Monday, December 24, 2007

Blogger Cucu Mat Kilau
Ditahan Polis Di Kuantan

Seorang blogger yang menggunakan nama samaran cucumatkilau, 36 tahun, dengan alamat http://cucumatkilau.blogdrive.com/, di tahan oleh polis di rumahnya di Kuantan, Pahang, jam 5.00 petang tadi.

Sumber-sumber memberitahu blog ini pada kira-kira 10.30 malam bahawa rumah blogger berkenaan digeledah dan komputer bimbitnya dirampas oleh pihak polis. Sewaktu polis menjalankan operasinya, anak dan isteri blogger tersebut pulang ke kampung.

Kemudiannya blogger tersebut dibawa ke balai polis tedekat untuk disoal siasat. Beliau telah dibebaskan jam 8 malam.

Posting terakhir blogger berkenaan berjodol Malaysia Bakal Ke arah Negara Polis adalah pada Isnin 10 Disember 2007. Bagaimanapun belum dapat dipastikan di bawah undang-undang manakah blogger itu ditahan.

Cucumatkilau adalah bekas pelajar UiTM Kuantan dalam jurusan Perancang Bandar. Beliau juga pernah menjadi calon PKR bagi satu kerusi DUN dalam PRU ke-11 pada 2004.

Soalnya di sini, adakah penahanan cucumatkilau merupakan satu kes yang terpencil atau inilah bermulanya operasi ke atas bloggers Malaysia di seluruh negara? – Ruhanie Ahmad

3 comments:

Hovidpure said...

Datuk,
Saya salute sikap keterbukaan Datuk dalam memperjuangkan keadilan dan meluahkan segala kepincangan dalam kepimpinan parti.

Jangan mudah mengalah. Teruskan perjuangan untuk keadilan semua.

Tahniah Datuk.....

joe penang said...

Adakah ini tandanya rami lagi blogger termasuk datuk & saya akan ditangkap? Tangkaplah semua blogger yg mengkritik PM. Insya Allah 1 tumbang akan naik 10 org menggantikannya.

p/s; cara paling senang nak tutup mulut blogger ini ada 2 cara

- sekat internet memasuki Malaysia cam Nepal & Myammar. Atau sekat akses ke web cam blogspot & blogdrive.
- beli blogspot, blogdrive & semua yg menyediakan khidmat blogging percuma. Pastu announce bahawa kritikan politik terhadap politik Malaysia tidak dibenarkan dalam bahasa bm & bi.

Bak kata Mat Sabu. "Kita berjuang menghapuskan undang2 jakun"

kudakepang said...

Para surfers yang dihormati, terima di atas respons anda kepada topic yang saya poskan ini. Bagimanapun saya memohon jutaan maaf kerana terlambat respons. Saya sibuk menyiapkan tiga buku saya - gelombang kuning:gelombang rakyat; hindraf: satu konspirasi? dan juga bloggers: kawan atau lawan yang akan diterbitkan awal 2008 ini.

Hovid: Terima kasih atas kiriman kata-kata perangsang. Tapi, harap fahami bahawa saya hanya seorang loneranger yang berhadapan dengan gergasi dan raksasa. Golongan muda seperti anda harap sudi bersama-sama menegakkan keadilan dan kebenaran.

Joe penang: Saya juga ucapkan selamat maju jaya, selamat berjuang dan selamat tahun baru 2008 kepada anda semoga usaha menegakkan keadilan dan kebenaran akan berterusan.

Salam takzim dan selamat tahun baru 2008.