Tuesday, May 20, 2008

Terkini Daripada Utusan.com
Anggota UMNO Perlu Tenang Dan Jangan Gopoh Gapah Buat Keputusan,Kata Muhyiddin


NEW YORK, 20 Mei — Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati anggota UMNO supaya tidak tergopoh gapah dalam membuat keputusan yang boleh merosakkan parti, kedudukan orang Melayu dan negara.

Beliau berkata tindakan perlu diambil secara bijaksana dan berhemah supaya keadaan tidak bertambah buruk lagi.

Terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar dari parti itu secara serta merta semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata adalah penting bagi anggota UMNO menjaga keselamatan parti dan kedudukan orang Melayu kerana parti komponen Barisan Nasional akan hilang keyakinan jika UMNO terus bergolak.

“Kalau ada mesej daripada tindakan yang memeranjatkan ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui proses demokrasi dalam parti melalui musyawarah, muzakarah dan perbincangan.

“Kalau mereka tidak puas hati ada caranya seperti proses pemilihan parti.

Di situ ahli parti boleh memberikan cadangan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kemelut di dalam UMNO,” katanya kepada pemberita selepas seminar Peluang Perniagaan Malaysia-Amerika Syarikat di sini pada Isnin.— BERNAMA, 20/05/2008 12:01pm

34 comments:

tengo_juliet said...

Datuk, Tan Sri Muhyiddin kata proses dalaman UMNO boleh digunakan utk menolak pemimpin... malangnya semua perwakilan takut untuk menyatakan kebenaran yang datang dari ahli akar umbi... apa lagi yang patut dibuat melainkan tindakan keluar parti seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir? Saya dah htr sms ke Tim Ketua UMNO cawangan utk mengikut jejak Tun M.

mn said...

A.kum Datuk,

"Sama seperti saranan saya"

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

mengkuang said...

Dato'

Saya fikir Tun telah membuat yang terbaik dalam memberi kesedaran terhadap perlunya pemimpin UMNO membuat perubahan kepimpinan selepas PRU12.

Saya juga yakin UMNO memerlukan perubahan drastik yang dapat menyentuh hati dan kepercayaan ahli bahawa ada sesuatu tindakan sedang di ambil.

Malangnya apa yang berlaku, pemimpin UMNO mengambil jalan mementingkan diri dan kedudukan, maka tidak ada ahli MT yang berani membuat keputusan untuk mengembeling tenaga untuk menedesak Pak Lah mengambil tanggungjawab dan meletak jawatan.

Hari ini sudah terlambat, Tun telah meletak jawatan dan saya yakin majoriti rakyat dan ahli UMNO juga telah tawar hati. Mereka hanya ada dua pilihan iaitu keluar dari UMNO atau kekal tapi akan terus mengundi pembangkang selagi Pak Lah menjadi Presiden.

Perkara ini mudah saja untuk diselesaikan hanya di peringkat MKT. Tapi saya tak menaruh harap dengan ahli MKT yang ada sekarang. Bye, bye UMNO

zizi said...

ahli ahli umno tahu menilaikan mana intan mana kaca, sejarah telah membuktikan setiap prisedent umno akan keluar dari umno apabila tidak lagi menjadi prisedent.
dalam sejarah juga telah membktikan umno akan menghadapi krisis setiap 10 tahun.
tepuk dada tanya selera ,ahli ahli umno ak ikut jejak Dr M , atau masih ikut Pak Lah yg lelah.

maskadove said...

Tan Sri boleh cakap apa yg Tan Sri suka. Sejak dari lepas PRU 12. Nain presiden hanya tau cakap tapi tak tau buat. Like NATO No Action Talk Only. So what you want us to do. just wait and see. wait until UMNO sudah menjadi labu yang diperbaiki oleh tikus. Daripada saya biar tikus yang membaiki labu saya.. dan membiarkan tikus tikus bermaharajalela.. lebih baik saya bersiap sedia menghumbankan labu tersebut daripada membiarkan tikus kekenyangan.
seperti mana umum sudah tahu.. tidak akan kemana kalau labu yg dibaiki oeh tikus... belum ada dalam sejarah labu akan kembali cantik selepas dibaiki oleh tikus... ketua tikus sudah pandai menari rentak Jazz bersama wanita seksi...

Dato' Ron, apakah cara kita untuk keluar dari UMNO.. adakah kita perlu menulis surat kepada ketua cawangan? atau terdapat cara lain yg lebih senang? harap Dato' tolong maklumkan. Kami pemuda UMNO kedah sudah naik muak dengan sikap pemimpin atasan UMNO. melayu sejati adalah melayu yang berani kerana benar. jangan jadi melayu yang takut kerana salah.
sampai bila kita harus mendokong UMNO kalau hasrat dan keinginan kita tidak diperdulikan oleh mereka-mereka yg berkuasa didalam UMNO... sampai bila kita harus jadi pak turut... sampai bila kita harus mengikut leader yg munafik. jangan kita bersubahat kerana mereka yg bersubahat akan berdosa seperti mana mereka yang melakukan kejahatan/dosa.

yem said...

