Sunday, December 02, 2007

Hindu Rights Action Force:
Sentimen Melayu Dan Islam

Segolongan masyarakat Melayu dan Islam Malaysia kini dikatakan sedang emosional dan marah-marah terhadap Hindu Rights Action Force atau Hindraf.

Saya difahamkan keadaan ini menyebabkan segolongan masyarakat Melayu-Islam, tanpa mengira ideologi politik, dipercayai sedang memperkukuhkan sokongan mereka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pentadbirannya.

Beberapa pendukung semangat Gelombang Kuning pula dikatakan kecewa kerana demonstrasi Hindraf baru-baru ini didakwa melunturkan usaha menyemarakkan gelora penentangan terhadap Abdullah.

Sebelum senario di atas menular dan melebar, dan untuk mencegah sebarang kemungkinan Hindraf mencetuskan persengketaan Melayu-India dan Islam-Hindu, wajarlah kita kaji kemunculan serta tindakan Hindraf baru-baru ini secara teliti dan berasaskan the bigger picture dalam konteks politik Malaysia serta geopolitik internasional mutakhir.

Saya sedang menyiapkan beberapa siri kupasan saya mengenai Hindraf. Saya akan cuba rungkai persoalan-persoalan berikut: Siapakah Hindraf? Mengapakah demonstrasi Hindraf dilakukan hanya seminggu selepas peristiwa Gelombang Kuning yang aman, di Kuala Lumpur, pada 10 November 2007? Apakah motif tersirat demonstrasi Hindraf? Mungkinkah ada dalang komponen Barisan Nasional (BN) di sebalik demonstrasi Hindraf? Mungkinkah wujud pihak ketiga, khususnya elemen-elemen asing, di sebalik Hindraf? Kalau wujud, siapakah pihak ketiga ini? Dan, apakah kesudahannya kepada kontroversi yang dicetuskan oleh Hindraf?

Anda yang ingin berkongsi pendapat atau sudi memberikan perspektif peribadi mengenai Hindraf berasaskan soalan-soalan di atas, sila poskan pandangan menerusi komen kepada posting ini atau pun menerusi email puteramaya@gmail.com dengan seberapa segera. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

19 comments:

malayamuda said...

sdr ruhaine,

ape yg pelik ialah knape pak lah tak hirau masalah org india sebelum nih walaupun hindraf telah memberi banyak memorandum kepada beliau.

knape setelah hindraf mengadakan tunjuk perasaan aman secara besar besaran di ibu kota barulah pemimpin pemimpin BN terutamanya UMNO dan MIC memberi perhatian kepada mereka.

Apa telah terjadi kepada memorandum yang diberikan oleh Hindraf di Putrajaya pada bulan Ogos lalu?

Itu lah masalah negara kite. Bile masyarakat kite cuba penyelesaikan masalah melalui saluran yg sedia ader kerajaan tak nak dengar. Tapi bile kite mengadakan tunjuk perasaan baru org nak dengar.

Apakah diffrence antara sifat perkauman Hindraf dengan sifat perkauman UMNO ? Kalau Hishamuddin boleh explain knape dia menjulung keris di perhimpunan aging UMNO knape Hindraf tidak diberi peluang explain ?

Adakah Hindraf merobohkan masjid? Adakah Hindraf merampas mayat orang Islam ?

Kite kena teliti............

Merci said...

Hindraf hanya persoalkan tindakan tindakan atau polisi kerajaan BN bukannya orang Islam atau Melayu.

Sial teliti apa yang dibuat oleh kerajaan terhadap golongan India - diskriminasi never ending dan hadiah - hadiah kepada kerabat UMNO? Kalau kamu boleh pertikaikan atau membantah apa yang saya tulis, sila penggal kepala orang orang India sekarang juga. Jangan tunggu lagi, jangan discuss lagi.

annonymous said...

