Wednesday, February 14, 2007

Siapa Berani Mencabar Barat
Selepas Tun Dr Mahathir?

Baru-baru ini, semasa Forum Keamanan Perdana III, "Membongkar Jenayah Peperangan: Menjenayahkan Peperangan", 5-7 Februari 2007 di PWTC, Kuala Lumpur, begitu banyak hujah-hujah berserta bukti-bukti dan akuan bersumpah mereka yang menjadi mangsa peperangan, terutama di Asia Barat, diutarakan. Isu isu yang tiada penyelesaian seperti Isu Palestin, Penentangan Ke atas Penubuhan Israel, Pencerobohan Iraq dan tafsiran Barat, terutama AS dan UK terhadap keganasan yang berpunca kunun-kunun dari umat Islam begitu intensif dibincangkan.

Pakar-pakar perundangan, sains radiasi, ekonomi antarabangsa, hubungan antarabangsa dan diplomasi, mantan penjawat utama PBB, penganalisa politik, termasuk dari Barat dan ahli politik AS yang menentang peperangan sendiri membentangkan kes-kes mereka mengenai kekejaman yang timbul dari dasar dan tindakan AS, UK, Israel dan Australia kepada berjuta umat Islam tidak berdosa dan tertindas di sekitar Asia Barat. Berpuluh kertas kerja dibentangkan dan sesi soal jawab yang tidak kurang hangat menyusul di setiap akhir setiap sesi.

Semasa Ucaputama Majlis Pembukaan persidangan ini, mantan Perdana Menteri Malaysia dengan lantang menegaskan bahawa "Sejarah sepatutnya mengingati bahawa Blair dan Bush ialah sebagai Pembunuh Kanak Kanak dan/atau Perdana Menteri dan Presiden yang berbohong! Apa yang Blair dan Bush telah lakukan adalah lebih buruk dari apa yang Saddam telah lakukan. Kita tidak sepatutnya menggantung Blair sekiranya Tribunal Peperangan ini mendapati mereka bersalah TETAPI mereka seharusnya membawa label dan dikenali sebagai Penjenayah Perang, Pembunuh Kanak-kanak dan Pembohong. Ini juga sepatutnya kepada Bush dan Bush yang di dalam poket, yang tinggal di Bushland".

Suruhanjaya

Usaha mengadakan Suruhanjaya Peperangan Kuala Lumpur, yang akan mengkaji aduan aduan bersumpah dan membawa kes-kes mereka yang dizalimi dari sudut jenayah peperangan dan hak-hak mereka yang dicabuli, akibat kancah konflik "haram" kepada Tirbunal Peperangan Kuala Lumpur mendapat perhatian dunia. Kes-kes seperti Ali Shalah, Abbas Zaid (yang diseksa tentera pencoboh AS dipenjara Al Ghuraib) dan rayuan remaja tidak berdosa, Najwa kerana dizalimi tentera ganas Israel adalah manifestasi berapa pentingkan kancah konflik bersenjata ini perlu diharamkan dan pemimpin Barat seperti George W Bush, Tony Blair dan John Howard wajar dilabel sebagai "Pembohong, Pembunuh Kanak-kanak dan Penjenayah Perang" oleh warga dunia, termasuk rakyat mereka sendiri dan ini kekal sebagai mercutanda mereka dalam lipatan sejarah.

Semasa Ucapan Penggulungan pula, Tun Dr Mahathir menegaskan bahwa bangsa Barat tidaklah seperti bangsa Timur. Kita di Malaysia ini seudah menjalankan perhubungan dan perdagangan dengan bangsa Timur seperti China melebihi 1000 tahun dan mereka tidak pernah sekalipun mengancam keselamatan kita, apatah lagi ingin menceroboh dan menakluki kita. Tidak seperti Barat, mereka yang asalnya datang untuk berdagang, mudah sangat merasa tamak dan ingin membolot kepentingan perdagangan itu dengan menggunakan kuasa. Ini dibuktikan banyak kali oleh Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris dan akhir sekali, Amerika, semenjak 500 tahun ini. Akibatnya, banyak tanah tanah di Asia ini jatuh kepada pencerobohan dan penjajahan Barat dalam tempoh itu dan peperangan dan keganasan merupakan saluran untuk sampai kepada agenda ketamakan itu.

Dunia melihat bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap mantan Pengerusi NAM dan OIC, makin lantang mengutarakan pandangan dan pendirian menentang dasar berat sebelah Barat, terutama AS, UK dan sekutu-sekutu kuat mereka dalam banyak isu melibatkan diplomasi antarabangsa, isu Palestin dan konflik Asia Barat, isu Afghanistan, isu perdagangan, isu keganasan berstruktur mengunakan bala tentera dan sebagainya. Semasa beliau dalam jawatan, pemimpin kuasa besar dunia seperti Presiden Perancis Jacques Chirac dan terakhir sekali, Presiden Russia Vladimir Putin sanggup menurunkan sokongan mereka kepada isu-isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir. Penentang imperialisme Barat AS paling utama, iaitu Presiden Fidel Castro juga amat mengagumi mantan Perdana Menteri Malaysia ini kerana ketegasan dan sikap terbuka, kepada isim dan roh sebenar 'demokrasi', iaitu hak suara ramai didengar (bukan tafsiran demokrasi ala AS, yang memberi tafsiran berat sebelah yang hanya mementingkan mereka sahaja!)

Kecaman

Tun Dr Mahathir juga menerima banyak perhatian negatif dan kecaman media Barat apabila dalam tahun 90-an, beliau dengan lantang mendedahkan bahawa kaum Yahudi 'mengawal' dunia secara proksi.

Hari ini, sebagai rakyat Malaysia dan warga dunia, beliau masih lagi begitu lantang mempersoalkan dengan penuh keyakinan bahawa kuasa Barat seperti AS, UK dan sekutu mereka seperti Australia mengunakan kudrat mereka untuk menzalimi dunia, terutama sebahagian orang-orang Islam di Asia Barat. Kini beliau memulakan usaha antarabangsa dalam menggelar pemimpin AS, UK dan Australia iaitu George W Bush, Tony Blair dan John Howard sebagai "Pembunuh kanak-kanak, pembohong dan penganas"!

Suara lantang Tun Dr Mahahir ini datang dari seorang pemimpin yang akan mencecah 82 tahun, Julai ini. Adat alam, jika kita semua, warga dunia bergantung kepada insan mulia ini meneruskan Perjuangan ini, mungkin tidak lama. Persoalan sekarang, siapa lagi yang tinggal dalam dunia ini yang mampu meneruskan obor Perjuangan menentang kezaliman dan ketidakadilan Barat, selepas Tun Dr Mahathir?

Merdeka

Apakah ada pemimpin-pemimpin dunia Islam hari ini, yang cukup "merdeka" dan "bebas" dari 'belenggu' Barat, untuk benar-benar memperjuangkan hak dan kesengsaraan saudara-saudara seIslam mereka? Pemimpin mana yang mampu mengatakan yang benar dan hak, tanpa sebarang sekatan dan tekanan, sama ada langsung atau tidak? Pemimpin mana yang sanggup dan ada waja diri untuk bangkit dan didengari, bagi pihak mereka yang tidak berdaya "berbunyi"?

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia? Raja Al Malik Abdullah Al Saud? Raja Abdullah, Jordan? Presiden Gen Pervez Musharaff, Pakistan? Presiden Muammar Al Ghadaffi, Libya? Presiden Bashir Al Assad, Syria? Raja Sheikh Al Sabah, Kuwait? Presiden Sheikh Al Makhtoum, UAE? Presiden Hosni Mubarak, Mesir? Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei? Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Indonesia? Presiden Ahmadinejad, Iran?

Mungkin hadiah keamanan tahunan Alfred Nobel yang amat berprestij yang dicadangkan beberapa NGO di Bosnia dan Croatia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya belum memadai bagi dunia betul-betul menghargai usaha, keberanian, kecekalan dan ketegasan beliau meletakkan apa yang hak di tempatnya. Dunia akan benar-benar menunjukkan penghargaan apabila ada legasi meneruskan apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat selama 25 tahun ini, terutama dari ketegasan mesej-mesej beliau melalui Perdana Global Peace Organisation.

Semoga warga dunia beroleh kebaikan sejagat dan diberkati Allah s.w.t., dari langkah yang dimulakan, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, insan warga dunia yang unggul, abad ini.

- Oleh Pusat Media Forum Keamanan Perdana III
http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=2444

Monday, February 12, 2007

Peruntukan RMK9
Sumber Kuasa PM
A Kadir Jasin

HAKIKAT bahawa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) diuar-uarkan sebagai paksi Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi sudah diakui umum.

Tetapi banyak yang masih berasa hairan mengapa ia begitu hebat digembar-gemburkan oleh jentera maklumat dan propaganda sedangkan rancangan pembangunan lima tahun bukanlah sesuatu yang baru bagi Malaysia.