Salam,

Apa yang saya sangat fahami tentang tindakan Tun adalah beliau ingin mengajak ahli ahli Umno untuk menyatakan suara dan hasrat mereka dengan lebih jelas.Saya rasakan apa yang diinginkan oleh Tun adalah :-

1.Suara akar umbi lebih lantang meminta supaya kepimpinan Umno ditukar dengan segera walaupun Datuk Seri AAB telah menyatakan persetujuan tentang peralihan kuasa tetapi ianya satu andaian disebabkan tiada satu pelan yang konkrit yang di sebut oleh AAB. Adakah AAB benar benar ingin melepaskan jawatan atau sekadar membeli masa untuk ahli Umno melupakan hakikat AAB telah gagal melaksanakan tugas .Tun pernah berkata sekiranya dilewatkan proses peralihan pimpinan Umno akan kehilangan kuasa.

Datuk AAB sekarang ini berdepan dengan masalah pengaruh dan kuasa kerana kekurangan majoriti di Parlimen disamping beliau perlu memperkuatkan kembali kedudukannya sebagai Presiden Umno dan mungkin dalam menghadapi cabaran ini AAB akan gagal mengekang DSAI dalam merampas tampok pemerintahan dari Umno.Pasti Tun tidak 'under estimate' kebolehan dan kebijaksanaan DSAI mengeksplotasi keadaan ini.Apa yang diutarakan oleh ahli parlimen sabah menunjukkan mereka boleh berpindah kem bila bila masa saja dan Tun pernah merasai keperitan dalam menangani masalah ini suatu masa dahulu..apakah dapat AAB menangani masalah ini..kita sedar bahawa AAB pada kebiasaannya amat cenderung untuk mendengar nasihat dari kalangan mereka yang rapat yang selalu menyatakan semuanya ok sehinggakan BN kalah teruk pada pada PRU12 .Berkemungkinan kerisauan Tun disebabkan mereka mereka ini masih merupakan penasihat AAB jesteru itu tidak akan ada perubahan dalam Umno akan berlaku .AAB merupakan 'weak leader' yang tidak dapat membuat keputusan sendiri.sekiranya tiada perubahan atau anjakan yang drastik pasti Umno akan terus lemah.

2.Tun tidak menghajatkan Umno hancur akibat ahli ahlinya keluar beramai ramai.Tun sedar bahawa ahli Umno tidak akan keluar parti tetapi yang beliau harapkan adalah anjakan dari cawangan cawangan Umno untuk bersuara dan menyatakan pihak mana yang mereka sokong.Gelombang ini akan menyusuri diperingkat Bahagian dan seterusnya pada Perhimpunan Agung nanti.Ini merupakan pelan B sekiranya syarat 30% pencalonan untuk jawatan Presiden tidak dimansuhkan.gelombang ini juga akan mengembalikankan Umno kepada asalnya iaitu parti yang mendengar suara akar umbi.

3.Apabila ada suara akar umbi pemimpin Umno yang lain akan tahu kekuatan mereka Najib,Mahyuddin,Ali Rustam dsb.Kekuatan suara akar umbi akan merangsang pemimpin ini menyatakan penolakan mereka terhadap pimpinan AAB lantas akan menjadi garis pemisah antara menyokong atau menentang dan tidak seperti sikap mereka sekarang ini yang berdolak dalih.

Maaf Datuk kerana terlalu panjang berteori tapi saya amat berharap pemimpin pemimpin Umno yang lain menyatakan kedudukan mereka dengan jelas.Saya bukan ahli Umno tapi sayangkan Umno kerana ianya telah sekian lama menjadi suara kami.Kembalikan Umno kepada kami dengan terus menjadi parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu kerana Umno akan terus utuh dengan sokong orang seperti kami kerana kami tidak inginkan kekayaan sekadar berterima kasih selagi Umno terus mempertahankan hak kami ...hak orang melayu kampung.

mat_terab said...

Cakap banyak pun tak guna mari kita pakat-pakat keluaq umno ikut Tun...

Juraimi Zainal said...

