Monday, December 17, 2007

Tahanan Di Bawah ISA
Kerana Kritik Abdullah?

Khabar angin yang mengatakan segolongan bloggers sosio-politik Malaysia akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini semakin bertiup kencang di Kuala Lumpur.

Mengikut spekulasinya, saya adalah antara bloggers yang diura-urakan akan ditahan tidak lama lagi. Spekulasi ini tersebar luas sehinggakan saya menerima beberapa e-mail dan sms meminta saya bertabah, bertenang dan hadapi kemungkinan itu dengan semangat jitu.

Kuasa melakukan sesuatu tahanan ISA berada di tangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Maka, terserahlah kepada beliau membuat tindakan muktamadnya.

Buat diri saya, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui mengapakah saya membabitkan diri sebagai blogger. Sesiapa yang mengikuti posting saya selama ini pun mungkin menyedari mengapa saya berbuat demikian.

Kedaulatan

Apa yang jadi tumpuan saya hanya Abdullah dan kelemahan kepimpinannya. Apa yang jadi fokus saya adalah kemerdekaan, kedaulatan dan maruah negara. Apa yang sering saya bicarakan adalah keterlanjuran kata dan tindakan Khairy Jamaluddin. Segala-galanya saya lakukan atas kasih dan sayang saya kepada agama, bangsa dan tanah air.

Bagaimanapun, saya akan tetap akur dengan tindakan yang mungkin dikenakan ke atas diri saya. Kalau itulah padah yang perlu saya terima, syukur Alhamdulillah! Inilah buktinya perjuangan saya menerusi alam maya selama ini memang ada kesannya. Kalau tidak, mana mungkin suara saya akan dilenyapkan begitu sahaja?

Saya jadi ahli UMNO sejak 1973. Nombor keahlian saya adalah 00001381. Sewaktu saya mula jadi Ahli Parlimen dalam tahun 1990, kampung saya belum menikmati bekalan letrik dan air bersih. Jalan tar hanya mimpi yang tidak bertepi.

Begitu jugalah keadaannya dengan hampir keseluruhan kawasan Parlimen Parit Sulong – dari Pekan Semerah di sempadan Muar, hinggalah ke Chaah di sempadan Segamat.

Kuasa Asing

Syukur Alhamdulillah, selama saya jadi wakil rakyat, transformasinya agak hebat. Rakyat di kampung-kampung dalam Parlimen Parit Sulong kini berada dalam suasana kehidupan bandar walaupun dengan setting desa. Segala-galanya mereka nikmati. Terima kasih kepada Barisan Nasional, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan kepimpinan negeri Johor yang prihatin kepada rakyat jelata.

Bila Abdullah memimpin Malaysia, beliau mengketengahkan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang. Semua rakyat jelata menyokongnya. Kini, apa sudah jadi? Adakah kepimpinan Abdullah berjuang ke arah itu?

Di zaman Mahathir tidak pernah kedengaran desas-desus mengatakan pejabat Perdana Menteri diresapi oleh sekumpulan elemen serta talibarut kuasa asing. Di zaman Abdullah bagaimana? Di zaman Mahathir, satu jiran tetangga kita yang tertentu langsung tidak berani angkat muka. Di zaman Abdullah apa kisahnya?

Bukankah Abdullah sendiri memberitahu dunia bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor, kepada Singapura adalah umpama Shenzen kepada Hongkong? Bukankah Abdullah pernah mengumumkan bahawa “free access” diberikan kepada sesiapa sahaja yang masuk dari Singapura ke WPI tanpa menggunakan passport? Bukankah hal ini hanya dibatalkan selepas mendapat tentangan hebat dari warga prihatin Malaysia?

Strategik

Inikah gaya dan cara seorang Perdana Menteri dalam membuat sesuatu perancangan mega tanpa memikirkan soal-soal strategik seperti kedaulatan negara dan keselamatan negara? Adakah kesilapan seperti ini kecil dan boleh dimaafkan begitu sahaja?

Adakah membicarakan kesilapan strategik seperti ini akan mengancam keselamatan negara? Tidakkah rancangan Abdullah sendiri yang sebenarnya hampir-hampir mengancam keselamatan serta kedaulatan negara?

Kini kita lihat UMNO. Pernahkah seorang Presiden UMNO mengeluarkan arahan supaya seorang individu tertentu dipastikan tidak akan memenangi pertandingan menjadi perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Malaysia? Hal ini berlaku di zaman Abdullah. Beberapa individu tertentu diberikan arahan dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO supaya Mahathir disekat dengan apa cara sekalipun daripada menjadi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke PAU 2006.