Siapa tak kenal Utayakumar? kononnya nak bela nasib kaumnya, apa yang beliau telah sumbang kearah itu? Saya lihat diapakai kereta BMW yang menjalar!!
Solan yang ingin saya ketengahkan mengapa ada bloggers melayu yang tega membelakangkan kepentingan orang melayu dengan memberi posting2 sokongan terhadap hindraf sedangkan objektif nya terang2 anti melayu dan islam! Kalau pun marahkan pentadbiran sekarang tak usahlah gadaikan maruah bangsa dan meyokong tindakan yang anti melkayu dan Islam!!! Kalau hindraf tidak masukkan elemen anti melayu dan islam , mungkin saya akan menyokong perjuangan mereka. Ini terang2 kumpulan ini cuba menguji kesabaran orang melayu dan Islam!!!

gmk said...

Bertrand Russell:
Collective fear stimulates herd instinct, and tends to produce ferocity toward those who are not regarded as members of the herd.

lamandau said...

I share your views Datuk! Memandangkan akhir2 ini saham pak lah amat menurun sekali terutamanya apabila isu perlantikan KH dan gelombang kuning berlaku. Pak Lah benar2 tertekan sehingga tercetusnya strategi untuk memperalatkan hindraf untuk mengembalikan sokongan orang melayu terhadapnya!! Saya melihat gerakan hindraf telah diorkesrated oleh Pak Lah dengan mempertaruhkan kaum India untuk memenangi hati sanubari orang2 melayu menjelang PRU 12. Bagi Pak Lah undi kaum India "is dispensable" .Kalau kalah pun kebanyakannya calon2 dari kaum India. Dengan mencetuskan santimen spt yang terjadi sekarang, Pak Lah berharap akan mengembalikan sokongan orang melayu termasuk mereka yang berada dalam partai pembangkang!! Ia juga bertujuan untuk melunturkan pengaruh dan momentum gerakan kuning yang telah mendapat tempat dihati rakyat. Kalau telahan saya ini tidak meleset, maka adalah amat tidak bermoral sekali Pak Lah memperjudikan perpaduan antara kaum yang telah dipupuk dan dijaga oleh TDM selama 22 tahun!! Whoever advise PAk LAh to venture on this alignment, is a pariaH!!!!!

Unknown said...

saya stuju apa yg dikatakan oleh lemen.Hindfar bukanya beranak dlm 1 hari.Tuan2 tahu tak hindraf dah rapa kali hantar surat kat menteri2.satu pun tak jawap..cam mana tiba2 pm kita kata hindfar bohong.Yg lagi satu pm kita patut tegur menteri2 kita yg kadang2 kurang ajar jugak bahkan kutuk org melayu sendiri.Apa yg jadi pada syer2 maika,telekom yg dibagi kepada mic.kita buat beratus report kat ACA ,menteri yg dpt hadiah kerusi je.hindfar tak sentuh hak2 melayu

Unknown said...

Datuk, ini seruan saya kepada semua rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Kita kena fikir kenapa sejak gelombang kuning 10:11 menantu Dolah yang nama KJ tu bisu macam batu. Dalam dia bisu, kenapa ada demo Hindraf?

Mungkin tak ada connection demo Hindraf ni dengan kebisuan KJ? Mungkin tak dalam demo Hindraf ni KJ main peranan atas bimbingan puppetmaster dia dari selatan, MI6 atau CIA yang mau Dolah terus berkuasa?

Betul ke Semi Value belanja berjuta-juta ringgit untuk mobilise kaki pukul dan agent provocateur ke dalam demo Hindraf baru-baru ni? Grup ni pukul polis Melayu biar orang Melayu marahkan Hindraf dan sokong Dolah. Adakah Hindraf sedar, atau memang buat-buat tak sedar?

Kepada orang Melayu-Islam dan keturunan India-Hindu, kita sabarkan diri kita. Jangan marah-marah tak tentu pasal.

Kita kaji dulu demo Hindraf sebelum nak marah-marah antara satu sama lain di negara ni.

Kita kena insaf, mungkin ada orang lain yang main kayu tiga. Hindraf mungkin tak tau dan kita semua pun tak tau.

Yang tau hanya pihak yang mau kita bertembung supaya pihak lain ni kaut untung. Baik untung politik atau untung segala-galanya.

Bertenanglah dan jangan izinkan diri kita semua terjerumus dalam perbalahan sesama rakyat Malaysia akibat permainan orang ketiga yang nak pertahankan kuasa, yang tamak kuasa, dan yang gila kuasa.