Dato',

Tengok jerlah TDM keluar parti, takkan sampai 0.1% pun dari 3.2juta ahli UMNO akan ikut beliau, sbbnya:

1) Beliau tak bole buat apa2 pun sbb dah tak der kuasa. Bising kat luar jer.
2) Takkan berani cawangan2 isytihar keluar parti.. Nak kene black list nanti kalau tak ramai join...
3) Penyokong2nya hanya berani sokong dlm blog jer... Alasan biasa; tak semesti sokong kita
kene ikut, kita kene hormat keputusan beliau, kalau kita keluar sape yg nak tinggal dlm UMNO, kami masih sayang UMNO...
4) TDM nak test market, berapa ramai penyokongnya, so far Sanusi Junid, lain2 entah lah...
5) Kita akan perbaiki dari dlm.. kata2 pemimpin atasan UMNO(masalah keluarga)... Tapi satu Malaya dah tau..

Pening aku ni, nak join TDM ke tak... "Berkorban apa saje harta atau pun nyawa".... Fikir2kan, tak kene gas pemedih mata pun...

m r said...

Bro, mahathir nak keluar Umno biar la dia keluar..dia pun ada hak juga..kita sebagai rakyat ni tak yah la sibuk2 sgt biar la Umno yg selesaikan....

Gua nak tanya.. since mahathir jd PM till Pak Lah jd PM apa yg kita dapat...if Najib jd PM or waima Anwar jd sekali pun.. kita tetap macam ni.. tak tau la kalau..sesiapa ada sangkut ngn Pklah, Najib or Anwar mebe leh gak dapat projek or any position dlm Umno..paling busuk pun ketua umno cwgn..

Kita sibuk sgat ngan duniawi politik skrang...hidup ni sementara...jer

Sekarang pun...ada tak gaji korang kena potong selepas PRU12... kalau tak ada, hidup jer mcm biasa...

Apa ada pada MELAYU??? mana perjuangan MELAYU..dah tak dah..Org MELAYU yang dahulunya bekerja menghasilkan padi-beras, kini menjadi masalah untuk mencari sesuap nasi untuk beri anak-anak mereka makan di kampung...APA punya BANGSAT la kerajaan dah buat sekarang...BERNAS kena jawab...

Gua rasa wawasan2020 mungkin ada rakyat dua kali ganda susahnya rakyat di Indonesia... YG KAYA TERUS KAYA YG MISKIN TERUS MISKIN..

Satu lagi, buat apa la kita sibuk2 sgt nak tolog mangsa di China tu..biar la kerajaan dia orang yang buat... Kan Elok kita tolong rakyat kita yang miskin....

MALAYSIA KOPI TIAM....

nanangbasari said...

Salam Dato,

Dah berapa ramai bekas pemimpin UMNO yang keluar parti setelah mereka tak lagi memegang pucuk pimpinan? Apa sebabnya? Dah jadi budaya dalam UMNO ahli ahlinya bertuankan pemimpin. Yang dah tak ada kuasa, selamat tinggal....tak boleh beri sebarang `benefit lagi.
Kalau tak percaya, lantik TDM jadi presiden, pasti semua ahli parti mengerumuni beliau semula. Segala tindakan dan pendapat beliau akan jadi betul dan menerima komen positif dari orang-orang kanan parti. Pak lah.....goodbye to you....Itu lah politik UMNO yang saya lihat.....

m r said...

Elok lah Pklah letak jawatan..sebelum dia berundur dengan cara paling MEMALUKAN dan HINA..sekali gus menjadi PM pertama turn tahta yg memalu akibat kemarahan ahli2 UMNO termasuk yg veteran...

Yang menarik Tun M dan DSAI bukan lagi ahli UMNO...yg asal ahli UMNO yang memegang jawatang tertinggi parti...

Adakah ini semua pembalasan SI PITUNG????

Maka, teori Ahli Parlimen (MP) UMNO akan melompat parti ada kebenaran ...selepas beberapa MP mengikuti jejak Tun.. seperti ramalan Tun Daim yg menyebut 5 negeri di tumbang kpd pembangkang..yg akhirnya menjadi benar!!!

Mungkin inilah caranya Tun M mahu menyucikan dosanya dan memohon maaf secara tersirat terhadap DSAI
dengan `memberi' MP-MP umno beralih kpd parti DSAI sekali gus melayakkan DSAI menjadi PM... `Pengorbanan' Tun M keluar Umno dan menggalakan MP umnno keluar..pastinya akan bersekutu dngn DSAI...

Jadi kalau Tun M tolong DSAI jadi PM...takkan DSAI tak boleh maaf kan tun (Tun pun hidup tak lama jd sempat la dia minta maaf kat DSAI, sedangkan nabi maafkan umat)atas kesalahan lalu - kesalahan itu pun berpunca hasutan `kiri dan kanan pemimpin umno' yg tak senang dgn DSAI ketika era lalu.

Ini mungkin teori baru agaknya,...Ini disebabkan DSAI merupakan anak didik Tun M yang diasuh, didik, sejak pemuda sebelum diangkat menjadi TPM...
Sudah tentu Tun M bole angkat sekali lagi DSAI menjadi PM yang baru pada Ogos nantiii!!!!!!!

