Wednesday, December 05, 2007

Babak Sandiwara Hindraf
Arahan Proksi Abdullah?

Kiriman Politica

Di bawah ini saya siarkan komen daripada Politica mengenai Hindraf. Komen ini juga sukar untuk diterima penghujahannya. Tetapi, bacalah dengan dada terbuka dan minda out-of-the-box untuk memahami maksudnya yang tersirat. – Ruhanie Ahmad

Hanya orang bengap tak tau nak baca the power game behind Hindraf demonstration tempoh hari. Cuba ingat baik-baik. Demo Hindraf dibuat dua minggu selepas gelombang kuning. Adakah ini susulan demo gelombang kuning? Kerana ada juga manusia yang sama-sama dalam gelombang kuning pun ikut sama dalam demo Hindraf, tentu ada pihak akan percaya demo Hindraf tu memang follow-up kepada gelombang kuning. Tak gitu?

Kalau gitu, kenapa gelombang kuning aman damai, tapi demo Hindraf yang kononnya susulan gelombang kuning, kecoh dan ganas?

Di sinilah plot kisah kayu tiga bermula. Ganas kerana ada “teroris upahan” proksi Dolah dalam tu. Ganas pasal ada “teroris upahan” proksi Sami Velu dalam tu. Nampak tak permainan ni sekarang?

Dia orang buat gitu pasal nak buktikan propaganda Zam Maidin tu betul. Kan dia dah hebah tak putus-putus gambar demo ganas yang dia cedok dari luar negara. Pasal gelombang kuning tak ganas, Zam pun jadi bengap. Kerajaan Dolah pun kena hentam satu dunia sebab polis attack peserta yang tak mengganas dalam gelombang kuning.

Hindraf jadi ganas bukan atas pilihan keturunan India dan penganut Hindu Malaysia. Tapi, demo Hindraf jadi ganas kerana mungkin ada gembala yang arah proksi Dolah dan proksi Sami Velu untuk bayar “pengganas upahan” supaya ganaskan demo Hindraf. Ini semua berlaku kerana sigembala kepada proksi Dolah yang lemah tu, mahukan Dolah terus jadi boneka dia orang untuk perintah Malaysia. Dah fahamkan mainan ni sekarang?

Ala. Ini semua taktik black operation atau false-flag operation ala-mossad dan ejen Singapore. Sapa yang tak tau game puak-puak ni. Bom di Bali pun dia orang punya kerja jugak. Yang kena tuduh JI. Bom depan Kedutaan Australia di Jakarta pun kerja dia orang jugak. Bom tu pun kita tau datang dari mana.

Ini semua game CIA, MI6, ejen Australia, ejen Singapore dan Mossad. Dia orang ni tunggang je gelombang Hindraf untuk mansuhkan gelombang kuning, untuk kukuhkan Dolah yang ombang-ambing. Faham?

Betul macam Lamandau komen kat blog ni. Tergamak betul si proksi Dolah dan gembalanya ni. Pasal nak pulihkan imej Dolah yang goyang sebab kena langgar gelombang kuning, tergamak dia orang gunakan “pengganas upahan” cemarkan demo Hindraf. Lepas tu, dia orang manipulate pulak memo Hindraf. Dia orang masukkan yang bukan-bukan untuk provokasi orang Melayu dan Islam, biar marah dan terus pertahankan Dolah kononnya atas nama Melayu dan Islam.

Ini yang banyak orang Melayu-Islam atau keturunan India yang agama Hindu tak tau. Tapi, dalam tak tau, lepas tu tak mau ambik tau. Dalam tak mau ambik tau, nak ganyang sana dan ganyang sini pulak. Haru betul jadinya.

Inilah niat orang yang rancang false flag operation ni. Kerana nak kekalkan kuasa, dia orang sanggup laga-lagakan orang Melayu dengan keturunan India. Dia orang tergamak laga-lagakan pengikut Islam dan penganut Hindu. Inilah kerja terkutuk orang gila kuasa dan tamak kuasa!