Unknown said...

bPenyokong gelombang kuning dan gelombang rakyat semua kena bijak baca situasi. Jangan tengok lahiriah saja. Kena singkap yang tersirat. Zaman ni banyak orang guna taktik suntze, baling batu sembunyi tangan. Ini taktik penuh kepura-puraan. Ini taktik zionis. Demo hindraf ni juga mungkin taktik talibarut zionis Singapura dalam pentadbiran Abdullah. Mustahil ke?

Ini saya nak defend Datuk Ron. Saya nak kasi tau Merci, blog kuda-kepang dihormati ramai. Jangan guna bahasa kasar, sampai nak penggal-penggal leher buat apa? Kita kan bincang nak cari kebaikan. Bukan nak suruh orang penggal leher… Dalam blog ni, komen dengan baik, cakap dengan baik, we respect each other’s views. Tak payahlah cakap apa yang anda dah cakap. OK geng?

Unknown said...

Memang kita kena hati-hati bila nak react pasal Hindraf. Saya juga suspect memang ada pihak lain main kayu tiga dalam demo hindraf dan memo dia pada Queen. Kalau kita silap, kita semua masuklah jerat orang yang menangguk di air keruh ni. Tak mungkinkah KJ terlibat dan di sokong oleh Samy Vellu? Tak mungkinkah demo hindraf satu diversion atau lencongan supaya rakyat lupakan gelombang kuning dan impaknya? Daulat Tuanku!

Unknown said...

Saya ada info nak kongsi dengan Datuk. Malam sebelum demo Hindraf banyak bilik hotel sepanjang Jalan Ampang dibook secara block booking atas satu single bill. Sapa yang buat? Tapi, yang duduk dalam bilik-bilik tu semua keturunan India. Misteri tak info ni?

politica said...

Komen ni saya hantar khas buat input write up Datuk pasal Hindraf. Tulis kau-kau sikit biar semua rakyat celik dan insaf.

Hanya orang bengap je tak tau nak baca the power game behind Hindraf demonstration tempoh hari. Cuba ingat baik-baik. Demo Hindraf dibuat seminggu selepas gelombang kuning. Adakah ini susulan demo gelombang kuning? Kerana ada juga manusia yang sama-sama dalam gelombang kuning pun ikut sama dalam demo Hindraf, tentu ada pihak akan percaya demo Hindraf tu memang follow-up kepada gelombang kuning. Tak gitu?

Kalau gitu, kenapa gelombang kuning aman damai, tapi demo Hindraf yang kononnya susulan gelombang kuning tu kecoh dan ganas?

Di sinilah plot kisah kayu tiga beremula. Ganas kerana ada “teroris upahan” proksi Dolah dalam tu. Ganas pasal ada “teroris upahan” proksi Sami Velu dalam tu. Nampak tak permainan ni sekarang?

Dia orang buat gitu pasal nak buktikan propaganda Zam Maidin tongong tu betul. Kan si tongong tu dah hebah tak putus-putus gambar demo ganas yang dia cedok dari luar negara. Pasal gelombang kuning tak ganas, si tongong pun jadi bengap. Kerajaan Dolah pun kena hentam satu dunia sebab polis attack peserta yang tak mengganas dalam gelombang kuning.

Hindraf jadi ganas bukan atas pilihan keturunan India dan penganut Hindu Malaysia. Tapi, demo Hindraf jadi ganas kerana mungkin ada gembala yang arah proksi Dolah dan proksi Sami Velu untuk bayar “pengganas upahan” supaya ganaskan demo Hindraf. Ini semua berlaku kerana sigembala kepada proksi Dolah yang lemah tu, mahukan Dolah terus jadi boneka dia orang untuk perintah Malaysia. Dah fahamkan mainan ni sekarang?

Ala. Ini semua taktik black operation atau false-flag operation ala-mossad dan ejen Singapore. Sapa yang tak tau game puak-puak ni. Bom di Bali pun dia orang punya kerja jugak. Yang kena tuduh JI. Bom depan Kedutaan Australia di Jakarta pun kerja dia orang jugak. Bom tu pun kita tau datang dari mana.