Datuk,

Dalam politik mcm boleh jadi..cuba datuk kaji teori terbaru ni...boleh berlaku tak?????

MALAYSIA KOPI TIAM

Bilal said...

salam datuk,

sy setuju dgn pendapat mengatakan Tun tiada berhasrat meruntuhkan parti. Ia bermatlamat mencetus gerakan yg bermula dari hati budi org melayu yg wataknya agak sentimental dgn yg telah pergi,'psyco approach' telah diguna oleh Tun utk memastikan pencalonan yg melebihi 30% dicapai oleh penentang Paklah.

mungkin juga perjumpaan dgn najib sebelum ini telah membuahkan rentak yg timbul sekarang, sbb kita lihat najib dah bersedia dgn kenyataan akhbar sejurus lepas Tun umum keluar parti, antara kenyataannya ialah akan membincangkan dgn Paklah akan transisi kuasa sekembalinya dari luar negara.

Bg manapun kita akan lihat perkembangan selanjutnya selepas ini.

Awang Maya said...

Datuk,


Saya mahu Datuk ulas mengenai cabaran saya terhadap DSAI agar menggesa DWA sebagai Ketua Pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap PM sekarang, AAB. itu kehendak rakyat sekarang. Awang percaya seluruh pelusuk rakyat sudah bosan dan semakin menyampah dengan kaedah kepimpinannya. Kami tak peduli dan tak nak ambil peduli pasal politiking yang Awang rasa amat memualkan yang sedang berlaku sekarang. Yang Awang dan rakyat mahu sekarang ialah turunkan kembali harga minyak, kerana itulah "HANTU" segala-galanya kepada peningkatan kos hidup yang membebani rakyat ketika ini. Pergi JAHANAM politiking, rakyat mahu kembali hidup seperti keadaan sebelum tahun 2004. UMNO, DAP, PKR..itu semua tak penting..kami orang kampung nak jugak keselesaan. Jangan asyik berpolitik nak memenuhi temolok masing-masing dengan menjadikan kami sebagai kuda tunggangan.

-Awang Maya-

pencak_silat said...

Datuk Ron,

Sila lawati laman blog yang menarik ini dan baca mengenai Anwar Ibrahim di http://paneh.blogspot.com

usabukata said...

ada yang kata duri dah keluar dari daging. ada yang kata sejarah tak menyebelahi mahathir.
sebenarnya ada banyak duri besar yang masih ada dalam umno. duri yang boleh membunuh umno dan orang melayu secara perlahan-lahan.
sejarah onn jaafar sebab mempertahankan pendiriannya yang tidak disokong oleh mungkin sebahagian pemimpin umno. hussein onn tidak menjadi ahli umno baru. aganda mahathir sebenarnya lebih besar. HANYA SEJARAH YANG AKAN MENENTUKAN.

keluar dari umno adalah hak mutlak mahathir. tiada siapa boleh pertikaikannya. kesan beliau keluar adalah risiko yang perlu ditanggung oleh umno. selama ini apa yang beliau suarakan tiada siapa peduli, kenapa bila beliau keluar umno ramai yang keluar kenyataan berbagai yang menyalahkan beliau. ramai pemimpin umno sekarang hanya pandai cakap. lepas tu cakap tak serupa bikin. cakap lain bikin lain.

Unknown said...

Soalan cepumas:

Nyatakan cara terbaik untuk mengkritik kepimpinan UMNO.

A) Kritik dari dalam UMNO
B) Kritik dari luar UMNO
C) Kritik dari dalam kubur
D) Kritik dari mana saja anda berada asalkan dengan gaya mengangguk

Taipkan jawapan anda dan hantarkan kepada 33233.

endauland said...

Assalamualaikum sdr Ron (Dato')
Salam perjuangan. Saya selalu mengikuti kuda kepang dari Birmingham UK. "Masih kah ingat saya". Komen dan pandngan selanjutnya akan menyusul nanti.Tentu ada hikmah di sebalik pengunduran TDM kepada Melayu, bangsa kita.

Unknown said...

Dato Ron

melayu dan UMNO cakap saja pandai, buat tak berani.

kalau nak kahwin, kahwin sampai empat selepas itu biar anak bini merempat. itu lah melayu dan UMNO yang sebenarnya.

tuhan nya bukan satu, tapi dua - yang asal dan yang ringgit.

macam orang puteh kata, 'talk CKOC no action'.

melayu dan UMNO akan gagal di dalam kemelut buatan sendiri akibat ke tamakan harta duniawi dan ke benggapan berfikiran normal. ia nya akan di jajah hingga ke akhir zaman.

amat benar, 'tidak hilang melayu di dunia' tetapi di masa depan, orang melayu hanya lah pekerja sapu lantai di IKEA atau CURVE sahaja.

itu lah melayu dan UMNO, bagai monyet di hutan semak bangunan kerajaan jalan duta apabila pembangunan mengambil alih kuala lumpur, menunggu masa mati di langgar kereta.