Sabarlah brother. Baik Islam, baik Hindu, sabar. Baik Melayu, baik keturunan India, semua kena sabar. You all kena kuda dek gembala kepada proksi Dolah. Jadi, kalau hari ni ada Melayu nak marah, marahlah kat proksi Dolah dan gembalanya. Tak guna marah Dolah. Dia tu memang tak tau memanjang. Yang mati-mati nak Dolah berkuasa, adalah proksi dia. Yang siproksi pulak ada gembala. Maklumlah proksi ni lembu dah kena cocok hidung. Itulah sebabnya by hook or by crook, proksi Dolah dan gembalanya sanggup sampai nak perjudikan perpaduan kaum dan keharmonian agama di negara kita ni.

Saya mintak sapa baca komen ni bagitau kat proksi Dolah tu. Tanya dia, betul tak gembala dia dah hijacked demo Hindraf baru-baru ni? Ala. Kita pun banyak mata dan telinga. Macam saya kata tadi, hanya sibengap je tak tau nak baca game di sebalik Hindraf.

So, kita semua kena cool. Jangan kita semua masuk perangkap gembala kepada proksi Dolah. Kita cari jalan biar proksi Dolah dan gembalanya ni kita dedahkan permainan kotor mereka pasal nak kekalkan Dolah jadi PM.

The moral of the story here is: jangan sangka air tenang tak ada buaya. Jangan sangka proksi Dolah senyap sebab dia dah bengap. Jangan sekali-kali sangka begitu!!!!!! – Politica, Isnin, 3 Disember 2007, jam 1:13 pagi.

11 comments:

Kamalkamal said...

Datuk,

Pandangan Politica ini ada asasnya. Dalam politik ada seninya. Seni politik jika ditarikan dengan rentak dan melodi yang betul akan menwujudkan satu irama yang cukup merdu. Apalagi diringi paluan gendang, akan menambahkan lagi kemerduannya.

Sebagai rakyat dan pengundi, janganlah kita terleka. Kelekaan kita akan membawa padah.

Kekadang tarian mereka agak sumbang, namun bila paluan gendang dipalu tanpa hentinya, kita tidak nampak sumbangnya tarian tersebut.

Apa yang penting kita perlu berhati-hati mengambil sebarang langkah buat masa ini.

Yeop69 said...

Nampaknya jarum kebencian kian menular disanubari kita tanpa bimbingan dan didikan.

Jambatan kasih sayang yang menjadi kunci kepada keadilan kian hangus terbakar.

Diluar sana, tersenyum lebar proksi-proksi pengganas melihat 'tarian' kita yang kian sumbang.

Mungkin inilah demokrasi yang dilaungkan selama ini. Yang pastinya, diakhir zaman ini manusia yang bertaqwa dan beriman kian kecil bilangannya dan tidak mungkin menjadi suara majoriti menurut kehendak demokrasi.

Teringat perumpaan orang-orang tua: "umpama menarik rambut dari tebung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak" - mungkin tidak sesuai digunakan pada konteks seperti ini, kerana hati kita kian keras dan semakin jauh dari hidayah.

straycat's strut said...

As it had always been...

The biggest traitor for indians is one of them and for the malays, well, one of us.

Its always easier to go to a battle with enemies we know. How would we fight someone who had teh tarik with us, pray to the same God, speak the same language and promised to look after us?

How we wish Politica is wrong. Just like when we wished that NEP really helped the Malays and not abused to enrich the cronies, when we wished badawi mean it when he said he will fight corruption, when we wished the monsoon cup money was used to help terengganu folks, when we wished that badawi has a brain (instead of SIL) to complement his big ears, when we wished that ... well, too long.

We have so many wishes and we were disappointed in the last four years.

How I wish, for once, that I'll get my wish: that Politica is just jual temberang.

Berita dari gunung said...

Rumit untuk menerima pandangan politica secara total. Dalam sejarah dunia memang diakui bersepah kisah peristiwa yang sengaja diadakan untuk memboleh sesuatu yang tindakan besar dilakukan.