Sampai hari ini banyak yang masih tertanya-tanya mengapa publisiti mengenainya begitu hebat berbanding rancangan lima tahun sebelum ini. Jawapannya terletak kepada cara rancangan itu disusun dan dikaitkan dengan Perdana Menteri.

Ia didakwa sebagai manifestasi kepekaan dan komitmen Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap kehendak dan aspirasi rakyat jelata.

Apa yang mungkin tidak sedari umum ialah bagaimana RMK9 direka bentuk sebegitu rupa untuk memberikan Perdana Menteri kuasa politik, pentadbiran dan kewangan yang tiada tolok bandingnya.

Ini adalah kerana hakikat ini “diselindungkan” (camouflage) sebegitu rupa dalam bentuk statistik sehingga terlepas daripada pandangan banyak penganalisis dan pemerhati.

[Sebelum saya meneruskan analisis ini, saya meminta sangat-sangat kepada pembahas agar tidak hilang fikiran sehingga membuat kenyataan-kenyataan yang kesat dan menghina, kasar dan tidak bersopan santun, menghasut dan menabur kebencian, memfitnah dan memaki hamun. Tidak perlu diingatkan lagi bahawa gerak-geri blogger dan pembahas blog sedang diperhatikan.]

Mula-mula mari kita pertimbangkan fakta-fakta berikut:-

1. Perbelanjaan pembangunan RMK8 (2001-2005) adalah RM170 bilion;

2. Peruntukan pembangunan RMK9 (2006-2010) adalah RM200 bilion;

3. Pertambahan peruntukan pembangunan RMK9 adalah RM30 bilion berbanding RMK8;

4. Selain peruntukan kerajaan, RMK9 memperkenalkan Inisiatif Pembiayaan Swasta (IPS) (Private Financing Initiative) yang dianggarkan berjumlah RM20 bilion;

5. Termasuk IPS, peruntukan pembangunan RMK9 berjumlah RM220 bilion.

Dalam RMK8, Jabatan Perdana Menteri di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad membelanjakan RM7.3 bilion atau 4.3 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan.

Dalam tempoh itu, Dr Mahathir juga menjadi Menteri Kewangan. Kementerian Kewangan membelanjakan RM13.5 bilion atau 8.0 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.

Jadi jumlah besar perbelanjaan yang terletak di bawah kawalan terus Dr Mahathir dalam RMK8 adalah RM20.8 bilion.

Sekarang kita lihat pula peruntukan pembangunan RMK9. JPM di bawah Abdullah diperuntukkan RM26.5 bilion atau 13.2 peratus daripada jumlah besar peruntukan. Dicampurkan RM3.2 bilion IPS, peruntukan pembangunan JPM berjumlah RM29.7 bilion.

Tetapi Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.Kementerian Kewangan mendapat peruntukan terus sebanyak RM9 bilion dan RM865 juta IPS menjadikannya RM9.9 bilion. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pula mendapat RM5 bilion berbanding RM3 bilion di bawah RMK8 campur RM2 bilion IPS menjadikan jumlah besarnya RM7 bilion.

Dalam bahasa yang mudah, manakala Dr Mahathir yang mengawal perbelanjaan sebanyak RM20.8 bilion di bawah RMK8, Abdullah berhak penuh ke atas peruntukan sebanyak RM46.6 bilion di bawah RMK9.

Ini adalah ciri dan manifestasi kepada apa yang dilabelkan oleh para pengulas dan penganalisis antarabangsa sebagai “political economy" atau ekonomi yang berasaskan politik.

Jumlah peruntukan yang begitu besar sudah pasti boleh diterjemahkan kepada kuasa politik yang besar juga.

Inilah antara ciri yang menyebabkan banyak pihak yang arif mengenai “political economy” menyifatkan Abdullah sebagai Perdana Menteri yang “paling berkuasa” kerana dia menguasai peruntukan kewangan yang sangat besar.Serentak itu, peruntukan pembangunan kepada kementerian-kementerian besar seperti Pelajaran, Pertahanan, Kerja Raya dan Pengangkutan berkurangan.

Peruntukan pelajaran dan pendidikan tinggi jatuh daripada RM37.7 bilion kepada RM33 bilion, pertahanan daripada RM18.6 bilion kepada RM14.5 bilion, kerja raya daripada RM19.3 bilion kepada RM18.6 bilion dan pengangkutan daripada RM9.7 bilion kepada RM8.2 bilion.

Oleh kerana IPS adalah unsur baru belanjawan dan belum teruji maka adalah lebih baik ia tidak dikira bersama peruntukan yang datang terus dari kerajaan. Kejayaan inisiatif ini bergantung besar kepada keyakinan pelabur swasta.

Kerajaan mengharapkan pelaburan IPS yang besar di dalam sektor pendidikan - RM6.2 bilion di bawah Kementerian Pelajaran dan RM1.5 bilion Kementerian Pengajian Tinggi. Ini masuk akal kerana pendidikan swasta dan separuh kerajaan kini semakin berkembang.

Tetapi bagaimana kerajaan bercadang menjana IPS sebanyak RM1.2 bilion untuk pertahanan dan RM2 bilion untuk keselamatan dalam negeri RM2 bilion agak menghairankan. Ada risikonya jika pihak swasta diberi keistimewaan mengemukakan inisitif yang membabitkan pertahanan dan keselamatan negara.

Seperkara lagi ialah walaupun pertanian dan sektor luar bandar diuar-uarkan sebagai matlamat utama perancangan ekonomi Era Abdullah, namun jika dilihat dari aspek peruntukan mengikut negeri, bukan sahaja negeri-negeri maju terus mendapat peruntukan yang besar malah tambahan peruntukannya juga besar.

Wilayah Persekutuan misalnya memperoleh peruntukan (tidak termasuk IPS) sebanyak RM31 bilion atau RM10.4 bilion lebih besar daripada RMK8.

Selangor pula mendapat tambahan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, Pulau Pinang RM1.3 bilion manakala Perak dan Johor masing-masing RM1 bilion.

Di kalangan negeri miskin yang majoriti penduduknya Bumiputera, Kelantan mendapat tambahan RM3 bilion, Terengganu RM2.7 bilion, Sabah RM2.5 bilion, Pahang RM2.4 bilion dan Sarawak RM500 juta.

Tetapi Kedah hanya mendapat peruntukan tambahan RM207 juta, Negeri Sembilan RM230 juta dan Melaka RM144 juta. Hatta Perlis yang kecil itu pun mendapat tambahan lebih besar sebanyak RM402 juta.

Anehnya, manakala negeri maju seperti Pulau Pinang diperlukan menjana hanya RM494 juta IPS, negeri-negeri miskin seperti Kedah diperlukan menjana RM1 bilion, Kelantan RM976 juta, Sarawak RM1.7 bilion, Terengganu RM1.4 bilion, Sabah RM1.3 bilion dan Pahang 1.2 bilion.

Daripada analisis ini jelas bahawa Abdullah mengawal tabung rasmi yang sangat besar -- RM46.6 bilion -- yang menjadikan beliau Perdana Menteri yang sangat berkuasa dari aspek kewangan.

Kuasa kewangan yang besar ini semestinyalah menjadi ciri penting kepada penentuan kuasa politik dan kedudukan Abdullah, khasnya pada pilihan raya umum dan pemilihan Umno yang akan datang.

Ia juga berkait rapat dengan pencapaian RMK9 khasnya dan ekonomi amnya jika peruntukan raksasa ini tidak digunakan secara cekap, berkesan, berhemah, adil dan beramanah.

Thursday, February 08, 2007

Sekalung Tahniah
Buat Tun Mahathir


Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun beliau tetap prihatin terhadap soal-soal keamanan dan kemanusiaan sejagat.

Lantaran itulah beliau menggerakkan Yayasan Keamanan Sejagat Perdana. Lantaran itulah juga yayasan tersebut menganjurkan Persidangan Jenayah Perang, di Kuala Lumpur, dari 5 hingga 7 Februari 2007.

Persidangan itu berjaya mewujudkan Suruhanjaya Penaja Jenayah Perang Kuala Lumpur dan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

Kejayaan ini membuktikan komitmen Malaysia dan rakyat jelatanya terhadap keamanan sejagat. Kejayaan ini juga akan mengharumkan lagi nama Malaysia di persada dunia.
Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini. Setinggi-tinggi tahniah kita dedikasikan kepada Tun Dr. Mahathir. Insya Allah perjuangan beliau akan terus direstui oleh Allah SWT. – Ruhanie Ahmad

Sunday, February 04, 2007

The Toyol Code 2007
Bahagian Dua:
Pilihan Raya Umum
Dijangka Julai 2007?
Oleh Ruhanie Ahmad

Mesej kedua yang saya terima daripada ‘toyol’ pada penghujung Disember 2006 adalah mengenai Pilihan Raya Umum (PRU).