Bung Karno said...

Sdr kudakepang,

Komen Tun Musa Hitam berhubung keputusan Tun Dr Mahathir
keluar dari UMNO sangat menarik untuk diulas.

1. Tun MH berkata 'Duri dalam daging sudah pun terkeluar'.
Sekiranya TDM adalah duri kecil yang sudah terkeluar, namun
masih ada paku besar ditapak kaki yang masih menyakitkan
UMNO. Paku ini berkarat dan kian hari membawa penyakit dan
menambah sakit UMNO.

2. Tun MH berkata lagi ..... minta pemimpin...'pertama, menerima
realiti UMNO sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya
oleh rakyat, terutamanya Melayu...'

Benar, UMNO kini dipimpin oleh geng Tun MH tidak kuat, tetapi
malangnya DS Abdullah Ahmad Badawi masih mendabik megah
sombong ...'kita masih kuat, kita menang banyak kerusi...'

Tun MH menyambung komen ..... 'kedua... balik kepada
konsep Bersih, Cekap, Amanah yang pada awal 1980an telah
diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata...'

Konsep itu memang telah lama ditinggalkan kerana ramai
pemimpin UMNO yang dah tak amanah, tetapi DS AAB
tak akan kembali kepada konsep itu sebab DS AAB kini
mengamalkan konsep CEMERLANG mengaut harta,
terpesona dan lena atas gilang-GEMILANG harta yg
terkumpul, dan yang tak TERBILANG banyaknya.

Mungkin TDM ada sebab-sebab peribadi mahu DS AAB
letak jawatan tetapi akar umbi UMNO juga tidak bersemangat
berketuakan DS AAB kerana Cemerlang, Gemilang, Terbilang
sebenarnya untuk diri dan keluarga. Keyakinan juga hilang
kerana DS AAB tidak berwibawa sebagai ketua pemerintah.

Posted by Bung Karno at 10:08 AM

Berita dari gunung said...

Muhyiddin mengeluarkan kata-kata yang sesuai ketika ini. Beliau memberi gambaran bahawa masih ada sesuatu yang boleh dilakukan bagi melahirkan ketidakpuasan hati.

Melalui proses demokrasi sebegitu juga yang ingin dilakukan oleh Mahathir suatu masa dulu. Seluruh jentera UMNO digerakkan untuk mematikan hasrat Mahathir.

Permainan politik sebeginilah yang menjauhkan rakyat biasa dari cergas dan menghulurkan input berguna kepada UMNO.

Akhirnya UMNO kekal sebagai medan permainan kuasa, pengaruh dan wang. Rakyat biasa tidak lalu dan gamak dengan corak permainan sebegitu.

Lalu kita mahu juga bertanya, dalam ramai-ramai pemimpin UMNO, berapa kerat yang jujur dalam perjuangan untuk bangsa, agama dan negara.

Komen Musa (Gabenor Iskandar) tentang terkeluarnya duri dalam daging sangat memualkan.

Annuar Musa pula memberi komen bahawa Dr Mahathir berhenti dari UMNO lebih kepada sindrom kecewa berikutan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengubah dasar yang pernah dilaksanakannya sebelum ini dan bukan semata-mata kerana bangsa dan negara.

Kita rasa kecewa dan mual dengan komen-komen sedemikian. Sembang-sembang di kopitiam berpandangan bahawa masih ramai yang meneka bahawa Musa sendiri adalah duri dalam Iskandar.

Manakala Annuar adalah pemimpin yang dijangka tersengih bila terbaca berita siasatan tentang rahsuah yang berkait dengan wang rakyat termiskin dalam akhbar.

UMNO umpama perahu terlajak menuju jeram bila isu utama kepedihan PRU12 tidak dihurai dan diambil tindakan yang sesuai.

Suara rakyat sebenar ialah PRU12. Suara-suara majoriti dalam UMNO terhimpit dalam permainan kuasa, pengaruh dan wang. Suara pemimpin-pemimpin UMNO pula sering tersekat-sekat.

Rakyat selama satu penggal, melihat keterbukaan yang akhirnya menghakis keberkesanan formula BN. Orang seperti Shahrir melonjak dalam suasana keterbukaan sebegini. Saya yakin beliau tidak percaya bahawa dia bertanggungjawab melunturkan semangat BN bila Samy sering jadi mangsa mulutnya.