Bukankah arahan ini tercatat dalam salah satu minit mesyuarat MT pada Ogos 2006? Bukankah tiga muka surat daripada minit tersebut yang mengandungi arahan itu kemudiannya dimansuhkan?

Silakan

Perkara ini diketahui oleh banyak pihak. Satu laporan polis mengenainnya pun sudah dibuat baru-baru ini. Tetapi, salinan tiga muka surat daripada minit mesyuarat MT berkenaan kini jadi satu bahan penting dan rahsia. Kakitangan Ibupejabat UMNO Malaysia amat ketakutan bila ada pihak cuba mengorek kemungkaran ini.

Soalnya, mengapakah UMNO sampai jadi begini di zaman Abdullah? Adakah membicarakan soal kepincangan seperti ini mengancam kesejahteraan UMNO? Tidakkah tindakan Abdullah sendiri yang sebenarnya sedang mengancam UMNO sehingga menjadikan UMNO disifatkan oleh banyak pihak sebagai tidak relevan lagi dengan zamannya? UMNO yang tidak relevan atau Abdullah sendiri yang tidak relevan?

Begitulah antara perkara yang pernah saya bangkitkan dalam blog ini. Saya juga pernah menulis sebuah buku bertajuk Mahathir Menyinga yang mengulas kedolak-dalikan Abdullah mengenai soal Jambatan Bengkok di Johor Bahru.

Kalau ini semua disifatkan oleh Abdullah sebagai ancaman kepada keselamatan negara, tunggu apa lagi? Silakanlah, tahanlah saya di bawah ISA dengan serta merta. Kalau tidak, nanti banyak lagi yang akan saya tulis kerana seperti sebilangan besar rakyat jelata, saya juga berpendapat bahawa Abdullah memang tidak lagi layak memimpin UMNO dan Malaysia! - Ruhanie Ahmad

20 comments:

annonymous said...

Alahai Datuk, semua berita angin yang Datuk dengar itu cuma satu permainan those in the corridor of power untuk menakut2kan mereka yang tidak begitu senang dengan halacara Pak Lah menerajui negara!! Jangan cepat panik,sepanjanag saya meneliti blog Datuk, tiada posting yang boleh dijadikan asa untu penahan DAtuk bawah ISA. Personal criticism bukan merupakan criteria kukuh kerana ianya tidak mungkin perjudicial to the security of the country. Kata2 atau perbuatan yang menghasut, meyeru atau menggalak salahlaku yang boleh menggugat keselamatan merupakan asas tunjang kepada perlunya tahanan dibawah ISA. Pada hemat saya kes Datuk belum layak!!!!

Hovid said...

Tahniah! semoga perjuangan untuk menumbangkan Abdullah Badawi, PM yang lebih banyak tidur dari bekerja ini akan tercapai. Rakyat sememangnya sudah meluat dengan corak pemerintahannya.

Saya menyeru kepada semua ahli UMNO yang sayangkan parti agar terus memberi tekanan kepada AAB sehingga dia berundur demi untuk menyelamatkan UMNO.

Ahli UMNO perlu menyekat daripada memberi laluan kepada Khairy Jamaluddin daripada terus berada di barisan kepimpinan UMNO kerana perangai gelojoh dan rakus merompak wang rakyat telah kita semua maklumi.

Tahniah Datok Ruhanie Ahmad.

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Antara sebab merebaknya Revolusi Islam di Iran ialah kebangkitan keluarga serta saudara-mara mereka yang dianiaya oleh rejim Pahlavi.

Yang berkuasa selalu berkeyakinan penangkapan akan menakutkan orang. Tetapi bagi golongan tertindas (mustadh'afin), penganiayaan menyemarakkan lagi kebangkitan mereka.

Bila Mat Sabu kena tangkap baru-baru ini, anak isteri dan adik-beradiknya mengamuk dan mengecam polis - walaupun itu sahaja yang dapat mereka lakukan.

Yang penting, mereka tidak takut dan berani berhadapan dengan polis a.k.a. kezaliman rejim Badawi.

Ada juga saudara-mara Mat Sabu yang tak dekat dengan PAS dah mula dekat dengan PAS.

(Alahai... tengah tulis ni pun dia call suruh pi Shah Alam pulak, rumah dia).

Saya salute semangat Datuk!

(Ingat tak lagi saya sebut daalm telefon, "Saya mesti tak kena (tangkap) punya... buat habis beras (kerajaan) ja!"

Salam!

azam said...

Datuk jangan hiraukan berita angin tu. Abdullah dan KJ tengah gali kubur masing-masing. Biarkan mereka tangkap bloggers guna ISA. Lagi ramai lagi bagus.

Teruskan perjuangan!

putera bentan said...

Saya nak tengok, jadi tak ura-ura Pak Lah nak tahan bloggers bawah ISA.

Kalau Pak Lah anak jantan, tahanlah bloggers macam Datuk Ron, Rocky, Datuk Kadir Jasin, Voice, RPK, Si Bongkok Tanjung Puteri, Sayuti, Anak Jati Rembau, Kamal Amir, Ketua Perusuh, Marhaen dan lain-lainnya.

Dia orang ni ramai peminat kerana dia orang tulis yang benar. Dia orang bukan ada elaun macam bloggers kaki pukul UMNO yang dapat 3000-4000 ringgit sebulan untuk tegakkan benang basah.

Kalau kumpul-kumpul, setiap hari berjuta rakyat Malaysia baca blog dia orang.

Dia orang juga bukan macam Pak Habib, cedok tulisan orang sana sini jadi buku. Bila dia tulis buku KJ, dengar-dengarnya berjuta dia dapat. Bijak Arab ni ya?

Jangan bimbang bloggers sosio-politik Malaysia.Kalau Pak Lah tangkap you all, gamat dia dibuatnya oleh kami semua. Pastinya, kami tak akan diam.

cina said...

Dear Datuk. You hinted in your most recent posting that AAB might practice Lord Acton's political dictum: the ends justify the means.

So, let him arrest you and other bloggers under ISA to enable him win the coming general elections. I am sure, for whatever reasons, LKY will be very happy.

But, if AAB is smart, he won't arrest you all. Instead, engage you all in a dialogue. Since he is not that smart, go on and arrest all political bloggers. But, make sure he will win the coming GE.

Otherwise, he will end up like John Howard, his close friend in Australia. I hope he understands what I mean!

Lastly, let me repeat what I have commented earlier. AAB please go away, I just can't tolerate you for another day!

cyber said...

Datuk satu-satunya orang UMNO yang berani bersuara. Jangan takut dan jangan bimbang. Kalau Datuk kena tahan ISA bawah seksyen 73(1) dan kena interrogate, cakap pada pihak yang interrogate Datuk, Dollah memang tak boleh perintah negara.

Baru ni saya dengar kabar, isteri dia tempelak Rais Yatim dalam satu majlis rasmi. Si isteri Dollah tanya Rais point blank, apa Rais buat untuk kaum Portugis? Dia kata, jangan lupa yang dia tu keturunan Portugis yang pernah tewaskan kerajaan Melayu Melaka. Dia kata, dia harap Rais buat sesuatu menerusi kementerian warisan. Ikut yang punya cerita, Dollah hanya senyum sumbeng bila dengar isteri dia cakap macam tu. Tak percaya? Tanya Rais dengan Maznah!

Rasa-rasanya, isteri Dollah ni macam kadok naik junjung. Sama dengan KJ menantu dia. Kalau lama lagi Dollah perintah kita, habis negara digadaikan oleh siisteri dan menantunya!

Selamat berjuang Datuk.

nakhoda said...

Saya nasihatkan Datuk Dollah berhenti serta merta. Ikut jejak Tun Hussein Onn. Bila tau rakyat dah meluat, cepat-cepat Tun Hussein berundur secara gentleman. Tun Hussein buat gitu atas kepentingan negara dan partinya.

Datuk Dollah kena buat gitu juga. Lagi lama dia perintah, saya bimbang BN akan kalah dalam p-raya. Kalau BN kalah, habis Datuk Dollah makan sumpah rakyat jelata.

Hari ni bukan orang tak sayang BN atau UMNO. Tapi orang meluat dengan Datuk Dollah dan KJ. Pasal ni BN dan UMNO dibabit-babit. Tapi, sapa boleh marah rakyat bertindak macam ni? Kalau Datuk Dollah sayang UMNO dan BN, berundurlah segera.

Hal ISA Datuk jangan bimbang.Kalau Datuk Dollah sudah hilang pertimbangan nak tahan bloggers, biarkan dia. Saya percaya kalau dia bertindak macam ni, inilah akhirnya kepimpinan beliau.

straycat's strut said...

