Wednesday, May 14, 2008

Forum: UMNO Pasca PRU 12 : Suara Hati Rakyat
Di Hotel M-Suite, JB, 8am-2pm, Sabtu 17 Mei 2008

Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor dengan kerjasama Mykmu.net (Johor) akan mengadakan forum di atas di mana Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dijangka menyampaikan ucaptamanya.

Lain-lain panel adalah Datuk A. Kadir Jasin, YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Dato' Zainal Abidin Zain dan saya sendiri (Ruhanie Ahmad). Bekas Duta, Datuk Syed Hussein Al-Habshee, akan bertindak sebagai moderator.

Masuk percuma, semua dijemput hadir. Sila emailkan nama dan nombor telefon ke mykmujohor@yahoo.com untuk pendaftaran.

Saya pula mengharapkan sahabat-sahabat surfers dan bloggers mengirimkan inputs ke blog ini untuk saya luahkan di forum berkenaan.

Sempena forum itu, buku-buku The Toyol Code, Gelombang Kuning Gelombang Rakyat dan Hindraf: Satu Konspirasi? akan dijual dengan harga diskaun. Oleh kerana stok terhad, hanya 150 buah bagi setiap jodol akan di bawa ke JB.

Buku-buku ini akan dijual pada harga RM12 setiap satu atau RM35 untuk ketiga-tiganya. Sesiapa yang berminat sila hubungi Saudara Salahuddin di majlis berkenaan. Kalau terluang masa, saya akan mengautograf buku-buku tersebut. - Ruhanie Ahmad

9 comments:

LazerJuan said...

saya berada di Shah Alam..very interested to get your books...how do i go about it?

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hang-Jebat said...

Tuan Hamba,
Adakah majlis itu hanya terbuka dikalangan ahli UMNO sahaja?
Kerana hamba bukan ahli UMNO. Hamba kepingin untuk ke majlis itu. Terutama untuk mendapatkan buku-buku Tuan Hamba. Kalau dapat ditandatangan Tuan Hamba lagi baik.
Insya-allah, kalau tidak dapat masuk, hamba akan berada diluar.
Sebagai bukan ahli UMNO, hamba tidak berhak memberi ulasan tentang UMNO. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, hamba menyokong penuh usaha-usaha untuk mempertahankan kedaulatan tanahair Malaysia dari Pemimpin yang lemah.

Bung Karno said...

Datuk,

Mungkin boleh bawa isu sama yg saya katakan dalam posting Datuk : Kudakepang di RTM 18 Mei dan Muhiyudin (5) berhubung : hub halal, Bernas, Lingam video, paklah semakin rakus, kemana semangat setiakawan BN, mengapa Sabah,Sarawak,Langkawi, terbiar. Macam2 hal paklah ni.

drputera said...

menjawab hang jebat:

forum terbuka kpd sesiapa sahaja tetapi ahli2 UMNO digalakkan.

dinasihat hadir awal utk memastikan tempat di dalam dewan.

mykmujohor

midrees aziz said...

Assalamualaikum YBhg Dato',

Pada padangan saya, profil pengundi telahpun berubah sejak pilihanraya pertama diadakan. Walau apa pun bentuk perubahan profil ini, mereka ini tetap melihat kepada satu faktor (kalau tidak semua pun, mungkin sebahagian besar)iaitu Political Integrity. Political Integrity akan tetap menjadi tunjang atau asas kepada faktor pemilihan sesebuah parti politik.Faktor penentu pencapaian tahap Political Integrity adalah bagaimana komitmen sesebuah parti politik itu merencana program yang dapat memenuhi KEPERLUAN ASAS setiap pengundi tersebut. Perlaksanaan projek bagi memenuhi keperluan KEMUDAHAN ASAS (seperti pembinaan jambatan dll)bukanklah faktor penentu utama kejayaan.

Juraimi Zainal said...

Salam,

Nak tanya, kalau orang sebut DSAI sikit, kene halau ker? Sbb hang jebat nak pegi tu.. manalah tau...

setuju dengan: midrees aziz

AIDC said...

Salam

Untuk mengenali siapakah Anwar, harap luangkan masa tonton video2 ni…

Video 5
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 3
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber : http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Ramlee Samsam said...

YBhg Dato,
I attended the majlis, good one and well spoken...

tak sempat nak mintak autograph ke3-3 buku..
but managed to get Tun's autograph on my old pic with him..

teruskan berkarya...