Tuesday, December 25, 2007

Abdullah Dijangka Melantik
TPM Kedua Bukan Melayu?

Jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua (TPM2) dijangka diwujudkan jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 akan datang dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula kembali dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sumber-sumber berautoriti memberitahu blog ini bahawa jawatan berkenaan dijangka diberikan kepada MCA. Hasrat ini suah pun disampaikan oleh Abdullah kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Teng, baru-baru ini.

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses blog http://puteramalaysia.blogspot.com – Ruhanie Ahmad

10 comments:

Unknown said...

Selepas melantik TPM2 untuk orang cina, adakah TPM3 juga akan dilantik orang india dan seterusnya TPM4 untuk mewakili Bumiputra Bukan Islam juga akan dilantik.

Sekadar pertanyaan.

straycat's strut said...

Sang tikus membetulkan labu, luruskan sungai untuk elak banjir kind of solution.

His solutions would always be temporary and in the long run, bigger problems would crop up.

Like Wan Ismail said, soon the Indians would ask for the post and the chinese would soon ask why not PM'ship... and the Sikh, the Kadazan, the banglas, the orang asli...

This problem will not arise if Pak Lah is a leader.

Kamalkamal said...

Datuk,

Jika benar apa yang Datuk perkatakan ini, sekali lagi maruah orang Melayu cuba digadaikan demi kepentingan peribadi.

Sebelum ini banyak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi (AAB) telah mengecewakan orang Melayu. Terbaru keputusan AAB membebaskan 31 orang pengikut HINDRAF dari cubaan membunuh seorang anggota PDRM juga begitu mengelirukan. Jika Datuk hendak di ISAkan , Datuk boleh menulis surat dan merayu kepada AAB untuk dibebaskan. Kalau pengikut HINDRAF boleh diampunkan, apatah lagi Datuk. (Maaf ini hanya sekadar contohnya.)

Agak ketara sekarang ini, AAB begitu membela nasib kaum lain berbanding dengan orang Melayu. Kalau pemimpin Melayu sendiri tidak lagi sanggup membela orang Melayu, siapakah yang boleh kita harapkan untuk membela nasib orang Melayu? Orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam bidang ekonomi. Apakah AAB sanggup melihat orang Melayu mengemis di tanah airnya sendiri.

The Eugenist said...

Salam Tok..

Bagi saya la kan, kalau alang2 semua nak jadi P.M, apa kata dia bagi jer jawatan ni kat semua rakyat Malaysia (menerusi Pilihanraya)?

Dalam masa yang sama, rakyat M'sia pulak berhak untuk "menendang" dia keluar dari kerusi P.M? Bukankah masa pilihanraya kelak, rakyat lebih berkuasa malah P.M sendiri pun boleh dinaikkan dan "diterajangkan" dari jawatan pada waktu ini?

HESMEL FAZNEE FAISAL

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Saya rasa cukuplah seorang TPM. Kalau ada 2 TPM dan dua-duanya bersekongkol untuk topple PM kan susah. Saya harap tulisan Dato' ni hanyalah sekadar khabar angin.

Husin Lempoyang said...

Bodos betul si Dol!

Itu kan cadangan Hindraf menuntut seorang DPM dari kaum Cina. Tak akan main terima sahaja.

Cadangkan PM buat sesuatu yg lebih "cemerlang, gemilang dan terbilang" dari Hindraf. Buat macam di MoF ...

PM
PM II
DPM I
DPM II

PM II adalah untuk UMNO. DPM I untuk MCA dan DPM II untuk wakil Bumi Sabah Sarawak.

Banyak masa untuk memancing dan tidor di Perth ...:)

Sementara itu, semalam terdengar cerita Dolah janji akan membina semula semua kuil2 yg telah di robohkan.

MB dah roboh ikut undang2 tetapi dia supercede MB? Tanya Musa-ng Hitam, ini nampak sangat desperado kan?

-thethinker- said...

Tak nampak apa salahnya melantik seorang TPM II dari bukan-melayu. Cuma mungkin wang cukai lari sikit kepada depa nii... Jika berkemampuan , apa salahnya...

Hak melayu tidak dikikis , itu prinsipnya.. janji , depa buat kerja baik baik...

sanizam.com said...

Barisan kebinet negara adalah relatif ramai di Asia memandangkan penduduknya sekitar 26 juta jiwa. Daripada melantik TPM ke2 adalah lebih baik tidak mewujudkan jawatan TPM. Sebarang pemangkuan boleh diserahkan kepada menteri yang paling lama memegang jawatan dalam kebinet.

A Voice said...

Kerja Deputy adalah membantu ketua dan juga merupakan standby untuk jadi Pm jika apa2 berlaku.

Jika ada DPM 2, bermakna boleh jadi standby PM.

Terfikir tak?

Anyway, ada ke negara lain yg ada DPM2?

kudakepang said...

Para surfers yang dihormati, terima di atas respons anda kepada topic yang saya poskan ini. Bagimanapun saya memohon jutaan maaf kerana terlambat respons. Saya sibuk menyiapkan tiga buku saya - gelombang kuning:gelombang rakyat; hindraf: satu konspirasi? dan juga bloggers: kawan atau lawan yang akan diterbitkan awal 2008 ini.

Wan Ismail: Semoga pertanyaan dapat memprovoke Pak Lah dan pihak-pihak yang berkenaan.

Straycat's Strut: You are perfectly right: This problem will not arise if Pak Lah is a leader… Thank you.

Kamalkamal: Apa yang saya katakan adalah kebenaran. Jadi, memang “sekali lagi maruah orang Melayu cuba digadaikan demi kepentingan peribadi.” Dan apa yang anda katakan di sini bahawa “sebelum ini banyak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi (AAB) telah mengecewakan orang Melayu. Terbaru keputusan AAB membebaskan 31 orang pengikut HINDRAF dari cubaan membunuh seorang anggota PDRM juga begitu mengelirukan,” juga adalah kenyataan yang benar.

Persoalan anda bahawa “kalau pemimpin Melayu sendiri tidak lagi sanggup membela orang Melayu, siapakah yang boleh kita harapkan untuk membela nasib orang Melayu” kita serahkan kepada rakyat jelata untuk menjawabnya.

The Eugenist: Memang semua rakyat mengharapkan sistem demokrasi menerusi PRU ke-12 akan menyelesaikan segara apa yang jadi masalah pada hari ini. Tapi, anda tau dan semua orang pun tau sama ada jangkaan ini akan jadi realiti.

Zainal A. Kasim: Apa yang saya tulis berasaskan sumber yang berautoriti. Tak mungkin khabar angin.

Husin Lempoyang: Kita akan tetap dipersalahkan kalau kita katakan cadangan TPM2 ini adalah juga “cadangan Hindraf dan tak akan main terima sahaja.”

Thethinker: Satu pandangan yang pragmatik tapi mungkin sukar diterima oleh majoriti.

Sanizam: Salam perkenalan dan terima kasih.

Akhir kata, salam takzim dan selamat tahun baru 2008.