Peristiwa kecil memang boleh direncanakan supaya matlamat strategik yang besar itu dapat dicapai.

Kalaupun betul, eluk juga diingatkan bahawa meniup api bangsa dan agama tidak boleh menerima tepuk tangan bergemuruh seperti meniup api lilin atas kek harijadi.

Monkey Code said...

The Mind Mapping:

Fishy fish > Indo volcano > death of the black magic > pattani raya > arab’s descendent > temasek lion cat > kj code > anwar > dark skin > fire > bc > ancient war > nunsantara warriors > bloody himalaya > pastun > two rivers of babylon > mecca > egypt > damsyik > the greatest fire at mount golan > suicide at mount zion > jerusalem > peaceful turk’s > salam europe.

Monkey Code said...

DATUK,

SAYA TELAH MEMBERI AMARAN INI TEMPOH HARI LALU DI MALAYSIA TODAY(MT), FORUM GERAK-REFORMASI DAN tranungkite.net.

BE CAREFUL 'DEMO' 25, Nov2007, INI ADALAH 'BOOBY TRAP UMNO'
Wed Nov 21, 2007 12:10AM
218.208.243.251

BE ALERT, CAREFUL AND TAKE CARE U GUYS… WITH THIS SETUP ‘DEMO’ 25, NOV 2007. IT MIGHT BE AN UMNO DESPERADO 'BOOBY TRAP'. IT’S AN ‘ADVANTAGEOUS CIRCUMSTANCE’ AND ‘OPPORTUNITY’ TO THEM (the UMNO MONKEYS) to DIVERT and TURNOVER their ACTUAL UNSOLVED AND UNUSUAL PROBLEMS into something else like May 13. (Chaos)

Saya RASA ini adalah booby trap Umno untuk 'turn over' politik semasa ke arah lain...kearah riot 'perkauman - hindus'. Tarikh 25, Nov2007 ini adalah satu rancangan set-up sponsor by Umno untuk mengalih pandang atau divert kan kejayaan aman demostrasi 'Bersih' kepada re-definasikan makna nya ke lain.. dengan menghuru -harakan demostrasi kaum india ini kepada perkauman, keagaman dengan berkesudahan pertumpahan darah.Ini secara langsung nya mengubah minda rakyat kebanyakan kepada benar nya keputusan kerajaan tentang bahaya nya demostrasi dan alasannya kenapa tidak memberi permit kepada 'BERSIH' dahulu.Ia juga dapat menpengaruhi Raja2 Melayu tentang betul nya tindakan dan alasan kerajaan Umno selama hari ini dalam hal 'DEMOSTRASI' ini....
------------------------------
Wed Nov 21, 2007 12:20AM
218.208.243.251
I have read a book about prophecy or a holy prediction pertaining to Malaysian future.It said Malaysian will have a confrontation (civil war) with an Ancient Pagan ‘Penyembah Berhala Lama’ in near future. All this while I thought it was the ‘Hindus’…Today, yes, at this moment I realize that the clues or the hints are actually referring to the UMNO and not the Hindus. They are actually the ‘Old Pagan’ the Ancient Taghut. They are the one who worshipping the Black Magic (sihir-bomoh), Jinn (supernatural spirits), Demon (saka-hantu) and the Superstitious. The hypocrites Malay Umno’s are the followers of the Demon (the Ancient pagan God). Islam to THEM is only act (purpose) as a ritual, a ceremony and got nothing to do with spiritual believe (iman). No wonder THEIR principle always contradict and against the Islamic norms, understanding and values. From the pre modern Malays (15 century) till to the modern Malays (early 20 century), they (Malays) put their Agong / Sultan as their leader, but since the postmodern Malays (late 20’s century – lead by Dr.Mahathir) THEY (Umno) took among THEM to act like an Agong / Sultan (leader).

kamarulzaman ahmad said...

Pembuka kata Politica

'Hanya orang bengap tak tau nak baca the power game behind Hindraf demonstration tempoh hari'

Hanya orang yang bengap juga lah yang melihat Hindraf dari sudut konspirasi UMNO semata-mata.Sedangkan konspirasi Hindraf juga bertaraf dunia dan yang menerima layanan istemewa diperingkat antarabangsa adalah pemimpin pembangkang. Kalau tidak masakan liputan media tertumpu kepada kepala PKR.