Saya peram maklumat ini sekian lama kerana adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam yang berakhir pada Ahad 28 Januari 2007.

Dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ tersebut mengatakan PRU ke-12 dijangka diadakan pada Mei 2007. Tetapi, dalam mesejnya pada akhir Disember 2006, ‘toyol’ itu mengatakan PRU berkenaan mungkin diadakan pada Julai 2007.

Begini bunyinya sms berkod mengenai PRU daripada ‘toyol” tersebut: Siap sedia. Lagu Raya Julai. Carta sama macam ttc yang dulu.

Berdasarkan kod yang telah kita pecahkan pada Oktober 2006, perkataan Lagu Raya bermaksud Pilihan Raya. Jadi, maksud mesej di atas ialah: Siap sedia, PRU k-12 dijangka diadakan pada bulan Julai 2007. Senarai calonnya berasaskan ciri-ciri yang telah dihuraikan dalam The Toyol Code siri 2006.

Harakahdaily

Kandungan mesej ‘toyol’ ini hampir serupa dengan ramalan Harakahdaily pada 28 Januari 2007. Akhbar internet itu memetik kenyataan suatu sumber bahawa PRU ke-12 mungkin diadakan “pada tahun ini iaitu sebelum 31 Ogos 2007.”

Sebagai satu imbasan, antara mesej mengenai PRU ke-12 dalam siri The Toyol Code 2006 adalah seperti berikut:

Bulan April 2007 PRU. Semua calon DUN dan Parlimen adalah orang muda-muda belaka. Tak melebihi umur 50 tahun. Tak lama lagi, semua calon adalah golongan darah muda.

Jangan tak percaya. Semua cv bakal-bakal calon sudah ada dalam CD laporan komprehensif menegnai PRU. ADUN dan Ahli Parlimen yang sudah tiga penggal eloklah buat persiapan sebab sudah tak ada peluang untuk bertanding semula dalam PRU 2007. Ini bukan khabar angin. Tapi, betul-betul dijangka berlaku.

Pendorong

Jadi, kalau menerusi mesejnya pada Oktober 2006, ‘toyol’ berkenaan mengatakan PRU ke-12 diadakan pada April 2007, mengapakah mesejnya pada hujung Disember 2006, mengatakan PRU itu dijangka pada Julai 2007?

Saya musykil dengan perubahan ramalan ini. Musykil kerana pada waktu saya menerima mesej yang terbaru ini, banjir besar belum lagi melanda Johor. Kerajaan juga belum lagi mengumumkan kenaikan kadar harga tol di Lembah Kelang.

Lantas, apakah faktor sebenar dan positif yang mendorong kerajaan bercadang menjalankan PRU ke-12 pada Julai 2007?

Adakah pengagihan peruntukan $3 juta kepada setiap bahagian UMNO di seluruh negara menjadi salah satu daripada faktornya?

Adakah kenaikan indeks saham di Bursa Saham Kuala Lumpur jadi satu daripada pendorongnya?

Bolehkah pelaksanaan RMK-9 jadi salah satu asas kukuh untuk menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-12?

Batu Talam

Atau, adakah persepsi umum yang agak negatif berikutan tersebarnya gambar pembesar negara bersama Dato’ Michelle Yeoh di suatu majlis Monsoon Cup; berita berkaitan pembelian kapal layar mewah daripada Turki (walaupun sudah dinafikan); serta-serta lain-lain isu hangat yang menyebabkan PRU ke-12 mahu diadakan seberapa segera, sebelum kemarahan rakyat kononnya jadi semakin serius?

Terbaru sekali, bolehkah ‘kemenagan besar’ BN dalam PRK Batu Talam dijadikan asas bahawa sokongan rakyat terhadap parti pemerintah memang tetap kukuh dan unggul?

Adakah keputusan PRK itu juga membuktikan para pengundi Malaysia tidak akan terpengaruh dengan seluruh negitiviti yang wujud pada hari ini?

Kemenangan BN dalam PRK Batu Talam memang hakiki dan tidak boleh dipertikaikan.

Tetapi, bagaimanakah agaknya kalau jentera pilihan raya BN dari seluruh negara tidak bertunggu tangga dalam PRK berkenaan?

Anwar

Tidak mungkinkah dalam PRU ke-12 nanti wujud satu gelombang protes yang besar daripada segolongan para pengundi yang kini terang-terang mengatakan mereka kecewa dengan kepimpinan Malaysia mutakhir?

Begitu juga dengan faktor mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Barisan Alternatif (BA).

Saya telah membuat dua postings yang membayangkan kemungkinan berlakunya ‘tsunami’ politik menerusi PRU ke-12. Saya membuat andaian ini berasaskan maklumat daripada ‘toyol’ yang sama.

Saya tidak berani memaparkan maklumat berkenaan menerusi posting ini. Saya enggan berbuat demikian untuk mengelakkan kegemparan yang boleh terjadi kalau maklumat itu saya siarkan di sini.

Pengampunan

Secara umum, maklumat itu menghuraikan bagaimanakah BA akan memperkukuhkan parti dan kredibalitinya menjelang PRU ke-12.

Proses pengukuhan ini dikatakan membabitkan beberapa siri perundingan yang telah diadakan dengan beberapa individu tertentu.

Pada waktu yang sama, rakyat jelata selama ini menerima gambaran bahawa Datuk Seri Anwar tidak boleh bertanding dalam PRU ke-12 kerana beliau dalam tempoh edah yang dikenakan oleh mahkamah.

Soalnya di sini, bagaimanakah kalau ada sesuatu kejutan? Bagaimanakah kalau tiba-tiba sahaja Datuk Seri Anwar menerima pengampunan diraja?

Tidakkah pengampunan seperti ini akan membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam PRU ke-12?

Maklumat terakhir daripada ‘toyol’ yang sama, mengatakan bahawa ura-ura ke arah pengampunan ini agak kencang.

Adakah ini benar? Bolehkah kerajaan menolak, kalau umpamanya, Majlis Raja-Raja Melayu memilih untuk mengampunkan Datuk Seri Anwar tidak lama lagi?

Mungkin ura-ura di atas akan terus jadi spekulasi sahaja. Tetapi, macam mana kalau ura-ura ini jadi kenyataan? Bagaimanakah kalau pengampunan ini benar-benar terjadi?

Najib

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan jadi satu lagi faktor yang akan disorot dalam PRU ke-12.

Waktu ini pun beliau nampaknya sudah mula ‘diganyang’ oleh Datuk Seri Anwar dan konco-konconya.

Dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ yang sama menyatakan bahawa Datuk Seri Najib akan ‘diserang’ menjelang PRK ke-12. Hakikat ini kelihatan benar dan nyata.

‘Toyol’ tersebut juga menyatakan Datuk Seri Mohd. Najib mungkin dipinggirkan menerusi PRU ke-12.

Kepada saya, hakikat ini mustahil akan berlaku? Tidak adillah kalau Timbalan Perdana Menteri tidak bertanding semula semata-mata berdasarkan desas-desus mutakhir.

Mahathir

Selanjutnya adalah mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad. Isu-isu yang beliau bangkitkan selama ini belum lagi dijawab secara nyata oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad.

Kalau ada pun jawapannya, jawapan itu nampaknya menyemarakkan lagi kemarahan dan kekcewaan segolongan rakyat terhadap Datuk Seri Abdullah.

Kemarahan dan kekecewaan ini tersebar luas, secara jelas dan nyata, di ruang-ruang forum di alam siber. Inilah hakikatnya pada waktu ini.

Khairy

Dalam mesejnya Oktober lalu, ‘toyol’ yang sama membayangkan kononnya Khairy Jamaluddin, selaku menantu Perdana Menteri, dikatakan sedang menjalin kerjasama dengan Datuk Seri Anwar.

Usaha ini, kata ‘toyol’ itu, dipercayai akan memungkinkan Datuk Seri Anwar dibawa kembali ke pangkuan UMNO sebelum perayaan UMNO ke-61 tahun April 2007 ini.

Usaha ini juga, kata ‘toyol’ tersebut, adalah untuk mengukuhkan UMNO menjelang PRU ke-12.

Kepada saya, maklumat seperti ini agak liar dan sukar untuk dipercayai. Ini kerana Datuk Seri Anwar sendiri kelihatannya sedang berusaha keras untuk berjuang di luar gelanggang UMNO.

Pihak-pihak yang rapat dengan beliau pula memberitahu saya baru-baru ini bahawa Datuk Seri Anwar tidak akan sekali-kali rela dijadikan ‘kuda tunggangan’ oleh mana-mana pihak.

Silap Mata?

Soalnya, adakah ini semua sekadar kong-kali-kong atau silap mata politik semata-mata?

Adakah ura-ura Khairy berusaha keras untuk menjalin hubungan politik dengan Datuk Seri Anwar merupakan satu realiti?