Somebody up there is getting really desperate. You can see it in his face and you can see it in his deeds.

For a real leader, he would still resort to his brain even in desperate situations but if you are not used to using it even during the better time, well, his SIL will come in handy. The result is what we have now. I would not be surprised that 2 years from now, that celcom billboard will read "ini wilayah singapura."

The brave ones are few and far in between in UMNO. People like you can make the difference and we are counting on you.

hanieputri said...

Abdullah's SIL is too much. What he did during our 50th merdeka celebration was enough to make people sick of him. Who is he to merit the honour of hoisting the jalur gemilang?

But, that is not the point here. The point is Abdullah must know that he is no more wanted by the people. He should resign before the elections. Otherwise, everybody susah. It is not we don't like him but we love our nation more!

I am young. Going to vote for the first time in the coming elections. I am in a dilemma. I am going to vote for BN but BN with Abdullah and KJ is my least choice now! If both of them do not go, I really don't know whom to vote.

Datuk don't worry about the ISA. Insya Allah GOD will always be with you!

kudakepang said...

Komen di bawah ini dikirimkan kepada saya menerusi SMS. Saya turunkan di sini tanpa apa-apa perubahan. Terima kasih Asri dan salam perkenalan dari saya:

Saya Asri, anak UMNO jati ikut visi Tun M. Selamat berjuang demi bangsa, agama dan negara. Saya dan generasi baru bukan pelahap seperti yang ada di pucuk pimpinan hari ini.Mereka mungkin akan hancur bersama slogan cemerlang, gemilang dan terhayang. Mereka pacu dan pacu tanpa kenal rasa loya. Demi bangsaku, MELAYU janganlah mudah lupa.

Demi perjuangan dan untuk insafkan kita semua, GO Datuk. Teruskan!

azhar said...

Assalamualaikum Datuk..
Saya sependapat dengan Dato , tentang ISA itu janganlah dirisaukan, semua hujah Dato semuanya berfakta..bukan fitnah..pada kami Dato memang layak bergelar YB ketika zaman Dato' , cuma terkilan Dato tidak lagi diketengahkan sebagai Ahli Parlimen di zaman Pak Lah , saya salute Dato walaupun saya sokong parti lain..

anakmama said...

Askm, Datuk kita semua sudah maklum bahawa AAB adalah PM yang dipilih oleh TDM secara tidak sengaja. Dan kita tahu bahawa ada beberapa perjanjian antara beliau dengan AAB setelah jadi PM. Malang nya PM yang dipilih secara tidak sengaja ini apabila melihat segala kemewahan didepan mata,serta kepentingan anak menantu, lupa akan janji janji tersebut sehingga memaksa TDM membuka mulut mengkritik pedas AAB hanya tidak lama selepas dia bersara. TDM memang tidak sangka sama sekali yang sikaduk ini telah merosakan segala gala nya jauh dari pandangan dan perasaan juga harapan TDM utk menjadikan Malaysia serta bangsanya lebih terserlah setelah peninggalanya.

Malangnya kepala kaduk dibantu oleh kaduk kaduk lain sedang mengambil kesempatan dengan peluang yang terbentang luas didepan mata. kaduk kaduk pelahap yang lain tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana kepala kaduk pun sangat lemah, telinga pekak bernanah sudah tidak berfungsi sepenuhnya.

kaduk kaduk lain amat seronok semuanya tumpang semangkuk. Peduli apa pada Malaysia, rakyat dan ugamanya. Semua nya telah dijadikan harta mereka sendiri. Mana ada undang undang lagi. Sebab tu lah kita lihat perkara perkara pelik berlaku sejak akhir ini.

Contoh nya orang yang paling pandai di Malaysia hanya lah Rashit saja.

Dia seorang saja boleh mengendalikan pilihanraya di malaysia jadi dia memang sangat pandai hingga mengalahkan pegawai pegawai tadbir di seluruh negara, samaada yang telah bersara atau yang sedang berkhidmat. kerana kepandaian yang amat sangat ini lah kepala kaduk terpaksa mengubah had umur pengerusi SPR dari 65 ke 66, kenapa tidak 5 tahun lagi ? atau selama lama nya selagi si pandai ini masih bernyawa? kan dia terus dapat wang selama lamanya. kalau si rashit ini umur nya panjang tentu nya si KJ juga akan dapat manfaat hasil dari pilihanraya paling adil oleh pengarahnya si rashit.

