Saturday, December 15, 2007

Bahagian Satu:
Matlamat Menghalalkan Cara
(The Ends Justify The Means)

Hari ini banyak pihak di Malaysia mempolemikkan tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan beberapa undang-undang, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebagai satu tindakan dan strategi “matlamat menghalalkan cara” - iaitu tindakan untuk memulihkan kredibiliti dan integritinya yang tercemar dan kepimpinannya yang amat tergugat akibat ledakan gelombang rakyat pada 10 November 2007.

Saya tidak akan mengambil apa-apa kesimpulan terhadap persepsi dan polemik umum seperti ini. Bagaimanapun, ikutilah dulu hujjah-hujjah mengenai beberapa tindakan “matlamat menghalalkan cara” yang kini sudah menjadi sejarah dunia seperti di bawah ini.

Tentera Bersekutu menggunakan serangan Pearl Harbor pada 7 Disember 1941, untuk memaksa Amerika Syarikat (AS) menyertai Perang Dunia Kedua.

Presiden George W. Bush AS, menggunakan peristiwa serangan 11 September 2001, di PWTC, New York, untuk menghalalkan Peperangan Anti-terorisme Global (PAT) – peperangan ke atas umat Islam bermula di Afghanistan pada 7 Oktober 2001.

Matlamat Strategik

Presiden Bush juga menggunakan alasan memusnahkan WMD untuk menghalalkan AS menyerang dan menjajah Iraq mulai 18 March 2003, dan kemudiannya membunuh Saddam Hussein pada 30 Disember 2006.

Seluruh peristiwa di atas mempuyai matlamat yang mendesak, penting dan strategik. Kesemua matlamat itu mesti diperolehi dengan apa cara sekalipun - tanpa mengira sama ada cara untuk mencapai matlamat tersebut menyebabkan pemusnahan harta benda dan pembunuhan umat manusia yang tidak berdosa.

Inilah yang dikatakan pendekatan “matlamat menghalalkan cara” atau “the ends justify the means.” Pendekatan ini lazimnya dilakukan oleh pihak-pihak yang hanya memikirkan soal survival dan kepentingan yang sempit.

Soal survival dan kepentingan sempit ini pula selalunya berkisar kepada soal kuasa – soal memperolehi kuasa, soal mengekalkan kuasa dan soal pengunaan kuasa.

Konspiarasi

Pendekatan “matlamat menghalalkan cara” ini lazimnya dirancang dan dilaksanakan secara rahsia. Ia juga membabitkan banyak tawar-menawar, persekongkolan atau konspirasi di kalangan pihak-pihak yang terlibat.

Pendekatan ini kemudiannya dihalalkan menerusi rasional yang kononnya selaras dengan kepentingan masyarakat umum. Dan, proses menghalalkan rasional ini pula diwar-warkan secara meluas dan fokus menerusi propaganda yang penuh kepalsuan, penipuan dan pembohongan.

Bagaimanapun, kesan kepada strategi “matlamat menghalalkan cara” ini lazimnya sangat dramatik, boleh menyemarakkan sentimen kekitaan di kalangan sesuatu kaum atau kelompok agama, dan boleh juga menyebabkan anarki dan pertumpahan darah antara satu puak dengan puak manusia yang lainnya.

Strategi “matlamat menghalalkan cara” ini kerap kita saksikan di abad ke-21 ini. Ia bermula dengan tragedi 911. Kesannya, Afghanistan diserang dan dijajah. Harta benda musnah. Umat manusiannya menjadi korban senjata nuklear. Afghanistan jadi padang jarak padang tekukur. Kepimpinan Afghanistan ditukar, dan pengusaha-pengusaha minyak Barat pun menguasai telaga minya dan gas di Asia Tengah.

Bom Di Bali

Kita lihat juga peristiwa bom di Bali, Indonesia, pada akhir 2002. Peristiwa ini adalah contoh terdekat kepada kita di mana pendekatan “matlamat menghalalkan cara” telah dilakukan di rantau ini.

Pengeboman di Bali dilakukan oleh pihak-pihak sekutu AS, baik Mossad atau badan rahsia Australia. Akibatnya, sekumpulan rakyat Australia yang bercuti di Bali telah terbunuh. Tetapi, keganasan yang kononnya dilakukan oleh umat Islam itu berjaya mencapai matlamatnya.

Matlamat utama: mengukuhkan kerajaan John Howard yang penglibatannya di Afghanistan ketika itu dibantah keras oleh rakyat Australia. Matlamat kedua: membolehkan Jemaah Islamiah (JI), sebuah pertubuhan Islam, dilabelkan sebagai pertubuhan teroris Islam sekutu al-Qaeda.

