Tuesday, December 11, 2007

Sejahteralah Wahai Abdullah Badawi
Perintah Malaysia Satu Penggal Lagi!

Sejahteralah dikau wahai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sejahteralah hendaknya dikau yang sudah pun mengumumkan bukan mahu jadi Perdana Menteri sepenggal cuma.

Sejahteralah dikau wahai Abdullah kerana kesemua musuh sudah ditahan dan ditangkap, dari seorang anak remaja, kepada seorang penoreh getah, hinggalah kepada majoriti pemimpin pembangkang yang besar dan kecil pangkat dan kedudukannya dalam parti masing-masing.

Sejahteralah dikau wahai Abdullah kerana kesemuanya adalah musuh-musuh yang dikau sifatkan sebagai bertindak mahu menghalang kekuasaanmu di bumi tercinta ini buat sekian lagi lamanya.

Bagaimanapun, satu persoalan khusus di kala dikau dalam keadaan bergembira. Mengapakah dan kenapakah dikau wahai Abdullah, lepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tangkapan di Lapangan Terbang KLIA pagi tadi?

Kenapa hanya ditahan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di dalam kereta dan kemudiannya diizinkan beliau pulang ke rumah, katanya atas tahanan rumah, atau house arrest?

Adakah dikau khuatir dan bimbang tahanan ke atas Anwar akan mencetuskan satu gelombang penentangan yang hebat, galak dan menyemarak di seluruh negara?

Apa yang anda takutkan? Tahanlah Anwar dan ramai lagi pembesar pembangkang. Tangkaplah mereka beramai-ramai, biar suasana politik negara jadi lebih meriah dan anda juga tambah sejahtera. Tindakan seperti ini barulah sesuai dengan kata-kata anda sendiri: “saya pantang dicabar”!

Dan, sebelum dikau meneruskan tangkapan demi tangkapan seterusnya, (mungkin tidak lama lagi termasuk tangkapan ke atas blogger seperti saya), harap-harap dikau sudilah bertanya kepada diri anda sendiri dengan jujur dan ikhlas. Tanyalah diri sendiri dengan persoalan ini: adakah politik negara ini jadi kelam-kabut dan kucar-kacir seperti sekarang jika dikau kuat dan tidak pincang dalam menguruskan negara tercinta ini?

Fikir-fikirkanlah. Tidakkah segala-galanya berpunca daripada diri dikau sendiri yang lemah dalam melaksanakan mandat rakyat jelata untuk mentadbir negara? Fikir-fikirkanlah dengan sebaik-baiknya!

[Posting ini didedikasikan khas kepada mereka yang ditahan (melainkan pihak Hindraf) pada hari ini, semalam dan sebelumnya. Semoga anda semua sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.] – Ruhanie Ahmad

25 comments:

Dr. Hamizi said...

dolah ni bukannya berani sangat... dia lebih pentingkan populariti daripada buat keputusan yang perlu...

takut nak tahan anwar, pasal takut tak popular atau memang ada secret plan dengan anwar... yalah, mana tau sama kampung - sama kapal...

KEMBARA SUFI said...

Syabas dengan keberanian tuan. Semoga menjadi pedoman dan ikutan generasi kemudian. Itulah perintah dari Tuhan. Agar umat menjadi aman dan tenteram

KEMBARA SUFI said...

Syabas atas keberanian tuan. Agar menjadi teladan generasi kemudian. Itulah perintah dari Tuhan. Melihat kemungkaran jangan didiam.

Kamalkamal said...

Datuk,

Pihak pembangkang sibuk dengan perhimpunan dan naik turun mahkamah. Peguam Negara kena turun padang. PDRM terus diperkudakan oleh KDN. Pemimpin UMNO sibuk lobi melobi nak jadi calun. Sekarang sah Tan Sri Rashid kekal sebagai Pengerusi SPR. Semua telah disusun atur supaya Pak Lah kekal sebagai PM.

ISA belum digunakan lagi kerana bimbang popularinya akan pudar kerana Pilihan Raya semakin membahang.

Harapan kita rakyat dapat menilai semua situasi terkini dengan bijak dan membuat keputusan yang bijakasana atas kertas undi nanti.

halim said...

Saya keliru dengan sejarah Politik Dato

straycat's strut said...

Fikir-fikirkanlah.

Dato',

You are expecting too much from the man. A person can only think when he has a brain. Even if he has some, he had left it to rot for four years... you dont need brain to come up with sentences like "saya marah," "saya perdana menteri,"saya sedih." A parrot can do that.

Is it legal to bury a person if it is proven that he is brain-dead?

the indie story said...

terus terang dato' sebagai rakyat biasa yang buat saya tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pak Lah adalah disebabkan kenaikan barang2 keperluan harian, petrol, tol dan jenayah yang semakin meningkat...

tentang islam hadhari saya rasa masih boleh diperbahaskan dengan cermat dan rasional walaupun saya dapat mengagak ia sekadar satu hebahan mencari populariti kerajaan hari ini.

tQ.

jjueco said...

