Friday, December 28, 2007

Ruhanie Tanding PRU 12
Atas Tiket Parti Keadilan?

Masyarakat dalam Parlimen Parit Sulong sedang digemparkan dengan ura-ura saya (Datuk Ruhanie Ahmad) akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses http://puteramalaysia.blogspot.com

2 comments:

wan ismail said...

Kudakepang.

Saya berdoa semoga tuan akan dipilih untuk bertanding atas tiket PKR menentang BN. Insya jika menang tuan akan memainkan perana yang penting dalam parlimen mewakili BA nanti. Saya faham bahawa Johor adalah kubu kuat UMNO tetapi tidak UMNO/BN kerana banyak penyelewengan dan kezaliman, tetapi jika UMNO tumbang nanti cina yang ambil alih kuasa Malaysia".

Alasan seperti ini merupakan kempen yang seringkali diwawarkan oleh UMNO kepada rakyat khususnya kepada orang-orang melayu yang tidak faham dengan politik di Malaysia.

Saya harap kudakepang tolong terang dan beri penjelasan kepada rakyat Johor supaya mereka (rakyat Johor) mencontohi rakyat Kelantan dan Terengganu yang pernah menukar kerajaan.

Di Malaysia kita mempunyai 219 kerusi Parlimen (2004) dan dalam pilihanraya nanti (2008 ) sebanyak 3 kerusi parlimen lagi akan ditambah di Sarawak dan menjadikan semuanya sebanyak 222 kerusi akan dipertandingkan nanti.

Kedudukan jumlah kerusi mengikut komponen parti boleh kita rujuk halaman web SPR/Parlimen. Pada masa ini UMNO mempunyai 110 kerusi, PAS 6 kerusi dan PKR 1 kerusi (tidak termasuk beberapa kerusi bumiputra Islam dari PBB di Sarawak).

Kerusi yang dimenangi oleh MCA 31, Gerakan 10, MIC 9, PPP 1. Lain-lain parti Di Sabah/Sarawak ( iaitu PBDS/PBRS/UPKO/SPDP/SAPP/PBRS/PRS/Bebas ( Jumlah semuanya 24 kerusi mewakil Bumpiputra Bukan Islam). Manakala DAP sebanyak 12 kerusi.

Saya telah membuat analisa (kudakepang boleh rujuk dalam halaman Parlimen/SPR) dimana jumlah sebenar mengikut wakil (Bangsa/Agama).

Kerusi yang dimenangi oleh wakil Islam/Melayu sebanyak 122 kerusi ( Termasuk wakil UMNO/PAS/PKR/PBB). Wakil Parlimen cina seramai 61 orang (mewakili MCA/Grk/DAP/Parti-parti cina dari Sarawak/Sabah). Wakil Parlimen India seramai 12 (iaitu dari MIC/DAP/PPP). Dan wakil parlimen Bumiputra Bukan Islam seramai 24 orang (mewakili parti-parti PBB/SPDP/PBDS/PBRS/UPKO/dll dari Sarawak dan Sabah).

Jumlah kerusi yang sebutkan ini perlu diketahui oleh semua rakyat supaya tidak boleh dikeliru atau ditipu oleh UMNO kononnya jika UMNO tumbang maka cina yang ambil kuasa.

Jika UMNO tumbang sudah tentulah PAS/PKR(melayu) yang menang dan menggantikan tempat UMNO. Begitu juga kalau MCA/Grk/MIC/PPP tewas sudah pasti DAP/PKR (bukan melayu) yang akan menang.

Jika wakil cina menang dan mahu bergabung ( contohnya MCA/DAP/Grk) jumlah wakil cina hanya 61 kerusi sahaja.(Ini tidak termasuk kawasan majoriti melayu yang diberi kepada MCA/Grk). Andainya wakil India menang dan mahu bergabung dengan cina jumlah kerusi baru ada sebanyak 73 kerusi ( 61 wakil cina dicampur dengan wakil India sebanyak 12 kerusi).

Ini bermakna cina/india masih gagal untuk membentuk kerajaan di Malaysia. Katakan kalau Parti-parti Bumiputra Bukan Islam bergabung dengan mereka (cina/india) baru dapat 97 kerusi dan masih gagal untuk membentuk kerajaan.

Dimana logiknya hujah UMNO jika UMNO tumbang, cina yang ambil kuasa. Ini adalah bohong dan propoganda UMNO/BN. Jika UMNO gagal jawabnya PAS/PKR (melayu) pula yang menjadi tunjang kepada kerajaan baru.

Oleh itu saya berharap kudakepang boleh menulis dan memaklumkan kepada semua rakyat supaya tidak mudah tertipu dengan tektik UMNO/BN.

Kita patuhi contohi, Thailand, Indonesia, Filipina,India, Jepun, Australia,British USA/Canada/dll negara demokrasi yang pernah menukar kerajaan.

Tetapi di Malaysia jika BN tumbang seolah-olah perkara luar biasa atau satu kepelikan kononnay BN sahaja yang boleh memerintah.

Sikap seperti ini perlu diubah sebelum negara menjadi parah angkara BN. Percayalah jika BN menang dalam pilihanraya (2008)sudah tentu petrol/TOL akan naik.

kudakepang said...

Saudara Wan Ismail.

Terima kasih. Sebagai ikrar kepada diri saya sendiri, saya tetap UMNO, dulu, kini dan Insya Allah, selamanya.

Salam takzim.