Atau, bersungguh-sungguhkah Datuk Seri Anwar tidak mahu kembali ke dalam UMNO?

Tetapi, kalaulah huraian mengenai Datuk Seri Anwar di awal tulisan ini mencerminkan situasi yang sebenarnya, maka ura-ura mengenai Khairy kononnya merintis jalan supaya Datuk Seri Anwar kembali ke pangkuan UMNO bolehlah disifatkan sebagai gossip politik semata-mata.

Apa pun, ura-ura ini wajar dibiarkan open-ended begitu sahaja. Ini kerana politik adalah art of the possible and the impossible!

Koreksi
Demikianlah antara pelbagai senario yang mungkin wujud menjelang PRU ke-12. Segala-galanya mungkin berlaku dan mungkin mungkin juga tidak.

Dalam keadaan seperti ini, kalaulah betul PRU k-12 akan diadakan Julai 2007 ini, BN wajar mengkaji seluruh senario yang membabitkan seluruh kemungkinan di atas.

Kemenangan BN berasaskan seluruh senario di atas mungkin agak tergugat. Kemenangan BN juga tidak boleh diambil for granted.

Pokoknya, BN boleh terus memerintah kalau ia sedia membuat beberapa koreksi diri menjelang PRU ke-12.

Saya berpendapat begitu kerana keresahan rakyat terhadap krajaan BN pada hari ini nampaknya adalah akibat beberapa ketempangan dalam kerajaan BN dan pucuk kepimpinannya.

Tetapi, adakah BN mempunyai waktu yang cukup untuk proses koreksi diri ini kalau PRU ke-12 diadakan pada Julai 2007?

Dan, bagaimana pula kalau keresahan dan kemarahan segolongan rakyat terhadap kerajaan BN tidak berubah walau pun dilakukan pelbagai koreksi mnjelang PRU ke-12?

Kita hanya boleh membuat berbagai-bagai analisa dan ramalan. Akhirnya, Allah SWT sahaja yang akan menentukan segala-galanya!

Monday, January 29, 2007

Kemenangan BN Di Batu Talam
Bukti Rakyat Sedia Sertai P/raya - PM

SEPANG, 29 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Talam membuktikan rakyat menyedari pentingnya pilihan raya dan kuasa undi walaupun pembangkang berusaha keras memboikotnya.

"Pengundi lebih bijak memahami apa erti pilihan raya bagi mereka.

"Mereka nak tunjukkan bahawa yang pentingnya ialah mereka hendak memilih seorang wakil rakyat dalam kalangan mereka," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sekembalinya dari London selepas menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.

Beliau mengulas kemenangan BN di Batu Talam semalam, apabila Abdul Aziz Mat Kiram, 47, menewaskan calon Bebas, Ng Chee Pang, 22, dengan majoriti lebih besar walaupun peratusan yang keluar mengundi lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2004.

Abdul Aziz memperoleh 6,276 undi berbanding Ng yang hanya menerima 419 undi sekaligus menyebabkan Ng hilang wang pertaruhan.

Abdul Aziz menang dengan majoriti 5,857 undi, berbanding 2,761 undi majoriti yang diperoleh wakil rakyat BN allahyarham Datuk Tengku Paris Tengku Razman pada pilihan raya 2004. Beliau meninggal dunia 27 Dis lalu.

Abdullah yang bersyukur dengan kemenangan itu berkata kejayaan besar BN di Batu Talam sekali lagi membuktikan proses demokrasi tetap subur di negara ini dan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang ternyata meleset.

Beliau berkata pembangkang sebenarnya memboikot pilihan raya kecil itu kerana mereka tidak berani untuk meletakkan calon di situ.

"Mereka sebenarnya nak uji kekuatan kita (BN), nak tengok sejauh mana rakyat suka kat kita," katanya.

Bagaimanapun, Abdullah berkata rakyat sudah matang dengan tindak-tanduk pembangkang justeru memberikan kemenangan yang lebih besar kepada BN pada pilihan raya kecil itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdul Aziz turut berada di Kompleks Bunga Raya untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri, di mana Abdullah secara peribadi mengucapkan tahniah kepada wakil rakyat baru itu.

BERNAMA, 29 Januari, 2007
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=244043
Abdullah Nafi
Beli Jet Eksekutif

SEPANG, 29 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan laporan berita kononnya beliau membeli jet eksekutif, dengan menjelaskan kerajaan hanya menyewa pesawat itu daripada Penerbangan Malaysia Berhad.

Perdana Menteri menegaskan bahawa pesawat itu bukan untuk digunakan oleh beliau semata-mata.

"Jet itu adalah untuk kegunaan kerajaan, bukan Perdana Menteri (sahaja). Kerajaan pun ada juga Yang di-Pertuan Agong, semua ada," kata Abdullah pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekembalinya ke tanah air setelah menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos dan lawatan kerja ke London.

Mengulas lanjut Abdullah berkata: "Kapal terbang itu Penerbangan Malaysia Berhad punya, duit mereka. Kita hanya sewa sebagaimana MAS (syarikat Penerbangan Malaysia) menyewa kapal terbang daripada mereka juga."

Laporan laman-laman web mendakwa kononnya beliau membeli sebuah pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara US$55 dan US$60 juta.

Laman-laman web itu, antara lain, mendakwa pesawat itu yang berasaskan model A320, kini dalam proses pengubahsuaian dalaman di Switzerland.

Sambil menjelaskan rasional penyewaan itu, Abdullah berkata langkah untuk menyewa adalah lebih baik daripada membeli kerana ia menjimatkan wang kerajaan.

"Buat apa kita (kerajaan) beli kapal terbang. Kalau beli, nak kena perbaik, nak kena belanja banyak lagi juga.

"Jadi lebih baik sewa, maka kalau rosak atau apa pun, pihak yang memberi sewa kenalah bagi kapal terbang lain pula untuk kita pakai," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa PMB akan mendapat keuntungan hasil sewaan tersebut seperti keuntungan yang diperolehnya apabila menyewakan pesawat kepada MAS.

Abdullah bagaimanapun tidak dapat menyatakan butiran penyewaan itu.

BERNAMA 29 Januari, 2007
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=244078
The Toyol Code 2007
Bahagian Satu:

Ada Rombakan Kabinet
Lepas Cong-Xi-Fa-Cai?
Oleh Ruhanie Ahmad

Tidak lama lagi dijangka ada satu rombakan kabinet yang agak besar. Ini adalah berdasarkan satu maklumat berkod yang saya terima daripada seorang ‘toyol’ pada akhir Disember 2006.

Maklumat ini terkandung dalam sms yang amat ringkas daripada ‘toyol’ tersebut. Ia berbunyi begini: juara lagu selepas cong-xi-fa-cai.

Berasaskan beberapa kod yang telah sama-sama kita pecahkan menerusi siri The Toyol Kod 2006, perkataan juara lagu bermaksud rombakan kabinet.

Jadi, bila mesej ‘toyol’ itu mengatakan juara lagu selepas cong-xi-fa-cai, ini bermakna satu rombakan kabinet dijangka dilakukan selepas Perayaan Tahun Baru Cina.

Identiti

Hari ini saya hubungi ‘toyol’ berkenaan menerusi sms. Ini kerana dia tidak pernah mahu menjawab panggilan telefon daripada saya. Mungkin kerana dia takut saya akan cam suaranya dan sekaligus memecahkan identiti ketoyolannya.

Mesej ringkas daripada saya kepadanya berbunyi begini: Saya nak tulis siri The Toyol Code 2007. Kalau betul akan akan ada juara lagu lepas cong-xi-fa-cai, juara lagu tu ikut cai siapa?

Maksudnya, saya nak tau, kalau betul akan ada rombakan kabinet selepas Perayaan Tahun Baru Cina, nama-nama mereka yang dijangka gugur atau naik pangkat, ikut senarai siapa?

Saya tanya pasal senarai tersebut kerana dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ yang sama telah memberikan senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri yang dijangka digugurkan menerusi rombakan kabinet tahun ini, seperti berikut:

Temasek?

Datuk Rais Yatim, Datuk Azmi Khalid, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Aziz Samsuddin. Datuk Zainuddin Maidin, Datuk Abdullah Zain, Datuk Tengku Adnan Mansor, Datuk Seri Samy Vellu, Datuk Seri Dr. Lim Kheng Yeik dan Datuk Azalina Othman. Timbalan Menteri yang dijangka tersingkir adalah Datuk Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Zainal Abiudin Zin.

Dalam masa kira-kira 10 minit, mesej saya dijawab dengan ringkas sahaja. Kata ‘toyol’ itu soal senarai ikut nota lagu orkstera temasek.

Anda yang telah mengikuti seluruh siri The Toyol Code 2006 pasti akan faham maksud jawapan ‘toyol’ tersebut seperti di atas.