Isu Hindraf telah lama bermula dan semasa puak-puak ini bersekongkol dengan siapa? Nah sudah tentu ada perancangan awal sehingga ke peringkat dunia dan ini bukan plot dua tiga minggu.

Antara kepala UMNO dan Kepala PKR, siapakah yang sangat internasional

Kalau berkata tentang politik saya rasa Dato Ruhanie lebih hebat dan konspirasi itu adalah politik.

Tapi dalam soal memfitnah Melayu Islam melakukan 'ethnic cleansing' maka itu amat-amat menjejaskan majoriti rakyat Melayu Islam. Ini bukan benda main-main dan soal tuntutan Hindraf secara keseluruhanya adalah terbatal dan mereka kena buat correction dahulu dan barulah kita boleh duduk semeja dan berunding semula.

Meminta menteri kewangan bukan melayu, jawatan Timbalan Perdana Menteri ii bukan melayu telah membuka luas ruang baru kepada tuntutan seterusnya dan ini sedang di tonton dunia. Sekadar tonton tidak mengapa tetapi turut mengambil bahagian

Adakah kita bersedia untuk membuka Malaysia seluas-luasnya kepada dunia, demokrasi washington, Islam demokrat dan apa sahaja demi sebuah nama ADIL.

Itupun tidak adil kerana India sendiri yang tidak berusaha dan terbawa-bawa budaya mereka dari India dan kita yang Melayu ini terpaksa mengalah.

Hindraf membuka seribu ruang kepada Malaysia seperti carta alir 'flow chart'yang mana kalau yes akan membuka ruang lain dan kalau no akan membuka ruang lain. Ketidaktentuan sekarang ini.

Saya berpendapat, India Malaysia disamping meminta bantuan kerjaan, mereka kena reform, perbetulkan struktur masyarakat mereka dengan segera.

Ini semua mengenai leader mereka baik dalam NGO mahupun politik sehinggalah kepada pemimpin Hindaf sendiri pun kaki pusing.

Unknown said...

harap datuk dapat ulas tentang artikel ini.

http://www.newsindia.com/editorial/18750.asp

http://www.newsindia.com/editorial/18778.asp

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Datuk,

Apa pula agaknya agenda tersembunyi 'perhimpunan' DAMAI di Kampung Baru hari ini...

Monkey Code said...

Wednesday, December 5, 2007
Maklumat Rahsia:
Awas, Penubuhan DAMAI Untuk Lawan Demonstrasi Jalanan.

Satu pertemuan untuk tujuan itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada Khamis ini (2night).

http://msomelayu.blogspot.com/2007/12/maklumat-rahsia.html


Short note:
Datuk Sulaiman Mohamed.
"Damai" ???...> PEKIDA!!!

kudakepang said...

Saudara/Saudari budiman. Terima kasih.

Ini kesimpulan saya mengenai Hindraf.

1. Kemunculannya dirancang untuk lunturkan gelombang kuning dan gelombang rakyat.

2. Hindraf memanjangkan satu bentuk konspirasi. Bukan hanya konspirasi UMNO tetapi juga konspirasi asing. Tapi, konspirasi asing itu bukannya yang di Sri Lanka, India, UK atau lain-lainnya. Konspirasi asing ini adalah pihak di hujung tanjung yang berminat mendominasikan Abdullah dan Malaysia.

3. Hindraf mungkin tak sedar yang dia diperalatkan dalam konspirasi ini. Sebab dia dilekakan dengan keseronokan dan publisiti besar dari tindakan saman Malaysia dan sebagainya.

4. Kalau kita nak marah, jangan marahkah Hindraf. Bongkar wajah-wajah di sebalik konspirasi yang saya maksudkan dan pihak-pihak inilah yang sepatutnya kita fokuskan tenaga kita untuk melemahkan mereka.

Salam takzim.