Ramai Pemimpin UMNO kini, dirasakan tidak mampu menterjemahkan pakatan BN dalam erti untuk menang pilihanraya. Dalam ghairah bersuara yang dikendung selama ini berciciran sepanjang jalan.

Keadaan yang tidak terkawal selama satu penggal hanya menguatkan persepsi rakyat tentang lemahnya kepimpinan Abdullah.

Adalah wajar untuk Abdullah berundur dengan formula peralihan kuasa yang cermat. Bukan koman tapi gentleman.

Kalau dulu dalam dewan perhimpunan, Abdullah menjerit-jerit "Kami tak mahu presiden berhenti, kami mahu presiden teruskan", apa salahnya Abdullah mengulangi dengan "saya masih mahukan Tun, tolong jangan berhenti".

Tetapi dalam dunia ini, kita perlu akui bahawa kuasa sering membutakan. Dalam senario itu juga, ramai rela melihat perahu terus terlajak menuju jeram.

Sedangkan pada masa yang sama, rakyat umum terus menguatkan semangat untuk hidup dengan harga barang yang semakin meningkat. Dan rakyat juga tahu bahawa Shahrir tidak mampu membantu, mulut besarnya hanya mahir menghentak orang.

midrees aziz said...

Assalamualaikum YBhg Dato',

Setelah saya baca banyak makluman balas dari rakan-rakan bloggers yang lain melalui berapa rangkaian blog, saya berpendapat sudah cukup untuk kita berhenti di sini.Lagi banyak kita menulis, lagi menyebabkan keadaan bertambah meruncing. Ada pendapat yang mencabar pihak-pihka yang bertelagah, ada juga (tanpa disedari) melaga-lagakan antara dua pihak dengan pendedahan pelbagai teori dan senario, tanpa memikirkan implikasi yang mungkin akan berlaku. CUKUPLAH SAMPAI DI SINI.

Seperti yang telah saya cadangkan kepada YBhg Dato', dalam penulisan saya sebelum ini:-

1. CUKUPLAH KITA BERBINCANG MENGENAI KEBURUKAN BANGSA KITA SEHINGGAKAN TAK MAMPU DITUTUP LAGI.

2. BANGUNLAH DAN PUJUKLAH AGAR SEMUA PEMIMPIN YANG LAYAK DIGELAR PEMIMPIN DI KALANGAN BANGSA MELAYU DUDUK BERBINCANG SECARA JUJUR DAN CARILAH PENYELESAIAN TERBAIK DEMI MASA DEPAN KITA SEMUA.

3. HENTIKAN MENGGUNAKAN PIHAK KETIGA MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI. SESUNGGUHNYA IA TIDAK MENYELESAIKAN MASAALAH. KADANG-KADANG KITA TERLUPA BAHAWA KITA INI TERLALU BANYAK MEMBERI PENDAPAT TETAPI YANG SEBENARNYA TIDAK SIAPA YANG ANGKAT TANGAN DAN MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTINDAK MENYELESAIKANNYA. APA SALAHNYA KALAU KITA RAMAI-RAMAI PERGI PUJUK YABhg TUN DAN PAK LAH AGAR MEREKA INI BERBINCANG DAN CARI PERDAMAIAN. MUNGKIN TAK CUKUP SEKALI, KITA BUAT DUA,TIGA KALI SEHINGGA KITA BERJAYA MENCAPAINYA. TERLALU BANYAK CAKAP PUN TAK MENDATANGKAN HASIL, SEBAB KERJA YANG SEPATUT KITA BUAT, KITA TAK BUAT. BAGI MEDIA, MEREKA TAK AKAN PUTUS-PUTUS MENCARI PENDAPAT DAN BERITA SEBAB ITU MAKANAN MEREKA.

4. HENTIKAN KENYATAAN-KENYATAAN YANG MEMBAKAR SEPERTI "IBARAT DURI DALAM DAGING". IANYA TERLALU PEDIH DAN PILU BILA KITA DENGAR STATEMENT INI DARI "PEMIMPIN"

5. KALAU PEMIMPIN YANG MENGGELARKAN MEREKA INI PEMIMPIN MELAYU TIDAK DAPAT MELAKUKAN PERBINCANGAN SEPERTI YANG SAYA NYATAKAN DI ATAS, MAKA SAYA DENGAN INI MENGATAKAN BAHAWA MEREKA INI TIDAK LAYAK MEMIMPIN KAMI SEMUA.

Salam

Ayah said...

Datuk... Johor banyak pemimpin... tapi penyokongnya bersatu ke?

pibg skkp said...

