Thursday, December 20, 2007

Apa Mesej Rasmi Abdullah
Sempena Hari Raya Qurban?

Amat aneh. Sungguh menghairankan. Hari ini saya membelek sebuah akhbar Melayu dari muka depan sampai ke muka belakang, dan dari muka belakang balik ke muka depan, semata-mata untuk mencari mesej khas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada rakyat jelata Malaysia, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Saya juga mencari-mencari mesej yang sama menerusi portal berita Bernama. Saya kecewa. Mesej yang dicari tidak dijumpai. Entah mengapa, memang tidak ada mesej khusus tersebut di mana-mana.

Apa kisahnya Abdullah? Sewaktu Hari Raya Aidilfitri, isteri baru pun turut memberikan mesej kepada kita semua. Kali ini kenapa tiada? Terlupa? Sengaja lupa?

Orang Melayu dan umat Islam Malaysia baru sahaja dilukan hati dan digodak sentimen mereka oleh kenyataan Hindraf tempohari. Tapi, Abdullah melupakan mereka di Hari Raya Qurban? Hindraf, pertubuhan haram yang dituduh sebagai pengkhianat negara, kini menerima serba sedikit perhatian daripada Abdullah. Tetapi, kenapakah orang Melayu dan umat Islam Malaysia pula dilupakan oleh Abdullah walaupun mereka sanggup berkorban untuk terus toleran dan sabar terhadap provokasi Hindraf baru-baru ini?

Majoriti orang Melayu dan umat Islam kini merayakan Aidiladha di pusat-pusat pemindahan banjir. Tapi, aneh sungguh bila Abdullah sendiri terlupa nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada mereka. Alangkah gembirannya kalau Abdullah tidak melupakan mereka!

Kenapakah begini jadinya? Abdullah sakit? Abdullah demam? Abdullah apa? Tapi, ada berita mengatakan Abdullah kembali ke Kepala Batas untuk menunaikan solat Raya Aidiladha di kampung halamannya.

Berita ini benar. Bernama hari ini melaporkan Abdullah, ketika merasmikan majlis korban bersama Perdana Menteri anjuran DiGi Telecommunications Sdn Bhd, di Kepala Batas, sebagai berkata seperti berikut:

Umat Islam perlu mengambil iktibar daripada ibadah korban yang dilaksanakan sempena Aidiladha untuk membantu sesama insan dalam apa jua keadaan dan musibah. Ibadah korban bukan setakat menyembelih binatang ternakan untuk disedekahkan kepada pihak yang memerlukan tetapi ia mencakupi pelbagai ruang kehidupan seharian. Kita perlu fahami bahawa korban itu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan bukan terhad pada sambutan Aidiladha sahaja. Mereka juga akan mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah SWT.

Saya tidak akan komen kenyataan Abdullah di atas. Tapi, beritahulah kepada kita semua, mengapakah Abdullah tidak memberikan apa-apa mesej khas sempenan perayaan Aidiladha kali ini?

Pencarian saya ke atas mesej itu mungkin hanya terhad kepada dua sumber sahaja. Jadi saya mungkin tersilap kalau mesej itu mungkin disiarkan dalam akhbar Tamil Nesan atau Sin Chew Jit Poh.

Apapun, semoga bahagialah dikau wahai Abdullah. Dikaulah satu-satunya Imam Besar Islam Hadhari di dunia ini! – Ruhanie Ahmad

12 comments:

mee"MAMAK" ali said...

Dato tak belek The Straits Time Singapore kot!!
Tak pahlah mungkin ST susah dapat di pasaran,...kita tunggu sampai bila IDR berklip-klip macam Shenzen then ST akan jadi 'main stream media senanag dapat di pasaran.
Eid ul Adha.

ScorpionStar said...

"Orang Melayu ... baru sahaja dilukan hati dan digodak sentimen mereka oleh kenyataan Hindraf tempohari."

Hindraf tidak berniat melukakan hati mana-mana bangsa. Ia cuma bersuara untuk menuntut keadilan, keatas penyisihan kaum secara sistematik oleh kerajaan UMNO.

Tetapi saudara tidak sedarkah yang kaum lain pun adalah warga Malaysia yang mempunyai segala hak sebagai rakyat? Kenapa mempraktikkan diskriminasi dan memperjuangkan hak orang Melayus sahaja? Kenapa tidak bersuara untuk semua rakyat tanpa mengira kaum?

Kaum lain telah berkorban dan menerima "kecacatan" dalam mentality kaum Melayu yang mereka tidak boleh berdikari dan memerlukan "subsidi" dalam semua urusan harian.

Negara-negara seperti Thai, Veitnam, Laos, Filipina telah mula maju dan menjadi kompetitif. Jangan ketinggalan dalam ketaksuban memperjuangkan ketuanan Melayu.

pemerhati said...

A'kum.. Dato'.. mengapa negara kita menyambut hari raya haji pada 20hb Disember 2007 sedangkan di negara Arab Saudi di sambut pada 119hb Disember 2007.?

Salam perjuangan kepada semua pembaca dan blogger

Anak Johor

alif said...

Untuk Scorpion star,
Ingin saya ketuk kepala orang yang lupa daratan macam anda ni.