Sesiapa yang belum membaca seluruh siri the Toyol Code 2006, atau mahu mengimbas kembali seluruh siri tersebut, rujuklah kepada arkib postings di blog ini sepanjang Oktober 2006 menerusi link berikut: http://kuda-kepang.blogspot.com/2006_10_01_archive.html

Ramalan

Jadi, berasaskan mesej terbaru daripada ‘toyol’ yang tidak saya kenali ini, mungkinkah benar bahawa satu rombakan kabinet dijangka diadakan selepas Perayaan Tahun Baru Cina Februari 2007 ini?

Dan, mungkinkah senarai yang terlibat dalam rombakan kabinet itu sama seperti yang disampaikan kepada saya oleh ‘toyol’ tersebut pada Oktober 2006?

Sebagai kesimpulan, apa yang disampaikan oleh ‘toyol’ berkenaan kepada saya seperti di atas mungkin hanya satu ramalan belaka.

Mengambilkira soal banjir besar di Johor dan masalah berkaitan dengannya, mesej dari ‘toyol’ di atas mungkin terjadi dan mungkin juga tidak. Hanya Allah SWT jua Yang Maha Berkuasa dan menentukan segala-galanya!
Syabas Kepada Najib
Tahniah Kepada BN

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam sudah berakhir. Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana ‘menang besar.’

Syabas juga kepada jentera BN dari seluruh Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan lain-lain pembesar.

Moga-moga kemenangan ini jadi perangsang kepada BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 dijangka tahun ini. - Ruhanie Ahmad
Spektra Dua Tujuh

Aku air
ngalir ke hilir
aman damai
tuju muara
badai segara.

Aku air
menitis ke bibir
peluh siksa
hempas pulas
di belenggu sengsara.

Aku air
hujan dan banjir
tegas
ganas
apa dan siapa
tumbang ranap
mangsa binasa.

Ruhanie Ahmad
Petaling Jaya
1974
(Utusan Zaman)

Sunday, January 28, 2007

BN Menang Di Batu Talam
Dengan Majoriti Lebih Besar

RAUB, 28 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Talam pada pilihan raya kecil hari Ahad dengan majoriti lebih besar daripada yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004.

BN bukan sahaja mengekalkan kerusi itu, malah memenanginya dengan bergaya setelah mencapai kedua-dua sasaran pucuk pimpinan - mencatatkan majoriti melebihi 3,000 undi dan calon Bebas hilang wang pertaruhan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Kadir Abu Bakar mengumumkan pada pukul 8.17 malam bahawa Abdul Aziz Kiram, 47, memperolehi 6,276 undi, menewaskan calon Bebas, Ng Chee Pang, 22, dengan majoriti 5,857 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Tengku Paris Tengku Razlan yang menewaskan calon PAS di kerusi Batu Talam pada pilihan raya umum lepas dengan majoriti 2,761.

Seramai 7,080 orang atau 67.32 peratus daripada 10,525 pengundi berdaftar mengundi hari ini.

Abdul Kadir mengumumkan terdapat 385 undi rosak pada pilihan raya kecil ini.

DUN Batu Talam mempunyai 79.36 peratus pengundi Melayu, Cina 10.8 peratus, India 4.74 peratus dan Orang Asli 5.09 peratus.

Proses pengundian di 12 pusat pengundian berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang mendung sejak dibuka pukul 8 pagi sehingga ditutup pada 5 petang.

BERNAMA, 28 Januari, 2007
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=243869
Tai Wee Co (Pte) Ltd
Wujud Di Singapura

Tai Wee Co (Pte) Ltd wujud di Singapura. Syarikat ini mengedarkan daging, makanan laut dan sayur-sayuran yang dibekukan. Antaranya adalah daging babi, daging ayam, daging kambing, daging lembu, dan daging itik.

Alamat ibupejabatnya: 228A Pandan Loop, Singapore 128414. Telefon: 6778 1628. Fax : 6779 6689. Email: taiwee@singnet.com.sg. Laman web: http://web.singnet.com.sg/~taiwee/.

Antara links yang mengandungi maklumat mengenai operasi dan perniagaan Tai Wee Co. (Pte) Ltd. adalah seperti berikut:

http://www.contactsingaporecompanies.com/index.php?action=detial&actid=44248&catID=2045,
.http://www.singaporebusinessguide.com/category/Warehouses_-_Cold_Storage.htm,
http://www.singaporemirror.com.sg/co_taiwee.htm
http://english.sccci.org.sg/index.cfm?GPID=-1&CSEARCH=1&Catg=IE&SSIC=31219
http://www.icpcredit.com/ReportRequest.asp?sCompanyID=9182
http://www.sgmaritime.com/ttd_bizenterprise/CompanyProfile_MG.aspx?cocode=80006182&dirid=25&coname=TAI%20WEE%20CO%20(PTE)%20LTD
https://pes.wda.gov.sg/jbs/Logon/JobsLiteDetails.aspx?JobPostingId=6925
http://www.google.com.my/search?hl=en&q=lembaga+tabung+haji+joint+venture+with+tai+wee+co+%28pte%29+ltd&meta=

Berikut pula adalah maklumat dan komen daripada seorang pengunjung blog ini mengenai syarikat yang sama.

Datuk:
TANPA PREJUDIS.
Saya ada membuat beberapa carian untuk memuaskan hati saya mengenai isu Tai Wee Company (Pte) Ltd sepertimana posting Datuk dan komen oleh Mika Angel-O dan Ibnawawi.

Carian saya melalui eGuide:
http://www.eguide.com.sg/company-13188-taiweecompanyprivatelimited-Singapore,Asia.html menemukan fakta produk-produk syarikat Tai Wee dan alamat pejabat serta warehouse mereka.

Carian dari link:
http://www.dpgroup.com.sg/s1000/sme500_pastrankings_alpha.asp?a=T
Dipercayai Tai wee Company (Pte) Ltd disenaraikan dalam Small & Medium Enterprise 500 - SME 500 (sama seperti Fortune 500 di Amerika Syarikat).

Mungkin atas pencapaian mereka tersebut membuatkan mana-mana panel pelaburan berminat dengan mereka jika ditawarkan saham. Juga dipaparkan dalam link di atas rancangan Tai Wee Company (Pte) Ltd untuk menyenaraikan saham mereka di Bursa Saham Singapura. Keadaan tersebut akan memberikan pemegang saham sedi ada menerima "PINK FORM"... Tak interested ke? (dipandang dari sudut pelaburan)

Past Rankings 1998 – 2006
TAI WEE COMPANY (PRIVATE) LIMITED SINGAPORE 1000 & SINGAPORE SME 500 LISTING
Year Ranked 2002
Ranking Singapore SME500
Sales Rank 40
Net Profit 389

Tai Wee Co (Pte) Ltd
228A Pandan Loop Singapore 128414
Tel : 6778-1628
Fax : 6779-6689

Type Address Tel. No. Fax. No.
1 Main 31 Fishery Port Rd Singapore 619741 62660270, 62610342, 62648647, 62663416, 62651258.

Untuk melihat produk Tai Wee Company (Pte) Ltd layari :
http://web.singnet.com.sg/~taiwee/

Dari carian Kelly Search:
http://www.kellysearch.com/sg-company-365020090.html

Berdasarkan semua pencarian di atas, saya berpendapat berkemungkinan Tai Wee Company (Pte) Ltd memang wujud.

Sejauh mana kebenaran kerjasama mereka dengan Tabung Haji (TH) saya tidak dapat memberi apa-apa komen kerana hanya Allah saja yang Maha Mengetahui jika fakta tersebut disembunyikan. Saya berharap kerjasama tersebut tidak wujud dan tidak benar.

DIHARAP MIKA ANGEL-O DAN IBNAWAWI DAPAT MELAYARI LINK YANG DIBERIKAN DIATAS DAN LAYARINYA TANPA PREJUDIS !!!!

Saya harap seluruh sahabat yang berminat, kunjungilah links di atas mengenai Tai Wee Co. (Pte) Ltd. Singapura. Apa yang belum dapat dipastikan setakat ini adalah joint venturenya dengan LUTH. Maklumat ini belum dapat saya bongkar menerusi internet. – Ruhanie Ahmad

Saturday, January 27, 2007


Beli Pesawat VIP Baru Tak Salah
Tetapi Adakah Ia Memang Perlu?

Kerajaan Malaysia memang telah membeli sebuah pesawat baru bagi kegunaan orang-orang kenamaan (VIP) negara.

Tetapi, pesawat itu bukan milik TUDM. Ianya milik kerajaan.

Harganya kira-kira $200 juta. Ia disolek dan didandan oleh pakar-pakar hiasan dalaman kapalterbang di Switzerland dengan kos kira-kira $70 juta.