Salam Datuk, Bagaimana pula umno2 di johor? Ada yang berani ke ikut jejak langkah Tun? Ayuh kita berpencak silat, lucutkan keahlian UMNO dan berpaut kepada PAS/PKR adalah alternatif terbaik. Ramai yang prejudis dengan Anwar sebab isu2 yang mengaitkan beliau dengan Amerika, walhal Muhyidin pun baru balik dari Amerika berkenaan peluang pelaburan oleh negara sial tersebut? Mcamana pula hubungan PakLah dgn Singapura? Najib dengan ..err.. mongolia?? pening..pening..,
Datuk Ron bila nak umum keluar parti ni? Pemuda Johor tak sabar nak ikut belakang..

Kamalkamal said...

Datuk,

Tindakan yang dibuat oleh TDM adalah merupakan satu tindakan drastik bagi memastikan AAB melepaskan jawatannya. Semasa TDM di Alor Setar, Isnin lalu hanya seorang saja Ketua Bahagian yang hadir. Mana lagi ketua-ketua bahagian yang lainnya. Setahu saya Ketua Bahagian Sungai Petani dan Padang Terap ada bersama Tengku Razaleigh di satu majlis lain di Sungai Petani. Mungkin yang lainnya bersembunyi dibelakang Det Khalid.

Begitu juga dengan Dato' Joe Kubang Pasu. Semasa beliau menjadi Setpol TDM, bukan main lagi jaga TDM, semua yang TDM buat, baik semuanya, hari ini dah terbalik kot, bagi saya inilah politik cari makan.

TDM telah mencurahkan segala tenaga dan keringatnya untuk membangunkan negara selama 22 tahun. Begitu juga pahit maung yang terpaksa ditempuhinya dalam UMNO yang juga kekadang bergelora semasa beliau menjadi Presiden parti.

Sukatikaulah said...

CAKAP TAK GUNA
TEMBAK TAK KENA
BYE-BYE UMNO.

asalbayu said...

Saya berpendapat tak mungkin Paklah akan berundur dalam masa terdekat meskipun desakan terlalu kuat berikutan tindakan Tun Dr Mahathir itu. Sementelah ramai yang menyatakan sokongan agar beliau terus menerajui kepimpinan negara.

Namun begitu apa yang dapat diterjemahkan oleh segenap lapisan rakyat ialah UMNO yang menjadi tunjang BN sedang bergolak hebat kini.

Saya yakin kalangan yang menyatakan sokongan agar Paklah terus menerajui kepimpinan, mereka akan menjauhkan diri darinya sekiranya beliau berudur nanti.

Laporan tidak benar seperti yang disampaikan kepadanya bahawa BN akan meraih kemenangan besar serta merampas Kelantan pada PRU12 yang baru lalu adalah di antara dalilnya.

Hasil yang diterima, bukan sahaja Kelantan gagal dirampas, malah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor juga dapat dirampas oleh Pakatan Rakyat (PR).

Pergolakan yang sedang berlaku ini juga dilihat sebagai menguntungkan PR yang sedang menyusun strategi untuk berkuasa sama ada pada PRU13 atau lebih awal dari itu. Juga bukan mustahil andainya Tun Dr Mahathir menyertai PAS kerana Dato Nik Aziz pernah mengatakan pintu PAS sentiasa terbuka jika beliau berhasrat berbuat demikian.

Ketahuilah, dalam politik berbagai kemungkinan boleh berlaku. Catitan sejarah banyak menceritakan hal tersebut.

Fikir Tajam said...

Fikir Tajam said... (dari The Scribe)

Salam Datuk AKJ,

Saya Fikir Tajam bersama isteri menarik diri daripada keahlian UMNO berkuatkuasa hari ini juga.

Sebenarnya 'soul' UMNO di kalangan ahli-ahli UMNO telah lama terpadam semenjak Abdullah memporakperandakan nasib bangsa Melayu dan Malaysia amnya.

Saya menyokong penuh tindakan YB Tun Dr Mahathir yg sememangnya dilihat seorang strategis lagi bijaklaksana. YB Tun bukan sahaja mempunyai minda kelas pertama dan pemikiran beliau melangkaui zaman malah cukup BERHATI MULIA dan PEMAAF. Lihatlah bagaimana S46 berupaya dikembalikan ke pangkuan UMNO. Team B UMNO turut dilantik menjadi anggota kabinet malah hingga ke tahap PM. Bukankah Abdullah, Kadir Sheikh Fadzir dan Dr Rais Yatim dulunya merupakan hardcore Team B UMNO? Tetapi lihatlah betapa tingginya HATI BUDI YB Tun hingga menerima mereka kembali. Kesucian hati YB Tun boleh dirasakan oleh Rakyat terbanyak tidak terbatas pada ahli UMNO sahaja.

Begitu juga antara kejayaan besar YB Tun ialah apabila di zaman pemerintahan beliau PKM (Parti Komunis Malaya) telah berjaya ditumpaskan di meja rundingan! Inilah contoh pemimpin dan negarawan yg HEBAT, HUMBLE malah cepat sekali memaafkan kawan dan lawan biarpun mereka pernah menikam beliau.

