediam diri pun udah cukup dan tidak perlu mempamirkan artikel2 yang anti-melayu/islam yang di petik dari media massa luarnegara atau blogs bukan melayu yang sering menghentam dan mempersoal kedudukan orang 2melayu. Seharusnya kita mencari jalan agar perjuangan hindraf tidak tersasar kearah memecahbelahkan perpaduan kaum hatta memengancam keselamatan negara!! Bukan nya dengan mencari2 bahan yang agak pedih dan panas yang menghentam orang2 melayu , dimuatkan secara meluas dalam blog nya disamping membiarkan pelawat2 dari kaum india membuat komen2 tanpa kawalan. Sekarang saya sedar sejauh mana ketaatsetiaan sesetengah kaum India Malaysia kepada negara. Utayakumar dan gengnya perlu meminta maaf kepada orang2 melayu diatas tindakan mereka yang dianggap tidak rasional itu.
Post a Comment