Tidak kah ini satu jenaka yang teramat lucu arahan AAB

Datuk , ikan membusuk dari kepala , apa yang kita nak takutkan. dan tanda tanda kebusukan telah lama bermula.

Teruskan perjuangan. kerana penjuangan menegakan kebenaran ini panjang dan jauh perjalananya serta penuh dengan liku liku.

Pentingnya anak bangsa akan mengenang mu.. dan memuliakan mu. selama lamanya.

Seandainya kau pergi. pergilah dengan penuh kemuliaan dan kehormatan.

kami tetap akan bersamanya.

Blow d' whistle said...

Datuk

saya tak berapa kenal datuk semasa jadi MP dulu... tapi skrg saya kenal datuk melalui blogging... harap tak marah kalau saya cedok sikit sana-sinun dari blog ini utk blog saya...

keep up the good researh...

btw...if AAB really want to arrest you... this is really arab badwi style... sad seeing BN Mp's now ... cuma tahu ANGGUK..ANGGUK..GELENG..GELENG..TUNDUK..TUNDUK

Kamalkamal said...

Datuk,

Apakah semua tulisan Datuk mengancam keselamatan negara?, tentunya tidak. Mungkinkah tulisan Datuk mengancam AAB dan KJ? Kalau benar mengancam AAB dan KJ, mereka kena lakukan sesuatu membetulkan keadaan.

Rakyat Malaysia tak kerugian sekiranya AAB berundur dengan cara terhormat, sebagai anak dan cucu ulama, saya rasa elok AAB bertindak sedemikian. AAB patut sedar, sebelum beliau melakukan lebih banyak kesalahan terhadap rakyat Malaysia, ada baiknya beliau berundur dan bawalah bersama isteri dan menantu kesayangan menikmati kesenangan hidup tanpa perlu untuk memikirkan soal negara dan rakyat lagi. Rakyat pun tak perlu lagi menyumpah seranah tentang perilaku mereka.

Datuk, berani kerana benar, takut kerana salah!!!

adam said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

matdeboq said...

Apa dah jadi ? Dol..lah PM kita kini sedang bersilat..tak tentu ke hala. Bila siHINDRAF tunjuk rasa.. mau pula dia dengaq.
Orang2 Melayu juga perlu Tunjuk Rasa di jalanan..kut2 dia nak Dengaq !
Kalau siHINDRAF ada dapat sikit apa yg depa tuntut....!
Maka BUMIPUTRA pun perlu lah Menyatakan pendirian kita pula!
Tahniah!Datuk .Perjuagan Datuk tak sia2.

kudakepang said...
This comment has been removed by the author.
kudakepang said...

Komen di bawah ini adalah kiriman A Voice. Harap maaf kerana saya terpaksa delete beberapa perkataan dari komen beliau yang original untuk mengelakkan sebarang implikasi undang-undang. Komen beliau seterusnya adalah seperti berikut:

Putera Bentan, awat sebut nama saya? Seram sejuk kawan. Terima kasih kerana menyebut nic kawan (yang hanya penulis amatur) senada dengan penulis2 journo-blogger tersohor yang lain.

Kawan Tanya, What Basis To Detain Bloggers Under ISA? [sila rujuk ke http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2007/12/bloggers-for-isa-detention-why-worry.html]

Tidak ada asas melainkan antara kita sudah melakukan kesalahan di luar dunia siber.

Apa-apa yang kawan tulis pun hanya untuk alif, ba dan ta. Kalau sebab alif, ba dan ta kawan kena, rasanya perlu reda untuk menerima hakikat bahawa kita ini hanya umat yang kecil.

Pentingnya walaupun kecil, kita sanggup rela melakukan sesuatu untuk alif, ba dan ta.

Kawan tidak melanggar undang-undang. Jadi, que sera sera.

Apahal pun, kawan nak mengingat orang Islam. Esok kita gotong royong buat kerja qurban! Belajar dari erti pengertian qurban dan bersama-sama.

Selamat Hari Raya Qurban. Hari ini hari tasyriq di Mekah mudah-mudahan tak ada apa-apa. - Kiriman (A Voice), 19 Disember 2007, 10:07 AM

kudakepang said...

Alamat penuhnya adalah:

http://anotherbrickinwall.
blogspot.com/2007/12/bloggers
-for-isa-detention-why-worry.html