Seluruh hakikat di atas disahkan oleh sumber-sumber www.kuda-kepang.blogspot.com. yang berada dalam kerajaan petang tadi.

Blog ini memperolehi pengesahan di atas sewaktu membuat susulan kepada berita eksklusif laman web pro-UMNO, www.beritakmu.net, dengan jodol PM Abdullah Beli Pesawat VIP Baru Berharga RM 200 juta.

Kemudiannya, berita tersebut pula disiarkan oleh www.rockybru.blogspot.com. dan juga www.malaysia-today.net.

Oleh itu, wajar kita betulkan satu fakta khusus mengenai pemblian pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus ini.

Fakta tersebut adalah mengenai pemiliknya. Ia bukan milik peribadi seseorang. Ia milik Kerajaan Malaysia. Ia untuk kegunaan pembesar-pembsar negara, termasuklah Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Jadi, dari segi prinsipnys, adalah tidak salah kalau kerajaan membeli pesawat itu.

Cuma, adakah perlu pesawat itu dibeli dalam situasi di mana negara kita dikatakan sedang berhadapan dengan kemelut kewangan? – Ruhanie Ahmad

Friday, January 26, 2007

Perkataan Suckling Pig
Ertinya Babi Muda.….

Bila saya membuat posting mengenai Lembaga Tabung Haji (LUTH) menjadikan sebuah syarikat Singapura sebagai rakan kongsinya, saya tidak pernah berniat untuk mempersoalkan usahasama berkenaan.

Ini kerana LUTH berhak memilih sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk jadi rakan kongsi perniagaannya, waimah rakan kongsi itu adalah syarikat asing.

Niat saya buat posting itu adalah untuk membolehkan pengunjung blog ini membaca dan memahami erti seluruh perkataan yang dalam warna merah.

Antara perkataan yang dalam warna merah dalam posting tersebut adalah “suckling pig processing plant.”

Jadi, tidakkah anda mengetahui erti “suckling pig?” Bukankah “suckling pig” ertinya “babi muda?” Tidakkah “suckling pig processing plant” ertinya “kilang mempross babi muda?”

Persoalannya, adakah ini benar? Persoalannya, macam mana sampai jadi begini? Persoalannya, apakah reaksi para pencarum LUTH bila mengetahui bahawa makna “suckling pig” adalah “babi muda?”
- Ruhanie Ahmad
Usahasama Pelaburan Tabung Haji
& Tai Wee Company (Pte) Limited

Baru-baru ini seorang sahabat saya melayari internet untuk mencari beberapa fakta bagi penyediaan satu kertaskerja perniagaan. Secara tidak sengaja, beliau terjumpa satu fakta yang disifatkannya sebagai menggemparkan. Fakta itu terkandung dalam laman web dengan alamat: http://web.singnet.com.sg/~taiwee/profile.htm.

Beliau mengirimkan alamat di atas kepada saya menerusi e-mail. Saya akses laman web berkenaan. Ianya adalah mengenai profile sebuah syarikat di Singapura.

Setelah baca punya baca, dan punya baca, saya temui beberapa perenggan yang mungkin disifatkan oleh sahabat saya sebagai memeranjatkan. Perenggan-perenggan itu adalah seperti berikut:

OVERSEAS JOINT-VENTURES:

Tai Wee has good connections and investments in the Far East region.
In Malaysia, we team up with Tabung Haji (Pilgrim's Fund) which is regarded as politically and economically one of the most influential groups in Malaysia in the food trading and distribution.

Similarly, Tai Wee is involved in the trading, sales and distirbution of food and agri-business in China.
In China, Tai Wee has investments in the followings:

(a) Hunan - Suckling Pig Processing Plant.

(b) Shandong - Integrated Feedmill and Poultry Production.

Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya. Tetapi, selepas membaca kedua-dua perenggan di atas, saya tidak berani buat apa-apa komen.

Anda akseslah sendiri alamat web di atas, dan ambillah kesimpulan kepada seluruh perenggan yang saya paparkan di sini.

Persoalannya, adakah apa yang dinyatakan secara hitam putih dalam perenggan-prenggan di atas sebagai satu hakikat yang benar? – Ruhanie Ahmad

Thursday, January 25, 2007

new voice on the blog
www.globalpartner.blogspot.com
e-mail: globalpartner07@yahoo.com
managed by ruhanie ahmad

Tuesday, January 23, 2007


Reaksi Isu Politik Tiga Segi:
Mungkin Atau Tak Mungkin
?

Hubungan politik tiga segi memang rumit. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai serius untuk berbaik-baik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Seri Abdullah Ahmad nampaknya terus membisu terhadap segala masalah dan isu yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir selama ini. Beberapa individu di sekeliling Datuk Seri Abdullah pula kononnya sedang merintis jalan supaya Datuk Seri Anwar kembali ke pangkuan UMNO.

http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ telah membuat satu posting mengenai kisah politik tiga segi ini menerusi postingnya pada 20 Januari 2007. Pada 21 Januari 2007, disiarkan pula reaksi blogger Aspan Alias dan juga komen Mika Angel-O.

Hari ini, banyak lagi komen mengenai kisah berkenaan. Semuanya berbeza-beza. Inilah adat manusia. Walaupun rambutnya sama hitam, pendapatnya tetap berlainan. Komen-komen berkenaan adalah seperti berikut:

Lamandau: Perdamaian antara Datuk Sri Anwar dan Tun Dr. Mahathir, tak mungkin, walaupun saya berpegang kepada prinsip politik is an art of possible.

Tun Dr. Mahathir buang Datuk Seri Anwar kerana misdemeanournya. Datuk Seri Anwar belum sebersih seperti tanggapan blogger Aspan Alias.

Kalau berdamai dengan Datuk Seri Abdullah mungkin. Itulah 'deal'nya dengan Datuk Seri Abdullah sebelum dibebaskan. Strait Times Singapura percaya wujudnya deal ini, walaupun Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Anwar menafikannya!

Khairy

Apa yang berlaku sekarang (Khairy Jamaluddin hentam Datuk Seri Anmwar dan sebagainya) hanya lakonan dalam episod terakhir sebelum Datuk Seri Anwar dipulihkan. Kalau ini berlaku, maka populasi UMNO lebih tiga juta itu akan turun dengan drastiknya.

Kalau senario perdamain Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Abdullah, ada besar kemungkinannya akan berlaku. Tun Dr. Mahathir amat pemaaf orangnya. Ia akan berlaku sekiranya penesihat 24jam Datuk Seri Abdullah, bersetuju!

Harat: Sebenarnya saya tidak mengharapkan sangat Tun Mahathir berdamai dengan Datuk Seri Anwar. Saya fikir kalau mereka tidak terus "bermusuh", dan sebaliknya menjalankan peranan mengikut cara dan jalan masing-masing pun sudah baik.

Sebagaimana yang kita tahu, Tun masih mampu menjalankan beberapa peranan yang penting, walaupun beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar pula sedang berhempas pulas untuk memasuki politik arus perdana.

Saya kira Datuk Seri Anwar belum dapat "dimatikan." Hari esok bagi beliau mungkin masih ada. Dan di saat orang Melayu sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa, Datuk Seri Anwar sekurang-kurangnya boleh menjadi salah satu pilihan kita !

Saya fikir lebih baik jika ketiga-tiga tokoh itu terus berjalan mengikut haluan masing-masing: buat sementara ini biarlah Pak lah terus memerintah, Tun Mahathir secara perlahan-perlahan akan ‘terketepi’ juga, dan Anwar pula terus berjuang melalui Keadilan.

Dirancang

Walaupun sekarang belum begitu pasti, manalah tahu Keadilan akan mampu mengetuai dan memimpin BA, dan pada satu masa nanti boleh menjadi alternatif kepada BN.

NMY: Saya percaya semua yang berlaku kepada Malaysia, kepada Pak Lah sendiri adalah mainan Datuk Anwar melalui Khairy.

Percayalah, ini semua telah dirancang sejak dari mula. Iaitu, Khairy akan membuka peluang kepada Datuk Seri Anwar untuk kembali ke UMNO dengan mempengaruhi Datuk Seri Abdullah.

No such thing mengenai perdamaian antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar. Ini kerana apa yang berlaku bukanlah pergaduhan antara mereka. Undang-undang yang telah menghukum datuk Seri Anwar atas perbuatannya sendiri, bukan Tun Dr. Mahathir.

Begitu juga Datuk Seri Abdullah. Perdamaian apa? Tun Dr. Mahathir bukan mengajak Datuk Seri Abdullah bergaduh. Tun Dr. Mahathir hanya menegur apa yang patut ditegur. Tun Dr. Mahathir sememangnya berada dalam keadaan damai. Datuk Seri Abdullah sahaja yang masih tercari-cari damai abadi!