Matlamat ketiga: memburukkan imej umat Islam Indonesia yang jumlahnya adalah terbesar sekali di dunia. Matlamat keempat: supaya negara-negara Islam di Asia Tenggara - Indonesia dan Malaysia – mengharamkan JI dan turut mendukung semangat PAT.

Dan matlamat akhirnya: AS hendaklah diberi kemudahan dan sokongan dalam melaksanakan PAT di Asia Tenggara mulai 2002.

Hindraf Dan Khairy

Berasaskan seluruh hujjah di atas, sama-samalah kita rungkai persepsi dan andaian di kalangan segolongan rakyat jelata Malaysia yang mengatakan bahawa demonstrasi Hindraf pada 25 November 2005, serta kenyataan Hindraf yang provokatif terhadap UMNO, orang Melayu dan umat Islam, adalah satu konspirasi ciptaan Khairy Jamaluddin selaku proksi kepada Abdullah.

Adakah ini satu persepsi yang tepat dan andaian yang betul? Mustahilkah kalau demonstrasi dan kenyayataan Hindraf yang sedang dipolemikkan adalah dirangka dan dilaksanakan untuk mengukuhkan kepimpinan Abdullah yang goyang dilanda gelombang rakyat mulai 10 November 2007?

Bukankah peristiwa ini menepati strategi “matlamat menghalalkan cara” yang dihuraikan di atas? Saya akan memperincikan soal ini dalam bahagian kedua. – Ruhanie Ahmad

7 comments:

Unknown said...

Datuk. Hindraf is Khairy's Pearl Harbor and 911, two in one. He uses Hindraf for the sake of his father in law's future and also for the sake of his own future. A rather smart move. But somebody is definitely behind him. You guess is asgod as mine!

Unknown said...

Sooner or later, this Hindraf affairs will end up in Putrajaya. It is KJ's grand design. I am not sure if Abdullah knows about it. Whatever, he is the first beneficiary of the design. He is to win the coming elections. He is to be reinstalled as the PM. But KJ is finally the de' facto ruler..

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Berita dari gunung said...

Dato Ron.

Antara lain Dato cuba menyoal kewujudan Hindraf. "....adalah satu konspirasi ciptaan Khairy Jamaluddin selaku proksi kepada Abdullah."

Anwar baru turun dari India, sebelum diganggu di KLIA, manakala selebihnya adalah urusan KDN. Peristiwa Anwar berada di India, itu sesuatu yang nyata. Komen beliau di India juga keras. Anwar is such a darling.

Khairy dan Anwar ada kaitan yang menarik, ada cerita hulur menghulur, tarik menarik, tolak menolak. Dulu Khairy dengan segera menghulur passport untuk Anwar bergegas ke German. Anwar dapat publisiti mudah ketika itu dengan muka sakit, dengan brace putih dileher dan berkerusi roda. Khairy buat dalam senyap-senyap.

Politik kata kawan saya, macam bisnes juga. ADA PROSES JUAL BELI. Macam " i scratch yours, you scratch mine".

Saya mengolah setakat yang saya tahu, dan sedar dalam rentetan peristiwa. Selebihnya kita tunggu catatan dalam bait-bait sejarah.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
straycat's strut said...

So what else is new?

Another common trait among the meanest, stupidest, arrogant, corrupt and and heartless leaders in history is, they dont have any conscience. They never saw anything wrong with themselvels. These are the people who has the capacity to drink your blood while saying I love you at the same time. These are the same people who would look in your eyes and says "I do this for your own best interest" and pull the trigger.

Merry Christmas Jeanne...

perwira said...

This Hindraf Affair makes me sick to the bone. Any right-thinking Malaysians, be they Indians, Chinese, Malays, Dayaks, Kadazans etc etc would never subscribe to the 'Ethnic Cleansing' accusation ! One must be MAD to even think that the Indians in this country has been treated that bad. Methinks it's the Hindus rather than the Indians that 'do not see the trees for the forest' ! Which ethnic group is actually complaining - the Malayalis , the Ceylonese, the Punjabis, the Indian Muslims, the Gujaratis, the Sindhis, the Bangalis etc ????? It's only a small portion of the Hindu community, based on very narrow partisan thinking, laced by political influence & perhaps pushed down the throats by deep hatred for the popular MIC and their capable leaders, that took to the streets recently. I don't blame the authorities for taking stern action against such dissidents. And yes, their leaders deserve the ISA.