Jangan lupa bagaimana Pairin Kitingan yg pernah menikam belakang BN dulu di saat PU sudah tertonyoh pun diterima semula oleh beliau kembali kepada BN.

Inilah insan yg BERJIWA BESAR! Bukan seperti Abdullah, Musa Hitam, Anwar, Muhammad anak Muhammad, Rafidah, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Ali Rustam, Khaled Nordin dll MP/ADUN yg BERJIWA HAMBA!

banjarbp said...

Waaahhh, sampai nak suruh DYMM Agong jadi orang tengah nak selesai kemelut UMNO hasil dari masalah TDM dan AAB. Apa punya idea ni....orang kedah kata ni dah tak ketahuan..

zeme said...

Salam Datuk,

Sekiranya diamati yang tersurat disebalik pengumuman keluar UMNO oleh Tun Dr Mahathir (TDM), ia seolah-olah memberikan satu signal dan sinis buat ahli² UMNO yang takut untuk menggunakan saluran parti sebagai jalan terbaik untuk memulihkan kepimpinan parti. Jadi jika takut untuk menggunakan saluran parti, maka langkah terbaik elok meninggalkan parti dan mencuba untuk memulihkannya dari luar parti. Jadi, ajakan TDM agar ahli² UMNO mengikut jejak beliau sebenarnya adalah sinis TDM buat ahli² UMNO yang masih bersikap ikut perintah pemerintah, baik betul atau salah kepimpinan pedulikan saja. Jika bahagian UMNO Gua Musang, Cheras, Muar boleh mengadakan EGM berlandaskan kebenaran perlembagaan parti, kenapa bahagian² lain masih membisu mendiamkan diri menyatakan pendirian? Jadi kalau takut merubah dari dalam, elok mencuba pula merubah dari luar kalau itu jalan berkesan. Tapi jangan sampai menang jadi arang, kalah jadi abu, julang UMNO jadi garang, parah UMNO jadi debu.

Wasalam.

jojo51 said...

Saya bersetuju supaya ahli-ahli UMNO dan pemimpin akar umbi jangan keluar parti kerana jika ini berlaku hanya menguntungkan Pak Lah dan kaki ampunya. Gunakan kuasa undi untuk menolak Pak Lah. Buang sekali kaki-kaki ampunya yang mandul idea. Fe'el mereka tak ubah macam burung kakak tua.

Satu lagi yang haprak ialah Black Moses (Musa Hitam). Orang ni tak reti mengenang jasa. Masa dia tak ada jawatan, Tun lantik dia jadi Wakil Tetap Malaysia ke BBB dan macam-macam lagi jawatan penting. Tergamak si haprak ni mengatakan Tun "duri dalam daging" bagi UMNO. Celupar betul mulutnya. Baru kita tahu, rupanya dia ni "musuh dalam selimut". Tak tahu apa sumbangannya kat UMNO dan negara. Sekadar membodek Pak Lah sahaja. Kalau tak masakan dapat jadi Pengerusi Sime Darby, Iskandar Malaysia dan lain-lain. Sampai waktu dia akan jual semua tanah di Iskandar Malaysia kat orang Singapura.

Saya harap Tan Sri Muhyiddin akan terus menyuarakan kehendak majoriti ahli UMNO dan pemimpin akar umbi. Semoga banyak Bahagian-Bahagian nanti mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden.

Unknown said...

Kalau tenang sangant pun tak ada kebaikan jugak. Little stress boleh buat otak jalan lagi laju kengkadang. Bg lah peluang utk ahli bg pendapat, itu yg mustahak !

aku terjumpa tempat lepak baru
http://kkamdias.blogspot.com/

Juraimi Zainal said...

Teringat lagu Malik Redhuan,

"Cukup Sampai Sini Saja
Relakan Perpisahan Ini
Walau berat dihati dan berat perasaan
Ketempuh kehendaknya"

Ditujukan kpd TDM,
Yg Lain Ikut, jgn tak ikut TDM terutama Datuk Kudakepang ni dan Dato' A Kadiaq..

Asyik cakap jer, Kapal dah nak karam ni....

tigakale said...

assalamualaikum dato saya nak tahu apa komen dato mengenai laman kpmu yang mengatakan muhyidin yasin sudah tersasar drpd. Landasan dan dikatakan bermuka2 kalau boleh nak juga dgr. Komen beliau

tigakale said...

assalamualaikum dato' saya ingin tahu apa rasanya komen dato' mengenai kenyataan yang dibuat dilaman web kpmu yang banyak menghentam Muhyidin dan siapa dibelakang web tersebut