Hak Ketuanan Melayu, Agama Islam dan raja2 Melayu adalah perkara yang tak boleh disentuh dan dipersoalkan oleh orang imigran macam anda.
Sila baca perlembagaan dan sejarah negara.

Hovidpure said...

scorpionstar,

Anda adalah manusia yang tidak sedar diri dan tidak tahu diuntung.

Bangsa Melayu sudah banyak berlebih kurang dengan lain-lain bangsa di Malaysia.

Kalau anda tidak puas hati atau tidak seronok tinggal di Tanah Melayu ini, anda boleh pergi ke mana-mana negara lain dan jangan datang lain ke Malaysia.

Apa pun Bangsa anda, anda adalah jenis yang patut dibunuh.

Hovidpure said...

Datuk,

Ramai anak Johor di KL yang ingin mengetahui perkembangan UMNO Johor. Boleh Datuk tulis perkembangan tentang UMNO Johor, terutama menjelang PRU ni.

Thanks.

The Eugenist said...

Dato'...

PaK Lah penat...kesian dia. Dia seorang perdana Menteri yang terbaik dalam dunia...Jadi kasihanilah dia..

Selama 4 tahun dia dah banyak berjasa kepada negara! Jangan kerana perkara kecil ini diambil kira...

Pak Lah, macam orang lain cakap..Patut BELAH..

Jadi kasihanilah dia..sebelum dia BELAH, berikan dia peluang untuk "merosakkan" negara kita..

Hanya Jauhari yang mengenal manikam..

HESMEL FAZNEE FAISAL

Rockybru said...

Tok Ron,

Padan lah sedap sikit raya tahun ni .....

Unknown said...

salam datuk,

baru hari ini saya berjumpa dengan blog ini.

tahniah dan teruskan usaha datuk.

saya adalah antara golongan muda yg membesar di bersama dengan kepimpinan datuk di Parit Sulong...

alhamdulillah... dan terimakasih atas jasa yg datuk taburkan utk kami semua....

Shake said...

harap kita sama pertahankan kedaulatan bangsa kita dan apa jua yg kita miliki hari ini.kepada yg bukan melayu berpijaklah di bumi nyata dan berterima kaseh lah dgn apa yg telah diberikan oleh org melayu kepada mereka.

annonymous said...

mesej rasmi hari raya korban tak perlu kerana nak jaga agama lain mesej natalan (hari Xmas) diberi keutamaan. Nampaknaya Pak LAh dah hilang pedoman dan halatuju! Memang dia bijak buat lembu kenyang aje! Semua orang dah pandai melawan UMNO temasuk partai komponen!! Lepas Gerakan entah parti mana pula!! Ini akibatnya nak jadi jaguh telus dan terbuka!!! sampai kain sarong sendiri pun nak di buka!!

kudakepang said...

Para surfers yang dihormati, terima di atas respons anda kepada topic yang saya poskan ini. Bagimanapun saya memohon jutaan maaf kerana terlambat respons. Saya sibuk menyiapkan tiga buku saya - gelombang kuning:gelombang rakyat; hindraf: satu konspirasi? dan juga bloggers: kawan atau lawan yang akan diterbitkan awal 2008 ini.

Mee"MAMAK" ali: Bila IDR berklip-klip macam Shenzen, itulah buktinya Negara kita sudah tergadai.

ScorpionStar: Blog ini sebenarnya tidak mempunyai ruang untuk surfer serupa anda. Tetapi, saya sengaja menyiarkan komen anda untuk memberikan pandangan alternative kepada surfers lain.

Pemerhati: Salam perjuangan kepada anda. Harap soalan anda akan dijawab oleh pihak berkuasa.

Mdnor: Terima kasih kerana memberikan keinsafan kepada Scorpion.

Hovid: Juga terima kasih juga atas ingatan kepada Scorpion. Tapi, lain kali janganlah sampai emosi sangat hingga menggunakan kata-kata yang kesat. Nanti saya kena ISA pasal kata-kata itu.

Hovid: Kisah perkembangan UMNO Johor akan saya siarkan bila sesuai waktunya. Buat sementara waktu, saya ucapkan selamat berjuang kepada anak-anak Johor di KL.

The Eugenist: Harap-harap Pak Lah faham maksud anda demi kebaikan agama, bangsa dan Negara!!!

Rocky's Bru: Brother tq. Memang betul, sedap sikit raya tahun ni. Christmas lagi hebat. Pak Lah dan isteri sampai attend garden party dan lepas tu minta Islam toleran kepada agama lain. Kan hairan!!!

Matop: Saya bangga dengan anak muda seperti anda. Soal jasa tak payahlah nak sebut-sebut. Apa yang saya sumbangkan sekadar setitik garam di lautan. Selamat berjuang dan selamat maju jaya dalam kehidupan anda.

Shake: Syabas. Harap lebih ramai anak Malaysia seperti anda yang prihatin terhadap soal mempertahankan kedaulatan bangsa.

Anonymous: Soal yang anda bangkitkan turut membimbang orang macam saya. Sebenarnya saya akan menulis sebuah buku mengenai kebimbangan ini, jika diizinkan Allah.

Selamat maju jaya, selamat berjuang dan selamat tahun baru 2008.