Monday, May 19, 2008

Update Daripada Utusan.com
Tun Mahathir Keluar UMNO


19/05/2008 2:02pm

ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.

Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm


UMNO Sedih Dengan Tindakan Dr. Mahathir - Mattaib
19/05/2008 3:32pm


KUALA LUMPUR 19 Mei - UMNO yang sudah berusia 62 tahun hari ini cukup bersedih apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keputusan itu adalah hak bekas Presiden UMNO tersebut.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan, tiada pihak yang harus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur.

Menurut Muhammad, ini kerana, walaupun Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ia tidak bermakna parti itu gagal untuk memimpin negara ini.- Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm


UMNO Perlis Rayu Tun Mahathir Timbang Semula
19/05/2008 3:38pm


KUALA LUMPUR 19 Mei – Badan Perhubungan UMNO Perlis merayu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menimbangkan semula keputusannya untuk keluar daripada parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Hashim Suboh berkata, Dr. Mahathir ialah orang yang telah membina UMNO menjadi parti yang berkesan dalam memimpin kerajaan dan negara.

``Jika ada kelemahan, kesilapan dan kesalahan maka ia adalah masalah kepimpinan dan bukannya salah atau dosa UMNO.

``Rakyat dan akar umbi telah memberi mesej yang jelas kepada kepimpinan parti dan kerajaan. Gerakan untuk memperbetulkan parti dan kerajaan telah bermula dan makin berkembang di dalam UMNO,’’ katanya. – Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Ahli-Ahli UMNO Diminta Bertenang
19/05/2008 3:52pm


KUALA LUMPUR 19 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli-ahli UMNO bertenang di atas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti serta-merta.

``Tindakan Dr. Mahathir keluar UMNO merupakan satu kehilangan besar kepada parti kerana sumbangan beliau kepada UMNO sangat besar.

``Pada masa yang sama, kita sebagai ahli-ahli UMNO perlu mempertahankan parti kerana matlamat kita memasuki UMNO adalah untuk memperjuangkan nasib orang-orang Melayu,’’ katanya. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

5 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Salam Dato' Ron,

Tun Mahathir telah membuat satu percaturan politik yang hebat.

Berundurnya dia, bakal membangkitkan dia.

Berkaitan rancangan Blog semalam, saya kalungkan tahniah kepada Dato' atas keikhlasan berhujah.

Salam takzim

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Hamizi Hamdan said...

saya juga seperti TDM... tak mahu UMNO jadi "babi" tunggangan Dolah anak-beranak...

cuma saya menunda hasrat menjadi ahli UMNO, tetapi bagi yang dah menjadi ahli mungkin perlu mengikut jejak TDM...

Alonso said...

kenapa tak Mohzani menjadi orang nombor dua meninggalkan UMNO

cikgurahim said...

dah ramai veteran umno yg setuju dgn tindakan tun.

tapi tak semesti mereka resign.

percaturan tun yg hebat.

banjarbp said...

Percaturan TDM apa yang dikatakan hebat tu?