Saturday, September 24, 2011

Undang-undang gantian ISA perlukan pakar keselamatan tradisional dan bukan tradisional

Ruhanie Ahmad

Penggubalan dua akta baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan baru-baru ini memerlukan input pakar keselamatan tradisional dan sarjana kajian keselamatan bukan tradisional.

Pandangan ini diketengahkan bukan kerana kewibawaan Jabatan Peguam Negara dalam usaha menggubal undang-undang berkenaan adalah diragui. Tetapi, sebab wujud banyak faktor mengapa input pakar dan sarjana ini tidak boleh diketepikan.

Antara faktor-faktor yang relevan, penting dan perlu bagi menggabungkan pakar-pakar keselamatan ini dengan kepakaran Jabatan Peguan Negara dalam pembentukan undang-undang baru ini adalah seperti berikut:

Satu: Konsep keselamatan pada hari ini adalah luas dan dalam. Ini kerana corak ancaman kontemporari bukan hanya state-centric atau hanya berasaskan soal serangan ketenteraan.

Hakikat ini menyebabkan konsep keselamatan kontemporari merangkumi pelbagai aspek kesejahteraan manusia dalam konteks keselamatan nasional, termasuk keselamatan masyarakat, keselamatan politik dan keselamatan ekonomi.

Hakikat ini juga menyebabkan wujudnya pelbagai aspek baru mengenai keselamatan. Ini termasuklah aspek securitization of threats atau aspek yang membabitkan proses mengkategorikan serta memutuskan bahawa sesuatu tindakan atau perkembangan, atau pun seseorang atau sekelompok individu, adalah merupakan ancaman, baik kepada masyarakat atau negara.

Selanjutnya, adalah aspek securitization authority atau mengenai autoriti yang mengkategorikan serta memutuskan bahawa sesuatu perkara atau individu adalah merupakan ancaman kepada masyarakat atau negara.

Kedua-dua aspek inilah yang menyebabkan ISA menjadi undang-undang yang dipertikaikan oleh segolongan rakyat Malaysia, terutamanya pihak parti-parti pembangkang. Ini disebabkan proses mengsekuritisasikan ancaman dan badan pensekuritisasian ancaman, dalam konteks ISA, adalah dilakukan oleh pemerintah menerusi agensi-agensi keselamatannya.

Kedua-dua aspek ini tidak menyalahi undang-undang. Tetapi, konsep-konsep kemanusiaan mutakhir ini, seperti konsep hak-hak asasi manusia, menyebabkan aspek ini disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai proses untuk melindungi kepentingan pemerintah atau kepemimpinan negara, bukan untuk melindungi keselamatan masyarakat atau keselamatan nasional.

Oleh sebab itu, para penggubal undang-undang baru untuk menggantikan ISA perlu mengambil kira kedua-dua aspek ini supaya tidak menimbulkan implikasi politik negatif kepada pemerintah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional.

Dua: Konsep kemanusiaan juga turut berkembang dan melalui evolusi selaras dengan tuntutan zaman. Hakikat ini bukan sahaja membabitkan konsep hak-hak asasi manusia sejagat dan juga kesamarataan. Ia juga merangkumi konsep baru seperti digniti insan manusia dalam semua aspek kehidupan.

Dalam konteks ini, para penggubal undang-undang bagi menggantikan ISA wajar mengambil kira konsep digniti insan atau human dignity supaya undang-undang yang baru tidak dipertikaikan dari sudut ini.

Tiga: Konsep kebebasan adalah kian meluas. Ia juga dieksploitasikan oleh sesetengah kelompok politik, menerusi prinsip kebebasan bercakap, bergerak dan berpersatuan, sebagai jentera mempengaruhi sekelompok manusia supaya bersikap anti-kerajaan yang menyekat kebebasan atas kepentingan keselamatan nasional.

Oleh sebab itu, para penggubal undang-undang baru bagi menggantikan ISA perlu mengkaji semula serta mendalami konsep ini supaya ianya mengambil kira sensitiviti setempat.

Empat: Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang masih muda dan masih memerlukan perlindungan institusi dan undang-undang yang mungkin kurang liberal berbanding dengan demokrasi di barat.

Oleh sebab itu, apa jua undang-undang baru mengenai ketatanegaraan bagi menggantikan ISA di Malaysia tidak seharusnya mengkompromikan hakikat kemajmukan rakyat Malaysia supaya kelangsungan negara ini tidak musnah akibat sikap libral tanpa batasan.

Dalam konteks ini, para penggubal undang-undang bagi menggantikan ISA wajar mendapatkan khidmat sarjana keselamatan kontemporari. Ini kerana mereka akan menganalisis kemajmukan Malaysia menerusi konsep the idea of the state atau konsep gagasan negara seperti yang diperincikan oleh pelbagai sarjana di Eropah yang prihatin terhadap keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional di sesebuah negara majmuk.

Kesimpulannya, penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan ISA perlu menggabungkan pemikiran pakar keselamatan tradisional dan sarjana di bidang keselamatan bukan tradisional. Ini bermakna Jabatan Peguam Negara perlu memberikan ruang seluas-luasnya kepada individu Malaysia yang pakar dalam soal ancaman tradisional dan sarjana Malaysia yang pakar di bidang ancaman bukan tradisional.

Jika ini dapat dilakukan, undang-undang baru yang akan menggantikan ISA pastinya berkesan dan diterima sepenuhnya sebagai undang-undang bagi menjamin kelangsungan Malaysia daripada ancaman tradisional dan bukan tradisional demi kesejahteraan rakyat jelatanya yang berbilang agama, keturunan dan sosio-budaya.

21 comments:

Anonymous said...

Apa datuk tulis memang benar. Pejabat AG perlu berkongsi kepakaran dengan experts keselamatan lama dan baru supaya undang-undang pengganti ISA meliputi seluruh jenis keselamatan yang mengancam negara.

politica said...

PM Najib perlu arahkan AG buat macam Datuk cadangkan. Kalau tidak, maklumkan sajalah orang-orang di AG Chambers ni ingat dia sahaja berhak gubal undang-undang baru ni, sedangkan undang-undang itu perlu mencerminkan adunan keparan undang-undang dan keselamatan.

anak bentan said...

Betul, betul. Majlis Professor Negara perlu buka mulut cadangkan Pejabat AG ambik sarjana-sarjana keselamatan di IPTA untuk sama-sama bentuk undang-undang baru ni....

wira selatan said...

Kalau perlu masukkan sekali Ambiga, Karpal Singh dan Mat Sabu biar dia orang garu-garu kepala tengok sarjana kita berhujah pasal keselamatan bukan tradisional. Juga rakamkan komen pihak pembangkang ni biar satu dunia tau dia orang ni jahil mengenai ancaman baru dan hanya cakap ikut hidung je!

imran said...

I sincerely hope Najib and AG will listen to this suggestion. Our MPs too should be educated on what traditional and non-traditional security is all about. Otherwise they will talk cock when debating the new legislations.

Sweet Ling said...

You are absolutely right Imran. That BBC chairman, what is his name, Ting something, and his Bung Mokhtar, surely will talk nonsense if the MPs are not enlightened on what is meant by contemporary security threats.

Jeshurun said...

Imran dan Sweet Ling janganlah dok kondem BBC BN aje. Orang PKR, PAS dan DAP pun sama. Bila cakap pasal undang-undang, dia orang pun gagap-gagap dan cungap-cungap. Anda Ingat pseudo-intellectual macam Anwar Ibrahim faham apa yang Datuk tulis?

Eloknya, sebelum undang-undang ini dibahas dan diluluskan, kerajaan kena sekolahkan dulu Ahli Parlimen Malaysia biar mereka beri sumbangan berharga dalam membahaskannya. Media kena lapor sapa-sapa yang tak hadir kelas pasal ni biar rakyat tau sapa yang berminat dan sapa yang tidak sebab kemudian hari rakyat boleh tempelak, terutama sekali pembangkang, kalau mereka pertikaikan undang-undang ni.

Edi Tajem said...