Datuk,

Dah 4 tahun, saya tunggu AAB bagi buat keputusan yang buat saya kata 'wow' tapi tunggu punya tunggu rupanya hampa. Tiba-tiba dia kata nak luruskan sungai di Johor. Tak masuk akal lah, tak ke kalau sungai dah lurus aliran air akan menjadi lebih deras dari biasa, maka makin cepatlah banjir kilat akan berlaku. Tuhan dah jadikan sungai tu bengkok, tak lurus - ada sebabnya [nothing happened by coincidence]. Alahai, idea apa ni Datuk, inikah tahap pemikiran seorang PM.

kudakepang said...

Hamizi, Mujahid, Kamal, Halim, Straycat's, Moderator, Jue. Terima kasih.

Pertama sekali, anda semua tak payah keliru dengan sejarah politik saya. Saya masih ahli Umno dan penyokong BN. Tapi, atas prinsip agama, bangsa dan negara, saya memilih untuk berbeza dengan pembesar negara hari ini. Saya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang kelihatan sedang menggadaikan maruah negara, bangsa dan agama. Saya jyga tidak boleh kompromi dengan mana-mana pihak yang mengkhianati perjuangan bangsa.

Dalam konteks hari ini, pandang dan lihatlah sendiri apa yang sedang mengekecewakan seluruh rakyat. Anda sendiri tau dan semua pihak mengerti.

Apa yang saya tentang adalah kesilapan pemimpin. Apa yang saya cuba pertahankan adalah maruah negara, bangsa dan agama.

oleh itu, saya harap sahabat-sahabat sekalian gunakanlah kebijaksanaan untuk membantu dalam perjuangan bersama ini.

Rakyat jelata perlukan pembelaan. Tapi pembesar negara hanya membela dirinya sendiri. Maka terserahlah kepada kita untuk memilih arah yang sewajarnya. Memihak kepada rakyat yang majoriti atau mengampu dan mempertahankan pembesar yang hanya seorang diri.

Salam hormat dan selamat maju jaya.

Unknown said...

Tak payah kita mintak Abdullah fikir-fikir lagi. Kita mintak je dia letak jawatan dengan segera. Kalau dia tak mau, kita mintak dia nafikan yang Hindraf bukan angkara menantu dia yang waktu tu ni dah mula jadi bisu!

Kes Hindraf ni kes berat. Mana boleh gadai keselamatan negara hanya untuk selamatkan pak mertua?

Unknown said...

Saya sokong ide RPK. Dollah tak boleh disingkir dari luar. Dia hanya boleh disingkir dari dalam. Orang UMNO macam mana? You all tahan lagi ke tengok Dollah dikongkong KJ yang dikongkong oleh Singapura?

Unknown said...

I already said in your blog a few weeks ago, AAB must go right away because I can't tolerate him even just for another day. Now that KJ is the puppetmaster to Hindraf, the more reason AAB must leave ASAP. How on earth can a PM allow his SIL playing with fire that almost caused a racial clash in this multiracial society of ours?

Firdaus Omar said...

Saudara Kudakepang,

Saudara ni orang bijak. Tetapi kenapakah saudara masih dalam UMNO,sebuah parti yang menerima sebahagian Al-Quran dan menolak sebahagian besar daripadanya?

Bukankah orang yang menolak walaupun ianya satu huruf daripada Al-Quran maka golongan itu terkeluar daripada Islam? Tidakkah saudara takut akan azab Allah? Sayangilah Allah lebih dari segala-galanya. Sesungguhnya UMNO itu penuh dengan kemungkaran, kekufuran dan kekalutan.

Janganlah saudara sia-siakan hidup saudara yang kian hampir ke penghujungnya. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja. Kematian yang kian hampir ini merupakan permulaan kehidupan yang kekal abadi.

Unknown said...

Salam Datuk Ron,

Apakah you tidak tahu atau sudah lupa perangai orang UMNO, mereka tidak akan jatuhkan pemimpin tertinggi selagi pemimpin tempatan seperti Datuk masih tidak dengan jelas, lantang dan secara terbuka (bukan setakat berani dalam blog) menjelaskan pendirian Datuk terhadap kepincangan dan kealpaan PM.

Masyarakat di tempat Datuk sendiri dan negeri Johor secara amnya masih melihat Datuk sebagai penyokong kuat UMNO, walau pun dalam kepincangan pentadbiran PM.

Ingat Datuk, orang kampong (pengundi) bila tengok Datuk dan pemimpin tempatan semua masih padu dengan UMNO, mereka merasakan Datuk dan pemimpin-pemimpin lainnya semua senang dengan PM. Lantas mereka terus-terusan menyokong PM.

