Wednesday, September 21, 2011

Al-Fatehah buat Allahyarham Saudara Zulkiflie Baharuddin dan Datuk Awang Jabar

Hari ini dan semalam saya kehilangan dua sahabat seperjuangan. Pada jam 10.15 malam 20 September 2011, Saudara Zulkiflie Baharuddin, serang aktivis politik dan usahawan, pulang ke rahmatullah di kediamannya di Subang Jaya. Jenazah Allahyarham selamat di semadikan di Kampung Melayu Subang pada 10 pagi 21 September 2011.

Pada 21 September 2011, bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan merangkap mantan ADUN Bukit Besi dan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Terengganu, Datuk Awang Jabar, kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Marang. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu, selepas solat asar.

Semoga keluarga sahabat-sahabat saya ini sentiasa bersabar. Mudah-mudahan roh Saudara Zulkiflie dan Datuk Awang akan berada di kalangan insan-insan yang soleh dan sentiasa beroleh rahmat daripada Allah SWT. Al-Fatehah!

No comments: