Thursday, September 15, 2011

Tragedi 911 Bahagian Akhir: AS kembali kepada dasar luar Perang Dingin

Ruhanie Ahmad


Sebagai kesimpulan kepada dua posting saya mengenai topik di atas, adalah ditegaskan di sini bahawa tragedi 911 dan perang teror yang menyusulinya adalah dua faktor yang mengembalikan dasar luar Amerika Syarikat (AS) kepada dasar luar era Perang Dingin, iaitu dasar luar yang dipacu oleh matlamat peperangan.

Bezanya, jika peperangan di era Perang Dingin adalah perang dingin antara blok demokrasi pimpinan AS dengan blok komunis diketuai oleh Soviet Russia, peperangan dalam era pasca-911 adalah peperangan rentas-benua oleh AS untuk menumpaskan musuhnya yang tidak jelas tetapi diberikan label Islam.

Dalam konteks Asia Tenggara dan Asia Timur, perang teror adalah selaras dengan kajian PNAC dan RAND Corporation mengenai kebangkitan China dan mobilisasi semula tentera AS ke Asia Tenggara sebagai strategi memantau China yang kini menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia dan sudah melangkaui AS dalam jumlah penggunaan petroleum yang diimport.

Namun begitu, perang teror di Asia Tenggara yang dilaksanakan menerusi strategi konflik berintensiti rendah ini memang kurang dibicarakan atau difokus oleh media barat. Oleh sebab itulah majoriti warga Asia Tenggara tidak menyedari bahawa lawang kedua perang teror inilah yang terpenting sekali sebab Asia Tenggara adalah wilayah yang terdekat dengan China di Asia Timur.

Oleh sebab itu, walaupun kehadiran tentera AS di Asia Tenggara mutakhir ini dialu-alukan sebagai usaha mengimbangi China, ia juga perlu dikhuatiri sebagai tindakan yang boleh merobah lanskap keselamatan serantau secara drastik jika AS memilih untuk menggangu-gugat China di hari muka menerusi tindakan ketenteraan.

Jika senario hipotetikal ini menjadi kenyataan, seluruh warga Asia Tenggara pasti akan dicengkam dilema geopolitik dan diplomasi. Satu, mereka akan terpaksa memihak kepada AS atau China. Dua, ada juga di antara mereka yang memilih untuk berkecuali. Tiga, kapasiti dan kekukuhan diplomasi multilateral ASEAN akan tergugat.

Kesimpulannya, seluruh negara ASEAN perlu bijaksana dalam melakukan balancing and hedging dasar luar, dasar keselamatan serta dasar perdagangan masing-masing mutakhir ini terhadap AS dan China supaya senario hipotetikal seperti di atas tidak menjejaskan survival masing-masing di hari muka, iaitu apabila AS memilih untuk menangani kebangkitan China secara ketenteraan.

2 comments:

Mika Angel-0 said...

Yang dikasihi Bung Ruhanie
Salaams

Mandira Mandiri
(manira tauke lari)

Jika senario hipotetikal ini menjadi kenyataan, seluruh warga Asia Tenggara pasti akan dicengkam dilema geopolitik dan diplomasi. Satu, mereka akan terpaksa memihak kepada AS atau China. Dua, ada juga di antara mereka yang memilih untuk berkecuali. Tiga, kapasiti dan kekukuhan diplomasi multilateral ASEAN akan tergugat.

Perut Perlu DiIsi
(ilmu dicari iman disempurna)

Dear Dr Mahathir Mohamad
Salaams

Maaf.

Budget 2012
(i could use a sdr kallim)

1. 2010–2011 economic crisis
History of the Greek debt between 1999 and 2010.
See also: Economy of Greece#2010-2011 debt crisis and 2010 European sovereign debt crisis

By the end of 2009, as a result of a combination of international and local factors (respectively, the world financial crisis and uncontrolled government spending), the Greek economy faced its most-severe crisis since the restoration of democracy in 1974 as the Greek government revised its deficit from an estimated 6% to 12.7% of gross domestic product (GDP).

2. Greece ‘integral’ to the eurozone, say European leaders
(Greek Prime Minister George Papandreou George Papandreou spoke with Nicolas Sarkozy and Angela Merkel by telephone)
Continue reading the main story
Global Economy

French banks feel eurozone pain
Obama sends job plan to Congress
Chief economist resigns from ECB
World economy ‘needs bold action’

The leaders of Greece, France and Germany have said that Greece is an “integral” part of the eurozone.

3. Turkish PM Erdogan pushes Palestinian statehood

Q1. Dr Mahathir, what will happen when the Turkish economy crumbles? (dr m thinking: why would the economy of Turkey crumbles?) - how will impact he OIC?

Q2. Dr Mahathir, do you think TSNor MY has completed his full thought of uncoupling the Gulf States and Malaysia economies and being the halal hub facilitating the business transactions found the mega islam bank that is too big to fail? Is Mustapa up to following strictly the guidelines refined to uncouple the economies?

Thank you for reminding the government to look into the Melayu Mudah Lupa part of the budget. Uncouple and recouple - the barzakh - Halal Hub Malaysia Alhamdulillah.

Maaf dan Salam Teramat Takzim

Rawa Lanunbahasa said...

Kenapa Bung membisu akan Indonesia?

Marahnya nanti Wali Songo.

Meriahnya Malaysia!