In my opinion, Najib and AG have to allow at least two solid months for interested Malaysians of all walks of life to submit their views, proposals and recommendations on our proposed new law. Then form a high-powered drafting committee comprising what Datuk had written here. Only then the bill can be tabled to the Parliament.

Anonymous said...

Wauuuu…. Semua pengkomen kali ni kaw-kaw betul pendapat mereka. Tapi, sudikah Najib dan AG dengar pandangan kita? Kalau dua individu ni dengar cakap kita, tentu kita bangga dan akan sama-sama hentam sapa saja yang kondem undang-undang baru ni….

adeen said...

Hei ko orang ingat PAS kolot sangat ke. Kita pun tau apa yang datuk maksudkan. Tapi dia ni orang UMNO/BN. Jadi otak dia bukannya berkecuali. Otak UMNO/BN jugak. Jadi apa nak herankan yang dia tulis?

Mahadzir said...

Salam Adeen. Inilah pe'el orang PAS. Bila tak boleh patahkan hujah orang lain, dok korner ikut lorong politik. Loqlaq. Pendapat yang baik tetap baik biar sapa pun yang berikan buah fikiran tersebut. PAS apa tau? Macam Mat Sabu la, cakap ikut dia punya suka, bila kena saman, dia salahkan orang lain. Kalau boleh, dia pun nak nafikan rakaman telefon lucah dalam u-tube pasal dia dengan normah isteri Bokhari tu pun tak betul. Punya kotornya manusia macam ni. Cakap lucah dan mencarut tapi depan ramai konon alim! Dia tak malu ke? Orang PAS buta ke sampai orang lucah macam ni pun di pilih jadi Timbalan Presiden? Samalah le dengan PKR. Orang seks songsang pun jadi penasihat. Inilah kot tanda-tanda mungkin dunia dah nak kiamat!

kudakepang said...

Sahabat-sahabat, terima kasih atas komen anda. Hal pihak PAS yang hantar komen tu kita lupakan. Kita anggap mereka jahil dan tidak wujud.

To be honest with you all, I am not an expert in security studies. But neither am I half-past-six in the subject matter. Secara ikhlas, saya bukannya pakar dalam pengajian keselamatan. Tapi, saya juga bukannya jahil mengenainya. Saya akan menerima ijazah master saya di bidang pengajian strategi dan keselamatan di konvo UKM 9 pagi ini.

Any how, it is up to Datuk Seri Najib or even the AG to evaluate my suggestion here. Terserahlah kepada Datuk Seri Najib dan AG untuk menimbangkan sama ada cadangan saya ini masuk akal atau hanya layak dimasukkan ke bakul sampah.

Yang pentingnya saya bertindak memberikan pendapat sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap masa depan Malaysia sebagai negara majmuk. I am just an ordinary citizen who cares about the future of our multi-ethnic Malaysia.

Apa pun saya ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda sekalian. Salam takzim – Ruhanie Ahmad

Rawa Lanunbahasa said...

Saya akan menerima ijazah master saya di bidang pengajian strategi dan keselamatan di konvo UKM 9 pagi ini.

SYABAS DAN TAHNIAH

Anonymous said...

Malaysia mempunyai banyak agensi mengenai keselamatan. Ada Majlis Keselamatan Negara (MKN), perisikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), perisikan Kementerian Pertahanan dan lain-lainnya. Kerajaan perlu mendapatkan kepakaran aganei-agensi ini dalam membentuk undang-undang baru bagi menggantikan ISA. Malaysia juga mempunyai banyak sarjana di bidang analisis keselamatan jenis lama dan baru. Kumpulan cerdik pandai ini juga boleh diminta membantu dalam menggubal undang-undang baru ini. Jabatan Peguam Negara perlu bersikap terbuka supaya kepakaran mereka di bidang undang-undang boleh digabungkan dengan kepakaran di jurusan keselamatan moden. Pertimbangkanlah secara positif.

jebat said...

Bung Ruhanie,
Salam Takzim,

Syabasy dan tahniah,

TERUSKAN PERJUANGAN.
PERJUUANGAN BELUM SELESAI.

BERJANGLAH KERANA ALLAH.
MUGA MUGA KITA DIBERKATINYA !!

kudakepang said...