Guru KEMAS, Penghulu dan JKKK kampong, ahli dan J/K Cawangan ramai yang masih tidak tahu tentang kerakusan PM, Khairy dan kroni mereka.

Apa kata Datuk secara gentleman (kalau betul Datuk ada kekuatan Peribadilah) umumkan bahawa Datuk dan orang-orang Datuk (kalau Datuk masih ada macai) akan beramai-ramai keluar daripada UMNO sekiranya:
1. Abdullah Badawi masih ingin
terus menjadi PM.
2. Khairy masih terus-terusan
mengganggu dalam pentadbiran PM.
3. Ketelusan pentadbiran masih
gagal dilaksanakan oleh PM.

Secara peribadi saya hormati pendirian Datuk tetapi kalau perjuangan Datuk untuk para pembaca blog Datuk sahaja, saya rasa Datuk Ron sudah tiada taring dan sudah lemah seperti singa yang disumpah menjadi kucing.

kudakepang said...

Cyber, Putera, Cina, Firdaus dan Johore, terima kasih.

Sekali lagi, saya tegaskan secara umum bahawa saya tetap ahli Umno. Sewaktu wujud Umno lama dan Umno baru, saya antara gurkha parti yang siang malam bertungkus lumus perkuatkan Umno Baru. Pada ketika itu, ramai antara yang kini berada dalam jemaah kekuasaan pun berada di pihak yang lain. Saudara semua pastikanlah sendiri siapa dalam kalangan yang berada dalam jemaah kekuasaan hari ini yang dulu berada di luar jemaah Umno Baru.

Bagaimanapun, saya tetap terus dengan Umno. Apa yang saya perjuangkan adalah agama, bangsa dan negara saya sesuai dengan tuntutan perjuangan yang besar. Lantaran itu, sewajarnya tiada pihak yang mempersoalkan saya sehingga terkeluar seribu satu pandangan yang boleh menyinggung perasaan sesama kita di dalam perjuangan untuk rakyat jelata.

Jangan siapa mengata apa sahaja kepada sesiapa. Biar pun singa yang sudah disumpah menjadi kucing.Jangan ada pihak yang cuba memesongkan saya daripada Umno semata-mata kononnya kerana Umno penuh dengan kemungkaran.

Anggota Umno yang tulen sanggup dicemuh dan dicaci kerana memperjuangkan kebenaran. Kalau hari ini Umno penuh dengan kemungkaran, biarlah saya terus berada dalam Umno untuk membantu para pejuang hadapan yang sanggup membanteras kemungkaran itu.

Saya tau di saf perjuangan mana saya berada. Maka, tahap perjuangan saya pun begitu juga. Tapi kalau seluruh anggota umno memilih untuk terus hidup mengkompromikan ketulenan matlamat dan cita-citanya, kita lihat sahajalah ke mana akhirnya Umno.

Saya anak Mukim Empat, Batu Pahat, Johor. Saya anak Batu Pahat, di mana jeritan Hidup Melayu dilaungkan buat pertama kalinya di negara ini. Lantaran itu, saya akan terus dengan Umno untuk meneruskan warisan datuk nenek saya.

Salam takzim dan selamat berjuang.

HjMisaiKontot :الدليل السياحي said...

To'
UMNO dah tak boleh diperbetulkan lagi biar siapa pun ketuanya..
UMNO memang dah lama tak relevan, To'...
Apa lagi To'??

lamandau said...

You see Datuk , whatever I commented the other day is shaping through!! My only worry is for the damage-control being deployed to take effect, other wise we will be having tough time ahead. Anyway whatever being strategise by those in the corridor of power is a near success. To be successful , the damage control will decide!!!

Anonymous said...

Dato',mungkinkah selepas PRU (ditakdirkan BN menang lagi tapi jumlah kerusi merosot), Dato' akan mengetuai satu barisan UMNO mengesa PM sekarang berundur?

kudakepang said...

Nabeel, Lamandau, FSO. Terima kasih.

Nabeel dan FSO, salam perkenalan dan selamat datang ke KK.

Lamandau, I shared your views.

Saya sudah 60 tahun. Saya anggotai Umno sejak 1973. Saya yakin masih ada harapan Umno diperbetulkan. Sebab itu saya sering katakan dalam blog ini, rakyat jelata wajar menuju ke arah mengkoreksi Abdullah secara total. Proses koreksi ini wajar dari dalam parti dan dalam sistem siasah negara.

Oleh itu, bertindaklah secara bijaksana.

Salam takzim.

Anonymous said...

Datuk Ruhanie

This is to let you know that I'm totally disgusted with the present leadership, and what UMNO represent.

If ever UMNO members are so engrossed with filling their pockets, to the destruction of this country, then so be it. Don't say no one warn you.

History tells us such destruction happened. I, for one, believe that natural justice will render its judgement on UMNO to its death if it do not change!

Regards

kudakepang said...

Moses, thanks for the early warning.

To be honest with you, I do share your belief. I am now anticipating the dooms day. But, as an Umno loyalist, I am not abandoning the ship. I am still within, but also studying the best workable survival kits as well as strategies and plans to help in re-surrecting the party from ashes.

Salam takzim.

Unknown said...

Salam Datuk Ron,

Saya hormat semangat padu you dalam mengabdikan pegangan dalam UMNO. Tetapi malangnya semangat dan alasan you untuk terus berada dalam kongkongan UMNO pada pandangan saya adalah rapuh dan lebih kepada menjelaskan kekosongan jiwa Datuk.

Datuk, kita anak Johor Tok. Jiwa kita memang tebal dengan semangat Ketuanan Melayu. Jiwa kita juga tebal dengan semangat perjuangan UMNO.

Tetapi, zaman telah jauh berubah. Zaman laungan Hidup Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat telah dicemari oleh kepimpinan UMNO yang terlalu rakus dan biadap hari ini.

Zaman keceriaan, keikhlasan, ketelusan berserta kesungguhan dalam perjuangan UMNO telah jauh dicemari oleh kepimpinan UMNO hari ini.

Ikhtiar Datuk untuk memperbaiki UMNO dari dalam hanyalah ibarat "menampal kapal bocor yang kayunya telah reput".

Salam perjuangan Datuk, semoga you tidak karam bersama kapal yang you sendiri tampal.

Salam persaudaraan dari:
ANAK JOHOR, RAKYAT MALAYSIA.

kudakepang said...

Johorebaru, terima kasih.

Saya juga hormat pandangan anda. Kalau dah tau kapal nak karam, buat apa nak tampal-tampal. Guna fikiran untuk menyiapkan diri bagaimana untuk membina kapal baru menggunakan falsafah lama yang direlevenkan dengan tuntutan zaman.

Salam takzim.

Kamalkamal said...

Datuk,

Saya cukup menghormati pendirian Datuk. Malah saya juga pernah membaca buku-buku yang Datuk tulis termasuk buku Semangat 46. Semangat Datuk ada persamaan dengan beberapa bekas wakil rakyat saya kenali.

Dialaf baru ini telah muncul pemimpin yang cukup agresif dan tamak kuasa walaupun diperingkat bahagian.

Perlakuan mereka ini kurang disenangi oleh sebahagian ahli UMNO. Namun kekuatan RM terus dipergunakan untuk mengekalkan kuasa mereka. Maka akhirnya lahirlah pemimpin yang tidak berkualiti dari segi kepimpinan dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Wang telah merubah segalanya. Kualiti pemimpin hari ini diukur dengan kemampuan kewangannya. Inilah sindrom berada dalam tubuh UMNO hari, bermula dari bahagian dan akan turun ke Cawangan-cawangan. Lepas ini Datuk kita lihatlah apa yang akan terjadi dengan UMNO.

aminsam said...

Salam Dato'
Saya rasa UMNO sudah tidak sesuai untuk dijadikan wadah perjuangan bagi menegakkan Islam,membela bangsa melayu dan menjaga negara.Ini adalah kerana :-
1- Gaya kepimpinan ,tindakan kepimpinan UMNO sekarang ini makin jauh menyimpang dari Islam AsSunnah jadi mana mungkin nak harap mereka bela agama islam melainkan cakap2 kosong utk menyedapkan penyokong yg IQ dibwh par.
2- Laporan kemiskinan tegar diMalaysia diwakili oleh Melayu 8.3%,India 2.9%dan cina 0.6%.Ini belum dikira berjuta Melayu yg hidup dibawah paras kemiskinan walaupun 50 thn UMNO pegang tampuk kuasa.Kalau membela kroni2 dan
puak2 kapitalis memang cukup relevan dgn UMNO.
3- BenarkahUMNO jaga negara/bahasa melayu kalau dilihat dari segi pemilikan hartanah,nama2sykt,taman2 perumahan yg jelas mengenepikan penggunaan BM.Berapa ramai orang melayu terpinggir akibat pengambilan dan pembelian tanah2 secara terancang.
4-Isu2 semasa seperti rasuah,pendidikan,masaalah sosial,penyalahgunaan kuasa ,kenaikan harga barangan yg gagal dikawal,pemberian terus tender yg nilainya mencecah ribuan juta dan bnyk lagi.
Saya kagumi hasrat dato kpd UMNO cuma Saya nak tanya dato,
"Bolehkah dato nak bersihkan tong najis dgn berada didalamnya?,
dibimbangi tong tak bersih ,badan dato yg dipenuhi najis.