Ini semua game CIA, MI6, ejen Australia, ejen Singapore dan Mossad. Dia orang ni tunggang je gelombang Hindraf untuk mansuhkan gelombang kuning, untuk kukuhkan Dolah yang ombang-ambing. Faham?

Betul macam Lamandau komen kat blog ni. Tergamak betul si proksi Dolah dan gembalanya ni. Pasal nak pulihkan imej Dolah yang goyang sebab kena langgar gelombang kuning, tergamak dia orang gunakan “pengganas upahan” cemarkan demo Hindraf. Lepas tu, dia orang manipulate pulak memo Hindraf. Dia orang masukkan yang bukan-bukan untuk provokasi orang Melayu dan Islam, biar marah dan terus pertahankan Dolah kononnya atas nama Melayu dan Islam. Hisss… Kerja munafik!

Ini yang banyak orang Melayu-Islam atau keturunan India yang agama Hindu tak tau. Tapi, dalam tak tau, lepas tu tak mau ambik tau. Dalam tak mau ambik tau, nak ganyang sana dan ganyang sini pulak. Haru betul jadinya.

Inilah niat orang yang rancang false flag operation ni. Kerana nak kekalkan kuasa, dia orang sanggup laga-lagakan orang Melayu dengan keturunan India. Dia orang tergamak laga-lagakan pengikut Islam dan penganut Hindu. Inilah kerja terkutuk orang gila kuasa dan tamak kuasa!

Sabarlah brother. Baik Islam, baik Hindu, sabar. Baik Melayu, baik keturunan India, semua kena sabar. You all kena kuda dek gembala kepada proksi Dolah. Jadi, kalau hari ni ada Melayu nak marah, marahlah kat proksi Dolah dan gembalanya. Tak guna marah Dolah. Ddia tu memang tak tau memanjang. Yang mati-mati nak Dolah berkuasa, adalah proksi dia. Yang siproksi pulak ada gembala. Maklumlah proksi ni lembu dah kena cocok hidung. Itulah sebabnya by hook or by crook, proksi Dolah dan gembalanya sanggup sampai nak perjudikan perpaduan kaum dan keharmonian agama di negara kita ni. Laknatullah!!!

Saya mintak sapa baca komen ni bagitau kat proksi Dolah tu. Tanya dia, betul tak gembala dia dah hijacked demo Hindraf baru-baru ni? Ala. Kita pun banyak mata dan telinga. Macam saya kata tadi, hanya sibengap je tak tau nak baca game di sebalik Hindraf.

So, kita semua kena cool. Jangan kita semua masuk perangkap gembala kepada proksi Dolah. Kita cari jalan biar proksi Dolah dan gembalanya ni kita dedahkan permainan kotor mereka pasal nak kekalkan Dolah jadi PM.

The moral of the story here is: jangan sangka air tenang tak ada buaya. Jangan sangka proksi Dolah senyap sebab dia dah bengap. Jangan sekali-kali sangka begitu!!!!!!

Unknown said...

I tend to agree, definitely there is a very complicated power game behind Hindraf’s recent demonstration in KL. My suspicion is that Abdullah’s S-I-L is involved, directly or indirectly.

I may be wrong, but I am sure that I am correct. I make this assumption since this S-I-L or I called him the little devil, is extremely ambitious. I don’t know him. But I know one of his GFs.

So, make up your own mind whether I am a liar or telling the truth. It is up to you all. I posted my suspicion here because I believe in unity of all Malaysians.

Unknown said...

Bacaan Politica pasal Bom Bali dan bom di kantor DUBES Australi, Jakarta, memang benar sekali dong. Kami rakyat Indonesia memang arif pasal mainan black operations atau false flag operations pihak mossad ini. Ya. Kami dengar, Singapor pun dikatakan terlibat. Tapi, cerita ini ditutup, takut timbulkan krisis diplomatik. Lantas, sahabat-sahabat di Malaysia harus waspada.

limado said...