Saudara Jebat

Jutaan terima kasih kepada anda. Perjuangan yang anda maksudkan adalah milik kita bersama, terutama sekali anda selaku generasi muda..

Pemuda Harapan Bangsa!!!!

Salam takzim -- Ruhanie Ahmad

talol d telok said...

Tahniah Dato'. Seharusnya kita sedar keupayaan kita agar kita sentiasa meningkatkan pengetahuan kita bagi memastikan Bangsa kita tidak menjadi pak turut dalam segala bidang. Dengan ilmu dan JATI diri saya rasa, kita akan berjaya memastikan KELANGSUNGAN bangsa MELAYU dan MALAYSIA.

melayulupalagi said...

tahniah datuk Ron, orang bhgian pt sulong masih mengingati akan jasa2 anda...

Ghab said...

What really mind is : " If Somebody Gives Me His Hand, I Will Not Look at Him with Suspicion ".
Hamad bin Isa Al Khalifa .

The news about , " The Day ISA is Abolished " was sudden . It took us a little time to digest the brave announcement made by our Prime Minister . My immediate response was that I disagreed and I am still is . As I have anticipated many share this sentiment . My reason is simply that ISA is for bad people and I am not the one . We have hundreds of legitimate reasons why ISA should stay . Over the years ISA's advocacy has never corroded its objective for deterrence .

My speculation and much of agreement that ISA is to stay and we are looking forward to that .

Never mine what I think , let hear what the opposition minds especially the pundits of DAP responded to the announcement , and briefly a touch of my comments .

They have shouldered upon skepticism with consciousness that Najib's call for the abolition of the Act is just a political ecstasy of diversion from the ' long lost democracy. It echoes that Najib is no near of being the ' begotten son ' of democracy .

After all who cares , the rules , premises and appreciation of democracy are dominated by the holder who owns logic delving for partisan democracy in due of dominating the political thinking .

The argument reveals consistently that the present administration is out of breath in the making to stay in power and to make it obvious that Umno has ripen into the political punching bag .

Apparently , no matter how much Najib's proclamation of making this country for betterment , the adversity is measured by schism which is constructed for domination .

To some minds , it is their impulses in announcing their vigorous crusade in the making to shape up the aftermath of so called the ' unjust ' Malaysian democracy . Their central prerequisite of ' freedom ' to ' partisans democracy ' is their trade edition of persuasiveness for a new political order and Najib's leadership is at randomly targeted for blow up .

No matter how good or bad is ISA or it is to go or stay , the course of its development is conditionally be challenged . The suspicious and sordid minds have been programmed in against the political abuse of the Act is greater than the realization of the Act itself .

Adamantly , the bottom line is to fire up that the drift of ISA is just barbaric , inhuman and therefore it is uncivilized and undemocratic stance for unpopularity . Besides , they are uttering in deliberation that ' injustice' prevail in the election electorate which is their call for drastic reform to avoid Bersih 3 .

Yet the argument at length given that Najib who is the prime administrator of the Government is dammed insincere for the abolishment because ISA is thought to be the fundamental tool used for Najib and Umno to stay in power . It is interpreted that the two laws superseded ISA are just another white washed .

The oust ISA and then reinstating the anti-terrorist laws they said by-words , an old wine in the new bottle . In essence , the old wine is accredited to antiquity , consistency of texture , characters in the assimilation of wisdom . When funneling to the new bottle , it does not garble the contents for contamination . That is why the older the wine , the dearly it becomes , funneling from the barrels to bottles bestowing to recognition of the domicile of origin .

Anonymous said...

i hope all is well with you;
good health to you, bro.
salam eidul-adha

Tok Ghaib Ben Tok Srimbun said...

Saturday November 5, 2011

Dr M weighs in on Langkawi’s future development

...“I don’t know how it (the RM420mil) will be spent, but if they give the money to me, I will know how,” Dr Mahathir said, dra-wing laughter during his keynote address at the launching of Four Points by Sheraton Langkawi Resort in Langkawi...
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/11/5/north/9843271&sec=North

ko-ed in round 13.