Tun Dr. Mahathir bukan bermain politik. Tun Dr. Mahathir hanya bekerja dan berkhidmat selama ini. Jika mereka mengajak Tun Dr. Mahathir bermain politik seperti mereka, iaitu berdamai atau bergaduh mengikut kepentingan semasa, mereka salah.

Politicide

Mullah: Ingin saya gunakan istilah ini kepada Datuk Seri Anwar - 'politicide', walaupun ianya istilah khusus untuk Ariel Sharon.

'Politicide' ini, secara teori dan praktikalnya, boleh dilakukan. Datuk Seri Anwar perlulah mengikut suara rakyat dan sentimen yang tengah meluap-luap ketika ini, dan lakukannya dengan bersungguh, membara, dan paling penting 'berkesan'.

Namun tindakan Datuk Seri Anwar membuka gelanggang terhadap Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, membuat orang bertambah meluat dengannya.

Umum melihat seorang 'ambitious' bersedia untuk datang kembali ke dalam.... Perlukah Datuk Seri Anwar memberatkan isu Datuk Seri Mohd. Najib, sedangkan banyak isu lain yang perlu dibangkitkan oleh BA?

Perbuatan Datuk Seri Anwar untuk berbaik dangan Tun Dr. Mahathir juga sudah lama diketahui dari temubual RPK dengan Tun Dr. Mahathir sebelum ini.

Memang tiada respons positif daripada Tun Dr. Mahathir. Namun ini tidak bermaksud Tun Dr. Mahathir tidak memikirkannya..

Namun pendedahan kuda-kepang menunjukkan ada usaha sedang dilakukan lagi. Sekali lagi, Tun Dr. Mahathir tidak boleh diketepikan.

Wabak

Dan yang paling penting, Datuk Seri Anwar haruslah 'mengubati' negara ini secara bijak, kerana 'wabak penyakit' yang dibawanya, sehingga kini masih terasa?

InMine: Pengunjung ini mengirimkan sedutan wawancara RPK dengan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini seperti berikut:

“Do you know that Anwar has tried to meet me many times?” asked Tun Dr Mahathir.

I know this was a question but there are times when statements are presented in the form of questions so I took this as one such case.

I hesitated awhile, not knowing how I was supposed to respond. What should I reply anyway? When someone asks you whether you think he is stupid, he clearly does not expect you to say ‘yes’ as he means to say that he is not stupid.

Nevertheless, not being one who likes the other to have the last word, I replied, “Yes, I have heard.”

This is actually true and I was not lying. I had heard about it from one chap who alleged that Anwar spoke to him and asked him to act as a go-between to arrange a meeting with Mahathir.

“Anwar has spoken to a few people and asked them to approach me. He wants to meet me though I don’t know why. Why do you think he wants to meet me?”

Demikianlah reaksi kepada perjalanan politik tiga segi yang dipaparkan oleh www.kuda-kepang.blogspot.com. dua hari yang lalu. Komen-komen di atas telah disunting serba-sedikit komen-komen berkenaan. Tapi, tidak disunting intipatinya.

Jadi, setelah meneliti seluruh komen di atas, apa agaknya kesudahan kepada ura-ura perdamaian ini? Masuk angin keluar asap? Atau, mungkinkah ia jadi realiti demi bangsa dan negara? – Ruhanie Ahmad.

Monday, January 22, 2007

Perdamaian Anwar-Mahathir
Sangat Mulia & Dialu-alukan?
Oleh Aspan Alias
www.aspanaliasnet.blogspot.com

Posting saya mengenai desas-desus politik tiga segi yang sedang melanda Kuala Lumpur menarik minat sahabat saya, Saudara Aspan Alias. Saya muatkan komen beliau bersama komen Saudara Mika Angel-O di bawah ini untuk tatapan anda. Komen Saudara Aspan adalah seperti berikut:

Tulisan Datuk Ruhanie Ahmad di dalam blognya /www.kuda-kepang.blogspot.com. pada 22hb Januari 2007 agak menarik. Tajuk tulisannya yang berkisar tentang perdamaian Anwar-Mahathir adalah satu kemungkinan yang memang biasa di dalam politik.

Saya tidak mahu membuat ulasan mengapa dan kenapa kemungkinan perdamaian itu terjadi. Tetapi, lebih memikirkan tentang kebaikan yang akan dirasai jika pemimpin-pemimpin ini berdamai.

Jika kedua orang pemimpin ini berdamai ianya akan mengurangkan perbalahan di antara kita dan kita boleh menghadapi masalah yang sangat getir yang dihadapi rakyat ketika ini dengan lebih mudah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sudah merasakan pengalaman pahit dalam politik masing-masing.

Di atas kesilapan Tun Dr. Mahathir, beliau telah pun mengakui kesilapannya dengan membuat pilihan yang salah selama ini, dan tentunya beliau merupakan orang yang paling kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.

Bagi Datuk Seri Anwar pula, beliau telah pun melalui pembersihan diri setelah dipenjara selama lebih enam tahun dan sudah cukup pembalasan yang diterimanya.

Tidak payahlah kita menambah-nambah pembalasan kepadanya, kerana Datuk Seri Anwar telah pun menerima pembalasan jika benar dia telah melakukan kesalahan.

Bagi saya penjara Sungai Buluh itu merupakan neraka di dunia ini dan Datuk Seri Anwar telah pun berada di dalam ‘neraka’ ini selama enam tahun.

Yang belum dibersihkan ialah pemimpin-pemimpin yang dipercayai rasuah dan rakus pada hari ini, yang masih belum dipenjarakan.

Apabila Datuk Seri Anwar yang telah bersih atau dibersihkan itu memohon menyertai UMNO, adalah tidak baik jika dia disekat untuk menyertai parti kita ini.

Yang tidak mahu melihat Datuk Seri Anwar menyertai UMNO hanya mereka yang takut pada bayang-bayang dan yang merasa rendah diri yang keterlaluan.

UMNO itu Melayu, dan Melayu itu adalah UMNO! Itulah kata-kata ramai pemimpin, dan jika ada orang Melayu disekat menjadi ahli UMNO, ianya merupakan satu tindakan ‘ultra vias’. UMNO itu hak orang Melayu.

Jika benar perdamaian ini berlaku ianya adalah dialu-alukan, dan ini adalah satu tindakan yang sangat mulia.

Khalid Alwalid merupakan seorang yang sangat memusuhi Nabi Muhammad SAW. Tetapi, akhirnya Khalid Alwalid telah berdamai dengan Nabi Muhammad dan seterusnya menjadi pejuang Islam yang tersohor hinggakan dia diberi gelaran ‘Pedang Allah’.

Peperangan Sifin merupakan peperangan Islam dengan Islam yang pertama dalam mana satu pihak diketuai oleh Saidina Aishah yang dibantu oleh Muawiyah telah berperang dengan kumpulan Saidina Ali Karamallah Huwajhah. Tetapi, kedua-duanya berperang kerana menegakkan agama Allah.

Jika Datuk Seri Anwar dan Tun Dr. Mahathir bersatu untuk menegakkan kembali perjuangan orang Melayu yang telah luntur ini, mengapa pula kita tidak menyokongnya?

Saudara Mika Angel-0 pula memberikan komennya yang agak berbeza. Beliau yang kini jadi pengunjung setia www.kuda-kepang.blogspot.com, berkata, Datuk Sri Anwar wajar diberikan peluang bersuara di Mahkamah. Beliau juga lebih wajar berjuang menerusi Keadilan.

Komen Mika Angel-O sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris terdapat dalam blog ini. Silakan akses komen tersebut untuk mengetahinya dengan lebih terperinci. – Ruhanie Ahmad.
Mahathir-Anwar
Akan Berdamai?
Oleh Ruhanie Ahmad

Kuala Lumpur hari ini rancak dengan desas-desus politik tiga segi. Ia membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad; mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; dan mantan Timbalan Perdana Mentri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pokok persoalan utama yang mewarnai desas-desus politik tiga segi ini adalah seperti berikut:

Mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Kalau perdamaian dengan Tun Dr. Mahathir tidak berlaku, mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan membawa masuk Datuk Seri Anwar ke pangkuan UMNO?

Dan, kalau Datuk Seri Anwar memilih untuk terus berjuang di luar gelanggang UMNO, mungkinkah beliau merintis perdamaian dengan Tun Dr. Mahathir?

Perkembangan mutakhir membayangkan bahawa peluang perdamaian antara Datuk Seri Abdullah dengan Tun Dr. Mahathir nampaknya agak tipis.

Gagal

Pertemuan empat-mata antara kedua-dua tokoh ini Disember lalu gagal menghasilkan perdamaian yang dinanti-nantikan. Sebaliknya, pertemuan itu mengeruhkan lagi suasana siasah mutakhir.

Jadi, apakah kesudahannya? Mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan berdamai dengan Tun Dr. Mahathir? Atau, mungkinkah ruang dialog perdamaian antara mereka akan terus terbuka?