Saya tak memihak kepada sesiapa. Tapi saya setuju. Kita rakyat Malaysia semua kaum dan agama kena bijaksana. Jangan panic. Kita kena selongkar habis-habis kisah Hindraf ni baru kita ambik kesimpulannya. Kalau tak, nanti kita semua bertelagah sampai negara pecahbelah.

Unknown said...

I am a Malaysian Chinese. What happened now also affect us because we are peace loving Malaysians.

If true the SIL of Abdullah is involved, Abdullah must admit and then resign honourably. In my recent comment to another posting, I said, we Malaysians don't want to see Abdullah for another day. You can read my comment in Datuk's blog side-bar. TQ Datuk. I really hope our PM should go ASAP.

Kamalkamal said...

Datuk,

Satu perancangan yang cukup teliti demi untuk menaikkan imej dan populariti PM. Ini kerana semua persiapan PRU telah dijalankan samada oleh parti pemerintah ataupun SPR. Saham UMNO/BN harus ditingkatkan demi mengekalkan kuasa yang hanya baru satu penggal baru dinikmati.

Suara KJ kedengaran pasal Gelombang Kuning tapi mengapa KJ membisu bila Hindraf mengadakan perhimpunan. Ini semua permainan yang telah diatur oleh pihak yang berkepentingan supaya PM terus kekal sebagai PM.

Demi mengekalkan kuasa sentimen kaum dinyanyikan, kemudian BN akan menyelesaikannya, maka BN akan terus berada dipersada politik tanahair.

Sebenarnya KJ dan rakan-rakannya samada ditingkat empat atau BTN cukup bijak mencetuskan suasana bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Kewujudan pihak ketiga dalam suasana begini adalah atas permintaan pemerintah. Percaturan politik global hari ini cukup teliti dan mampu memperdayakan rakyat dan akhir rakyat juga tertipu kerana terus menerus memberi sokongan kepada parti pemerintah.

zeme said...

Salam Dato',

Persoalannya mudah saja, kenapa mesti Hindu Right Action Force (HINDRAF) dan bukannya Indians Right Action Force (INDDRAF)?
Apakah mereka ini cuba memainkan sentimen keagamaan dan bukannya tuntutan memperjuangkan kaum India sebenarnya. Apa reaksi pemimpin PAS dalam soal ini sebagai pendokong dan pejuang agama Islam? Reaksi Anwar tidak mahu dipersoalkan kerana beliau seakan dalang petualang malang di sebalik himpunan hindraf ini. Lihat saja masa pembebasan tanpa pelepasan ke atas pemimpin hindraf baru ini, beria-ria sakan Anwar menyambut pembebasan mereka. Atas motif apa sambutan itu?

Isu kuil yang dipersoalkan dalam tuntutan hindraf dilihat seolah-olah berdirinya "patung hindu" yang terbesar di asia di Batu Caves tidak cukup lagi memuaskan citarasa setiap penganut hindu di Malaysia.

Jadi apa motif Hindraf sebenarnya dalam tuntutan itu? Katakan saja tuntutan itu adalah gimik politik berkepentingan yang cuba mencurah minyak ke api, membakar arang biar sampai bara, pedulikan saja jika rakyat Malaysia yang lain sengsara.

Wasalam.

phoolan said...

indian, chinese n malay.. be united!!!

kudakepang said...

Saudara/Saudari. Terima kasih kepada semua.

Saya membuat kajian yang agam mendalam mengenai Hindraf untuk buku saya yang terbaru.

Ini kesimpulan awal saya: Hindraf dipilih untuk menyempurnakan satu konspirasi asing ke atas Abdullah dan Malaysia. Hindraf mungkin tak sedar akan hal ini kerana ia dilekakan dengan perkara-perkara absurd dan publisiti dunia.

Apa yang berbahaya di sini ialah Hindraf, atas kehendak konspirator, sama ada disedari oleh Hindraf atau tidak, hampir-hampir menyebabkan anarki di Malaysia.

Maka jadi tugas kita bersama untuk mengesan dan menjejaki siapakah konspirator yang tergamak menyebabkan anarki di Malaysia semata-mata untuk mencapai agenda besar mereka sendiri. SIAPAKAH KONSPIRATOR INI?

Salam takzim.