Beberapa pemerhati politik berpendapat, agak sukar untuk Datuk Sri Abdullah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir. Kalau hakikatnya demikian, mungkinkah Datuk Seri Abdullah berkira-kira untuk merintis jalan supaya Datuk Seri Anwar dibawa kembali ke pangkuan UMNO?

Sumber-sumber memberitahu www.kuda-kepang.blogspot.com, kini memang wujud beberapa usaha untuk membolehkan Datuk Seri Anwar balik menyertai UMNO.

Sumber-sumber yang sama mengatakan, usaha ke arah ini dipercayai dilakukan oleh segelintir individu yang rapat dengan Datuk Seri Abdullah.

Usaha berkenaan, kononnya untuk memperkukuhkan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin di adakah tahun ini.

Enggan

Bagaimanapun, sumber-sumber itu mengesyakki bahawa usaha ini sebenarnya bertujuan membolehkan beberapa individu yang berkepentingan memperolehi jalan pintas untuk melonjakkan kedudukan politik mereka di dalam UMNO dan Kerajaan.

Datuk Seri Anwar difahamkan menyedari matlamat di atas. Beliau juga dikatakan tidak akan mengizinkan dirinya diperalatkan oleh individu-individu terbabit.

Lantas, adakah pendirian Datuk Seri Anwar ini membayangkan yang beliau enggan kembali ke pangkuan UMNO? Adakah ini bermakna beliau akan terus berjuang menerusi Keadilan?

Seorang sahabat saya yang rapat dengan kem Datuk Seri Anwar menyatakan, memang benar Datuk Seri Anwar enggan balik kepada UMNO.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar telah dan sedang menyusun beberapa strategi khusus untuk membolehkan Keadilan menyertai PRU tahun ini secara cergas dan berkesan.

Strategi-strategi tersebut merangkumi pelbagai aspek. Antaranya, kata sahabat saya, boleh menggemparkan kita semua. Mungkin juga menyebabkan satu ledakan yang menghasilkan tsunami politik di Malaysia.

Perundingan

Sahabat saya juga berkata, antara strategi Keadilan ini telah dirincikan menerusi beberapa jual-beli dan perundingan politik. Usaha ini dipercayai dilakukan di luar negara.

Matlamat akhir kepada seluruh usaha Datuk Seri Anwar mutakhir ini, kata sahabat saya, adalah untuk mengukuhkan Keadilan dan memantapkan Barisan Alternatif (BA) menjelang PRU.

Maka jelaslah bahawa Datuk Seri Anwar tidak akan kembali kepada UMNO, Keadilan tidak akan dibubarkan, dan BA pula akan diperkasakan dari segi strategi, semangat serta kewangannya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar dikatakan masih belum puas hati dengan usaha-usaha sedemikian. Sebab itulah beliau kini dipercayai sedang mencari jalan untuk berdamai dengan Tun Dr. Mahathir.

Ada pihak-pihak yang dikatakan tidak mempercayai hakikat ini. Khususnya bila Datuk Seri Anwar telah pun mengheret Tun Dr. Mahathir ke mahkamah.

Usaha berdamai dengan Tun Dr. Mahathir ini juga sukar ipercayai bila kebelakangan ini, Datuk Seri Anwar juga sering bersuara negatif terhadap Tun Dr. Mahathir.

Serius

Tetapi, beberapa individu yang rapat dengan Datuk Seri Anwar yakin bahawa usaha beliau untuk berbaik-baik semula dengan Tun Dr. Mahathir adalah benar dan serius.

Kalau tidak, kata individu-individu berkenaan, mana mungkin Datuk Seri Anwar membuat satu kenyataan terbuka menerusi rangkaian Aljazeera baru-baru ini.

Dalam temuramahnya dengan Aljazeera di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu, memang Datuk Sri Anwar ada menyatakan yang beliau tidak lagi menyimpan apa-apa perasaan negatif terhadap Tun Dr. Mahathir.

Jadi, adakah kenyataan itu yang dijadikan bayang-bayang bahawa Datuk Seri Anwar menang bersungguh-sungguh mahu berdamai dengan Tun Dr. Mahathir?

Adakah cukup hanya dengan kenyataan sedemikian kalau Datuk Seri Anwar serius berhasrat untuk berdamai dengan bos lamanya? Bagaimana pula dengan kes mahkamah yang membabitkan Datuk Seri Anwar dan Tun Dr. Mahathir?

Pendek kata, banyak lagi persoalan yang akan timbul kalau hasrat Datuk Seri Anwar mahu berdamai dengan Tun Dr. Mahathir adalah serius.

Terbuka Hati

Antaranya, apakah motif usaha tersebut? Siapakah yang akan jadi orang perantaraannya? Adakah Tun Dr. Mahathir akan terbuka hati untuk bertindak balas secara positif?

Seterusnya, apakah implikasi ura-ura usaha damai ini kepada UMNO? Apakah pula reaksi individu-individu yang dipercayai rapat dengan Datuk Seri Abdullah, yang dikatakan sangat-sangat memerlukan kepulangan Datuk Seri Anwar ke dalam UMNO?

Demikianlah desas-desus politik tiga segi yang kini melanda Kuala Lumpur. Segala-galanya mungkin hanya ura-ura. Mungkin jadi, dan mungkin tidak.

Apa pun, dalam suasana politik Malaysia hari ini, Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar merupakan dua tokoh yang tidak boleh dipinggirkan secara mudah.

Kedua-duanya masih berpengaruh. Kedua-duanya masih boleh mewarnakan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang.

Sunday, January 21, 2007

Pecat ......………
Daripada NST?

Saya cukup sentimental dengan NST. Tapi, saya dah lama pencen daripada membaca NST. Bukan sebab apa-apa. Tapi pasal saya geli dengan gelagat dua orang manusia dalam NST - seorang bernama … seorang lagi bernama Bipi.

Saya meluat bukan pasal saya bencikan dia orang. Tapi kerana saya memprotes kelicikannya mereka. Lepas tu, banyak pihak berkata, kedua-dua manusia ini di bawa masuk ke NST kononnya dengan sesuatu agenda yang cukup rahsia. Tak percaya? Tanyalah pihak yang tahu!

Saya juga memprotes kerana TAUKE NST hanya diam macam batu. TAUKE NST langsung tak sensitif kepada kehadiran kedua-dua manusia ni.
Hari ini, Bipi dah tak ada lagi. Tapi, yang seorang lagi masih terus berlagak. Dia tayang belang. Dia tunjuk taring. Kononnya, dialah satria maha agung.

Tapi hairan. Satria ni tak berani berlagak seorang diri. Dia heret orang itu, dia heret orang ini. Orang itu dan orang ini pun ikut aje. Kalau satria itu kata terjun, mereka pun terjun!!

Apa dah jadi ni? NST sapa punya? Bukankah asalnya NST tu milik UMNO? Bukankah Allahyarham Tun Razak Hussein merupakan pemimpin kita yang telah berjuang memisahkan NST daripada entiti Singapura pada awal 70-an?

La ni, bukankah NST masih dimiliki oleh UMNO menerusi proksi? Kalau gitu, apa pasal NST hari ini macam NST hari ini? Kenapa NST hari ini tak serupa NST dulu-dulu?

Kenapakah NST hari ini macam diizinkan jadi gelanggang sepak terajang yang boleh menghakis keyakinan rakyat kpada kepimpinan negara? Kenapa TAUKE NST terus berdiam diri? Kenapa TAUKE NST terus jadi macam batu yang berhantu?

Kenapa begitu? Kenapakah NST kini diheret untuk membuli pengamal-pengamal kewartawanan siber? Kenapakah NST seolah-olah sanggup gali kubur sendiri demi seorang satria yang sebenarnya pengecut?

Jadi, dalam kes saman terhadap blogger Ahirudin Attan dan Jeff Ooi, apa lagi kita nak tunggu? Setujulah dengan Datuk A. Kadir Jasin. Sokonglah saranan Datuk Marina Mahathir. Sokonglah surat terbuka Nuraina A. Samad kepada Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinetnya. Sokonglah cadangan Sheih.. DAN, JOINLAH KELAB SAYA – KELAB ORANG YANG DAH PENCEN MEMBACA NST!!!

Sebagai tambahan kepada semua cadangan, buah fikiran dan saranan oleh sahabat-sahabat bloggers Malaysia, macam mana kalau kita semua pakat-pakat minta TAUKE NST mainkan lagu Cukuplah Sampai Di sini Sayang, kepada satria yang sebenarnya pengcut, yang kini sedeng menjerumuskan NST ke suatu era yang gelap dan bergelora?

DALAM BAHASA MUDAHNYA, MACAM MANA KALAU KITA SEMUA DESAK …. TU DIPECAT DARIPADA NST? KALAU TAUKE NST ENGGAN AMBIL TINDAKAN, ………. – Ruhanie Ahmad.